Orang ramai perlu mengembleng tenaga untuk memerangi wabak Covid-19 kerana 20,396 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan keseluruhan jangkitan 1,844,835 kes.
Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Sarawak melangkaui 3,000 kes dan mencatatkan rekod kes harian dengan 3,747 jangkitan buat kali pertama. Terdahulu, kes harian tertinggi di negeri itu dicatatkan pada 2 September lalu dengan 2,992 jangkitan.
Jumlah kes Covid-19 di luar Lembah Klang merangkumi 77.9 peratus kes hari ini, tertinggi sejak lonjakan jangkitan di luar ibu negara. Kuala Lumpur merekodkan 597 kes baru manakala Selangor 3,886 kes
Negeri lain yang merekodkan kes harian empat angka termasuklah Johor, Sabah, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak.
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 3,886 (623,053)
WPKL – 597 (176,591)
Sabah – 2,136 (159,421)
Johor – 2,165 (149,358)
Sarawak – 3,747 (130,898)
Kedah – 1,587 (107,468)
Pulau Pinang – 1,961 (95,098)
Negeri Sembilan – 269 (92,849)
Kelantan – 1,078 (84,145)
Perak – 1,057 (73,878)
Melaka – 459 (50,470)
Pahang – 486 (46,902)
Terengganu – 861 (36,983)
WP Labuan – 4 (9,834)
WP Putrajaya – 25 (5,553)
Perlis – 78 (2,334)
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KERAJAAN PAHANG SASAR CAPAI IMUNITI KELOMPOK 14 OKTOBER
JERANTUT : Kerajaan Pahang telah mengenalpasti lokasi yang perlu dipercepatkan pemberian vaksinasi sekali gus meningkatkan imuniti kelompok menjelang 14 Oktober sebelum tiba musim tengkujuh yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Zakaria Ibrahim berkata, sasaran tersebut hanya dapat dicapai sekiranya bekalan vaksin mencukupi sebagaimana yang telah dijadualkan.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Zakaria Ibrahim (duduk) bersama Pengetua SMK Padang Piol (tengah) dan Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut, Dr Amir Faisal Datuk Mohd Khairi (kanan)
“Kita cuba elakkan kelewatan pemberian vaksin terutama kawasan yang jauh dan tahap kesampaian yang rendah yang mungkin menyukarkan ketika musim tengkujuh yang dijangka berlaku.
“Program Outreach Vaksinasi (POV) yang dilaksanakan di seluruh negeri ini bertujuan memudahkan penduduk di kawasan terpencil dan sukar diakses dari luar seperti di perkampungan Orang Asli untuk menerima vaksin selain memastikan tiada penolakan terhadap vaksin COVID-19.”
Beliau berkata demikian kepada media ketika melakukan lawatan kerja ke Program Outreach Vaksinasi (POV) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Piol, Jerantut.
Program outreach selama tiga hari di sekolah tersebut berjaya diberikan kepada 1,800 penduduk Felda Padang Piol, Kampung Ulu Retang, Kg Pasir Durian dan Kg Gajah Mati, sekali gus membentuk imuniti kelompok bagi Felda Padang Piol dan sekitar.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
EMPAT DAERAH LAKSANA PROGRAM VAKSINASI SECARA WALK-IN
BERA: Empat daerah di Pahang dibenarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk memberi suntikan vaksin secara walk-in kepada orang ramai mulai semalam.
Daerah Bera telah memulakan program vaksinasi secara walk-in itu semalam (4 September), manakala Bentong, Lipis dan Cameron Highlands akan memulakan program itu pada 6 September 2021 ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman berkata, kerajaan negeri akan berusaha secepat mungkin untuk mempertingkatkan bilangan rakyat negeri ini untuk mendapatkan vaksinasi.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman
“Antara kaedah untuk menyegerakan pemberian vaksin dengan mengadakan secara walk-in yang memudahkan, cepat dan memberi peluang kepada yang “tercicir” daripada pendaftaran penerima vaksin di negeri ini.
“Orang ramai diharap sentiasa mendapatkan makluman terkini daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing berkaitan dengan program inisiatif ini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, semalam.
Ketika ini sebanyak 793,749 orang sudah menerima dos pertama dan 621,661 telah menerima vaksin lengkap daripada kelompok yang layak mendapat suntikan vaksinasi.
“Kerajaan negeri ini akan melipat gandakan usaha menyegerakan pemberian vaksin tersebut di PPV Awam, hospital, klinik kerajaan dan swasta serta PPV Program Jangkauan (Outreach) termasuk di industri.
“Kita berdoa bekalan vaksin akan sampai ke negeri ini, pengumuman oleh Perdana Menteri baru-baru ini menyatakan sebanyak 6 juta dos akan tiba memberi harapan kepada kita untuk menambah bilangan penerima vaksin,” katanya.
Sementara itu sehingga 2 September 2021, seramai 223,386 orang dewasa di negeri ini belum mendaftar vaksinasi Covid-19.
“Dipercayai mereka yang belum mendaftar disebab cabaran komunikasi dan perhubungan terutama di kawasan pedalaman yang sukar mengakses internet serta tiada kemudahan berkaitan untuk berurusan kerana pendaftaran ini dilakukan secara atas talian, maka program Outreach amat diperlukan,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Saya akan jalankan tugas sukarela tanpa imbuhan – Muhyiddin
PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berbesar hati menerima pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri dan akan menjalankan tugas secara sukarela tanpa apa-apa imbuhan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, kepercayaan diberikan kerajaan itu adalah satu amanah untuk meneruskan segala usaha dan perancangan yang dimulakan sebelum ini bagi memulihkan negara daripada kesan wabak Covid-19.
Katanya, beliau dan anggota Majlis Pemulihan Negara akan berperanan membantu Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membawa Malaysia melalui fasa-fasa pemulihan sepertimana yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara.
“Alhamdulillah, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Jemaah Menteri, khususnya Perdana Menteri atas pelantikan saya sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.
“Saya juga menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memperkenan pelantikan saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhyiddin berkata, pasukannya akan terus menyokong pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, memudah cara pembukaan sektor-sektor ekonomi, sosial, pendidikan dan keagamaan serta mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap pematuhan kepada norma baharu kehidupan selaras dengan peralihan pengurusan Covid-19 yang akan memasuki fasa endemik.
Beliau pada masa sama memberi jaminan akan memanfaatkan segala pengalaman yang ada dan mengharapkan sokongan semua pihak dalam semangat Keluarga Malaysia,lapor utusan online
“Ini bagi memastikan matlamat melindungi nyawa, menjamin kelangsungan hidup dan memulihkan negara akan mencapai kejayaan,” katanya
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
62 orang termasuk 18 penjawat awam ditahan berhibur
PETALING JAYA: Polis menahan 62 individu termasuk 18 penjawat awam yang leka berhibur di sebuah pusat hiburan di Puchong, di sini awal pagi tadi.
Kesemua mereka berusia 17 tahun hingga 52 tahun itu ditahan dalam serbuan Operasi Hiburan (Op Hiburan) kira-kira pukul 1.40 pagi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata, hasil pemeriksaan dilakukan di dalam pusat hiburan tersebut mendapati premis itu dalam keadaan gelap serta lampu berkelip-kelip selain kedengaran muzik dimainkan dengan kuat.
Malah, katanya, ada antara pelanggan pusat hiburan itu didapati sedang leka minum minuman keras.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 62 individu berada di dalam premis itu melibatkan lapan individu termasuk tiga wanita yang bekerja sebagai pengurus serta pelayan selain 28 pelanggan lelaki dan 26 pelanggan wanita.
“Daripada jumlah itu, seramai 18 penjawat awam dikenal pasti berada di dalam premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anbalagan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang lelaki positif dadah jenis methamphetamine.
Ujar beliau, pihaknya turut mengeluarkan 62 kompaun dalam operasi berkenaan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), lapor kosmo online
“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1955, Peraturan 16 Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1996 dan Seksyen 76 AKta Eksais 1976,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Polis siasat tular ‘kematian 14 ahli keluarga‘ akibat Covid-19
KOTA TINGGI: Polis akan melakukan siasatan terperinci susulan mesej tular kononnya seorang kakitangan syarikat minyak dan gas, di sini kematian 14 ahli keluarga akibat Covid-19 yang disyaki mempunyai unsur penipuan.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, siasatan kes masih di peringkat awal dan polis belum mempunyai maklumat lanjut.
“Kami baru menerima laporan polis daripada pegawai syarikat berkenaan berkaitan hal tersebut di Balai Polis Pengerang, malam ini.
“Kes akan diklasfikasi dan dibuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut kes diteruskan oleh Bahagian Jenayah Komersil Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.
“Buat masa ini, siasatan kes masih di peringkat awal dan belum ada apa-apa info tentang siasatan kes dapat dikongsikan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurut maklumat yang tular menerusi media sosial WhatsApp dan Facebook, seorang lelaki didakwa berdepan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga mulai Jun lalu hingga baru-baru ini.
Mesej tular tersebut menyatakan kakitangan syarikat itu yang mempunyai lapan orang anak telah kehilangan isteri dan tiga anaknya pada Jun dan Julai lalu.
Manakala pada Khamis lalu, lima lagi anaknya bersama ibu, kakak dan abang ipar juga dua anak mereka turut meninggal dunia akibat virus itu,lapor utusan online
Mesej itu juga turut memaparkan nombor akaun lelaki berkenaan bagi mereka yang mahu memberikan sumbangan khairat kematian keluarganya itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR- Siasat hingga temui kebenaran demikian tegas Menteri Belua dan Sukan Datuk Seri Ahamd Faizal Azumu.
Beliau memandang serius insiden pembatalan pingat emas Jaguh lontar peluru negara Ziyad Zolkefli di Tokyo.
Jelas, Datuk Seri Ahmad Faizal siasatan itu bertujuan mendapatkan gambar an sebennar insiden tersebut sekali gus menegaskan keadilan buat Ziyad
Menurut nya, yang pentingnya ape tindakan yang perlu kita buat melalui Jawatan Kuasa tersebut kenal pasti dan memahami ape yang sebenarnya berlaku kita hanya buat keputusan selepas itu. Tidak adil bagi saya jika selagi saya gambar an sejelasnya.
Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Tan Sri Borhan Dolah iaitu mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.
Ahlinya adalah mantan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salim Parlan dan Ketua Jurulatih Kesatuan Olahraga Malaysia, Mohd Manshahar Abdul Jalil
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas selesai menyambut empat atlet paralimpik negara di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Jumaat- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEBAR AJARAN SESAT PMYT: SITTAH ANNUR DIREMAN EMPAT HARI
KUALA LUMPUR – Ketua ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) iaitu seorang wanita berusia 39 tahun yang digelar Sittah Annur ditahan polis pagi hari ini.
Wanita itu telah ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang melakukan serbuan di rumahnya di Shah Alam dan telah direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni mengesahkan penahanan wanita itu dan menyatakan suspek merupakan seorang peniaga yang sudah berumah tangga kini sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Pada pukul 1.10 pagi tadi Inspektor D9 bersama sepasukan anggota dari Cawangan D9 IPD Brickfields, KL telah pergi ke alamat di Jalan Tanjung Keramat 26/35 HICOM Industrial Estate, Shah Alam, Selangor sebelum membuat tangkapan ke atas suspek satu perempuan tempatan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau setakat ini dan telah dipohon reman selama empat hari sehingga 7 September ini dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur terhadapnya di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut polis,” katanya dalam kenyataan itu lagi.
Tambah Basri, sebelum tangkapan dijalankan polis, suspek dalam telah membuat satu laporan polis menafikan dirinya pernah mewujudkan kumpulan ajaran sesat atau apa-apa kumpulan dan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam sekaligus menafikan segala tuduhan termasuk tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.
“Polis ketika serbuan di rumah suspek turut merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, sekeping resit pemindahan wang ke satu akaun bank tempatan sebanyak RM84,721,42 dan sepasang telekung warna putih dipercayai digunakan suspek semasa membuat live Facebook,” ujarnya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan pula berkata, siasatan ke atas wanita berkenaan sedang menjurus kepada penularan beberapa rakaman video mengandungi kenyataan yang menyentuh Aqidah serta ajaran Islam melalui akaun YouTube Cahaya Islam dan Sittah An Nur PMYT serta di pelbagai platform media sosial sejak beberapa hari yang lalu.
“Di antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita tersebut mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah SWT, Malaikat dan Nabi Muhammad SAW.
“Beliau turut mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya dari menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan terbaharu perkembangan kes itu hari ini,lapor kosmo online
Tambah beliau, suspek telah dikenal pasti dan diambil keterangan berkaitan siasatan dalam kes ini baru-baru ini.
Menurutnya, PDRM dalam usaha untuk mengesan serta mengenal pasti individu-individu lain yang terlibat dalam kes ini bagi melengkapkan siasatan
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU – Salah seorang mangsa terlibat kejadian dihanyutkan arus deras di Jalan Kionsom Lama semalam ditemui lemas dalam kereta perodua Myvi dinaiki menerusi penemuan di sungai Kampung Dambai, Inanam, pagi tadi.
Kenderaan berkenaan ditemui pada pukul 7.20 pagi oleh penduduk kampung yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira dua ke tiga kilometer daripada lokasi kenderaan itu dilaporkan hanyut.
Bagaimanapun, mangsa bersama kenderaan terbabit hanya berjaya dikeluarkan dari dasar sungai sekitar pukul 11.05 pagi menggunakan jengkaut.
Ketua Operasi, Kenneth Willfred berkata, pihaknya mengalami sedikit kesukaran ekoran kedudukan kereta yang berada di dasar sungai selain kenderaan dipercayai dipenuhi pasir.
“Namun mendapat bantuan dua buah jengkaut daripada tapak pembinaan berhampiran untuk menarik keluar Perodua Myvi berkenaan.
“Kita hanya menemui salah seorang mangsa yang dipercayai penumpang kenderaan berkenaan sejurus Perodua Myvi itu berjaya dinaikan, lapor kosmo online
“Mangsa adalah seorang lelaki berusia dalam lingkungan 37 tahun dan berasal dari Kampung Kionsom Lama manakala seorang lagi mangsa lelaki yang juga pemandu Myvi berumur 68 tahun masih hilang,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Dalam pada itu, Kenneth memaklumkan pihaknya sudah mengarahkan tiga kumpulan melaksanakan operasi SAR bagi mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang.
“Kumpulan pertama membuat pencarian bermula di kawasan kenderaan itu mula dijumpai iaitu sekitar kawasan Kampung Dambai sehinggalah lokasi kejadian di Kampung Kionsom Lama.
“Kumpulan kedua dikerahkan melakukan pencarian di dasar sungai kawasan Inanam Laut sehingga ke Kampung Dambai manakala kumpulan ketiga diarahkan menggunakan bot aluminium membuat SAR bermula di kawasan sekitar Yayasan Sabah sehingga Sungai Inanam Laut,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Remaja bawah 18 tahun divaksin minggu depan, bermula dengan Sarawak – KJ
KUALA LUMPUR : Remaja berusia 18 tahun ke bawah bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula pada minggu hadapan.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, inisiatif itu akan dimulakan di Sarawak susulan kelancaran pemberian vaksin di negeri itu yang kini sudah mencapai kadar sasaran lebih 80 peratus populasi dewasanya divaksin.
“Kita akan mulakan dengan remaja di Sarawak memandangkan negeri berkenaan sudah melepasi sasaran 80 peratus populasi dewasanya divaksin,” kata beliau dalam sesi temu bual bersama media pada Sabtu.
Ujar beliau lagi, tetapan sasaran bagi remaja yang divaksin akan dibuat berdasarkan jumlah bekalan vaksin yang diterima. “Saya berharap, lebih ramai golongan remaja mendapat vaksinasi dalam tempoh 100 hari akan datang.
“Kita mahu, apabila bermulanya penggal persekolahan baharu pada tahun hadapan, semua remaja telah melengkapkan suntikan vaksin mereka,” katanya.
Mengulas berkenaan langkah untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah pada Oktober hadapan selagi pelajar belum lengkap divaksinasi, ujar beliau, perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan,lapor Awani
“Kita akan mengadakan satu perbincangan dan meneliti risiko pelaksanaannya,” tambah beliau. Untuk rekod, setakat ini, kerajaan hanya meluluskan penggunaan vaksin jenis Pfizer-BioNTech buat remaja berusia 12 ke 17 tahun. Kementerian Kesihatan dalam masa sama akan melaksanakan pemberian vaksin tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas yang ditetapkan, klinik serta menerusi program outreach yang dijalankan di sekolah-sekolah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!