PETALING JAYA: Seorang wanita tempatan ditemui mati dengan leher terjerut di dalam sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, polis menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki yang juga rakan sekerja mangsa sekitar pukul 9 pagi memaklumkan penemuan mayat tersebut.
“Hasil pemeriksaan awal pada mayat mangsa mendapati terdapat kesan jerut pada bahagian lehernya.
“Wanita berusia 30 an itu dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada tempoh 24 jam sebelum dia ditemui,” ujarnya dalam kenyataan hari ini, lapor KOSMO! Online.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil memberikan keterangan kepada Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Ismail Ahmad di talian 0192306107 atau menghubungi mana- mana Balai Polis terdekat bagi membantu siasatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Penduduk di empat kawasan FELDA yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh menarik nafas lega apabila perintah itu ditamatkan hari ini.
FELDA terlibat itu antaranya FELDA Jengka 1, FELDA Jengka 2, FELDA Jengka 7 serta FELDA Ulu Jempol di Maran, Pahang.
GAMBAR HIASAN
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas penilaian risiko dibuat pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, lapor KOSMO! Online.
“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 471 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara komulatif hanya satu kes dilaporkan melibatkan lokaliti berkenaan.
“KKM turut mengesahkan kes positif hanya dikesan dalam FELDA Ulu Jempol dan semua kontak rapat, kumpulan sasaran dalam kalangan penduduk telah dikenalpasti, disampel serta diasingkan,” katanya tadi.
Susulan itu, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di kawasan terbabit lebih awal berbanding 15 Mac seperti dijadualkan sebelum ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JENGKA – Program sumbangan sedekah FELDA yang telah dilancarkan pada Oktober 2020 yang lalu, telah berjaya mencapai jumlah kutipan sebanyak RM 765,000.00.
Penolong Pengurus Besar Wilayah Jengka, Sarimah Sudin berkata, seramai 5173 orang di kalangan warga peneroka mengambil bahagian di dalam program ini.
Setakat ini, kutipan sumbangan sedekah yang sudah dikumpulkan pada fasa pertama program itu adalah sebanyak RM315,000.00 manakala kutipan fasa kedua pula sebanyak RM 400,000.00 sehingga 28 Februari 2020
Kita serahkan sumbangan warga FELDA ini kepada MUIP kerana Kita yakin dengan kredibiliti MUIP dalam mentadbir urus duit sumbangan ini demi kemajuan umat islam di Negeri Pahang,” katanya kepada media di Dewan Semai Bakti FELDA Jengka 16 Hari ini.
Penolong Pengurus Besar Wilayah Jengka, Sarimah Sudin
Katanya, “penyerahan fasa ketiga bakal diadakan pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba..tidak lama lagi.
“Kita sangat menggalakkan seluruh warga FELDA dapat bersama- sama di dalam program yang amat baik ini kerana kelebihannya yang sangat besar untuk kepentingan didunia dan di akhirat ” katanya..
“Pihak Felda berterima kasih kepada semua peneroka yang menyumbang, oleh itu peneroka masih boleh menghulur sumbangan itu dalam fasa ketiga sempena bulan Ramadan tidak lama lagi,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Dasar) MUIP, Khairuddin Ismail , Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar, Pengerusi Gabungan Persatuan Wanita (GPW) Wilayah Jengka, Zariah Haron dan Ketua Peneroka Felda Jengka 16, Ismail Abdul Rahman.
Tahniah kita ucapkan kepada warga Felda Jengka 11 kerana mencapai lebih RM70K sumbangan yakni kutipan tertinggi di Felda Wilayah Jengka setakat ini, juga tahniah kepada Warga Felda Jengka 25 kerana peratusan sumbangan yang tertinggi dan juga Warga felda jengka 24 kerana penglibatan 100% warga peneroka dalam program ini.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud
“Kesedaran bersama untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan, khususnya warga peneroka di Wilayah Jengka seperti bantuan homodialisis, bantuan awal pendidikan serta bantuan kepada golongan asnaf.”
Beliau juga Pengerusi Biro Sosial Wilayah Jengka berharap lebih ramai peneroka di Wilayah Jengka dapat menghulurkan sumbangan sedekah itu agar semua peneroka yang memerlukan bantuan turut sama menikmati kehidupan yang terbaik.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ANWAR TIDAK TOLAK KEMUNGKINAN KERJASAMA DENGAN UMNO
PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada Isnin mendedahkan bahawa Pakatan Harapan (PH) sudah memulakan proses rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, PH turut mengambil kira kerusi untuk parti-parti sekutu lain termasuk cadangan yang dikemukakan Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO).
“Majlis Presiden PH telah putuskan beberapa perkara termasuk kerjasama jentera pilihan raya dan untuk memulakan rundingan kerusi melibatkan parti komponen PH terutamanya, dan juga mengambil kira peruntukan untuk parti rakan yang lain.
“Ada juga cadangan daripada Presiden UPKO, (Datuk Seri) Wilfred Madius Tangau dan ia akan diambil kira. Tetapi pada tahap ini, kita akan lantik seorang jurucakap,” katanya ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini pada Isnin.
Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkenaan cadangan UPKO yang merupakan parti pembangkang tetapi tidak termasuk dalam gabungan PH.
Sementara itu, Anwar juga tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan UMNO pada PRU15.
Ia susulan kata dua UMNO pada minggu lalu untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada PRU15.
“Soal kerjasama dengan mana-mana pihak tak berbangkit setakat ini. Walaupun jelas kita dukung siapa saja yang boleh terima kita (PH) untuk dukung tadbir urus yang baik, tolak rasuah, tolak segala bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa, dan jaga (hak) orang Melayu, bumiputera dan semua kaum,” kata Anwar, lapor Sinar Harian.
Anwar sebelum itu merasmikan pelancaran inisiatif baharu PKR bagi membantu wanita yang berdepan masalah sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di sini pada Isnin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERMAISURI AGONG : SAYANGI DIRI SENDIRI, JADI INSAN HEBAT DAN BAHAGIA
KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengingatkan setiap wanita supaya menyayangi dan menghargai diri sendiri untuk menjadi seorang insan yang hebat dan bahagia.
Seri Paduka Baginda bertitah, wanita perlu menjaga kesihatan fizikal dan mental diri sendiri serta keluarga kerana seorang wanita yang bahagia akan mampu membawa kebahagiaan kepada semua orang di sekelilingnya.
“Wanita waja mampu mengharungi setiap cabaran yang datang dan kekuatan yang diberikan oleh ALLAH SWT itulah istimewanya kita wanita,” titah Seri Paduka Baginda menerusi video yang dimuat naik di laman sosial rasmi Istana Negara sempena sambutan Hari Wanita pada Isnin.
Jelas Seri Paduka Baginda, kekuatan wanita terserlah ketika pandemik Covid-19 yang melanda negara kini apabila mereka mampu bangkit serta cekal mengatasi sebarang cabaran, sesuai dengan tema sambutan Hari Wanita tahun ini – Wanita Bangkit Mendepani Cabaran, lapor Bernama.
“Di sinilah kita melihat kekuatan seseorang insan yang bergelar wanita. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, wanita tetap mampu bangkit dan cekal serta berjaya keluar daripada cabaran tersebut,” titah Tunku Azizah.
Seri Paduka Baginda turut menyeru supaya masyarakat menghargai wanita, menyayangi, menghormati dan berlemah lembut dengan golongan itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
AMARAN HUJAN LEBAT DI BEBERAPA KAWASAN SARAWAK HINGGA RABU
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa daerah di Sarawak sehingga Rabu ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarike (Pakan dan Julau) serta Sibu (Kanowit), lapor Bernama.
Beliau berkata, hujan lebat itu berpotensi menyebabkan berlaku banjir di kawasan rendah di daerah terbabit.
Amaran peringkat waspada atau kuning itu merujuk kepada hujan berterusan yang dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DAP TETAP HERET WAKIL RAKYAT LOMPAT PARTI KE MAHKAMAH
GEORGETOWN – DAP tetap akan mengheret wakil rakyatnya yang melompat parti ke mahkamah walaupun tindakan terbabit tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu tidak berganjak dengan pendiriannya untuk mengambil tindakan terhadap wakil rakyat terbabit.
“Kita akan bawa hal ini sehingga ke peringkat mahkamah walaupun ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya pada sidang media di Wisma DAP di sini pada Isnin.
Guan Eng turut menempelak kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana menyokong tindakan wakil rakyat yang melompat parti.
“Sebagai kerajaan yang bersih dan berprinsip, kerajaan PN tidak sepatutnya mempertahankan atau menyokong tindakan melompat parti.
“Kenyataan yang dibuat Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan juga tidak wajar. Dalam Islam pun tidak dibenarkan murtad, jadi kenapa pula dalam politik boleh dibenarkan melompat parti?
“Apa yang disebut Takiyuddin itu memang tidak patut dan jelas melanggar prinsip politik yang dipertahankan pemimpin Pas terdahulu,” katanya.
Sebelum ini, Takiyuddin dilaporkan berkata, tindakan wakil rakyat melompat parti tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, katanya, Akta Anti Lompat Parti di Pulau Pinang tersekat kerana pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan terlebih dahulu.
Menurutnya, penggubalan akta berkenaan tertakluk kepada perintah mahkamah yang sebelum ini telah memutuskan sebarang undang-undang berkaitan anti lompat parti bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah.
Seksyen 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berhenti menjadi ahli parti diwakili semasa pilihan raya perlu mengosongkan kerusi nya, lapor Sinar Harian.
Di Pulau Pinang, ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan ADUN Teluk Bahang, Zolkifli Md Lazim, kedua-duanya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menarik semula sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk bersama dengan kerajaan PN.
ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan ADUN Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim pula tidak lagi menjadi wakil rakyat PH apabila dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM : Polis menyita 17 motorsikal dalam Operasi Khas Bersepadu kesalahan bunyi bising di KM2.5 Lebuhraya GCE arah ke Shah Alam, atas pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai ekzos.
Dalam operasi bermula jam 9 pagi, sebanyak 196 motorsikal membabitkan 207 penunggang diperiksa. 17 motorsikal telah disita kerana kesalahan mengubahsuai ekzos dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
“Pihak polis menahan semua motorsikal sehingga pemiliknya mengambil langkah bagi menjamin kesalahan itu tidak berulang lagi.”
Sejumlah 191 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang perasi yang berakhir jam 11 pagi. Sebanyak 32 saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu, ubah suai ekzos (17), motorsikal tidak ikut lorong (111) dan pelbagai kesalahan (31).
Operasi turut disertai anggota dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor diselaraskan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam, Deputy Superintendan Muhammad Zaki Ramat.
Pihak JPJ pula mengeluarkan 37 saman dan 30 notis hadir periksa, manakala JAS mengeluarkan 8 notis ke atas pemilik motorsikal yang didapati mengeluarkan bunyi melebihi bacaan yang telah ditetapkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
EU DIGESA TIDAK LULUSKAN SPUTNIK SEHINGGA DISAHKAN SELAMAT
ZURICH: Pegawai kanan Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) menggesa anggota Kesatuan Eropah (EU) untuk tidak meluluskan vaksin COVID-19 Sputnik V Russia sehingga ia disahkan selamat dan berkesan.
Ketua Lembaga Pengurusan EMA, Christa Wirthumer -Hoche ketika ditemubual stesen penyiaran Austria ORF dalam satu rancangan temubual, berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang dokumen yang boleh dirujuk berhubung vaksin itu dan data individu yang menerima imunisasi.
“Itu sebabnya saya menasihatkan supaya tidak memberikan kebenaran kecemasan nasional.
“Vaksin Sputnik V boleh digunakan pada masa hadapan apabila data yang sesuai sudah dikaji. Kajian itu kini sudah dimulakan di EMA.
“Data yang diperoleh dari pengeluar Russia akan dikaji mengikut standard Eropah membabitkan kajian kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Apabila semuanya terbukti maka ia juga akan dibenarkan di EU,” katanya, lapor AGENSI.
Sputnik V diluluskan atau sedang dinilai bagi kelulusan di tiga negara anggota EU iaitu Hungary, Slovakia dan Republik Czech.
Pegawai EU berkata, Brussels boleh memulakan rundingan dengan pembuat vaksin jika sekurang-kurangnya empat negara anggota membuat permintaan.
Wirthumer-Hoche berkata Jawatankuasa EMA Bagi Produk Ubatan untuk Penggunaan Manusia (CHMP) akan mengadakan mesyuarat luar biasa pada 11 Mac ini untuk mengkaji vaksin COVID-19 keluaran Johnson & Johnson untuk digunakan negara EU.
“Kami mengharapkan penilaian positif dan Suruhanjaya (Eropah) akan memberi kebenaran dengan segera,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyenaraikan premis seni, budaya dan warisan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) yang dibenarkan beroperasi.
Kementerian itu menerusi kenyataan memaklumkan premis terbabit termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya akan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
MKN sebelum ini menetapkan aktiviti dan premis pelancongan di kawasan PKPB dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti premis dan mematuhi penjarakan fizikal, serta mewajibkan pemakaian pelitup muka, manakala di kawasan PKPP sekurang-kurangnya mematuhi penjarakan fizikal.
Berikut senarai premis seni, budaya dan warisan yang akan beroperasi mengikut agensi:
1. Jabatan Muzium Malaysia
– Muzium Negara, Kuala Lumpur
– Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur
– Muzium Etnologi Dunia Melayu, Kuala Lumpur
– Muzium Seni Kraf Orang Asli, Kuala Lumpur
– Muzium Automobil Nasional, Selangor
– Muzium Perak, Perak
– Muzium Matang, Perak
– Muzium Adat, Negeri Sembilan
– Muzium Lukut, Negeri Sembilan
– Muzium Seni Bina Malaysia, Melaka
– Muzium Kota Johor Lama, Johor
– Muzium Sungai Lembing, Pahang
– Muzium Kota Kayang, Perlis
– Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah
– Muzium Kota Kuala Kedah, Kedah
– Muzium Chimney, Labuan
– Muzium Labuan, Labuan
– Muzium Marin, Labuan
2.Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Komuniti dan Perpustakaan Kanak-Kanak
3.Jabatan Warisan Negara
– Galeri Melayu Pulau Pinang, Pulau Pinang
– Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Perak
4. Arkib Negara Malaysia
– Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan, Melaka
– Memorial Tun Ghafar Baba, Melaka
5. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
– Kompleks Kraf Kuala Lumpur
– Kompleks Kraf Johor
– Kompleks Kraf Langkawi
– Kompleks Kraf Melaka
Maklumat lanjut tarikh dan waktu operasi serta SOP terperinci ke premis yang berkaitan, boleh melayari laman sesawang serta media sosial kementerian serta jabatan dan agensi terbabit,lapor Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!