KES BAHARU 13,215 HARI INI, SELANGOR CATAT PALING TINGGI
PETALING JAYA: Sebanyak 13,215 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, iaitu angka tertinggi selepas tiga hari berturut-turut mengatasi catatan 11,618 kes pada Selasa dan 11,079 pada Isnin seperti dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan secara keseluruhan sebanyak 880,782 kes Covid-19 dilaporkan sehingga kini.
Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi, dengan 6,120 kes. Ia diikuti Negeri Sembilan (1,603), Kuala Lumpur (1,499), Kedah (695), Johor (599), Pulau Pinang (509), Melaka (484), Sabah (370), Sarawak (363), Perak (344), Kelantan (255), Pahang (222), Terengganu (70), Putrajaya (53), Labuan (26), dan Perlis (3).
Manakala pemberian vaksin sudah diberikan sebanyak 434,828 dos pada 14 Julai; 424,541 dos pada 13 Julai dan pada 12 Julai sebanyak 421,479 dos.
Jumlah keseluruhan 12,647,558 dos sudah diberikan setakat 14 Julai 2021.–SAHIH.
Dipetik daripada FMT.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GUNA LOGHAT LEPIH OLEH JABATAN PENERANGAN HEBAN COVID-19
LIPIS –Jabatan Penerangan Pahang (JPP) Lipis yang menggunakan loghat atau dialek Lipis yang cukup sinonim dengan sebutan ‘Lepih’ semasa membuat pengumuman hebahan di kalangan penduduk di daerah itu berkaitan ancaman wabak Covid-19.
Hebahan yang dilakukan oleh dua orang petugas jabatan berkenaan menggunakan loghat daerah lebih mudah dan selesa untuk mengingatkan penduduk di taman perumahan bandar Kuala Lipis mengenai agar berwaspada ancaman penularan wabak Covid-19 dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan mengambil suntikan vaksinasi.
Dimulakan dengan sebutan salam oleh petugas wanita dengan sebutan ‘Lepih’ yang intonasinya agak lanjut kemudian disambung pula oleh petugas lelaki bercakap menerusi pembesar suara di kenderaan pacuan empat roda jabatan tersebut.
Antara sebutan petugas lelaki, iaitu mengajak semua penduduk dengan berkata ‘Moh la kita beringat belake, Covid-19 hari ni masih ada lagi wee!. Ada beberapa perkataan yang disebut ‘mengkala’ (manakala), ‘wooo’ (seruan tanda ramai), ‘tek-de’ (tidak ada).
Antara sebutan yang menarik menerusi hebahan tersebut,’Kalau tekde urusan penteng, tak payahlah kelua ke hulu ke hilir, perentan-perentan (waktu-waktu) ni hah duduklah di rumah….”
Bagi mereka yang pertama kali mendengar hebahan ini mungkin agak sukar untuk memahami dialek Lepih berbanding penduduk di sini sudah pun hadam dengan bahasa berkenaan.
Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan Lipis, Shahnam Abd Rashid berkata, beliau bersetuju dan memuji usaha Jabatan Penerangan Pahang menghebahkan maklumat mengenai Covid-10 dengan menggunakan dialek tersebut.
Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan Lipis, Shahnam Abd Rashid
“Bahasa Melayu kaya kosa katanya, lagi puitis dan indah apatah lagi pengucapan menerusi dialek tempatan (daerah) sekali gus memaparkan pelbagai ragam bahasa, iaitu cara serta budaya penduduk berkomunikasi dalam kalangan masyarakat setempat.
“Menerusi pendekatan ini membolehkan pendengar (penduduk) pantas memahami maksud penyampai lebih lagi kerajaan sedang berusaha bersungguh menerusi peranan semua agensi untuk mengawal dan menghapuskan jangkitan wabak Covid-19,”katanya.
Penduduk di Taman Pertama, dekat sini, Rahimah Ramli (68) berkata, pada mula mendengarnya, ada kelainan, tapi selepas itu menjadi biasa dan sebagai penduduk tempatan ia adalah bahasa komunikasi harian tempatan.
“Bahasa mencerminkan budaya sesebuah bangsa digunakan untuk berkomunikasi dalam urusan kehidupan harian, apa juga dialek tempatan atau kedaerahan yang digunakan, bahasa tetap unggul serta sangat penting untuk menyampaikan maklumat supaya mereka yang mendengar faham dan jelas,” katanya.
Orang ramai mengucapkan syabas kepada JPP Lipis kerana menggunakan pendekatan dialek daerah itu sentiasa kerap kali mengingatkan penduduk daripada kecuaian mematuhi SOP di bawah penguatkuasaan PKP serta mengambil suntikan vaksinasi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GOPENG – Seorang pemandu maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampar – Ipoh dekat Kampung Jeram di sini hari ini.
Kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki satu pasangan setelah bertembung dengan Proton Persona dipandu seorang lelaki.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.38 pagi.
Menurut jurucakap tersebut, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng telah dikerah ke tempat kejadian.
“Pemandu Perodua Myvi yang mengalami kecederaan parah tersepit di dalam kereta telah dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas.
“Mangsa, Abd Rane Saed, 69, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata jurucakap tersebut, lapor HM
Penumpang wanita Perodua Myvi dan pemandu Proton Persona bagaimana pun cedera ringan dan diberikan rawatan oleh petugas perubatan.-
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seremban: “Walaupun tidak banyak perubahan yang berlaku pada kakak, tapi sudah ada petanda positif apabila bola matanya bergerak dan jari tangannya sudah boleh menggenggam objek,” kata Fazariah Nordin, adik kepada Jahidah Nordin, 43, yang parah disyaki dipukul suaminya pada 4 Mei lalu.
Fazariah, 38, berkata, bagaimanapun Jahidah masih belum boleh mengeluarkan suara sekali gus tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain.
Menurutnya, Jahidah kini dijaga rapi adiknya, Fauziah Nordin, 40, di rumah di Bandar Seri Sendayan, dekat sini.
“Kakak masih di tahap separuh sedar di mana kedua-dua matanya yang terbuka mula berkelip-kelip berbanding sebelum ini ia hanya statik.
“Tidak banyak perubahan dari segi kesihatannya namun ada pergerakan pada jari di kedua-dua tangannya dan kami memberikan bola kertas untuk dia menggenggam.
“Anggota badan yang lain tidak menunjukkan perubahan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Fazariah berkata, kakak sulung daripada tujuh beradik itu kini hanya bergantung kepada bubur dan susu khas yang diberikan melalui saluran tiub.
Katanya, doktor dan kakitangan Pusat Kesihatan Daerah masih terus merawatnya bagi memastikan tahap kesihatannya bertambah baik termasuk keadaan anak sulung yang sedang dikandungnya, lapor HM.
“Daripada maklumat yang diberikan doktor, keadaan anak yang dikandung dalam keadaan baik dan sudah memasuki minggu ke-18.
“Kami sekeluarga akan terus mendoakannya agar kesihatan dia pulih sepenuhnya dan dapat meneruskan kehidupan seperti sebelum ini,” katanya yang berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana menyalurkan bantuan RM500 sebulan untuk urusan penjagaan kakaknya itu.
Kisah Jahidah yang juga penjawat awam di Johor mendapat perhatian selepas koma akibat mengalami kecederaan serius di kepala dan tengkorak disyaki akibat dipukul suami, Rosmaini Abd Raof, 38, di rumah mereka pada 4 Mei lalu.
Suaminya sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas tuduhan itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Seluruh negara bakal beralih ke Fasa Kedua pada awal Ogos depan seperti lapan negeri lain.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu boleh dicapai susulan prestasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan kadar vaksinasi lengkap kini telah melepasi nilai ambang (threshold) 10 peratus yang ditetapkan untuk beralih dari Fasa satu ke Fasa Dua, lapor KOSMO online
“Perkembangan ini memberi gambaran bahawa negara berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai imuniti kelompok.
“Indikator ini sejajar dengan perancangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menjangkakan kadar vaksinasi akan mencapai 10 peratus populasi pada akhir bulan Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, lapan negeri iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak telah berada di Fasa kedua setelah melepasi nilai ambang ketiga-tiga indikator utama yang ditetapkan di bawah PPN.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GEORGE TOWN – Seorang lelaki yang didakwa terjun ke dalam laut berdekatan Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) di sini kononnya kerana tidak dibenarkan menaiki feri seperti yang tular di media sosial hari ini adalah tidak benar.
Penang Port Sdn. Bhd. (Penang Port) dalam satu kenyataan berkata, lelaki berkenaan tidak memasuki terminal itu untuk menaiki feri seperti didakwa.
“Dia juga tidak melompat dari SPCT seperti dakwaan berkenaan.
“Lelaki itu diselamatkan oleh pekerja Penang Port dengan memberikan pelampung selepas melihat dia terkapai-kapai di dalam laut pada Isnin lepas,” kata kenyataan itu.
Menurut Penang Port, lelaki tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai di sini untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu tular di media sosial yang mendakwa seorang lelaki tidak dibenarkan menaiki feri untuk ke Seberang Perai berikutan tiada surat kebenaran merentas daerah sebelum nekad terjun untuk berenang, lapor KOSMO online
Beberapa gambar dan video rakaman orang awam turut dimuat naik ke laman sosial Facebook.
Sementara itu, Penang Port meminta orang ramai tidak menyiarkan berita tidak tepat di laman sosial bagi mengelakkan kekeliruan sehingga mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PROGRAM MOVAK BANTU PENGAMAL MEDIA, PENDUDUK TERIMA VAKSIN LEBIH CEPAT
MARAN: Pelancaran Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) berjaya mempercepatkan proses vaksinasi penduduk luar bandar dan pengamal media di Pahang.
Inisiatif MOVAK melalui kerjasama pintar antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Perpaduan Negara itu juga dapat membantu pengusaha bas yang kehilangan punca pendapatan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, melalui program MOVAK itu juga, petugas dari Kementerian berkenaan dapat turun padang dan melihat sendiri situasi di kawasan luar bandar serta merangka pendekatan bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan lebih cepat.
“Sudah tentu program seperti ini sangat membantu memudahkan orang ramai, terutamanya penduduk luar bandar yang mempunyai masalah seperti pengangkutan untuk ke tempat pemberian vaksin”
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib..
“Jadi, apabila ada bas MOVAK yang sudah diubah suai ini, mudahlah untuk kita memberikan vaksin kepada lebih ramai penduduk di negara ini,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke pusat pemberian vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Kuala Wau, dekat sini, hari ini.
Beliau turut melancarkan program MOVAK di klinik berkenaan.
Seramai 400 penduduk sekitar Kampung Kuala Wau dan kawasan sekitar menerima dos pertama vaksin mereka hari ini.
Turut menerima vaksin jenis Sinovac di PPV berkenaan ialah 11 pengamal media negeri Pahang.
Ismail turut berterima kasih kepada semua pengamal media yang tetap menjalankan tugad mereka, walaupun belum menerima suntikan vaksin sebelum ini.
“Saya harap selepas ini, mereka (pengamal media) lebih yakin untuk meneruskan tugas dengan komited dan sepatutnya mereka menerima lebih awal (vaksin) kerana tugas sebagai media juga adalah seperti frontliner yang lain,” katanya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DADAH BERNILAI RM1.47 JUTA DIRAMPAS DAN SITAAN DIANGGARKAN RM1.25 JUTA
TIGA LELAKI DAN SEORANG WANITA TURUT DITAHAN DALAM SERBUAN RAMPASAN DADAH DAN KESALAHAN SENJATA API
GEORGE TOWN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang telah berjaya menangkap tiga lelaki dan seorang wanita serta merampas sepucuk senjata api bersama satu kelopak berisi 13 butir peluru dan dadah jenis Syabu dan Heroin di sekitar Seberang Jaya dan Seberang Perai Selatan Pulau Pinang, hari ini.
Nilai rampasan keseluruhan rampasan dadah tersebut bernilai RM1.47 juta yang boleh digunakan untuk 404,500 orang penagih, manakal nilai keseluruhan sitaan dianggarkan bernilai RM1.25 juta.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjat api (Penalti lebih berat)1971 yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan tidak kurang 6 kali.
“Perbuatan itu turut disiasat di bawah Sekyen 8 (a) Akta Senjata 1960 membawa hukuman penjara sehingga 7 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, “ katanya dalam sidang media yang diadakan.
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang telah berjaya menangkap tiga lelaki dan seorang wanita serta merampas sepucuk senjata api bersama satu kelopak berisi 13 butir peluru dan dadah jenis Syabu dan Heroin di sekitar Seberang Jaya dan Seberang Perai Selatan Pulau Pinang, hari ini.-Foto PDRM Pulau Pinang.
Katanya, kes juga disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori atau pemenjaraan seumur hidup dan jika tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada 15 sebatan.
“Polis Diraja Malaysia khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang akan terus memastikan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah dapat dibanteras habis-habisan,” katanya.-SAHIH.
Sumber – PDRM Pulau Pinang
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MAKMUR GOLD NAFI TAWAR SKIM PELABURAN EMAS TIDAK MASUK AKAL KEPADA PELANGGAN
KUANTAN: “Kami tidak pernah dan tidak ada kaitan langsung dengan syarikat menawarkan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan tidak masuk akal,” demikian tegas Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood.
Beliau mengakui sangat kecewa dengan tindakan syarikat yang beroperasi di Temerloh itu, menggunakan nama Makmur Gold bagi mengaburi mata pelabur mereka.
Sambil menyifatkan tindakan itu mencemarkan imej dan reputasi dibina Makmur Gold sejak kira-kira 10 tahun lalu, beliau turut memberi gambaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemilik syarikat terbabit.
“Perkara ini sedang dalam pertimbangan peguam kami dan kita tidak menolak kemungkinan untuk membawa kes ini ke mahkamah dengan mengemukakan saman terhadap mereka.
“Makmur Gold sudah mempunyai reputasi yang baik dan berjaya membina keyakinan terhadap kualiti produk emas dihasilkan dalam kalangan pelanggan kami di Pantai Timur Semenanjung, selain rangkaian rakan niaga di seluruh negara ketika ini.
“Perbuatan syarikat berkenaan menyebarkan melalui media sosial kononnya mempunyai kolaborasi bersama kami dalam skim (pelaburan emas) itu, secara tidak langsung menimbulkan persepsi tidak baik terhadap imej dan kredibiliti Makmur Gold secara amnya,” katanya.
Mohd Faizuddin turut memaklumkan satu laporan polis terhadap pemilik syarikat berkenaan juga sudah dibuat di Balai Polis Kuantan, pagi Ahad lalu.
Katanya, pihaknya berharap pihak berkuasa boleh mengambil tindakan segera bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa skim berkenaan.
“Saya ingin menasihatkan kepada orang ramai di luar sana supaya lebih berhati-hati jika menerima sebarang tawaran pelaburan emas yang menjanjikan bulan dan bintang.
“Sekiranya ada pihak mendekati anda dan mendakwa skim ditawarkan itu mempunyai kaitan dgn Makmur Gold, sila dapatkan pengesahan dengan menghubungi kami terlebih dahulu bagi tujuan semakan.
“Kita tidak pernah menawarkan (skim) pelaburan yang menjanjikan pulangan sehingga 25 peratus (keuntungan) setiap bulan, ia adalah kadar yang sangat tidak logik dan mengelirukan.
“Buat masa ini, Makmur Gold hanya menyediakan pelaburan yang sah dengan nilai pulangan 18 peratus setahun sahaja, itu adalah jumlah tertinggi ditawarkan kepada kira-kira 200,000 ahli kami,” katanya.
Difahamkan, syarikat menawarkan skim itu mula beroperasi kira-kira tujuh bulan lalu di sebuah premis di bandar Temerloh dan pihak Makmur Gold hanya menyedari nama mereka digunakan kira-kira dua minggu lalu, selepas menerima laporan daripada seorang pelanggan yang mendakwa sudah melabur dalam skim berkenaan. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ANAK PDPR, SAMBIL MAIN ATAS TALIAN, DUIT RM2,600 HABIS.
GUA MUSANG: Semasa anak-anak sedang belajar secara atas talian (PDPR), mereka turut mengambil peluang bermain permainan atas talian (online games).
Bukan itu sahaja, mereka turut membeli aplikasi permainan melalui akaun ibunya tanpa disedari. Setelah ibunya sedar, akaun hanya berbaki RM2.00 sahaja.
Bila menyemak melalui e-mel, terdapat transaksi membeli aplikasi permainan berjumlah RM2,600. Menghairankan tiada maklumat berkaitan kod akses transaksi (TAC)
Semoga ibu-bapa memantau anak masing-masing ketika menggunakan telefon bimbit masing-masing agar tidak disalah-gunakan.-SAHIH.
Dipetik dari fb Nor Liyana Abdullah…
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!