AHLI PARLIMEN LIPIS, ABDUL RAHMAN LAYAK DILANTIK MENTERI KPLB
LIPIS: Ketua UMNO Bahagian Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad yang pernah menjawat timbalan menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam kabinet Tan Sri Mahyidin Yassin dianggap tokoh yang memahami segala dasar dan gerak kerja untuk memudahkan dan melancarkan proses berkerja serta usaha untuk terus membantu rakyat keluar daripada pandemik.
Pengalaman beliau sebagai timbalan menteri KPLB dan seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan telah menang antara majoriti paling besar dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO pada Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas.
Beliau mempunyai hubungan dan kerjasama baik bersama agensi-agensi dan disenangi pegawai kementerian serta menguasai kehendak dan keperluan (subject matter) dasar-dasar KPLB serta prihatin tentang isu luar bandar walaupun sebelum dilantik sebagai timbalan menteri itu.
Ahli Parlimen Lipis itu, antara tokoh yang disenangi masyarakat orang Asli (OA) dan berjaya menyelesaikan banyak isu masyarakat itu, antaranya berjaya membawa persetujuan agar mereka menerima vaksin.
Abdul Rahman yang berpengalaman dalam bidang pembinaan dan perladangan, sebagai satu aset yang bersesuaian dengan kementerian dan agensi seperti RISDA, FELCRA dan sebagainya.
Beliau yang membesar di luar bandar dan peka dengan pembangunan yang diperlukan dan berpengalaman serta mempunyai hubungan baik dengan ahli parlimen lain yang sering melaporkan isu-isu dan keperluan di kawasan masing-masing.
Datuk Abdul Rahman yang berjiwa rakyat dan boleh menjadi ‘poster boy’ kerajaan bagi Kemneterian Pembangunan Luar Bandar.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengundang pemimpin parti Pakatan Harapan ke Pejabat Perdana Menteri di Putra Perdana, Putrajaya petang ini.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, perjumpaan pada jam 2 petang ini akan dihadiri oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bersama Ismail Sabri.
“Jam 2 petang ini akan berlangsung pertemuan di antara Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, dan Lim Guan Eng bersama Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri, atas jemputan Pejabat Perdana Menteri,” katanya.
Sebelum ini, Ismail Sabri dilaporkan berkata, tiada kerajaan campuran akan dibentuk dengan parti-parti pembangkang.
Namun, kata perdana menteri, kerjasama dengan pembangkang hanya melibatkan isu Covid-19 dan pemulihan ekonomi melalui platform Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
PH belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu, tetapi Lim membayangkan bahawa DAPterbuka untuk mempertimbangkannya jika pembangkang tidak dijadikan “pak turut”.-MALAYSIAKINI
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MENANG BERSAMA BUAH TANGAN TERAKHIR DATUK MOKHZANI SEBELUM BERSARA
Pengarah Muzik Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail sudah sinonim dengan penciptaan lagu-lagu tema hari kebangsaan, selain daripada Datuk Johari Salleh, Akbar Nawab,Tony Fonseka, Alfonso Soliano , Nazri Ahmad, Allahyarham Pak Ngah dan Siso Kopratasa.
Beliau yang pernah mencipta lagu tema hari kebangsaan seperti lagu Bersatu Menuju Wawasan, Negara Kita Tanggung Jawab Kita dan Menuju Alaf Baru yang menjadi tema lagu merdeka sekitar tahun 1990-an
Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail yang bakal bersara pada Februari 2022.
Selain itu, beliau pernah bekerjasama dengan Siso untuk menzahirkan lagu Cemerlang Gemilang Terbilang semasa era Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ketika sebagai pengerusi lagu tema kemerdekaan mulai dari tahun 2000, lagu lagu Merdeka yang terbaik turut dihasilkan oleh arwah Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain) dan Siso seperti Kerana mu Malaysia dan Jalur Gemilang
Pada tahun 2006, sekali lagi beliau turut bertanggungjawab membawa lagu-lagu tema kemerdekaan bersifat komersil untuk pendengaran khalayak ramai seperti Sehati Sejiwa ciptaan Yuri dan lirik oleh Siso dan dinyanyikan oleh Alif Satar serta Di sini Lahirnya Sebuah Cinta ciptaan Sharon Paul, lirik oleh Ahmad Fitri Yahaya dan nyanyian Bob.
Koleksi buku lagu-lagu patriotik, antaranya terdapat karya Datuk Mokhzani
Pada tahun 2020, ketika negara mengalami pandemik Covid-19, tidak menghalang beliau terus berkarya, buat julung kalinya lagu tema hari kebangsaan berjudul Malaysia Prihatin mencatat sejarah negara dengan sentuhan muzik simfoni.
Ternyata percaturannya menggabungkan tiga orkestra Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), Orkestra RTM dan Orkestra Simfoni Kebangsaan telah membawa lagu ciptaan beliau itu berada di kelas dunia
Lagu ciptaan dan gubahannya berjudul Malaysia Prihatin dengan kerjasama penulis lirik El Sol Akhmad dan dinyanyikan oleh Ernie Zakry ternyata membuahkan hasil yang hebat dan mendapat pengiktirafan dari Sky Run video serta juga komen positif dari pengkritik muzik antarabangsa.
Datuk Mokhzani pernah beraksi secara langsung di China dan mendapat anugerah Malaysia Book of Records – The First Malaysian to Perform Live Music from the Great Wall of China
Seperti penjawat awam yang lain, beliau akan bersara wajib pada bulan Februari 2022 selepas lebih 29 tahun bersama Orkestra RTM. Selain itu beliau juga sering menghiasi pentas-pentas juri seperti Anugerah Juara Lagu dan Gegar Vaganza.
Mokhzani turut mendapat pengiktirafan sebagai duta piano Hagspiel Di China serta beliau turut dianugerah Icon Brand Laureates dan memegang dua Malaysia Book of Records, iaitu The first Malaysian musician to be appointed as international brand dan The First Malaysian to Perform Live Music from the Great Wall of China
Anak jati Perlis itu menyatakan, sentuhan Menang Bersama sebagai masterpiece kali ini adalah yang terakhir sebagai pengerusi lagu tema sebelum menyerahkan baton pada pengganti.
Beliau turut dianugerah Icon Brand Laureates
“Lagu tema hari kebangsaan 2021, Menang Bersama ciptaan saya dan lirik Siso sekali lagi menjadi masterpiece lagu merdeka. Walaupun begitu kali ini ianya lebih santai dan bersifat mesra pendengar dan lebih mudah dinyanyikan,” katanya.
Menang Bersama
Sekali genggam
Semangat tidak bergoyang
Teguhkan ikatan
yang tersimpul sekian lama
Gunung didaki
Ke lurah dituruni
Sederap melangkah gagah
Seiring bersatu
Kita jalin tekad berpadu
(Korus)
Menang bersama
Demi negara
Hargai pengorbanan
Di Barisan hadapan
Menang bersama
Demi negara
Mari kita kibarkan
Dengan gagah panji kemenangan
Lagu Dato Mokhzani
Lirik Siso
Penyanyi Faizal Tahir dan Gemersik Korus
Masterpiece terakhir sebelum bersara, Menang Bersama, lagu tema sambutan hari merdeka 2021-Foto Koleksi Datuk Mokhzani
“Liriknya mengajak rakyat bersatu hati untuk sama melangkah ke arah mengharungi detik sukar. Dengaq semangat yang jitu pasti kita mampu mencipta kejayaan dan bersama mengibarkan bendera kemenangan.
“Semoga lagu tema tahun ini Menang Bersama dapat menyemaikan semangat kekitaan dan harmoni yang telah terjalin sejak sekian lama antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LELAKI RUGI LEBIH RM2000 SELEPAS PERCAYA DENGAN BARRY
KUANTAN : Pinjaman wang tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian kepada individu masih belum reda.
Kononnya, bayaran demi bayaran yang tidak masuk akal perlu dilunaskan sebelum menerima pinjaman yang ditawarkan.
Jika panik, mangsa akan berusaha membuat bayaran yang diminta itu dan teperangkap dengan penipuan sindiket terbabit.
Terbaharu, seorang lelaki berusia 25 tahun kerugian RM2,180 menjadi mangsa penipuan sindiket itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada mulanya mangsa menerima mesej menerusi Whatsapp daripada suspek.
“Suspek memperkenalkan diri sebagai Barry dan menawarkan pinjaman peribadi kepada mangsa.
“Mangsa berminat untuk membuat pinjaman RM35,000 dengan bayaran ansuran sebanyak RM466 sebulan selama sembilan tahun.
“Mangsa kemudian memberikan maklumat diri dan maklumat bank kepada suspek sebelum diminta membuat bayaran RM600 sebagai bayaran proses,” katanya.
Katanya, mangsa juga diminta untuk membayar RM1,580 sebagai insurans terhadap pinjaman berkenaan dan mangsa membuat pembayaran itu pada 23 Ogos lalu.
Kemudian mangsa sekali lagi diminta untuk membayar sebanyak RM2,500 dengan alasan mangsa tidak mempunyai akaun semasa dan bayaran terbabit untuk membuka akaun semasa.
“Mangsa mula berasa curiga dan tidak membuat bayaran seperti yang diminta suspek sebaliknya membuat laporan polis kerana ditipu selain bimbang maklumat diri dan bank miliknya disalah guna suspek,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Sejak awal tahun 2000, gandingan tiga Ismail dalam arena politik di Pahang sememangnya menjadi perhatian dan pernah disebut bekas Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini Perdana Menteri, ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib dan ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohd Said, masing-masing mempunyai kekuatan sokongan di peringkat kawasan mereka wakili.
Keakraban dan kesetiaan mereka kepada UMNO, walaupun selepas parti itu tewas mengejut pada PRU14, tidak perlu dipertikaikan.
Sejauh mana pengaruh 3 Ismail ini dijangka dapat mengubah pendekatan UMNO dalam memenangi semula sokongan rakyat menjelang PRU15 masih belum dapat dijangka.
Ismail Sabri adalah ketua UMNO Bahagian Bera, dan seorang lain Ismail (Mohd Said) juga adalah ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
Cuma nasib Ismail (Abd Muttalib) kurang baik apabila tewas pada pemilihan UMNO Bahagian pada tahun 2018 dan kini hanya berstatus ahli UMNO Bahagian Maran.
Walaupun begitu, Ismail (Maran) yang menyertai UMNO pada tahun 1982, sentiasa mendapat tempat dalam Kabinet kerajaan Persekutuan dan antara jawatan pernah dipegang beliau ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bagi Ismail (Kuala Krau) pula, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, sebelum kerajaan diketuai Muhyiddin Yassin kehilangan majoriti, awal bulan ini.
Rekod Ismail Sabri dalam pilihan raya sebelum ini sangat cemerlang, sehinggalah PRU14 apabila beliau hanya menang dengan majoriti 2,311 apabila mendapat tentangan sengit daripada calon PKR, Zakaria Abdul Hamid (yang kini sudah menyertai BERSATU).
Dengan senarai Kabinet yang diketuai Ismail Sabri masih belum diumumkan, tidak mustahil gandingan tiga Ismail ini akan dinamakan sebagai Menteri penuh dan memegang portfolio penting dalam memastikan kebajikan penduduk di luar bandar, golongan petani dan nelayan, diberi perhatian sewajarnya.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LEMBAGA DIDAKWA HANTU TOLAK KANAK-KANAK MAIN GELONGSOR
SAN NICOLAS DE LOS GARZA, MEXICO – Seorang ibu terkejut apabila terlihat kelibat satu wajah entiti dipercayai hantu sedang menolak anaknya yang leka bermain permainan gelongsor di sebuah taman permainan, lapor akhbar The Sun semalam.
Hernandez Blankhaa pada awalnya tidak menyedari kehadiran entiti tersebut, namun selepas dia menonton semula klip video yang dirakam, wanita itu menyedari terdapat satu wajah menyeramkan sedang menolak anaknya dari bahagian atas gelongsor.
“Kejadian ini berlaku kepada anak perempuan saya empat hari lepas. Saya memberitahu beberapa orang bahawa saya amat terkejut dan bertanya kepada mereka mengenai kelibat wajah yang muncul itu.
“Saya tidak tahu mengapa ia berlaku. Setiap kali saya menonton video itu, ia membuatkan saya berasa seram.
“Saya sekadar ingin berkongsi mengenai cerita paranormal ini dengan anda semua. Seseorang sila beritahu saya satu hipotesis mengenai kejadian ini kerana saya masih dalam keadaan terkejut,” tulis wanita itu dalam satu hantaran di Facebook.
Video kejadian yang berlaku pada bulan lepas itu menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial meluahkan rasa seram mereka melihat video itu.
“Memang dapat dilihat dengan jelas wajah hantu di situ,” kata seorang pengguna.
“Ia hanya seorang kanak-kanak hodoh yang bermain dengan mereka,” komen seorang pengguna yang tidak mempercayainya. – Agensi
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BOS CIA JUMPA PEMIMPIN TALIBAN SECARA RAHSIA DI KABUL
WASHINGTON – Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), William Burns mengadakan pertemuan rahsia di Kabul dengan pengasas bersama Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar, lapor akhbar Washington Post hari ini.
Pertemuan mereka semalam, sekiranya disahkan, adalah pertemuan peringkat tertinggi antara kumpulan Islam tersebut dan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sejak Taliban kembali berkuasa di Afghanistan.
Burns adalah salah seorang diplomat Biden yang paling berpengalaman, manakala Mullah Ghani yang mengetuai pejabat politik Taliban di Qatar, adalah salah seorang pemimpin tertinggi kumpulan tersebut yang telah mengambil alih kekuasaan di Kabul.
Seorang jurucakap CIA tidak mahu mengesahkan kebenaran pertemuan itu kepada agensi berita AFP dan berkata, CIA tidak pernah membincangkan perjalanan pengarahnya.
The Washington Post menyebut pegawai AS tidak didedahkan identitinya sebagai sumber yang mendedahkan pertemuan itu, namun dia tidak memberitahu mengenai isi perbincangan mereka.
Akhbar sama bagaimanapun menyebut tentang kemungkinan rundingan berkisar mengenai tarikh akhir untuk tentera AS menyelesaikan operasi pemindahan di lapangan terbang Kabul di mana beribu-ribu pelarian Afghanistan berkumpul dengan harapan dapat meninggalkan negara itu, lapor AFP
Biden telah menetapkan tarikh akhir 31 Ogos ini untuk menyelesaikan operasi pemindahan yang huru-hara itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA PILAH – Seorang wanita yang masih bujang didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit dengan aktiviti persundalan dengan menawarkan khidmat seks.
Jika gagal membuat pembayaran, wanita berkenaan akan berhadapan dengan hukuman penjara lima bulan.
Tertuduh, Junaidah Michael Reni Martin, 31, membuat pengakuan berkenaan dihadapan Majistret, Saiful Sayoti selepas pertuduhan dibacakan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, pada 1 Ogos kira-kira pukul 11.50 pagi bertempat di sebuah bilik di Melang Inn Hotel, tertuduh telah mencari langganan bagi maksud persundalan.
Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dituduh mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana melakukan persundalan.
Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Nur’Atiqah Sapari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu, di Mahkamah Seksyen, di sini, seorang lelaki mengaku tidak bersalah menjadi orang tengah bagi persundalan ke atas Junaidah pada 1 Ogos kira-kira pukul 11.50 pagi bertempat di sebuah bilik di Melang Inn Hotel.
Tertuduh, Lim Kevin, 38, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Norma Ismail selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dituduh mengikut Seksyen 372(1) (f) Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga tempoh 15 tahun, sebatan dan denda.
Norma kemudiannya menawarkan wang jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes adalah pada 23 September ini, lapor kosmo online
Selain itu, Norma turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang menganggu saksi dan dikehendaki lapor diri di balai terhampir pada setiap bulan.
Pendakwaan dilakukan DPP, Christhoper Enteri Anak Mawan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BRUNEI REKOD KES KEMATIAN PERTAMA COVID-19 DALAM TEMPOH LEBIH SETAHUN
BANDAR SERI BAGAWAN: Brunei melaporkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, sekali gus menjadi kematian pertama dalam tempoh lebih setahun melibatkan virus maut itu di negara ini.
Seorang wanita warga emas berusia 85 tahun dan lelaki berumur 69 tahun meninggal dunia selepas terkena jangkitan paru-paru akibat Covid-19 selepas dimasukkan ke pusat kuarantin pada bulan ini.
Dua kes itu menjadikan jumlah kes kematian keseluruhan di negara ini adalah lima orang sejak pandemik bermula.
Brunei yang mempunya kira-kira 450,000 penduduk merekodkan kes kematian pertama akibat wabak tersebut pada Jun tahun lalu.
Pada bulan ini, pihak berkuasa Brunei melaksanakan sekatan ketat bagi mengekang penularan Covid-19 selepas mencatatkan peningkatan kes buat pertama kali dalam tempoh 15 bulan,lapor AFP
Pihak berkuasa menutup panggung wayang dan rumah ibadah, melarang makan di kedai dan melarang penduduk keluar rumah melainkan untuk hal penting.
Sementara itu, Brunei merekodkan sebanyak 110 kes jangkitan baharuhari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,983 kes sejak pandemik bermula.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LELAKI POSITIF COVID-19 TUMBUK JURURAWAT SEBELUM CUBA LARI HOSPITAL
PETALING JAYA: Tindakan seorang pesakit Covid-19 cuba melarikan diri dari Hospital Sungai Buloh semalam mengundang padah apabila mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat lima.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang semalam, mangsa berusia 33 tahun dimasukkan di dalam wad hospital itu pada pukul 3 pagi, hari sama.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, pesakit yang kelihatan murung itu cuba keluar dari wad sebelum bergelut dengan jururawat yang cuba menghalangnya.https://streamable.com/e/rtulej
RAKAMAN video yang tular mengenai pesakit Covid-19 di Hospital Sungai Buloh. – VIDEO/MEDIA SOSIAL
Jelas beliau, pesakit lelaki itu bertindak agresif terhadap jururawat dengan menumbuk muka dan mengejar jururawat yang menghalangnya untuk keluar dari wad berkenaan.
“Dia turut mengganggu pesakit lain sebelum pergi ke tepi tingkap wad berkenaan dan cuba terjun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, kata Shafa’aton, kejadian itu telah disedari staf lain hospital dan cuba menyelamatkannya, namun pesakit itu akhirnya terjatuh ke aras bawah hospital.
“Mangsa kemudian dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk menerima rawatan lanjut kerana cedera di badan dan muka, lapor utusan online
Kes masih dalam siasatan polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!