DUA BANDUAN YANG LOLOS PENJARA AKHIRNYA DITANGKAP POLIS
KUCHING: Dua banduan yang masih lolos dari Penjara Puncak Borneo pada Rabu lalu akhirnya berjaya diberkas polis sebentar tadi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak (CP) Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi turut mengesahkan perkara tersebut.
Mohamad Fikrry Azzarudin Abdullah, 26 tahun, berasal dari Sibu dan Rahmat Simbolan, 38 tahun, warga Indonesia ditangkap sekitar jam 2.30 petang di pinggir hutan berdekatan dengan Taman High Park, Batu 12 Kuching.
Menurut laporan LIVE RTM di Facebook, beberapa pasukan polis termasuk Pasukan Tiger Platoon menyerbu masuk ke kawasan tersebut bagi menakut-nakutkan kedua-dua banduan supaya keluar dari hutan berkenaan, lapor BH
Terdahulu, empat banduan melarikan diri dari Penjara Puncak Borneo dan keluar menghala ke kawasan hutan yang berhampiran sekitar jam 5.12 petang namun dua banduan iaitu Diveni dan Bobin berjaya di berkas pada hari yang sama.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM – Seorang lelaki yang menetak anak saudaranya berusia setahun sehingga maut sebelum ini disahkan meninggal dunia semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, suspek berusia 27 tahun itu meninggal dunia kira-kira pukul 6.37 petang hari kejadian selepas menerima rawatan selama 30 minit di Hospital Tanjong Karang.
Katanya, suspek terlebih dahulu ditangkap pukul 1.30 petang selain turut merampas sebilah parang panjang dengan tangkapan awal dilakukan pihak awam.
“Semasa tangkapan semula itu dibuat, polis mendapati suspek mengalami kecederaan dipercayai akibat pergelutan antara ahli keluarga dalam usaha menangkap suspek.
“Suspek kemudiannya telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor untuk tindakan lanjut namun didapati lemah kira-kira pukul 4 petang sebelum dibawa ke Hospital Tanjong Karang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berita berkaitan: Kanak-kanak perempuan setahun maut ditetak
Beliau memberitahu, keluarga suspek telah dihubungi dan dimaklumkan berhubung kejadian tersebut.
Tambah Arjunaidi, bedah siasat akan dilakukan selepas pihak hospital mendapat keputusan ujian saringan Covid-19.
“Satu laporan polis telah dibuat keluarga lelaki itu agar siasatan dilakukan bagi mendapatkan punca sebenar kematian suspek.
“Sehubungan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah membuka kertas siasatan dan ditumpukan kepada aspek prosedur operasi standard (SOP) Duty Of Care dan kelakuan jenayah semasa mengurus suspek,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, punca pergaduhan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun mati ditetak suspek adalah disebabkan isu kewangan.
“Pergaduhan itu melibatkan sesama ahli keluarga. Ibu kepada kanak-kanak berkenaan juga mengalami kecederaan,” katanya, lapor KOSMO online.
Kosmo! terdahulu melaporkan seorang bayi perempuan berusia setahun maut ditetak bapa saudaranya sendiri dalam satu kejadian di Kampung Parit Mahang di sini semalam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
INDIVIDU BERATUR DALAM VIDEO TULAR DISAHKAN POSITIF COVID -19
SHAH ALAM: Dianggarkan lebih 1,000 individu yang disahkan positif COVID-19 beratur sepanjang kira-kira 500 meter di laluan pejalan kaki untuk memasuki Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati, Seksyen 13, di sini, bermula sejak pagi hingga petang tadi.
Sejak tengah hari tadi, video berdurasi 52 saat yang memaparkan sejumlah besar individu beratur panjang sehingga ke persimpangan sebuah pasar raya besar itu tular di media sosial.
Pengurus Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) yang juga koordinator bagi kemudahan fasiliti diperlukan CAC, Ahmad Sayuti Bashiron, berkata pertambahan kehadiran harian itu berlaku sejak dua hingga tiga minggu kebelakangan ini.
“Semua yang beratur sehingga ke simpang sebuah pasar raya besar di Seksyen 13 itu disahkan positif COVID-19 dan ini kali pertama mereka ke Stadium Malawati untuk tujuan penilaian daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebaik saja disahkan positif COVID-19.
“Kehadiran hari ini dijangka antara jumlah paling tinggi dalam operasi CAC sejak Februari lalu, tetapi jumlah tepat hanya KKM saja boleh sahkan.
“Sebagai koordinator mewakili Stadium Shah Alam, saya hanya boleh mengesahkan video tular sejak pagi tadi, inilah gambaran suasana berlaku mutakhir ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ahmad Sayuti berkata, sebagaimana video yang tular itu, mereka semua mula datang ke CAC berkenaan seawal jam 6.30 pagi.
“Sebelum ini, mereka datang seawal jam 5 pagi, tetapi mutakhir ini mereka datang dan mula beratur pada jam 6.30 pagi hingga jam 3 petang terutama yang datang menaiki bas daripada kilang dan sebagainya.
“Apa yang dilihat dalam video itu adalah situasi sebenar di sini, jumlah warga asing yang datang memang mendadak dan kebanyakannya dari kilang sejak kebelakangan ini.
“Semua yang datang adalah di bawah kawal selia Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling saja,” katanya yang turut bertugas sebagai sukarelawan di lokasi berkenaan setiap hari.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAUB – Polis membuka dua kertas siasatan terhadap Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew susulan kekecohan yang berlaku di Kompleks Mahkamah Raub hari ini. . Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) 2021. . “Daripada kebenaran rentas negeri memang dia ahli politik, apapun kita buka juga siasatan di bawah Peraturan 17 PPPPPB kerana walaupun dia boleh rentas negeri tetapi bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN). . “Jadi kita buka juga siasatan dan siasatan sedang giat dilakukan,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Hari ini proses permohonan reman 18 pekebun durian Musang King di Kompleks Mahkamah Raub kecoh selepas berlaku pertengkaran antara pihak berkuasa dan beberapa pemimpin politik. . Pertengkaran mula hangat selepas seorang anggota polis meminta orang ramai termasuk pemimpin politik keluar daripada kawasan mahkamah selepas individu yang direman dibawa keluar. . Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew dan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack serta Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Raja Puji dilihat tidak berpuas hati sehingga berlaku sedikit provokasi terhadap anggota polis yang memberikan arahan supaya keluar dari kawasan itu. . Sementara itu, Mahkamah Majistret Raub membenarkan 18 pekebun durian Musang King direman dua hari sehingga esok untuk siasatan lanjut, lapor KOSMO online . Kesemua mereka ditahan semalam selepas melakukan beberapa provokasi terhadap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika operasi memusnahkan pokok durian Musang King di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KERAJAAN HARUS BANTU PENTERNAK IKAN MEMASARKAN PRODUK MEREKA
EKORAN KELUHAN PENTERNAK IKAN SANGKAR TIDAK DAPAT MENJUAL PRODUKNYA
TEMERLOH: Kerajaan sewajar membantu pengusaha ikan sangkar sungai dengan memberi kelonggaran seperti permit perjalanan untuk membolehkan mereka memasarkan hasil masing-masing keluar dari daerah Temerloh untuk menggelakkan berlaku kerugian lebih besar.
Perusahaan ternakan ikan sangkar Sungai Semantan, Sungai Pahang di Temerloh akan terjejas dan bakal mengalami kerugian disebabkan ikan peliharaan mereka tidak dapat dipasarkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang sedang dilaksanakan sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Peladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Peladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, keluhan pengusaha penternakan ikan sangkar itu ada benarnya kerana selagi tidak dipasarkan akan mengalami kerugian.
“Ikan patin sangkar perlu dijual ketika beratnya hampir dua kilogram setelah mencapai waktu puncak, kalau ditangguhkan lagi, ikan itu akan bertambah besar dan kemungkinan tidak boleh dipasarkan lagi dan penternak akan rugi.
“Saya bagi pihak pengusaha merayu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar memikirkan mekanisma yang terbaik bagi membolehkan pengusaha boleh memasarkan hasil mereka keluar seperti ke Kuala Lumpur atau Kuantan,”katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada pemain industri pelancongan di Bangunan Umno Bahagian Temerloh, hari ini.
Datuk Mohd Sharkar (tengah) menyampaikan bantuan kepada pemain industri pelancongan di Bangunan Umno Bahagian Temerloh, hari ini.
Katanya, dalam pengurusan semasa wabak Covid-19, pihak kerajaan sewajarnya lebih peka kepada semua industri yang mempunyai cabaran tersendiri, seperti ikan sangkar Sungai Semantan atau Sungai Pahang, lambat dipasarkan akan mengalami kerugian.
“Begitu juga musim durian yang sedang dan bakal menjelang luruh di beberapa tempat tidak lama lagi akan turut mempunyai masalahnya sekiranya buah itu tidak dapat dipasarkan keluar dengan segera boleh mengundang kerugian.
“Kita cadangkan pihak kerajaan memberi permit lori untuk mengangkut hasil-hasil tersebut untuk dipasarkan ke tempat lain untuk menggelakkan kerugian yang teruk, kerana semua perusahaan mempunyai rantaian pasaran masing-masing yang tersendiri,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEGAMAT: Seorang peniaga dan peraih durian di Felda Medoi di sini menanggung kerugian lebih daripada RM10,000 kerana terpaksa membuang kira-kira satu tan durian pelbagai jenis ekoran lambakan raja buah susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lembah Klang.
Mohamad Fadli Mustapha, 42, berkata, tindakan itu dilakukan selepas buah durian buruk dan rosak kerana bekalan tidak dapat dipasarkan.
“Lubuk untuk pasaran durian di sekitar Lembah Klang sudah tidak boleh masuk untuk dipasarkan sekarang, maka berlakunya lambakan durian.
“Minggu ini sahaja saya terpaksa buang lebih satu tan durian jenis kampung dan kahwin walaupun kami sudah turunkan harga,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sementara itu, seorang pekebun durian di Pontian, Abdul Hadi Ahmad Sani, 43, berkata, harga durian kampung dijangkakan terus turun sehingga RM6 sekilogram.
“Sebelum ini di beberapa kawasan di Lembah Klang dikenakan PKPD, harga durian adalah antara RM15 hingga RM20 sekilogram.
“Musim durian luruh ketika ini, memang berlaku lambakan bekalan di pasaran kerana durian tidak boleh dibawa keluar dari sini.
“Dalam masa sama, pembeli pula tidak boleh keluar untuk membeli durian seperti hari biasa, berlakulah lambakan buah ini.
“Sekarang harga sudah mula jatuh iaitu antara RM8 hingga RM10 sekilogram, para pekebun di sini menjangkakan harga akan turun lagi sehingga RM6 sekilogram,” katanya. – Lapor Kosmo
Foto: Media Sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KANAK-KANAK PEREMPUAN MAUT DITETAK OLEH BAPA SAUDARA YANG SEORANG PENAGIH
KUALA SELANGOR – Polis mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan maut selepas bertarung nyawa akibat ditetak bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah kampung di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa bagaimanapun berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
“Maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas siasatan dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Pada Ahad, tular di Facebook berhubung kejadian seorang kanak-kanak perempuan yang ditetak seorang lelaki yang merupakan bapa saudaranya.
Seorang pemilik akaun Facebook memuat naik status tersebut dan menyifatkan kejadian itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
“Maaf, saya orang luar mungkin tak layak berkata-kata, tapi hati saya pedih bila dapat berita macam ini.
“Sampai bila hendak biarkan kampung sana jadi port (penagihan dadah). Kalau ada saudara sendiri yang ambil barang (dadah), tolonglah hantar mereka ke pusat pemulihan. Jangan biarkan nyawa anda dan anak-anak jadi taruhan bila putus bekalan,” katanya, lapor SINAR HARIAN
Bagaimanapun, semakan mendapati status yang dimuat naik itu sudah dipadam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG : IbuPejabat Polis Daerah (IPD) Bentong terus melaksanakan Op Patuh ke atas sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan penuh pergerakan dalam usaha mengurangkan kes jangkitan Covid-19.
Menurut laman facebook Polis Bentong, operasi membanteras ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan sepasukan Pegawai dan anggota Polis IPD Bentong diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritenden Mohd Shahril Ab Rahman.
Polis turut berkolaborasi bersama Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bentong.
“Op Patuh Covid-19 memberi tumpuan terhadap penguatkuasaan pematuhan SOP di sebuah kilang di bawah Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.
“Hasil pemeriksaan di kilang terbabit mendapati, jumlah pekerja tidak melebihi 60 peratus seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) namun satu kompaun dikeluarkan ke atas syarikat tersebut kerana gagal memastikan pekerja patuh pada SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dua kompaun dikeluarkan ke atas individu yang bekerja di kilang tersebut kerana gagal mengimbas aplikasi MySejahtera dan memakai pelitup muka,”kata laporan itu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supritenden Zaiham Mohd Kahar meminta kerjasama sepenuhnya daripada semua pemilik kilang khususnya yang berada di sekitar Daerah Bentong supaya ambil cakna dan mematuhi SOP Sektor Pengilangan dan Pembuatan yang telah dikeluarkan.
“Ini kerana, Op Patuh dilaksanakan mendapati masih ada di kalangan pemilik kilang dan pekerja yang tidak patuh pada SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga tindakan kompaun terpaksa diambil ke atas mereka,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KERAJAAN NEGERI BANTU 4 PERSATUAN PELANCONGAN (NGO) PAHANG
TEMERLOH: Kerajaan Negeri Pahang menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM80,000 kepada empat persatuan pelancongan (NGO) di negeri ini yang terkesan susulan penularan wabak pandemik Covid-19.
Antara persatuan yang terlibat ialah Persatuan Hotel Malaysia Pahang (MAH), Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia Pahang (MYBHA) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia Pahang (MATTA).
Turut menerima bantuan ialah Persatuan Homestay Negeri Pahang yang sebelum ini aktif mempromosikan pelancongan inap desa serta produk-produk tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar. Peladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, setiap persatuan menerima RM20,000 untuk digunakan bagi membantu semua ahli yang merupakan pengusaha-pengusaha hotel, agensi pelancongan dan pemilik homestay.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar. Peladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin
“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dilaksanakan awal tahun lalu, pihak Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan kewangan dan barangan keperluan kepada 522 orang pemandu pelancong dan pemandu bot pelancongan pada April 2020.
“Bantuan wang tunai sebanyak RM150 termasuk barangan keperluan makanan kepada pengusaha pemandu pelancong biasa (blue badge) seramai 90 orang; pemandu pelancong alam semulajadi (green badge-160 orang) dan pemandu bot pelancong seramai 272 orang,” katanya di majlis ringkas penyerahan mock-cheque di sini.
Turut hadir, Pemangku Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim, manakala penerima mock-cheque ialah Pengerusi MAH Pahang, Patrick Tee; Pengerusi MYBHA Pahang, Encik Pajan Sing a/l Kirpal Singh; Presiden MATTA Pahang, Encik Chea Sin Cheak; dan Pengerusi Persatuan Homestay Negeri Pahang,Mohd Razaki Abdul Razak.
Katanya, setakat ini, kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan seperti ini kepada kumpulan itu sebanyak hampir RM500,000.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Impian pesakit angin ahmar atau strok di FELDA Bukit Sagu 1, dekat ini, untuk memiliki katil mudah alih lebih selesa, menjadi kenyataan selepas menerima sumbangan daripada ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah, semalam.
Bagi Khairolnizam Sulaiman, 36, kehadiran Timbalan Menteri Kewangan menyampaikan sendiri katil mudah alih itu sangat menyentuh hatinya.
Dia yang tidak boleh bertutur dengan sempurna selepas diserang angin ahmar pada Ogos 2019, hanya mampu tersenyum dan berulang kali mengucapkan terima kasih kepada Mohd Shahar.
Khairolnizam (atas katil) bersama ibunya, Rashidah Md Rejab menerima sumbangan katil mudah alih dan bakul makanan daripada ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah
Ibu Khairolnizam, Rashidah Md Rejab, 60, ketika ditemui berkata, katil mudah alih itu dapat menyenangkan pergerakan anaknya yang sebelum ini banyak memerlukan bantuan ahli keluarga lain.
“Kami sangat bersyukur kerana sumbangan ini sudah tentu dapat memudahkan pergerakan Khairolnizam selepas ini.
“Sebelum ini, keadaan Khairolnizam pernah mendapat perhatian Pemangku Raja Pahang, (Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah) dan hari ini, YB (Mohd Shahar) datang dan serahkan katil mudah alih untuk kegunaan Khairolnizam,” katanya.
Selain menyampaikan sumbangan katil mudah alih, Mohd Shahar turut mengagihkan bantuan bakul makanan kepada keluarga berkenaan.
Sementara itu, Mohd Shahar berkata, pihaknya sudah mengagihkan bantuan bakul makanan kepada penduduk di kawasan Paya Besar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang dilaksanakan kerajaan pada Mac tahun lalu.
“Bantuan ini (bakul makanan) diagihkan secara berterusan sejak PKP 1.0 dan ia adalah komitmen kami untuk memastikan tidak ada keluarga memerlukan yang tercicir daripada menerima bantuan.
“Boleh dikatakan hampir setiap hari, petugas pusat khidmat ahli Parlimen mengagihkan kira-kira 200 bakul makanan kepada penduduk terkesan akibat pandemik COVID-19 dan saya meminta penduduk di kawasan ini (Paya Besar) menghubungi pusat khidmat kami untuk memudahkan proses penyaluran bantuan,” katanya-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!