SEBERANG PERAI: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan jalan raya dengan sebuah kenderaan lain yang tidak dapat dipastikan di Jalan Baru, Perai di sini hari ini.
KOSMO! ONLINE melaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Muhammad Aizudin Abu Bakar, 25, meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah akibat digilis.
KEADAAN MOTOSIKAL MILIK MANGSA YANG TERBABIT DALAM KEMALANGAN MAUT/MEDIA SOSIAL
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kemalangan itu membabitkan motosikal mangsa jenis Honda AFS dengan sebuah kenderaan lain yang tidak dipastikan.
“Ketika polis sampai di tempat kejadian, hanya terdapat motosikal mangsa dan mayatnya.
“Terdapat kesan tayar pada badan mangsa dipercayai akibat digilis oleh sebuah kenderaan lain yang masih belum dapat dipastikan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Shafee berkata, siasatan menemui kesan tayar sejauh kira-kira 24 meter dari tengah jalan menghala ke kedudukan mangsa di sebelah kiri jalan.
PASUKAN KESELAMATAN DENGAN KERJASAMA PDRM DAN ORANG AWAM MENGAWAL LALU LINTAS DI LOKASI KEMALANGAN MAUT/MEDIA SOSIAL
“Ia dipercayai milik kenderaan yang menggilis mangsa.
“Polis sedang mengesan kenderaan lain yang terlibat bagi membantu siasatan,” katanya lagi.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN: Gangguan bunyi melampau mengakibatkan seorang warga emas 61 tahun terpaksa dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS),Temerloh kerana mengalami tekanan perasaan dan turut bimbang bayi berusia 18 bulan mengalami gangguan yang sama.
Wakil penduduk, Zakiah Abd Aziz, 39, berkata, projek pembinaan jambatan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang sejauh kira-kira 10 meter dari rumah kediaman dan kilang menyebabkan penduduk mengalami pencemaran bunyi keterlaluan dan gangguan debu sejak sebulan lalu.
Tapak projek menanam cerucuk yang didakwa penduduk bunyinya mengganggu
“Kami bukan menolak pembangunan projak ECRL, tetapi projek ini telah mengakibatkan pencemaran bunyi yang dasyat kepada tiga keluarga dan pekerja sebuah kilang di Kampung Bak-Bak, di sini.
“Pencemaran bunyi yang sangat dasat mengganggu terutama ketika kerja menanam cerucuk yang boleh didengari kira-kira satu kilometer, apa lagi kami yang hanya 10.1 meter jaraknya dari tapak projek,”katanya kepada media hari ini.
Katanya, kerja projek dilaksanakan mulai jam 6.30 pagi sehingga 10.30 malam malah kadang-kala melebihi had waktu yang mengganggu kehidupan harian mereka.
“Ibu saya, Zauyah Ahmad,61, terpaksa mendapat rawatan di HOSHAS kerana tidak tahan dengan pencemaran bunyi melampau, saya bimbang kesan bunyi itu boleh menjejaskan kesihatan ahli keluarga termuda yang berusia 18 bulan,”katanya.
Beliau yang juga seorang usahawan Bee Herbs telah mengadu hal ini kepada beberapa pihak tertentu khususnya ketua projek itu bagi mencari mekanisme mengatasi masalah pencemaran bunyi sehingga sekarang tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan.
Menurutnya, pihak pemaju ada meletakkan mesin pengesan bunyi pagi semalam yang kononnya untuk mengetahui skala pencemaran bunyi ketika kerja-kerja dilakukan oleh pekerja.
“Data yang mereka dapat mungkin boleh dimanupulasikan, kami mahu mesin pengesan pencemaran bunyi itu dipasang dan sentiasa dihidupkan semasa kerja-kerja menanam cerucuk dilakukan.
“Berikutan masalah ini tiada kata sebarang tindakan susulan, oleh itu saya telah mengguna khidmat peguam untuk mewakili keluarga kami bagi mendapatkan ganti rugi dan faedah daripada pencemaran bunyi terlampau yang mengganggu emosi kami sepanjang hari,“ katanya.
Katanya, selain itu kilang Bee Herbs Production yang diusahakan dalam kawasan berdekatan terpaksa ditutup sejak sebulan lalu kerana pekerja terganggu dan tidak tahan dengan bunyi hentakan cerucuk itu.
Zakiah berkata, masalah yang mereka alami akan berterusan sehingga lebih tiga tahun sehingga projek itu siap dan kemudian mengalami gangguan bunyi tren pula setiap kali melalui kawasan itu.
“Kami bimbang bakal mengalami gangguan pendengaran akibat bunyi bising dalam tempoh begitu lama terutama membabitkan golongan kanak-kanak dan warga emas, komplikasi itu mungkin bersifat sementara atau kekal menjejaskan kesan deria pendengaran,”katanya.
Sementara itu Pengetua Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islamiah Kampung Sungai Ling, Azizah Khatib Mat berkata, projek ECRL yang melalui maahad itu turut menyebabkan kesan debu yang teruk kepada penghuninya.
Katanya, lori yang berulang alik mengambil pasir sungai berhampiran dengan maahad itu meninggalkan kesan debu kepada bangunan berdekatan sekali gus menjejaskan kesihatan penghuni seperti batuk, sakit tekak dan mata.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ampang: Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyut arus deras di Lorong Ikan Jelawat 8, Kampung, Ampang Campuran di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan pada 5.50 petang dan tiba di lokasi kejadian pada 6.02 petang.
Menurutnya Harian Metro melaporkan , seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kerja mengesan mangsa berusia empat tahun yang juga kanak-kanak Rohingya ditangguhkan malam ini dan akan bersambung semula esok,” katanya.
Gambar: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG: Kemalangan jalan raya yang melibatkan empat kereta dan sebuah treler turut meragut nyawa pemandu sebuah kereta dalam kejadian itu di Kilometer (KM) 3, Jalan Bentong-Raub, kira-kira jam 1.30 tengahari, hari ini.
Treler yang dipandu oleh seorang pemandu warga tempatan berusia 40 tahun dipercayai hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta Proton Wira di hadapannya, treler tersebut terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi.
Kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh Puganeswari A/P Suppiah, 42 yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya berusia 11 tahun terselamat.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan mendapati pemandu treler itu yang datang dari arah Raub ke Bentong didapati positif dadah jenis Methamphetamine melalui ujian awal air kencing.
“Mangsa yang tersepit itu berjaya dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Bentong, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat, kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) APJ 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952.
“Diharap semua pengguna jalan raya perlu berhemah , selain itu sering hormat-menghormati sesama pengguna jalan raya serta mengamalkan pemanduan yang cermat dan mematuhi arahan lalulintas,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
4 ANAK TEMPATAN PERKUAT TOK GAJAH: PERSIAPAN HADAPI MUSIM BARU LIGA M
KUANTAN: Empat pemain yang juga anak jati Pahang sah menyarung jersi skuad Tok Gajah bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.
Mereka yang sebelum ini beraksi bersama pasukan luar Pahang ialah Abdul Malik Mat Ariff, Shahrul Aizad Zulkifli, Baqiuddin Shamsudin dan Muhammad Jadid Ilias.
Pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, kehadiran empat pemain itu diharap membantu memperkemaskan lagi skuad itu terutama jentera di bahagian tengah dan pertahanan.
PERSIAPAN BAGI HADAPI SAINGAN LIGA M MUSIM DEPAN YANG DIJANGKA LEBIH SENGIT/FACEBOOK
Katanya, pengalaman dimiliki empat pemain itu yang akan bergandingan dengan pemain lain dan awang import menambah kekuatan pasukan.
“Dengan kemasukan empat pemain ini, ia menjadikan Pahang mempertaruhkan 80 peratus anak jati Pahang sambil dibantu beberapa pemain luar dan import.
“Berdasarkan perancangan, kita mahu Pahang melakar kejayaan lebih baik musim depan,” katanya, lapor HARIAN METRO.
Untuk rekod, Abdul Malik sebelum ini beraksi dengan Terengganu FC (TFC), Shahrul Aizad (TFC/FELDA United FC), Baqiuddin (UKM FC) dan Muhammad Jadid (FELDA United).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
275 JUTA VAKSIN COVID-19 DISEDIAKAN: KERAJAAN INDONESIA TEMPAH VAKSIN MENCUKUPI
JAKARTA: Kerajaan Indonesia bersedia untuk mengagih vaksin Covid-19 kepada 275 juta dos pada tahun 2021, manakala 87 juta dos turut ditempah untuk kegunaan tahun 2022 daripada pelbagai perusahaan pengeluar vaksin wabak itu.
Kementerian Perencanaan Pembangunan Nasional (PPN) dan Badan Perencanaan Pembangunan Nasional (Bappenas) menyatakan jumlah keseluruhan vaksin itu ditempah sehingga 2022 sebanyak 371 juta dos bakal digunakan.
Kompas melaporkan, selain itu, pemerintah turut menempah vaksin sebanyak 52 juta dos dari pengeluar vaksin dari Novavax, sebuah farmasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat, kerajaan turut menempah daripada Pfizer sebanyak 45 juta, Covax 12 juta dos dan Astrazenica sebanyak 50 juta dos vaksin.
Proses menempah vaksin akan berterusan sehingga tahun 2022, kerajaan Indonesia sudah melakukan pengesahan penempahan kepada pengeluar vaksin Sinovac dan Novavax, masing-masing kira-kira sebanyak 87 juta vaksin untuk sasaran 181 juta penduduk bagi mendapat rawatan pelalian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIU YING CARI RENTAK JUARA: SERTAI 2 KEJOHANAN AWAL TAHUN DEPAN
KUALA LUMPUR: Dua kejohanan badminton di Bangkok, Thailand pada Januari depan akan menjadi medan terbaik untuk pemain beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying mendapatkan semula rentak permainannya setelah hampir sembilan bulan tidak menyertai sebarang kejohanan antarabangsa akibat pandemik COVID-19.
Bekas pemain kebangsaan itu bagaimanapun mengakui tumpuannya sedikit terjejas berikutan kes COVID-19 di Thailand kembali meningkat, selain perlu mencari semula keserasian dengan Chan Peng Soon setelah kali terakhir mereka beraksi ialah pada Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham pada Mac lalu.
PASANGAN BEREGU CHAN PENG SOON-GOH LIU YING MEMENANGI PINGAT PERAK PADA TEMASYA OLIMPIK 2016/FACEBOOK
Dua kejohanan di Bangkok itu ialah Terbuka Thailand Yonex dari 12 hingga 17 Januari serta Terbuka Thailand Toyota dari 19 hingga 24 Januari, dengan masing-masing menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$1 juta (RM4.050 juta).
“Sasaran saya ialah mendapatkan semula ‘tournament feeling’ setelah lama tidak beraksi dalam sebarang kejohanan antarabangsa.
“Paling merisaukan ialah mental saya yang banyak terganggu disebabkan tidak dapat sertai kejohanan akibat COVID-19, selain komitmen dengan penaja yang berharap saya layak ke Sukan Olimpik (Tokyo 2020),” kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu ketika ditemui BERNAMA selepas sesi latihan di sebuah pusat badminton swasta, di Kuala Lumpur hari ini.
Menurutnya, beliau serta Chan Peng Soon akan berlepas ke Bangkok pada 4 Januari ini setelah mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara serta Jabatan Imigresen Malaysia.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLUANG : Dua maut, manakala dua lagi parah serta 11 orang cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan berhampiran Plaza Tol Machap dekat sini, petang hari ini.
Mangsa yang maut dikenal pasti adalah pasangan suami isteri, Wong Fook Onn, 55, dan Chong Yoke Choo, 52.
Kemalangan pada 3.40 petang itu membabitkan dua kereta Hyundai Elantra, Proton Bezza, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Volkswagen Tiguan, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan Naza Citra serta tiga lori.
GAMBAR IHSAN JBPM
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam Penolong Penguasa Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 3.46 petang sebelum sebuah jentera dan kenderaan pacuan empat roda dengan kekuatan 10 anggota dikejarkan ke lokasi.
Menurutnya, setibanya di lokasi dan pemeriksaan yang dilakukan mendapati dua orang mangsa masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang kereta Hyundai Elantra.
“Bagaimanapun, sebaik berjaya dikeluarkan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang datang untuk memberikan bantuan kecemasan.
“Kedua mayat itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang serta klinik kesihatan berdekatan,” katanya.
Sementara itu, Gan Lee Chiu, 46, yang juga rakan karib kepada kedua-dua mangsa berkata, pasangan suami isteri itu dari Kampung Baru Sri Lalang di sini.
Harian Metro melaporkan, mangsa termasuk pemandu dan dua orang penumpang lain menaiki kereta Hyundai Elantra itu adalah daripada satu keluarga yang dipercayai dalam perjalanan pulang bercuti dari Pontian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DEDAH PIHAK TERBABIT ISU DAGING HARAM: PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mendedahkan individu yang terlibat dengan sindiket kartel daging haram yang diragui status halalnya ke negara ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rakyat berhak mendapatkan maklumat tepat dan jelas mengenai isu kartel daging haram yang didakwa beroperasi sejak 40 tahun lalu.
Pendedahan kegiatan ini telah menimbulkan keresahan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam kerana melibatkan status bekalan daging import halal yang meluas di pasaran dan didakwa sudah berlaku sejak 40 tahun lalu.
ASYRAF WAJDI (3 DARI KIRI) BERSAMA PEMUDA UMNO TAMPIL MEMBUAT LAPORAN POLIS BERKAITAN ISU KARTEL DAGING HARAM/FACEBOOK
Memandangkan banyak agensi dan institusi yang terlibat dalam urusan kawal-selia, pensijilan, pemeriksaan dan penguatkuasan industri halal di negara ini, maka kami mendesak agar ditubuhkan segera pasukan khas bagi menjalankan siasatan,” katanya dipetik dari KOSMO! ONLINE.
Beliau berkata demikian ketika tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.
Katanya, pemuda UMNO juga telah memperolehi beberapa maklumat penting yang melibatkan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam aspek pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan melibatkan pemprosesan daging, rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan di luar negara.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JALAN ROSAK TERUK BELUM DIBAIKI: 5 BULAN ADUAN BELUM ADA TINDAKAN
BENTONG: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman mengambil kesempatan membangkitkan isu kualiti jalan raya yang ada di kawasannya.
ADUN Ketari, Young Syefura Othman
Langkah membangkitkan isu itu diambil setelah kemalangan melibatkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin semalam mendapat perhatian Jabatan Kerja Raya (JKR).
Young Syefura meninjau kawasan jalan yang dikatakan teruk
Malaysiakini melaporkan, Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara berkata dia telah membangkitkan aduan yang hampir sama tetapi masih menunggu kerja-kerja penyelenggaran, selepas hampir lima bulan aduan dibuat.
“Contoh aduan yang telah dibuat berkaitan keadaan penutup longkang dan permukaan jalan yang teruk bakal membahayakan penduduk yang melaluinya.
“JKR memberi alasan bahawa peruntukan sudah diminta tapi belum dapat, pokok pun sudah naik tinggi, saya sudah maklum 4-5 bulan tapi keadaan macam ini. Boleh @JKRMalaysia bantu saya?” soalnya di Twitter.
Khairi Jamaluddin cedera jatuh basikal di Kampung Sri Cheeding, Banting
Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat semalam memohon maaf kepada Khairy yang cedera selepas basikal dinaikinya terlanggar lubang di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor.
Kita doakan agar Khairy cepat sembuh, JKR Kuala Langat juga berkata akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!