KUALA LUMPUR: Hantaran pada laman sosial Facebook milik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pagi tadi menimbulkan pertanyaan dalam kalangan netizen.
Beliau yang mengucapkan tahniah kepada Erra Fazira atas pernikahan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi tadi, membuatkan ramai yang keliru dan fikir bahawa individu dimaksudkan ialah pelakon terkenal tanah air.
Walau bagaimanapun, Dr Zulkifli kemudiannya menjelaskan, Erra Fazira dimaksudkan itu bukanlah selebriti terkenal seperti yang disangka.
“Nama kebetulan sama.. namun bukan individu yang disangka.. saya pun mula-mula terkejut, ingatkan pelakon filem Sembilu.
“Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” katanya.
Beliau memberitahu, pernikahan itu berlangsung dalam kira-kira 20 minit dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan JAWI.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta menilai semula keperluan untuk memperketatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) pergerakan rentas daerah dan negeri.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia susulan penularan COVID-19 yang masih membimbangkan dan tidak boleh dibiarkan terus berlarutan.
“Sidang MKN diberikan penerangan berkenaan situasi semasa jangkitan COVID-19 dalam negara dan ia membimbangkan dan tidak boleh dibiarkan berlarutan begini.
“Sehubungan itu, saya mengarahkan supaya MKN segera menilai semula sama ada aktiviti sosial masih boleh dibenarkan atau tidak dan menilai semula keperluan untuk memperketatkan lagi SOP pergerakan rentas daerah dan negeri,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.
Katanya, MKN akan membentangkan dapatan hasil perbincangan daripada Jawatankuasa Teknikal COVID-19 berhubung penilaian semula SOP pada sidang MKN esok.
Selain itu, Muhyiddin berkata, kerajaan Sarawak juga ada memberikan cadangan supaya kerajaan menaiktaraf fasiliti yang menjalankan ujian saringan pengesanan COVID-19 di seluruh negeri itu.
“Saya setuju dengan saranan ini kerana fasiliti sedia ada dijangka tidak mampu menampung sampel yang banyak dan kita mesti bersiap sedia dari segi tenaga kerja dan fasiliti untuk menghadapi kemungkinan peningkatan mendadak kes positif COVID-19.
“Alhamdulillah, kerajaan Sarawak sudah pun mengadakan perbincangan lebih awal di pihak mereka dan akan membentangkan Pelan Persiapan COVID-19 bagi Sarawak pada Sidang Khas MKN esok,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
uala Lumpur: Harga maksimum bagi setiap satu vaksin Fasiliti Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax) yang ditawarkan kepada Malaysia menerusi pelan peruntukan vaksin Covid-19 global adalah AS$21 (RM87.60).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, rundingan dengan Covax mengenai proses perolehan vaksin kini di peringkat terakhir.
“Kita harap dapat tandatangani Covax dalam waktu terdekat. Cuma ingin dijelaskan Covax hanya sebahagian daripada keperluan kita dalam mendapatkan vaksin Covid-19.
“Sebahagian besar daripada perolehan ini akan dicapai menerusi rundingan dua hala dengan negara berkaitan,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau berkata, perbincangan yang turut membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Peguam Negara itu sedang meneliti beberapa klausa perjanjian dalam Covax.
ZAMBERI SEKAWI
Antigen rangsang antibodi
Kuala Lumpur: Antigen adalah bahan utama daripada empat bahan asas yang terkandung dalam setiap vaksin yang dihasilkan.
Pakar Perunding Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Zamberi Sekawi berkata, tiga bahan utama yang lain ialah pengawet, penstabil dan antibiotik.
Jelasnya , fungsi antigen ialah merangsang tubuh untuk menghasilkan antibodi bagi membunuh virus dalam badan.
“Tindak balas antibodi ini terhasil dalam tempoh di antara seminggu hingga dua minggu selepas individu menerima suntikan vaksin.
“Ia (antibodi) menghalang individu daripada terkena jangkitan seperti influenza, polio dan meningitis (keradangan selaput otak serta saraf tunjang),” katanya.
Bagaimanapun, katanya, jenis empat bahan yang digunakan itu bergantung kepada kaedah tersendiri pengilang dalam menghasilkan vaksin.
“Gabungan empat bahan utama ini juga digunakan untuk memastikan vaksin dihasilkan tahan lebih lama sehingga dua tahun.
“Selain itu, keperluan orang dewasa mengambil suntikan vaksin adalah bergantung kepada risiko mendapat sesuatu penyakit,” katanya.
Beliau berkata, contoh, dalam satu kawasan, terdapat banyak kes influenza serta berbahaya kepada warga emas dan juga individu yang mempunyai penyakit kronik, dipetik dari Harian Metro
“Ia boleh menyebabkan kematian sekiranya dijangkiti virus itu dan mereka ada keperluan mengambil vaksin berkenaan.
“Golongan muda digalakkan mengambil suntikan vaksin meskipun gejala influenza dialami lebih ringan dan tidak memudaratkan kesihatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SELEPAS USTAZ EBIT LEW – ZUL YAHYA PULA BUKA PASAR RAYA SENDIRI
Pelakon Zul Yahya kini berjaya membuka pasar raya miliknya sendiri yang diberi nama Zulyahya Mart, selepas kejayaan ElewsMart milik pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.
Jelas beliau , langkah ini merupakan salah satu inisiatifnya untuk mendidik diri dan keluarga untuk sentiasa berkorban ke jalan agama.
“MasyaAllah, kami belum baik baru belajar korbankan sikit-sikit untuk perkara baik. Doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa korbankan diri, masa dan harta untuk kehidupan agama. Berniaga perlukan usaha, tawakal dan doa yang tak putus-putus InsyaAllah,” tulisnya.
Berita tersebut dikongsikan oleh bapa kepada enam orang cahaya mata itu menerusi akaun Instagram miliknya. Dalam pada itu, Zul turut mendedahkan dia akan berusaha sebaik mungkin demi membangunkan perusahaan barunya itu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut meluahkan rasa bangga melihat pencapaian pelakon berusia 50 tahun itu.
Beliau dikhabarkan tidak akan menolak sekiranya diberikan tawaran lakonan tetapi hendaklah ditelitinya terlebih dahulu: “Kalau watak yang ditawarkan itu kena dengan usia, lebih matang dan mungkin lebih serius, saya akan pertimbangkan.
“Kalau boleh, biarlah karakter yang saya lakonkan itu, ada nilai dalam penyampaian kepada penonton dan menjadi asbab untuk sampaikan sesuatu yang baik buat masyarakat juga,” katanya seperti yang dipetik. . .
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rotan Anak Lelaki, Bekas Suami Ziana Zain Dihukum Penjara 8 Bulan
Bekas suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan kerana merotan anak lelakinya oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada 28 September lalu.
Bagaimanapun, Armin memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan sabitan dan hukuman bagi kesalahan itu pada tarikh sama hukuman dijatuhkan.
Peguam yang mewakili Armin berkata rayuan itu sepatutnya ditetapkan hari ini untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Azizah Jaafar namun ditangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Terdahulu, mahkamah menjatuhkan hukuman selepas mendapati Armin Zaharin bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya yang berumur 9 tahun menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah pada 24 Februari 2018.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Armin Zaharin ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM8,000.
Armin yang merupakan bekas ketua pramugara itu ditangkap pada 2 Mac 2018 selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari 2018.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan berumur lingkungan 11 hingga 20 tahun.
Ziana dan Armin Zaharin sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENCURI TAK BERHATI PERUT CURI MOTOSIKAL PENGHANTAR MAKANAN
GOMBAK: Luluh hati seorang wanita yang juga penghantar makanan apabila motosikal digunakan untuk mencari rezeki hilang di sebuah pasar raya di Batu Caves, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, wanita berkenaan dipercayai ingin mengambil makanan untuk dihantar dan meletakkan motosikal di kawasan berkenaan.
Bagaimana pun, apabila kembali semula ke kawasan parkir, dia mendapati motosikal Yamaha 135LC miliknya sudah hilang.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan motosikal itu jam 3 petang.
“Polis kini sedang mengesan saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek.
“Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi HarianMetro.
Terdahulu, kisah kehilangan motosikal milik wanita berkenaan tular di media sosial.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan ANIH Berhad (ANIH) memaklumkan telah berlaku penularan gambar kejadian banjir di KM113.3 arah timur (Lanchang), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1, baru-baru ini adalah palsu.
Penularan gambar palsu itu berlaku beberapa hari ini susulan berlaku kekerapan hujan di sekitar Lanchang, namun ia tidak mengakibatkan sebarang kejadian banjir seperti didakwa dan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.
Jurucakap ANIH berkata, sehubungan itu, syarikat memohon supaya orang ramai tidak menyebarkan gambar palsu tersebut kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan suasana panik dalam kalangan orang ramai, khususnya pengguna lebuh raya itu.
Justeru, pengguna dinasihatkan supaya melayari laman sosial rasmi syarikat iaitu melalui Twitter di @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk mengetahui keadaan trafik terkini.
Pengguna juga boleh menghubungi talian LPT-Line di 1700 818 700 atau 09-547 9111 untuk sebarang pertanyaan.
HIASAN : Tol Karak
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd mahu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berhenti daripada mengeluarkan kenyataan lanjut kepada media berhubung isu perjanjian pajakan tanah (LLA), memandangkan ia masih belum menerima notis bertulis daripada FELDA mengenai penamatan LLA dan hasratnya untuk mengambil alih kilang sawit FGV di seluruh negara.
Syarikat perladangan itu berkata, Pengerusi FGV Datuk Azhar Abdul Hamid semalam menulis surat kepada Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan kepadanya bahawa pihaknya belum menerima sebarang notis berkaitan LLA sehingga semalam.
Menurut laporan Bernama, FGV mencadangkan FELDA menghentikan sebarang siaran media mengenai perkara tersebut sebelum membuat kenyataan bersama mengenai perkara yang dipersetujui mengikut terma dan syarat LLA, kata beliau dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam.
Pengerusi Pasukan Petugas Khas FELDA, Tan Sri Abdul Wahid Omar mengumumkan rancangan berkenaan pada 30 Oktober lepas.
Sementara itu, ketika mengulas mengenai artikel diterbitkan TheEdgeMalaysia yang melaporkan FELDA menentang cadangan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengenai suntikan aset perladangan ke dalam FGV, FGV menjelaskan pengarah FGV ada menerima surat daripada pengerusi FELDA yang menyatakan lembaga pengarah FELDA tidak akan menyokong sebarang cadangan yang akan menyebabkan pencairan pegangan sahamnya di dalam FGV.
GAMBAR HIASAN
Mengenai cerminan kepentingan daripada syarikat pegangan pelaburan Perspective Lane (M) Sdn Bhd (PLSB) pada 15 Oktober untuk mengambil bahagian dalam FGV melalui suntikan aset perladangan sebagai pertukaran kepada saham, FGV berkata PLSB tidak menyebut sama ada aset perladangan yang mahu disuntik ke dalam syarikat itu, diletakkan di bawah Tradewinds Plantations Bhd.
Juga tidak disebut sama ada Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR), yang diletakkan di bawah PLSB, adalah sebahagian daripada aset perladangan yang akan disuntik ke dalam FGV.
PLSB adalah subsidiari milik penuh Restu Jernih Sdn Bhd yang dimiliki Syed Mokhtar.
Tradewinds Plantation dan CSR pula dimiliki oleh PLSB.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Setiap kali berlaku kebakaran yang melibatkan kediaman, penghuni selalunya beranggapan berada di bawah katil dan di bilik air merupakan tempat selamat untuk menyelamatkan diri.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang, Ismail Abdul Ghani, kebanyakan mangsa yang meninggal dunia semasa kebakaran bukan disebabkan oleh api tetapi mereka terlebih dahulu lemas oleh asap toksik yang wujud akibat kebakaran.
“Melarikan diri ke bilik air bukanlah satu langkah yang bijak kerana tempat itu boleh dimasuki oleh asap semasa kebakaran dan bukan tempat yang selamat untuk menyelamatkan diri.
“Cadangan JBPM adalah setiap rumah kediaman mestilah mempunyai jeriji yang mudah dibuka di pintu dan tingkap bertujuan untuk pelepasan diri sekiranya berlaku kebakaran,” katanya ketika dihubungi SAHIH,hari ini.
Beliau berkata, setiap rumah juga dicadangkan untuk menyediakan alat penggera kebakaran dan alat pemadam kebakaran pada peringkat awal.
Pagi tadi, seorang lelaki warga Kemboja dan empat sekeluarga terkorban dalam kebakaran yang berlaku di Lorong Mokhtar Kampung Delek Kanan,Klang.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, empat daripada mereka ditemukan di dalam bilik air sementara seorang kanak-kanak dijumpai di luar bilik air.
Norazam berkata, JBPM percaya mangsa bersembunyi di bilik air dengan harapan lokasi itu boleh menyelamatkan mereka.
Katanya, siasatan awal juga mendapati bilik air menjadi pilihan terakhir berikutan panik tidak dapat keluar daripada laluan pintu dapur rumah kerana telah terkunci.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Selepas kira-kira 34 tahun menabur bakti bersama FELDA, Marhaini Rahman akhirnya bersara wajib hari ini.
Beliau yang bertugas sebagai Pegawai Unit Pembangunan Peneroka dan Komuniti FELDA Wilayah Jengka diraikan dalam majlis anjuran Gabungan Persatuan Wanita (GPW) FELDA Wilayah Jengka.
Majlis turut dihadiri Pengerusi GPW FELDA Wilayah Jengka, Zariah Harun; Ketua Peneroka FELDA Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar dan Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud.
Turut hadir kira-kira 90 ahli GPW FELDA Wilayah Jengka dan warga peneroka.
Zariah ketika ucapan ringkas pada majlis itu mengimbau kembali sumbangan Marhaini yang banyak membantu warga peneroka di kawasan tanah rancangan berkenaan.
Katanya, jasa dan pengorbanan bekas pegawai FELDA itu sangat dihargai dan akan kekal dalam ingatan mereka.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!