JOHOR BAHRU: Seorang pemuzik cedera ditikam dengan sebilah pisau dalam kejadian pergaduhan di Taman Permas Jaya, di sini tengah hari semalam.
Dalam kejadian pada jam 1.15 tengah hari itu, mangsa, Ahmad Nadzir Sabtu, 50, cedera pada bahagian perut.
Mangsa baru sahaja pulang ke rumah keluarga dari Kuala Lumpur selepas kematian ayahnya Ahad lalu.
Kosmo! difahamkan mangsa cuba meleraikan pergaduhan antara suspek dan jirannya.
Suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan jirannya itu yang memasak untuk persiapan raya di belakang rumah sehingga mengganggu keluarganya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, susulan laporan yang diterima, polis membuat tangkapan ke atas suspek.
“Lebih kurang pada pukul 2.15 petang, suspek berusia 40-an berjaya ditahan di sekitar kawasan kejadian.
“Suspek disyaki mencederakan mangsa berusia 50-an dengan menggunakan sebilah pisau pada bahagian perut,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Padzli berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan dan kini dilaporkan stabil.
Jelasnya, suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 23 Julai depan bagi membantu siasatan.
Kosmo! juga difahamkan suspek merupakan seorang penagih dadah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WARGA ASING DIDAKWA SOLAT SUNAT AIDILADHA BERAMAI-RAMAI
SEBERANG PERAI: Ratusan individu dipercayai warga asing didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan solat sunat Aidil Adha di kawasan lapang di Taman Pelangi, Juru di sini hari ini.
Dakwaan itu dibuat orang awam yang membuat rakaman video acara itu sebelum memuat naik ke laman sosial Facebook.
Rakaman dari sebuah kerera itu memaparkan sekumpulan lelaki yang dianggarkan mencecah ratusan orang sedang menunaikan solat di kawasan tempat letak kereta sehingga ke tepi jalan raya.
Menurut pemilik akaun Facebook tersebut, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.
Mereka dipercayai melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh yang sedang dilaksanakan, lapor KOSMO online
Menurut Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, solat sunat Aidiladha hanya dibenar dilakukan di masjid negeri dan daerah dengan kapasiti 150 orang, masjid kariah (100) serta surau (50).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TELUK INTAN – Cubaan tiga lelaki Indonesia menyorok dalam bonet sebuah kereta untuk merentas negeri gagal semasa pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) Kilometer 30, Jalan Feri dekat Hutan Melintang hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, warga asing berusia 18, 32 dan 36 tahun ditahan bersama pemandu kereta sewa iaitu lelaki tempatan berusia 36 tahun.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kereta jenis Perodua Bezza itu dalam perjalanan menghala Hutan Melintang.
Katanya, pemeriksaan kemudian menjumpai tiga lelaki warga asing berbaring dalam keadaan berhimpit pada bahagian bonet.
“Kesemua lelaki warga asing itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.
“Mereka dalam perjalanan dari Sabak Bernam melalui Hutan Melintang ke Batu Gajah untuk mencari kerja sebagai tukang kebun,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, lelaki warga tempatan yang bertindak sebagai pemandu untuk menghantar warga asing tersebut ke Batu Gajah dengan bayaran RM300 seorang, lapor KOSMO online.
Katanya, keempat-empat lelaki itu juga tidak mempunyai sebarang dokumen surat rentas negeri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Keningau: Seorang pemandu lori maut akibat dihempap balak yang dimuatkan kenderaan dibawanya dalam kemalangan di Jalan Tambunan-Keningau berhampiran Kampung Tikolod, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa berusia 22 tahun yang memandu lori Nissan dikatakan bergerak dari Tambunan menuju ke daerah ini, lapor HM online
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, ketika tiba di selekoh menuruni bukit, pemandu terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaan hingga lori yang muatan kayu itu terbabas sebelum terbalik ke sebelah kiri jalan.
Katanya, akibat kemalangan itu mangsa tercampak keluar dari tempat pemandu lalu dihempap oleh muatan balak dibawa mangsa.
“Ketika kejadian mangsa masih sedar lalu dibawa ke Hospital Tambunan, di sini, untuk rawatan lanjut.
“Pada 8.45 malam, pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya.
Menurutnya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Seramai 30 warga asing dan seorang wanita tempatan ditahan selepas menghadiri jamuan Aidil Adha di Taman Selayang Utama, Batu Caves, hari ini.
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, menyerbu sebuah rumah pada jam 10 pagi tadi, sebaik menerima maklumat daripada penduduk di kawasan berhampiran.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata ketika serbuan pihak polis mendapati semua 30 warga asing terbabit termasuk seorang wanita tempatan berumur antara 20 hingga 40 tahun mengadakan jamuan makan sempena Aidiladha.
“Siasatan awal kita mendapati empat daripada mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah, enam memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sudah tamat tempoh, manakala 20 lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan.
“Mereka dikesan melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu dengan berkumpul dan gagal mengamalkan penjarakan sosial, memiliki PLKS tamat tempoh dan tidak memiliki dokumen perjalanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zainal Mohamed berkata, semua 29 warga asing lelaki dan seorang wanita itu dibawa ke IPD Gombak untuk siasatan lanjut.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebak ke jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa; Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit; Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen iaitu tidak memiliki pas atau permit sah tinggal di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal di Malaysia melebihi masa dibenarkan,” katanya.
Semua tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang, esok, bagi permohonan reman, lapor BH ONLINE.
Wanita tempatan yang ditahan itu pula dikenakan kompaun RM4,000 mengikut Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA : Mungkin terlalu bijak dan terlampau celik undang-undang, seorang lelaki dengan biadap mempersoalkan tindakan anggota polis mengeluarkan kompaun ke atasnya kerana tidak memakai pelitup muka ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak.
Menerusi satu klip video yang tular di laman sosial ketika ini, lelaki tersebut dilihat seolah-olah cuba berdebat dalam usaha ‘membenarkan’ perbuatannya itu kepada polis ketika diminta untuk menyerahkan kad pengenalan kerana berdegil untuk tidak memakai pelitup muka.
Lelaki tersebut turut berkata di Denmark kajian telah menunjukkan pemakaian pelitup muka hanya menyusahkan dan membahayakan penggunanya.
Kata lelaki itu lagi, dia juga tidak akan menerima vaksin kerana ada satu lagi kajian di Amerika Syarikat yang menyatakan vaksin Covid-19 adalah berbahaya dan tidak selamat.
“Saya tidak tahu di Denmark sebab saya tak pernah sampai ke sana, kalau nak ikut undang-undang sana pergi duduk di sana,” jelas salah seorang anggota polis tersebut.
Rata-rata orang ramai juga tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut dan menganggap perbuatan itu hanya untuk melakukan provokasi terhadap tugas pihak berkuasa semata-mata, lapor KOSMO online.
“Ada lagi rupanya jenis manusia seperti ini. Cukup la kesian dekat polis yang menjalankan tugasan mereka, dah kamu yang salah mengaku saja. Kalau cakap baik-baik mungkin polis nasihat sahaja,” kata Wan Aziz Ibrahim.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JEMAAH DIJEMPUT MELALUI APLIKASI WHASSAPP UNTUK SOLAT SUNAT AIDIL ADHA DI MTMAJ
DIHARAP JEMAAH BOLEH DITAMBAH BERDASARKAN SAIZ DAN KAPASITI MASJID
JERANTUT: Jemaah untuk menunaikan ibadah solat sunat Aidil Adha di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut (MTMAJ) dijemput melalui aplikasi Whassapp sehari sebelum sambutan hari kebesaran itu, khusus untuk ahli kariah masjid itu.
Solat sunat hari raya Aidil Adha yang diadakan di masjid itu menepati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diarah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pagi ini.
Seramai 160 orang jemaah bertuah untuk menjalankan ibadah solat sunat itu adalah melalui jemputan melalui aplikasi itu yang dikendalikan oleh jawatankuasa masjid.
Imam Satu MTMAJ, Mohd Fikri Hamzah berkata, semua jemaah yang hadir dijemput melalui aplikasi media sosial itu khusus kepada ahli kariah masjid yang telah mendaftar sebelum ini.
Imam Satu MTMAJ, Mohd Fikri Hamzah, semua jemaah yang hadir dijemput melalui aplikasi media sosial khusus ahli kariah masjid yang telah mendaftar sebelum ini.
“Alhamdulillah perjalanan solat sunat Aidil Adha hari ini seramai 160 orang berjalan lancar dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan, termasuk yang dijemput saat akhir kerana jemaah asal yang dipilih tidak dapat hadir,” katanya.
Penghulu Mukim Tebing Tinggi, Zulkifly Zaadun Zabir berkata, beliau berterima kasih kerana terpilih untuk menunai solat sunat itu.
Penghulu Mukim Tebing Tinggi, Zulkifly Zaadun Zabir, terharu dan berbesar hati apabila mendapatkan jemputan.
“Ini adalah satu peluang yang diberikan kepada kariah masjid ini dan perjalanan pentadbiran menjemput kariah adalah terbaik.
“Saya terharu dan berbesar hati apabila mendapatkan jemputan petang semalam kerana terpilih untuk menunai solat sunat, terima kasih barisan kepimpinan masjid,”katanya.
Penduduk Taman Inderapura, Ghazali Mahyuddin berkata, bersyukur kerana selesai menunaikan solat Aidil Adha, terima kasih jawatankuasa dan jemaah mengikuti SOP yang ketat dengan baik,”katanya.
Ghazali Mahyuddin, perjalanan pentadbiran melaksanakan jemputan ahli kariah sangat lancar.
“Perjalanan pentadbiran melaksanakan jemputan ahli kariah sangat lancar, notis jemputan juga sesuai dan jemaah yang dipilih sudah sedia maklum dan bersedia,” katanya.
Penduduk Taman Impian dekat sini, Sabri Abdullah sangat berterima kasih kepada MKN kerana membenar dan menambah bilangan jemaah kepada 160 orang untuk bersolat, semua jemaah dan dibantu oleh jawatankuasa MTMAJ mengikut SOP.
Sabri Abdullah sangat berterima kasih kepada MKN kerana membenar dan menambah bilangan jemaah kepada 160 orang untuk bersolat.
“Saya berharap, bilangan jemaah boleh ditambah berdasarkan saiz sesebuah masjid atau surau itu, saya lihat masih ada kawasan kosong di belakang dan dianggarkan boleh memuatkan kira-kira 200 jemaah lagi di masjid ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TERHARU INSAN YANG MEMBANTU TANPA MENGIRA BANGSA, KAUM
Saya mahu berterima kasih kepada empat orang insan yg amat baik hati yang telah menolong saya semasa tayar saya pancit.
Sepanjang hidup saya, apabila kereta saya mengalami kecemasan seperti tayar pancit, bateri lemah, saya perlu meminjam ‘starter jumper’atau apa jua peralatan.
Hanya budak Melayu muda yang selalu menolong saya. Walupun saya kaum Cina, saya amat terharu kerana mereka membantu tidak mengira bangsa dan mempraktikan ‘One Malaysia’.
Hanya segelintir orang di negara ini suka memainkan isu perkauman dan membahagikan kita semua.
Kalau negeri kita mendapat kerajaan yang berbilang kaum, mesti kita semua akan bahagia dan rakyat tidak perlu sengsara macam ini.
Salah seorang yang turut membantu memberi isyarat kepada kenderaan lain.
Abang Mat Shah dan kawannya adalah penunggang motosikal Grab, tetapi sanggup meluangkan masa daripada kerjanya dan berhenti di jalan raya untuk menolong saya menukar tayar.
Abang Muhdafiq Bin Shamsulinizam adalah seorang mekanik yang nampak kereta saya dan dia ialah orang yang pertama yang datang menawarkan pertolongan untuk saya.
Dia baik hati untuk meminjamkan saya alatan tayarnya kerana alatan kepunyaan saya sudah rosak.
Manakala, kawannya turut membantu di tepi jalan seperti polis dengan melambai tangannya kepada kenderaan lain yang melalui jalan itu nampak.
Saya berharap semua kaum akan sentiasa tolong menolong seperti ini tanpa mengira bangsa, agama atau status supaya Malaysia harmoni dan damai.-SAHIH.
Sumber dan Foto daripada FB – Jasmine Jayden
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
5 LOCALITI MELIBATKAN 2 MUKIM DI PAHANG JALANI PKPD
Kuantan – Penduduk di Mukim Ulu Dong Raub yang melibatkan 3 localiti iaitu Kg Bedu ,Kg Tamalian dan Kg Pamah Kulat.
Manakala di Kuala Lipis pula melibatkan 2 localiti iaitu Kg Kabang dan Kg Sat di Mukin Ulu Jelai, Kuala Lipis Jalan Lipis, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa pada 21 Julai hingga 3 Ogos 2021. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA BHARU – Enam individu termasuk tiga wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki dalam pergaduhan di tepi Jalan Pasir Tumboh pada Selasa lalu.
Lima tertuduh iaitu Mohd. Fakhrudin Mat Zain, 47, Samsuddin Mohamad Sidik (45), Muhammad Syahrul Fahmi Abdullah (24), Siti Nor Farah Shazlina Supian (33) dan Siti Munirah Rizan (22) mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.
Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh dalam kes itu, Nur Ashikin Rozaini 23, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama dengan sengaja telah melakukan kesalahan merusuh di tempat awam hingga menyebabkan seorang lelaki, Mohamad Hamdi Hanafi, 30, mengalami kecederaan luka pada bahagian muka, leher, bibir, belakang badan, siku kanan dan lutut kanan.
Kesalahan itu dilakukan oleh mereka di Jalan Pasir Tumboh di sini kira-kira pukul 5 petang pada 13 Julai lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sharil Ramli manakala keenam-enam tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Samhana Aidenan.
Terdahulu, lima daripada tertuduh mengakui fakta kes kejadian yang dibacakan oleh jurubahasa semasa prosiding dijalankan, namun salah seorang tertuduh, Nur Ashikin tidak mengakui fakta tersebut.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda masing-masing sebanyak RM4,000 kepada lima tertuduh yang mengakui fakta kes manakala Nur Ashikin dibenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 25 Ogos depan sebagai tarikh untuk serahan dokumen bagi kes dihadapi Nur Ashikin yang bekerja sebagai pembantu kedai, lapor KOSMO online
Kesemua tertuduh membayar denda dan jaminan yang ditetapkan mahkamah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!