PARIS: Berikut keputusan perlawanan Liga Juara-Juara: AGENSI
Krasnodar 1 Sevilla 2
Rennes 1 Chelsea 2
Borussia Dortmund 3 Club Brugge 0
Lazio 3 Zenit Saint Petersburg 1
Dynamo Kiev 0 Barcelona 4
Juventus 2 Ferencvaros 1
Manchester United 4 Istanbul Basaksehir 1
Paris Saint-Germain1 RB Leipzig 0
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SABAK BERNAM: “Gangguan itu mengganas selama 30 saat dan menggoncang jeriji pintu dapur sehingga terbuka,” kata Salmiah Abdul Rahman, 45, di rumahnya di Taman Air Manis, di sini, semalam.
Salmiah berkata, ketika kejadian pada jam 11.20 malam kelmarin hanya dia dan dua anak berusia 10 dan lima tahun berada di rumah manakala suaminya, Hairol Rizam Musa, 45, keluar menyertai Rondaan Sukarela Cegah Jenayah (RSCJ) anjuran taman perumahan itu.
“Kami bertiga duduk di ruang tengah sambil menonton televisyen. Ketika itu, semua anak belum tidur lagi.
“Tiba-tiba kami mendengar bunyi seakan-akan goncangan pada jeriji pintu dapur sampaikan anak tanya pada saya bunyi apa itu?
“Saya memberanikan diri pergi ke dapur melihat apa yang berlaku. Apabila intai di tingkap, saya tidak nampak sesiapa di luar.
“Apa yang menyeramkan, jeriji yang ditutup suami sebelum keluar meronda terbuka luas seperti ada seseorang membukanya,” katanya yang menetap di taman perumahan itu sejak lima tahun lalu.
Memetik laporan HarianMetro, seorang penduduk, Rohayu Asmawi, 53, pula dia dan anak perempuannya berusia 23 tahun mendakwa terdengar bunyi seperti seseorang membaling kayu ke arah dinding berhampiran cermin bilik hadapan rumahnya pada jam 10.45 malam kelmarin.
Katanya, anak perempuannya yang duduk di bilik berasingan turut mendengar bunyi balingan itu dengan jelas.
“Bunyi balingan itu berlaku dua kali. Ia (bunyi) begitu menggerunkan menyebabkan saya panik dan ketakutan.
“Sebelum ini saya sekeluarga pernah diganggu dengan bunyi ketukan misteri. Tak sangka kali ini saya dan anak perempuan pula menjadi mangsa gangguan bunyi (baling objek seakan-akan kayu) itu,” katanya.
ROHAYU menunjukkan lokasi bunyi balingan pada bahagian tingkap rumah
Setiausaha Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh berkata, tiga aduan berkenaan gangguan ketukan pintu berlaku di taman perumahan terbabit sejak semalam.
Beliau berkata, selain dua aduan, ada juga satu aduan berhubung bunyi ketukan misteri di sebuah rumah kosong tidak berpenghuni di taman perumahan itu.
“Gangguan ketukan pintu yang berlaku di taman perumahan ini berlaku sejak 19 November lalu. Aduan yang diterima ketika itu sebanyak enam (aduan) dan ia menjadi jumlah keseluruhan sebanyak sembilan aduan.
“Untuk itu, kami kerap melakukan rondaan untuk memastikan keamanan dan keselamatan penduduk taman perumahan ini terjamin.
“Surau taman perumahan ini akan mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat dalam tempoh terdekat. Sama-sama kita berdoa kepada Allah semoga gangguan ini segera berakhir,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUMPULAN PENYELUDUP TERKEJUT BERTEMBUNG DENGAN ANGGOTA PGA
KUALA LUMPUR: Kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand antara dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kumpulan penyeludup dadah awal pagi tadi berlaku secara spontan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
TAN Sri Abdul Hamid Bador
Beliau berkata kedua-dua pihak melibatkan polis dan penyeludup terkejut melihat kehadiran masing-masing di lokasi kejadian iaitu kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.
“Dua anggota PGA itu dalam operasi perisikan dengan bersenjatakan pistol dan menunggang motosikal, dan mereka tiba di satu kawasan belukar serta denai di kawasan ladang getah menuju ke tembok sempadan.
“Mereka kemudian berjalan di denai sebelum terserempak dengan kumpulan itu yang membawa guni mengandungi daun ketum dan ubat batuk,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di Kuala Lumpur.
ANTARA barang kes dirampas daripada kumpulan penyeludup yang terbabit dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota PGA awal pagi semalam
Beliau berkata Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang maut terkena tembakan di rusuk kanan sempat meminta rakannya Koperal Norihan a/l Tari, 39, meminta bantuan dari pos kawalan TS9, menyebabkan Norihan yang sudah cedera kerana terkena tiga das tembakan bergegas kembali ke motosikal mereka dan menunggang ke pos kawalan berkenaan.
Abdul Hamid berkata pasukan bantuan yang tiba di lokasi kejadian setengah jam kemudian mendapati Baharuddin, orang asli dari suku kaum Semelai, telah terbaring dan meninggal dunia dalam keadaan pistolnya berada di bahu dan kehabisan peluru.
“Kecederaan Norihan pula ialah dua dari peluru terkena ususnya namun beliau kini stabil di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis,” katanya dipetik dari Bernama.
Abdul Hamid berkata pasukan komando VAT69 yang turut dikerah ke lokasi kejadian bersama pasukan bantuan dari PGA kemudian berjaya menahan dua suspek lelaki warga Thailand, dengan salah seorangnya ditahan berdekatan lokasi kejadian.
Beliau berkata jasad Baharudin masih di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah dan akan dibawa ke Kem 3 Batalion PGA di Bidor Perak sebelum disemadikan mengikut istiadat rasmi PDRM di Kampung Sampo, Bahau, Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, Abdul Hamid turut menjelaskan sindiket penyeludupan dadah itu dipercayai beroperasi dengan cara pertukaran barter iaitu menyeludup ke dalam negara ini dadah, antaranya heroin dan syabu dari Thailand, dan membawa daun ketum dari negara ini ke Thailand.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA KRAI: Dua keluarga dari Kampung Keroh, Kuala Krai menjadi mangsa pertama banjir di Kelantan hari ini.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Siti Mor Hasma Mat Isa, mangsa melibatkan enam orang termasuk seorang bayi berusia tiga bulan.
Gambar Hiasan
Katanya, mereka dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Lama Kampung Keroh pada jam 12.15 tengah hari.
“Mangsa melibatkan enam orang isi rumah daripada dua keluarga iaitu dua lelaki, dua wanita, seorang kanak-kanak dan seorang bayi berusia yang terdiri daripada dua keluarga.
“Seorang mangsa wanita juga sedang sarat mengandung dan menunggu masa untuk bersalin,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, seramai 210 pegawai dan anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertawanan Awam (APM) daerah Kuala Krai kini berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Pekerja kilang papan warga negara Indonesia ditemui mati dengan kesan kelar di leher ketika kejadian di Mentakab, Temerloh dekat sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemui orang awam di kawasan ladang kelapa sawit dekat Jalan Karak pada pukul 8.40 pagi tadi.
“Selain itu, motosikal si mati dijumpai dibuang (disorok) di dalam lubang di ladang sawit berkenaan,” tambah beliau melalui kenyataan media disiarkan Kosmo! Online.
Beliau menambah, siasatan awal telah membawa kepada tangkapan seorang lelaki warganegara sama berusia 43 tahun.
Ujarnya lagi, polis juga masih menyiasat pertalian antara mangsa dengan suspek yang membawa kepada kejadian pembunuhan tersebut.
“Motif pembunuhan masih disiasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SERBUAN DILAKUKAN KETIKA SUSPEK SEDANG LEKA BERTARUH
PARIT BUNTAR: Seramai 14 individu termasuk sembilan warga emas ditahan polis dalam Ops Dadu di sebuah kedai kopi di Jalan Besar, Tanjung Piandang di sini ketika asyik leka bermain judi atas talian semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian membuat serbuan ke premis berkenaan setelah menerima maklumat sekumpukan lelaki dan wanita berkumpul mengelilingi dua buah meja tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal dan disyaki sedang bermain judi.
“Dalam serbuan pada pukul 5 petang itu, polis berjaya menahan 14 orang termasuk seorang wanita berusia antara 48 hingga 71 tahun dan turut merampas beberapa barangan peralatan yang digunakan untuk berjudi.
“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,193.00, sepuluh buah kerusi plastik, empat buku nota, tiga telefon bimbit, dua meja bulat dan dua batang pen yang digunakan dalam permainan judi tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.
Tambah Mazuki, kesemua mereka diberi notis kompaun kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan kerajaan dan semua barang rampasan telah di bawa ke IPD Kerian untuk tindakan lanjut.
“Kesemua mereka yang merupakan warga tempatan itu dilepaskan di bawah jaminan polis dan di siasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Seramai 84 korban COVID-19, bersamaan 28 peratus daripada keseluruhan kematian setakat 10 November meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan, maklum Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.
DR Adham Baba
“Sejumlah 216 kes kematian (iaitu bersamaan 72 peratus) adalah merupakan kes kematian yang telah menerima rawatan di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, manakala selebihnya iaitu 84 kes kematian (bersamaan 28 peratus) adalah kematian yang berlaku sebelum tiba mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
Dr Adham berkata majoriti kes kematian yang mendapatkan rawatan tiba di hospital dalam keadaan tahap 4, kategori tenat iaitu 54.63 peratus manakala 26.85 peratus pada tahap 5, kategori kritikal.
Jelasnya, 90 peratus kematian disebabkan pneumonia – jangkitan paru-paru yang teruk dan kegagalan fungsi organ, sementara yang lain meninggal dunia akibat sakit jantung dan penyakit kronik lain seperti barah.
Adham berkata demikian pada jawapan bertulis parlimen bertarikh 17 November kepada Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) yang bertanya apakah penyebab utama kematian COVID-19 di negara ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERTANDINGAN MURAL MOHLAWOBANDORKITA ANJURAN MAJLIS DAERAH MARAN, PELANCONGAN PAHANG
MARAN: Peserta solo pertandingan melukis mural Moh Lawo Bando Kita dengan lukisan bertema Indahnya Maran muncul juara dan mengondol hadiah wang tunai bernilai RM 1,200 dengan menewaskan 9 peserta solo dan 13 kumpulan lain.
Munif Muhamad Nor, 52 tahun dengan lukisan muralnya muncul juara
Munif Muhamad Nor, 52 tahun dengan lukisan muralnya memberi sudut pandangan berkaitan kemahiran tangan pembuatan lesung kayu yang terkenal di Maran.
“Saya lihat kemahiran pembuatan lesung kayu mempunyai nilai estetika yang tinggi serta menjadi alat utama kegunaan tradisonal di dapur orang melayu, ”katanya.
Lukisan kemahiran pembuatan lesung kayu mempunyai nilai estetika yang tinggi
Tempat kedua dengan hadiah bernilai RM1,000 dimenangi Kumpulan Anomali yang disertai Mohamad Nizam Mohd yasin, (26), Muhammad Amirul Izzat Min (26) dan Ahmad Nor Ahdah Addin Mohd umur 20 dengan lukisan bertema Alam Semulajadi.
Tempat kedua dimenangi Kumpulan Anomali dengan tema alam Semulajadi
Manakala tempat ketiga digondol oleh kumpulan Vias yang diwakili oleh Tuan Wil Tuan Mat, umur 59, Mohd Buraharuddin Wahid (56), Dzulhairi Md Rashid (38) dan Nur Ibrahim Nazlan (38) dengan lukisan bertema Herba menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 700.
Kumpulan Vias, tempat ketiga dengan tema Herba
Pertandingan dianjur Majlis Daerah Maran (MDM) dengan kerjasama Pelancongan Pahang dan lokasi melukis mural di Bangunan Bazar Maran dan Taman Tasik Maran yang berlangsung selama 3 hari.
Setiausaha MDM , Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata tujuan utama pertandingan melukis mural itu mewujudkan satu aktiviti street art sebagai satu daya tarikan baharu penduduk setempat, pelancong tempatan dan luar.
“Selain itu memberi peluang kepada orang ramai, badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi berkaitan untuk berkarya, menunjukkan bakat dan secara tidak langsung turut memberi khidmat sosial melalui lukisan.
“Lukisan bertemakan patriotik, pemandangan di Maran, permainan dan kegiatan tradisional serta produk makanan tempatan dilukis di dinding seluas 7 kaki x 10 kaki,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan enam daripada 13 individu yang disyaki dalang serangan bersenjata terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) awal pagi.
SUSPEK berjaya ditahan berhampiran lokasi kejadian
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata dua daripada suspek ditahan pasukan keselamatan Malaysia, manakala empat lagi ditahan pihak berkuasa Thailand.
“Seorang ditahan berhampiran lokasi kejadian oleh anggota Komando 69 manakala seorang lagi ditahan oleh anggota Batalion 3 PGA,” katanya dalam sidang media dipetik dari Malaysiapost.
Katanya, usaha memburu baki tujuh lagi anggota kumpulan penyerang itu sedang dijalankan pihak berkuasa kedua-dua negara.
SALAH seorang suspek berjaya diberkas ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Selatan Thailand
Dalam kejadian jam 3.10 pagi tadi, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Koperal Baharuddin Ramli, 54, terkorban terkena tembakan, manakala Koperal T Norihan, 39, cedera parah dan dilaporkan kritikal.
Difahamkan, sindiket penyeludupan disyaki dalang serangan dua anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi tadi.
Surina berkata, kejadian tembak-menembak itu bermula apabila dua anggota PGA terbabit bertembung dengan kumpulan penyeludup berkenaan.
“Sejurus kejadian, anggota yang cedera telah diminta oleh seorang lagi anggota (Baharuddin) untuk dapatkan bantuan TS 9 (pasukan Batalion 3 PGA) yang kemudian tiba dalam masa singkat sebelum mendapati Koperal Baharuddin telah meninggal dunia,” katanya.
Beliau berkata, ketika kejadian itu penyeludup membawa antara 400 hingga 500 kilogram daun ketum serta ubat batuk.
“Dalam insiden tersebut, kita dapat maklumat tiga penyeludup warga Thailand telah cedera dan mendapatkan rawatan hospital di Hatyai dan Sadao,” katanya sambil menambah pihaknya akan maklumat terperinci daripada Norihan apabila keadaannya stabil.
Surina turut menegaskan polis akan menjalankan siasatan terperinci dan mendapatkan pelbagai maklumat bagi semua anggota penyeludup yang terlibat dapat ditangkap.
Beliau turut menyatakan rasa bangga terhadap kedua-duanya anggota PGA tersebut yang berani bertempur dengan kumpulan penyeludup negara jiran terbabit.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Seekor anak ayam berkaki satu yang dipelihara dua beradik di Kampung Huma Luas, dekat Kerdau, mati.
Anak ayam yang diberi nama Doodit pernah mendapat liputan SAHIH dan media lain beberapa hari lalu kerana keunikannya yang berkaki satu.
Puteri Qaseh Qistina Fahmie,12, berkata, dia menyedari anak ayam itu mati selepas dimaklumkan oleh neneknya.
“Saya dan adik sempat menjaganya hanya lapan hari.
“Sepanjang lapan hari kami memang sentiasa bagi makan dan minum menggunakan straw mengikut waktu makan.
“Kami menjaganya di dalam bekas di dalam rumah kerana bimbang Doodit diancam haiwan lain jika direban.
“Namun pada 11 pagi tadi, nenek memaklumkan bahawa Doodit telah mati mungkin kerana kesejukan pada musim tengkujuh ini,” katanya.
Puteri Qaseh bagaimanapun berkata, dia tidak serik untuk memelihara ayam atau haiwan peliharaan lain selepas ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!