JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di negeri ini merekodkan seramai 155 mangsa daripada 40 keluarga dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sehingga jam 8 pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata sehingga kini, daerah terjejas ialah Johor Bahru dan Pontian dengan PPS masing-masing dibuka jam 7.30 malam serta 10 malam tadi.
Katanya, di Johor Bahru, seramai 144 mangsa daripada 36 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pasir.
“Kawasan terjejas di daerah ini membabitkan Kampung Pasir, Kampung Seri Serdang, Kampung Pengkalan Rinting dan Kampung Seri Jaya.
“Di Pontian, seramai 11 mangsa daripada empat keluarga kini ditempatkan di PPS Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai,” katanya dalam kenyataan disiarkan BH Online.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menasihatkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berhenti menjadi ketua penerangan bagi parti lain.
Puad berkata, beliau berulang kali mendengar temubual Annuar dengan UMNOOnline yang dihoskan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan Sufian.
AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi
Bagaimanapun, katanya, apa yang mahu difokuskannya adalah kenyataan Annuar bahawa ‘UMNO lupa kita datang dari parti yang jatuh dan kalah. Layanan macam mana yang kita mahu’.
“Betul, UMNO kalah di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Tetapi UMNO menang kerusi terbanyak. Cuma gagal mencari rakan yang cukup untuk membentuk kerajaan.
“BERSATU menang 13 kerusi sahaja tetapi bersama DAP, PKR, Warisan dan Amanah berjaya menubuh kerajaan Pakatan Harapan (PH). UMNO mengiktiraf kerajaan PH. Tiada darurat,” katanya dalam kenyataan disiarkan Malaysiapost.
Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, selepas 22 bulan memerintah, PH tumbang lalu lahirnya kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Gambar Hiasan
“PN adalah kerajaan baharu. Dokongan bersama, tidak timbul siapa kalah, siapa menang walaupun kerusi UMNO masih terbanyak.
“Maka sebagai dokongan baru ia mesti dikongsi dengan cara yang baru. Itu yang Presiden UMNO sebut di Dewan Rakyat, tidak timbul siapa berbudi, siapayangterhutang budi,“katanya.
Justeru, beliau berkata, UMNO hanya mahukan kejujuran politik yang tidak menikam belakang.
“Kalau mahu dibahas, siapa kalah siapa menang, senario selepas PRU14 telah berubah. UMNO menang tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK). UMNO kalahkan BERSATU dua kali ketika PH masih berkuasa iaitu di Semenyih dan Tanjung Piai.
“UMNO mengalahkan semua parti gabungan PH kecuali Amanah. UMNO mengalahkan DAP di Cameron Highlands, PKR di Rantau dan Warisan di Kimanis.
“Bahkan BERSATU sekarang ini didokong oleh 15 Ahli Parlimen yang lompat daripada UMNO.
“Maka atas asas apa Annuar mahu mengatakan BERSATU ini parti menang. Zaman kebanggaan PH menang PRU14 sudah berakhir,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
34 ORANG MANGSA DARIPADA 7 KELUARGA TERLIBAT TERMASUK 2 BAYI
RAUB: Ekoran hujan lebat berlaku dalam tempoh yang lama, dua kampung dinaiki air dan seramai 34 orang daripada tujuh keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Jamek Kuala Semantan dan Masjid Jamek Kampung Sega Lama, kira-kira jam 10.15 malam tadi.
Air naik di dua buah kampung di Raub, malam tadi.
Kampung yang terlibat ialah Kampung Kuala Semantan sebanyak 3 keluarga dan Kampung Sega lama 4 keluarga termasuk dua bayi perempuan dipindahkan dengan segera oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Raub setelah menerima panggilan kecemasan malam tadi.
Tindakan pantas pasukan bomba terus membantu dan memantau pemindahan mangsa ke dua masjid berkenaan, termasuk melakukan sanitasi segera di PPS berkenaan.
Sebahagian mangsa di tempat PPS dan anggota bomba melakukan kerja pendaftaran mangsa
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Raub, keadaan air statik dan tiada tanda-tanda surut dan meminta penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai sentiasa berwaspada.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Banjir kilat susulan hujan lebat di Perak bertambah buruk dengan jumlah penduduk yang dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat sekali ganda daripada 319 orang pada 9 malam tadi kepada 736 setakat pukul 6 pagi ini.
Menurut laporan Bernama, jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata daerah paling teruk terjejas adalah Larut, Matang dan Selama (LMS) dengan jumlah keseluruhan penduduk dipindahkan ke empat PPS seramai 569 orang.
Gambar Hiasan/BH Online
Katanya terbaharu, sebuah lagi PPS dibuka di LMS iaitu di Masjid Toh Paduka, Ijok kira-kira pukul 7 malam tadi yang menempatkan 364 orang dari Kampung Bendang Luas, Kampung Teras, Kampung Masjid dan Kampung Baru Gelugor.
“Selain itu, PPS lain di LMS adalah dewan orang ramai Kampung Seri Ara yang menempatkan 55 orang selepas kampung itu dilanda banjir kilat; 47 lagi berada di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim, Matang dan di Dewan Semai Bakti FELDA Ijok terdapat 103 orang,” katanya dalam satu kenyataan di Ipoh, hari ini.
Sementara itu, bagi daerah Kerian terdapat 152 orang berlindung di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai yang dibuka sejak Jumaat lepas selepas tujuh kampung dilanda banjir kilat antaranya Kampung Tebuk Panchur, Kampung Alor Setanggok, Kampung Tanjung Bugis dan Kampung Parit Abu Hassan Ban.
Katanya, di Hilir Perak pula seramai 15 orang ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan selepas kediaman mereka di Kampung Belakang Kilang Kacang dan Lorong Bendera 1, Kampung Sungai Tukang Sidin dinaiki air susulan banjir kilat.
Operasi memindahkan penduduk dan penugasan di PPS melibatkan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, bomba, polis, dan RELA.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Berikut keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris : AFP
Aston Villa 1 (Konsa 47) Brighton 2 (Welbeck 12, March 56)
Newcastle 0 Chelsea 2 (Fernandez 10-gs, Abraham 65)
Tottenham 2 (Son 5, Lo Celso 65) Manchester City 0
Manchester United 1 (Fernandes 56-pen) West Brom 0
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PKP, PKPP BUKA MATA USAHA TANAM TERUNG SEBELAH RUMAH
JERANTUT: Sejak mengusaha tanaman terung di kawasan tanah kosong seluas 0.1 hektar telah memberi pulangan yang agak lumayan bagi menampung kehidupan pekebun itu sekeluarga ketika pergerakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengusaha kebun terung itu, Mohd Ali Saifuddin Samad, 49, memilih tanaman terung melalui program Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) bersebelahan rumahnya sejak bulan Julai tahun ini kini mampu menampung perbelanjaan harian keluarganya.
Pengusaha kebun terung, Mohd Ali Saifuddin Samad
Katanya, sebelum ini dia tidak mempunyai sebarang kemahiran berkaitan pertanian tetapi ternyata berbaloi apabila sudah tiga kali tanamannya dituai dan sudah menembusi pasaran di Pasar Selayang (Selangor) dan bandar Jerantut serta sekitar kampungnya.
“Saya menanam terung selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB) kira-kira empat bulan lalu dengan menanam benih terung di dalam 1,021 beg polimenggunakan kaedah fertigasi di kawasan tanah kosong berdekatan rumah.
“Saya bermodalkan sebanyak RM5,000 untuk membeli benih terung, beg poli, peralatan tanaman dan baja yang harganya agak tinggi tanpa memohon bantuan mana-mana agensi kerajaan,” katanya di Kampung Labu, Mukim Tembeling Tengah, Jerantut.
Katanya, dia dan isterinya, Norazimah Abdullah Sidek, 38, terus berusaha walaupun pada awalnya masih kurang yakin akan hasilnya nanti di samping bertanyakan rakan petani lain, kini dia mula bertambah pengetahuan mengenai pengurusan tanaman setelah menjalani kursus myGAP anjuran Jabatan Pertanian.
“Saya berdepan sikit masalah kerana terung yang ditanam secara fertigasi agak cerewet pengurusan tanamannya kerana ia memerlukan penjagaan baja yang mencukupi membabitkan perbelanjaan yang tinggi berbanding ditanam di batas tanah.
“Dengan bantuan lima orang anak, kami mengurus tanaman, akhirnya menampakkan hasil apabila terung boleh dipetik selepas kira-kira empat bulan dan boleh dipasarkan, tuaian pertama mengeluarkan kira-kira 300 kilogram dan pemborong dari Pasar Selayang datang sendiri ke kebun kami dan mengambil terung yang siap diisi dalam bakul dengan harga RM4 sekilogram,”katanya.
Kata Norazimah, dia menggalakkan suaminya untuk mencuba nasib di bidang pertanian kerana kehidupan mereka tertekan setelah bermula tempoh penguatkuasaan PKP mengakibatkan kehilangan pendapatan apabila tidak dapat bekerja mengambil upah di kebun sawit yang agak jauh serta tuntutan perbelanjaan yang tinggi.
Norazimah Abdullah Sidek
“Saya bersyukur kerana sudah tahu cara mengurus tanaman ini setelah memperoleh hasil pertama dan sehingga ini tanaman terung masih mengeluarkan hasil dan mula dipungut secara berperingkat untuk dihantar ke Pasar Selayang dan mana-mana kedai runcit dan pasar di bandar Jerantut minggu ini.
“Usaha suami dan dibantu oleh anak-anak berhasil dan mula berhasrat untuk mencuba tanaman seperti cili kulai di samping mengekalkan terung berasaskan permintaan yang tinggi di pasaran,” katanya.
Katanya, menjangkakan hasil terung yang bakal dipungut mencecah 900 kilogram sehingga bulan Disember ini memandangkan tanaman itu masih mengeluarkan hasil.
Sementara itu, Penghulu Mukim Tembeling Tengah, Zulkefly Zaadun Zabir berkata, Mohd Ali Saifuddin antara 33 orang petani di mukim tersebut yang terbabit dengan program myGAP anjuran Jabatan Pertanian dan Pejabat Penghulu Mukim itu.
Penghulu Mukim Tembeling Tengah, Zulkefly Zaadun Zabir
Beliau berkata, petani lain yang terlibat dengan program myGAP ialah dari FELDA Sungai Retang , Kampung Labu dan Kampung Gol, manakala projek nangka madu dan lembu di Kampung Lubuk Payung di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tembeling Tengah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP DAKWAAN TERSEBAR MELALUI PLATFORM MESEJ SOSIAL
KUALA LUMPUR: Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd (RPDR-PKPP) menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa syarikat itu sedang mengalami masalah kewangan.
Memetik laporan Malaysiakini, Pengerusinya, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah semasa membua penafian keras itu juga memaklumkan satu laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan.
Gambar Hiasan
“Saya berasa gusar dengan penularan khabar angin melalui platform mesej sosial baru-baru ini yang menyatakan bahawa RPD Group sedang mengalami masalah kewangan dan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan pemegang saham.
“Dengan ini, saya menafikan sekeras-kerasnya penyataan ini dan ia merupakan khabar angin dan tidak benar sama sekali.
“RPD Group mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan komited dengan usaha sama yang dijalinkan dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan kerajaan Pahang demi pertumbuhan industri durian negara.
“Satu laporan polis juga telah dibuat berkaitan perkara ini.
“Bercanggah dengan dakwaan sesetengah pihak, rakan usaha sama kami iaitu PKPP, merupakan sebuah perbadanan milik kerajaan negeri dan ini menjadikan RPDR-PKPP sebuah usaha sama dengan kerajaan Pahang,” kata puteri sulung kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah itu.
Untuk rekod, RPDR-PKPP ialah syarikat yang baru-baru ini terlibat dengan perselisihan dengan sekumpulan pekebun durian di Raub, Pahang.
Gambar Hiasan
Perselisihan itu bermula apabila RPDR dan PKPP mengadakan usaha sama dan menuntut kembali ribuan ekar tanah daripada petani yang dikatakan meneroka tanah secara haram.
Kenyataan Tengku Puteri Iman itu bagaimanapun tidak menyatakan mesej asal yang mengandungi dakwaan yang dimaksudkan, atau menyebut platform mesej sosial manakah yang digunakan untuk menularkannya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
FAKFAK, INDONESIA: Puluhan burung kakak tua yang diisi dalam botol air plastik dijumpai dalam sebuah kapal yang berlabuh di wilayah Papua, menurut pihak berkuasa hari ini.
Polis di bandar Fakfak berkata, krew kapal mengadu terdengar bunyi bising dari sebuah kotak besar yang mengandungi burung nuri kepala hitam yang masih hidup dan 10 lagi burung yang ditemui mati pada pagi semalam.
Burung nuri kepala hitam adalah jenis burung kakak tua yang berasal dari Papua New Guinea dan pulau kecil berhampiran.
“Krew kapal memberitahu kami mengesyaki ada haiwan dalam kotak kerana terdengar bunyi pelik,” kata jurucakap polis tempatan, Dodik Junaidi.
Bagaimanapun, kata Junaidi tiada tangkapan dibuat setakat ini dan motif burung itu dalam kapal berkenaan tidak jelas.
Hutan luas di Indonesia menjadi habitat lebih 130 spesis burung yang terancam dan lebih banyak dari negara lain kecuali Brazil, menurut pemerhati haiwan liar, TRAFFIC.
Terdapat pihak yang menjalankan perdagangan burung secara besar-besaran. Ia boleh dilihat di pasar burung raksasa di kota besar dekat Indonesia atau turut diseludup ke luar negara.
Biasanya, burung eksotik diburu dan diperdagangkan oleh kumpulan penyeludup untuk dijual sebagai haiwan peliharaan dan simbol status.
Spesis burung tertentu seperti kakak tua palma Australia boleh dijual pada harga AS$30,000 (RM122,805) di pasaran gelap.
Pada 2017, pihak berkuasa Indonesia menjumpai kira-kira 125 ekor burung eksotik yang dimasukkan ke dalam paip longkang ketika serbuan penyeludupan hidupan liar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!