SUBANG JAYA: Perselisihan faham sepasang suami isteri berakhir dengan tragedi apabila wanita itu mati dibunuh dalam kejadian di Pangsapuri Court 4 di sini hari ini.
Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, dia dengar bunyi pergaduhan dari kediaman di tingkat empat itu sebelum melihat kehadiran pihak polis pada pukul 8 malam.
“Saya tak pernah dengar apa-apa pergaduhan antara mereka sebelum ini dan memang terkejut bila diberitahu seorang wanita mati dibunuh,” katanya ketika ditemui KOSMO! ONLINE di lokasi kejadian hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pernah dihalau gara-gara gagal membayar sewa rumah, itu antara nasib yang menimpa seorang biduanita negara.
Berkongsi apa yang dilaluinya sejak tiga tahun lalu, Uji Rashid memberitahu kehidupan yang dilaluinya ketika ini agak sukar memandangkan terpaksa menjaga anaknya Cico Harahap, 41.
“Hidup kami memang susah, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Saya, Cico dan cucu, Rindu pernah dihalau dari rumah sewa dalam keadaan sehelai sepinggang. Kami terpaksa menginap di hotel bajet selama berbulan-bulan.
“Namun ada seorang peminat yang baik hati memberi kami tempat berteduh. Tahun lalu, atas bantuan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kami ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya yang membuat pendedahan dalam Program Telekung Talk di platform FACEBOOK Muhayya Momentum semalam.
Berkongsi mengenai keadaan anaknya kini, kata Uji, Cico semakin pulih.
Namun sehingga kini Cico masih gagal bertutur mahupun menulis dengan baik.
Melalui program itu juga, Uji turut mendakwa, Cico sebenarnya diracun kawannya sendiri.
“Sebenarnya Cico bukanlah disihir tetapi diracun oleh rakan-rakannya. Menurut doktor beberapa jenis racun dicampur ke dalam gelas minumannya.
“Difahamkan juga racun itu mampu membunuhnya dalam tempoh empat jam.
“Saya masih ingat Cico muntah-muntah dan wajahnya dipenuhi darah. Berhari-hari dia terlantar sakit di atas katil. Masa itu saya hanya berserah dan memohon petunjuk daripada Allah SWT.
“Satu hari Cico bangun tetapi dia hanya diam apabila ditanya. Dia tidak kenal saya mahupun anaknya sendiri.
“Bila ditanya doktor siapa nama, dia jawab Pikee. Saya difahamkan racun itu memberikan kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya,” katanya seperti dilaporkan UTUSAN ONLINE.
Turut berada dalam program yang sama Datuk Dr Prof Muhaya yang menitipkan nasihat kepada Uji agar terus bersabar dalam melalui dugaan ini.
Telekung Talk kendalian pengacara Abu Talib Husin diperkenalkan sejak tiga tahun lalu dan pernah menampilkan selebriti popular antaranya Neelofa, Lisa Surihani, Fazura.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEREMBAN: Lima suspek disyaki terbabit dalam kes ragut seorang jururawat mengandung tujuh bulan, semalam dihadapkan di Mahkamah Seremban untuk permohonan reman, hari ini.
Semua suspek itu dibenarkan direman selama empat hingga tujuh hari, bermula hari ini.
Tiga suspek lelaki direman tujuh hari manakala dua suspek wanita termasuk remaja berusia 16 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berbahaya 1958.
Portal HARIAN METRO melaporkan, semua suspek ditangkap polis sekitar 12.30 tengah hari ketika sedang berehat di sebuah hotel di daerah ini, semalam.
Sebelum itu, seorang daripada suspek terbabit cuba meragut seorang jururawat yang hamil tujuh bulan di Bandar Springhill, di sini, pada jam 8.05 pagi.
Suspek bersenjatakan pisau itu gagal meragut beg tangan mangsa, namun berjaya melarikan telefon bimbit manakala mangsa berusia 29 tahun itu cedera di bahagian muka serta tangan.
Ujian saringan air kencing mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Tiga pekerja pembersihan termasuk seorang warga Bangladesh maut selepas terhidu gas di dalam loji kumbahan di Pantai Dalam, di sini, hari ini.
Kejadian pada jam 2.40 petang itu turut mencederakan seorang warga Bangladesh manakala dua lagi individu terselamat.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila enam pekerja pembersihan berkenaan melakukan kerja pembersihan di dalam tangki terbabit.
“Bagaimanapun mereka mengalami masalah pernafasan selepas terhidu gas dari loji kumbahan berkenaan.
“Dua mangsa warga Bangladesh berjaya menyelamatkan diri dengn keluar dari loji terbabit sebelum pasukan bomba sampai,” katanya.
Menurutnya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak yang tiba di lokasi melakukan kerja bacaan udara dan pengudaraan di lokasi bagi memastikan keadaan kualiti udara di dalam keadaan selamat.
Seperti laporan yang dipetik dari HARIAN METRO, seorang mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital manakala tiga lagi mangsa yang disahkan meninggal dunia berjaya dinaikkan pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
“Pasukan penyelamat seterusnya melaksanakan proses dekontaminasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
4 AHLI GENG SAMUN BERTOPENG AKHIRNYA DITEMBAK MATI
KUALA LUMPUR: Empat penjenayah yang ditembak mati di jalan di Sungai Buloh pada Jumaat merupakan geng samun bertopeng yang dikehendaki polis sebelum ini.
Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, kesemua suspek telah melakukan samun di sebuah rumah di Rawang sebelum terserempak dengan anggota polis.
“Pada jam 1 petang, polis terserempak dengan suspek, tetapi pemandu kereta tidak memberikan kerjasama (tidak berhenti walaupun dikejar).
“(Ketika cuba melarikan diri) kenderaan ini telah melanggar sebuah motosikal Grab yang ditunggang seorang wanita Melayu.
“Apabila dia tidak boleh meneruskan perjalanan ke hadapan, dia reverse (undur) balik melalui jalan bertentangan,” katanya, lapor ASTRO AWANI.
Bagaimanapun, anggota polis cuba menahan suspek, namun salah seorang suspek bertindak agresif keluar dari kenderaan dan menghayun parang ke arah anggota polis.
“Itu menyebabkan kita terpaksa melepaskan tembakan.
“Pada peringkat yang pertama apabila suspek melanggar motosikal Grab itu, dia telah menyeret penunggang Grab itu.
“Pada masa itu juga, bagi menyelamat penunggang Grab, kita telah melepaskan tembakan,” katanya lagi.
Kesemua suspek berusia lingkungan 20 an itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Siasatan lanjut mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan melarikan diri dari sekatan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
“Hasil semakan mendapati mereka ini adalah kumpulan samun bertopeng yang kita cari selama ini.
“Kita percaya mereka terlibat lebih daripada 50 kes sejak awal tahun. Dua daripadanya (suspek) ada rekod lari daripada sekatan POCA di Johor,” ujar Arjunaidi.
Bagaimanapun, mengulas mengenai penunggang e-hailing yang digilis itu, jelas Arjunaidi, mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.
Namun tidak dapat dipastikan kecederaan mangsa sehingga kini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95, RON97, diesel masing-masing naik dua sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan seperti yang disiarkan BERNAMA, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON 95 ialah RM1.80, RON 97 (RM2.10) dan diesel (RM1.98).
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
EBIT BANTU KELUARGA GANESH: SEWAKAN RUMAH DAN PERALATAN KELENGKAPAN
GEORGETOWN: Keperitan hidup seorang pengawal keselamatan bersama keluarganya yang terpaksa tinggal di dalam kereta sejak lapan bulan lalu berakhir apabila nasib mereka mendapat perhatian penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Ebit menerusi hantaran di FACEBOOKnya hari ini berkata, beliau amat sedih selepas membaca kisah S Ganesh, 34, isteri, S Parameswary, 32, dan tiga anak mereka berusia antara 6 tahun hingga 8 bulan yang tinggal di dalam kereta selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran, awal April lalu.
EBIT LEW (KANAN) MENEMANI AHLI KELUARGA GANESH MEMBELI BARANGAN KEPERLUAN/FACEBOOK
Menurutnya, beliau mengetahui kisah lima beranak itu ketika berada di Johor Bahru lalu bergegas ke Pulau Pinang untuk menyalurkan bantuan.
“Cuti umum Krismas dari Johor Bahru terus saya ke Pulau Pinang. Menangis sebak semalam masa di Johor Bahru terbaca pasal Ganesh dan isteri, Parameswari serta tiga anak kecil yang tidur lapan bulan di dalam kereta.
“Sedihnya rasa. Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta,” katanya, lapor SINAR HARIAN.
Dalam hantaran itu juga, Ebit berkongsi beberapa keping gambar beliau membawa keluarga itu membeli barangan keperluan selain rumah baharu yang disewa untuk mereka.
” Saya sewakan rumah cantik selesa ada tiga bilik. Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Dah dua kali mohon semenjak rumah terbakar.
“Tapi jika mereka terus ingin tinggal di situ pun saya akan terus bayarkan dengan gembira. Saya hadiahkan peti ais, mesin basuh, televisyen, RICE COOKER, dapur, kipas, satu katil saiz QUEEN, dua katil SINGLE, barang dapur dan duit belanja. Sayu masa nak belikan barang untuk mereka.
“Baik sangat pasangan ini, tidak berhenti Ganesh dan isteri ucapkan terima kasih dan mereka menangis terharu. Kata mereka, kenapa banyak sangat dan mereka suka sangat tengok rumah, saya gembira dapat tengok senyuman anak-anak comel,” katanya.
EBIT LEW (KANAN) MELAYAN KARENAH ANAK PASANGAN GANESH DAN PARAMESWARY/FACEBOOK
Pada Khamis, media melaporkan kehidupan Ganesh bersama isteri dan tiga anak mereka terpaksa tinggal di dalam kereta Proton Iswara yang berusia kira-kira 20 tahun selepas rumah mereka di Lebuh Carnarvon, di sini musnah dalam kebakaran pada awal April lalu.
Ganesh berkata, setiap hari dia akan membawa kereta tersebut dengan anak dan isteri mencari tempat redup untuk berhenti dan berteduh sementara di sekitar bandar ini dan menggunakan tandas-tandas awam untuk mandi dan sebagainya.
Sementara itu, Parameswary yang bersalin lapan bulan lalu terpaksa menjalani kehidupan berpantang dengan anak ketiganya di dalam kereta tersebut kerana tiada tempat tinggal.
Dia hanya mengharapkan pendapatan suami yang bergaji kecil dan bayinya hanya minum susu badan bercampur susu botol.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU: Polis menahan 10 lelaki warga tempatan yang disyaki ahli kongsi gelap 5 COLOUR di Bakri, Muar hari ini selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh penarik kereta yang ditemukan mati pada Ahad lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata suspek berumur lingkungan 17 hingga 31 tahun ditahan kira-kira jam 12.05 tengah hari dalam serbuan oleh sepasukan anggota pasukan khas (D9) Ibu Pejabat Kontinjen Johor.
“Mereka ini dipercayai daripada geng kongsi gelap 5 COLOUR yang terlibat dalam kejadian bunuh tersebut. Ia merupakan hasil pendedahan dua individu dalam tangkapan awal yang dibuat di tempat kejadian pada 20 Disember lepas, ” menurutnya dalam kenyataan disiarkan BERNAMA.
Ayob berkata siasatan mendapati motif kes itu adalah berkaitan isu tidak puas hati dengan pembayaran kenderaan yang dibeli dan lari daripada bank.
“Kesemua suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah dan jenayah lain,” katanya.
Beliau berkata tangkapan itu menjadikan jumlah keseluruhan ahli kongsi gelap 5 COLOUR yang telah dicekup ialah 12 orang.
Katanya, polis Johor kini mengesan beberapa lagi rakan sejenayah suspek yang masih bebas.
Ayob berkata polis akan mengemukakan permohonan untuk menahan reman mereka mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut.
Beliau juga menasihati pihak yang terlibat supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan pembelian kenderaan murah yang lari daripada pembayaran bank kerana kebiasaannya, pihak tersebut mempunyai kaitan dengan aktiviti mendapatkan perlindungan daripada ahli kongsi gelap,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat suspek kes samun selepas mengejar kereta dinaiki mereka dan terpaksa melepaskan beberapa tembakan dalam kejadian di Sungai Buloh, dekat sini, tengah hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata sebelum itu, kereta jenis PERODUA Axia berkenaan didapati melanggar dan menggilis seorang penunggang motosikal yang bekerja sebagai penghantar makanan.
“Empat penjenayah ditumpaskan di Sungai Buloh, tengah hari tadi selepas polis mengejar sebuah kereta PERODUA Axia dinaiki suspek yang melakukan samun di sebuah rumah.
“Pasukan serbuan terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke atas kereta dinaiki suspek demi mempertahankan pasukan dan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, memetik laporan dari BH ONLINE hari ini.
Fadzil berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kereta berkenaan mendapati empat lelaki di dalam kenderaan terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Dalam kenyataan sama, beliau bagaimanapun tidak menjelaskan status empat suspek terbabit.
Difahamkan, polis dijangka mengeluarkan kenyataan lanjut selepas ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kata apa diumumkan sudah elok dan menganggap segala tuntutan Barisan Nasional (BN) sudah dipenuhi, dakwa Datuk Seri Najib Razak dalam isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium bank.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau sudah bertemu dengan kerajaan PN (tanpa merujuk kepada sesiapa) untuk membincangkan isu lanjutan automatik pinjaman bank dan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara one-off sebanyak RM10,000 tanpa syarat.
“Saya beritahu mereka bahawa ramai rakyat yang tercicir dan terbeban dengan syarat-syarat KWSP dan kita tidak mahu lihat berjuta-juta rakyat beratur di pejabat KWSP untuk serahkan pelbagai dokumen sebagai bukti mereka layak untuk pengeluaran i-Sinar.
“Saya juga ceritakan bahawa ramai yang mengadu bahawa mereka tidak diluluskan lanjutan moratorium dan ada bank yang mengambil kesempatan untuk menambah tempoh pinjaman bagi mengaut lebih keuntungan bagi mereka yang minta lanjutan moratorium,” katanya menerusi hantaran di Facebook, dipetik dari MALAYSIAPOST.
Beliau berkata, BN berharap kerajaan PN boleh laksanakan moratorium seperti yang dilakukan pada awal tahun ini.
“Namun, kerajaan PN jawab saya bahawa apa yang sudah diumumkan sudah elok dan mereka anggap mereka sudah buat segala yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan saya dan BN bagi dua isu ini.
“Mereka kata pada saya bahawa mereka telah serahkan kepada Menteri Kewangan, CEO (Ketua Pengarah Eksekutif) KWSP dan bank-bank untuk laksana apa yang diperlukan atau menambah baik jika ada keperluan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!