KUALA LUMPUR: Jaguh lompat jauh T20 paralimpik, Abdul Latif Romly mengekalkan emas yang dimenangi di Paralimpik Rio 2016 sekali gus menepati sasaran emas yang ditetapkan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.
Abdul Latif Romly memenangi pingat emas dalam acara lompat jauh T20, Parlimpik Tokyo 2020, petang ini.-Foto Akib.
Tampil sebagai juara bertahan, Latif yang berusia 24 tahun berjaya mengekalkan emas yang dimenanginya dengan lompatan sejauh 7.45 meter (m) pada percubaan kedua dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo.
Pingat perak acara itu dimenangi atlet Greece, Athanasios Prodromou dengan catatan 7.17m manakala Nicholas Hum meraih gangsa dengan 7.12m.
Kontinjen Malaysia sebelum ini sudah meraih dua emas menerusi jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin dan pemain badminton para bagi kategori SU5, Cheah Liek Hou.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KPLB KUKUHKAN KONSEP KELUARGA MALAYSIA KEPADA IBU BAPA
LIPIS : Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan diberi tanggungjawab mengisi pengetahuan dan kemahiran berasaskan konsep Keluarga Malaysia kepada ibu bapa menerusi program sosial dan pendidikan yang dilaksanakan peringkat kawasan Parlimen masing-masing.
Timbalan Menteri I, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) , Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, walaupun program kemahiran keibubapaan dan kekeluargaan kerap dianjurkan oleh Kemas dengan kerjasama agensi lain, tetapi kita akan mengemaskinikan serta penambahbaikan kemahiran serta pengetahuan berasaskan konsep Keluarga Malaysia.
Timbalan Menteri I, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) , Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
“Konsep Keluarga Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sangat penting bukan sahaja diterapkan dalam urusan pentadbiran dan kepimpinan kerajaan malahan idea yang sama wajar bermula di rumah.
“Ini amat tepat ketika kita semua sedang berdepan pandemik Covid-19 dan bakal beralih fasa andemik tidak lama lagi terpaksa mengubah kelaziman berfikir dan cara kehidupan yang baharu, termasuklah melengkapkan ibu bapa dengan pengetahuan serta kemahiran berkenaan di rumah.”
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan peringkat daerah menerusi sidang Google meet di Pejabat Parlimen Lipis di sini hari ini.
Katanya, program tersebut disertai secara maya melibatkan seramai 130 orang ibu bapa dan penjaga kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) anjuran Kemas Lipis.
“Hal ini secara langsung untuk membantu kerajaan menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang menuntut kebersamaan semua pihak untuk melaksanakannya yang perlu dicanai kesedaran menerusi kekeluargaan dan kehidupan yang kondusif.
Konsep Keluarga Malaysia perluditerapkan
“Selain cabaran pendidikan, KPLB juga memahami masalah capaian internet di luar bandar yang juga perlu diberi keutamaan serius serta diatasi segera bagi keselesaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” katanya.
KPLB akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan semua pihak terlibat bagi menyegerakan penyelesaian masalah akses internet di kawasan kampung dan pedalaman seluruh negara.
“Capaian internet merupakan keperluan penting dalam era teknologi maklumat dan komunikasi lebih lagi dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi keselesaan pelajar mengikut sesi PPdR dan pengurusan agensi kerajaan,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PELAJAR IPT KORBAN CUTI SEMESTER TABUR BAKTI DI PPV
JERANTUT: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sanggup mengorbankan cuti semester masing-masing dengan berkhidmat sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) demi membantu barisan hadapan yang sudah bertungkus lumus memberi perkhidmatan kepada masyarakat berdepan pandemik.
Terdapat di kalangan mereka mahu mendekati masyarakat untuk melatih diri berhadapan dengan realiti kehidupan sebelum melangkah ke dunia pekerjaan yang sebenar selain untuk mereka menabur bakti sebagai sukarelawan.
Sukarelawan memberi berkhidmat demi masyarakat dan negara di PPV Sekolah Menengah Padang Piol, semalam.
Selain itu, kesedaran diri mereka yang sudah melihat betapa hebatnya ‘Frontliner’ bahagian perubatan dan kesihatan, sektor keselamatan termasuk polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awam (JPAM) serta Sukarelawan Rakyat (RELA) telah memberi sumbangan yang menyakinkan.
Terdapat juga berpandangan menjadi sukarelawan di PPV semasa musim pandemik Covid-19 mendatangkan kebimbangan buat ahli keluarga dan juga rakan rapat yang lain, namun semua itu hanya sebagai persepsi umum sahaja.
Pelajar Universiti Malaysia Sarawak, Semester 4, Program Pengurusan Sumber Haiwan, Nur Amira Husna Che Anuar (21) berkata, menjadi sukarelawan di PPV ini memberi pengalaman yang baik di samping berpeluang untuk memberi bakti kepada masyarakat.
Nur Amira Husna Che Anuar (21) berkata, menjadi sukarelawan di PPV ini memberi pengalaman yang baik di samping berpeluang untuk memberi bakti kepada masyarakat.
“Saya mendapat galakan daripada ibubapa serta kesedaran diri setelah melihat betapa gigihnya Barisan Hadapan menghadapi ancaman pandemik ini sejak awal tahun lalu dan pada tahun kedua ini wabak ini masih belum reda dan saya tidak menganggap tugas sebagai sukarelawan sebagai kerja yang membebankan.
“Oleh itu, saya mengambil peluang untuk turut serta berbakti kepada negara melalui lantikan sebagai sukarelawan di PPV ini semasa cuti semester,” katanya ketika ditemui di PPV Outreach di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Piol, dekat sini, semalam.
Seorang lagi pelajar Sains Sumber Asli, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) , Norsabariah Najib (21), berkata, selain mengisi masa lapang ketika bercuti ini, dia dapat melihat gelagat orang ramai ketika menghadiri ke PPV untuk mendapat suntikan.
Norsabariah Najib (21), berkata, selain mengisi masa lapang ketika bercuti ini, dia dapat melihat gelagat orang ramai ketika menghadiri ke PPV untuk mendapat suntikan.
“Sebelum ini saya pernah menjadi sukarelawan PPV Outreach di Felda Sungai Retang, ada yang berpandangan agak sinis untuk mendapatkan suntikan, sambil kami mengisi borang untuk mereka, sambil itu kami memberi ‘pandangan positif’ dan memaklumkan tiada apa yang dirisaukan.
“Ada yang bimbang menjadi sukarelawan, saya tidak bimbang kerana yakin untuk menjalankan tugas selepas lengkap menerima dua dos suntikan vaksin selain sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang menjalankan tugas di PPV,” katanya.
Sukarelawan, Mohd Nabil Shaari (19), pelajar kejuruteraan mekanikal automatif, Politeknik Engku Omar, berkata, kesedaran menjadi sukarewalan untuk memberi sedikit bantuan kepada ‘frontliner’ yang sudah hampir dua tahun bertungkus lumus berdepan dan berperang dengan pandemik ini.
Mohd Nabil Shaari (19), pelajar kejuruteraan mekanikal automatif, Politeknik Engku Omar, berkata, kesedaran menjadi sukarewalan untuk memberi sedikit bantuan kepada ‘frontliner’ yang sudah hampir dua tahun bertungkus lumus berdepan dan berperang dengan pandemik ini.
“Ada juga segelintir orang ramai yang setelah mendapat suntikan vaksin perlu mendapat pemerhatian doktor di lapangan kerana mungkin agak ketakutan atau panik dan perlu ditenangkan, walau begitu semuanya berjalan lancar.
“Saya memohon untuk menjadi sukarelawan terutama di PPV Outreach untuk melatih diri berkhidmat untuk masyarakat terutama di kampung halaman sendiri, malah tidak dinafikan rasa bimbang tetap ada tetapi percaya setiap kebaikan yang dibuat akan mendapat pulangan yang baik termasuklah rezeki dan kesihatan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
572 KELUARGA KAWASAN PKPD FELDA GELANGGI DUA TERIMA SUMBANGAN AYAM DARI AHLI PARLIMEN JERANTUT
JERANTUT : Sebanyak 1,150 ekor ayam segar diagihkan kepada 572 buah keluarga yang terlibat di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Kota Gelanggi Dua yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Jerantut, hari ini.
Ahli Parlimen tersebut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, sumbangan ayam segar itu diterima oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan Kemakmuran Kampung (JKKK) di situ untuk diagihkan sebanyak dua ekor setiap keluarga termasuk kakitangan Felda, kuarters guru dan anak peneroka.
Datuk Ahmad Nazlan (dua dari kiri) memberi sumbangan ayam kepada penduduk di Felda Kota Gelanggi Dua, hari ini.
“Saya turut terkesan dengan kesukaran penduduk di sini yang tidak dapat keluar membeli bahan dapur ketika masih dalam penguatkuasaan PKPD selama dua minggu mulai 25 Ogos lalu hingga
7 September ini.
“Bekalan ayam ini diperoleh daripada Pasar Raya Darulmakmur bandar Jerantut untuk
keperluan penduduk di sini termasuk mereka yang memerlukan dalam tempoh PKPD ini,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini hari ini.
Menurut Ahmad Nazlan, sebelum ini, Pejabat Parlimen Jerantut juga pernah menyumbangkan sejumlah 1,300 ekor ikan patin kepada penggiat dan pengusaha pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan yang juga terlibat di bawah penguatkuasaan PKPD pada 8 hingga 21 Ogos lepas.
“Saya berharap penduduk di sini bersabar serta mematuhi arahan pihak berkuasa dan lebih penting lagi duduk di rumah, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta amalan norma baharu sehingga suasana pulih semula bagi membolehkan PKPD dapat ditamatkan,” katanya.
Petugas menguruskan pembungkusan ayam untuk diagihkan, hari ini
Sementara itu, Ketua Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) yang juga penyelaras bantuan, Mohammad Ridzuan Arbain berkata, sehingga ini sebanyak 445 buah keluarga peneroka di situ dan 127 lagi terdiri daripada kakitangan Felda, guru dan anak peneroka turut menerima barang keperluan dapur, ayam segar dan ikan daripada wakil rakyat, pengurusan Felda, MUIP dan NGO sejak awal pelaksanaan PKPD.
“Bantuan ini diagihkan oleh sukarelawan JKKK, KAF, belia serta dipantau oleh pihak berkuasa beruniform berasaskan pematuhan SOP dan amalan norma baharu,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap aplikasi MySejahtera bermula malam ini.
Katanya, antara penambahbaikan yang dilakukan ialah pengesanan untuk mengenal pasti status vaksinasi seseorang.
Selain itu, kata beliau, daftar masuk pengguna pada skrin turut memaparkan status vaksinasi mereka.
“Pasukan MySejahtera melakukan pembaharuan malam ini bagi memudahkan orang ramai menunjukkan tahap risiko dan status vaksinasi mereka. Ini akan memudahkan hidup bersama Covid-19.
“Ia akan terus dikemas kini dan perbaiki aplikasi ini selama beberapa minggu mendatang,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Tambah Khairy, butang ‘daftar keluar’ disediakan untuk melengkapi fungsi ‘daftar masuk’ ke aplikasi itu.
Beliau berkata, ini bagi meningkatkan pengesanan kontak.
“Setelah meninggalkan sesuatu tempat, ingat untuk check-out. Anda hanya perlu tekan butang – tidak perlu scan, ” jelasnya.
Kerajaan sebelum ini memberi kelonggaran kepada individu yang lengkap divaksin termasuk di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Beberapa langkah perlu dilakukan mana-mana individu yang lengkap divaksin untuk melakukan aktiviti yang dibenarkan, lapor kosmo online
Untuk rekod, seseorang individu dianggap telah diberi vaksin sepenuhnya 14 hari selepas dos kedua vaksin diberikan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PASIR GUDANG: Penduduk di Kampung Sentosa, Masai, di sini yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan kejadian banjir kilat yang berlaku secara tiba-tiba berikutan hujan lebat yang berlarutan hampir tiga jam.
Hujan bermula kira-kira pukul 12 tengah malam hingga pukul 3 pagi itu menyebabkan para penduduk tidak sempat menyelamatkan kesemua barangan mereka.
Seorang penduduk, Mohd. Fairuz Mohd. Shah, 27, berkata, dia menyedari air mulai naik di pekarangan rumah kira-kira pukul 2 pagi sebelum masuk ke dalam rumah dua jam kemudian selepas hujan tidak menunjukkan tanda-tanda berhenti.
“Saya terus mengejutkan keluarga yang sedang tidur dan mengangkat barangan elektrik yang berada di bahagian dapur di sebelah bawah.
“Air memang naik dengan sangat cepat pada masa itu, apatah lagi belakang kampung kami terdapat Sungai Serai yang dikatakan airnya juga naik terlalu cepat ketika keadaan masih gelap,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Sentosa, hari ini, lapor utusan online
Selain kampung tersebut, kejadian sama turut melibatkan Kampung Sentosa Barat dan Kampung Sentosa Damai selain Kampung Bukit Pulai, Taman Pasir Putih, serta Jalan Kampung Masjid, Masai.
Dianggarkan kira-kira 100 buah rumah terjejas, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuat setakat ini ekoran air mulai surut setelah hujan berhenti.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Nora Bujang, 56, berkata, suasana agak kelam kabut apabila air naik begitu cepat menyebabkan rumahnya dimasuki air dan tidak dapat menyelamatkan apa-apa harta benda.
“Mujur saya tersedar daripada tidur dan terus mengejutkan suami serta anak-anak untuk menyelamatkan diri. Air mulai surut kira-kira pukul 6 pagi dan penduduk mula membersihkan rumah masing-masing selepas itu.
“Alhamdulillah meskipun tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan yang berada di bawah tetapi kami bersyukur tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.
Bagaimanapun menurut Nora, kejadian banjir kali ini tidak seteruk bencana sama yang berlaku pada awal Januari lalu sehingga menyebabkan penduduk dipindahkan ke Dewanraya Kampung Cahaya Baru.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MIRI: Seorang lelaki warga emas ditemui rentung selepas kereta yang dipandunya terbabit kemalangan sebelum terbakar di Jalan Miri-Bintulu berhampiran Taman Awam Miri, malam semalam.
Maklumat Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.50 malam.
Katanya, mayat mangsa dikenali sebagai Tan Kaw Tee, 61, ditemukan selepas pemadaman dibuat.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Berdasarkan laporan awal katanya, kereta tersebut dipercayai terbabas lalu melanggar pokok sebelum terbakar.
Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah Kategory Sarawak Video media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NILAI: Seorang lelaki bergelar datuk antara tiga ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) disyaki cuba menyeludup keluar dadah jenis methaphetamine dianggarkan bernilai RM14.4 juta menerusi Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Dalam serbuan oleh Cawangan Narkotik JKDM Ibu Pejabat kira-kira jam 4 pagi pada 31 Ogos lalu, sindiket berkenaan dikesan membungkus dadah seberat 400 kilogram (kg) dalam bungkusan teh dan diikrar sebagai troli barang.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir, berkata dadah berkenaan disimpan dalam dua kotak kayu besar untuk dieksport ke luar negara.
“Bertindak atas maklumat, kami menyita dua kotak kayu sebelum pemeriksaan menemui lapan kotak yang mengandungi 400 bungkus teh berisi bahan kristal jernih dipercayai dadah jenis methaphetamine seberat 400 kg dan dianggarkan bernilai RM14.4 juta,” katanya pada sidang media, hari ini.
Abdul Latif berkata, susulan rampasan itu, pihaknya menahan tiga lelaki berusia 25 hingga 56 tahun termasuk seorang lelaki bergelar datuk di lokasi dan waktu sama untuk membantu siasatan.
“Kami sedang mengenalpasti fungsi ketiga-ketiga lelaki ini termasuk peranan seorang datuk berusia 48 tahun berkenaan.
“Hasil siasatan juga, kami mendapati sindiket ini sudah melakukan 11 penghantaran dadah ke luar negara sejak tahun lalu,” katanya.
Abdul Latif berkata, modus operandi sindiket ini adalah dengan mengikrarkan barang yang mengandungi dadah sebagai troli barang di dalam dua kotak kayu besar.
“Bagaimanapun ia sebenarnya mengandungi kotak yang berisi dadah yang disorok bersama pakaian. Modus operandi menggunakan bungkusan teh sudah sering digunakan, namun masih menjadi pilihan sindiket.
“Perintah reman terhadap suspek selama 14 hari bermula 31 Ogos. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya,lapor BH online
Tambah beliau, orang ramai digesa membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya membabitkan dadah, minuman keras dan rokok dengan memberi jaminan identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEMANDU LORI ROGOL KANAK-KANAK BARU BEBERAPA JAM DIKENALI
KLANG: Polis menahan seorang pemandu lori selepas disyaki merogol kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun yang baru beberapa jam dikenali menerusi aplikasi WeChat bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata suspek yang berumur 20 tahun itu ditahan susulan laporan polis dibuat ibu tiri pengadu yang berumur 32 tahun.
“Pada Rabu lalu, kira-kira jam 6 petang, pasukan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan menangkap seorang lelaki di Jalan Batu Nilam 35D, Bandar Bukit Tinggi, di sini.
“Siasatan awal mendapati, lelaki terbabit mengaku terbabit dalam kes yang disiasat.
“Siasatan mendapati, suspek yang baru beberapa jam mengenali mangsa menerusi aplikasi itu membawa kanak-kanak itu ke sebuah hotel dan merogolnya di situ pada 17 Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Shamsul Amar berkata, menurut laporan yang dibuat ibu tiri mangsa, anak tirinya keluar rumah pada hari berkenaan dan pulang ke rumah pada keesokan harinya.
“Pengadu bertanya kepada anak tirinya dan dia mengaku berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi WeChat dan suspek membawa mangsa ke sebuah hotel di Jalan Batu Unjur 1, Taman Bayu Perdana, di sini.
“Mangsa diberi minum air sehingga tidak sedarkan diri, pengadu mengesyaki anak tirinya dirogol atau berlaku sesuatu yang tidak diingini.
“Kemudian pengadu membuat laporan untuk pemeriksaan hospital dan tindakan lanjut,” katanya.
Susulan itu katanya, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 8 September ini, lapor BH online
“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tumpat: Remaja lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam parit di Kampung Bechah Temalang, Wakaf Bharu, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 7 pagi, mangsa Muhammad Irfan Mohd Rozuki, 19, ditemui penduduk, Mohd Rozali Yusof, 49, ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar isterinya bekerja.
Mohd Rozali berkata, dia ternampak beg silang di tepi jalan dan ingin mengambilnya untuk diperiksa sebelum ternampak sebelah selipar.
“Saya kemudian menyedari terdapat tubuh manusia dalam keadaan tertiarap berpakaian gelap di dalam parit lalu memanggil penduduk yang turut menghubungi pihak polis.
“Motosikal Honda EX5 dipercayai milik remaja lelaki itu juga ditemukan dalam parit kira-kira 200 meter dari lokasi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.
Difahamkan, ada penduduk menemui motosikal mangsa dalam parit sebelum itu lalu membuat pencarian, namun gagal menemui penunggangnya.
Terdahulu, mangsa dikatakan keluar dari rumah dari rumahnya di Kampung Perupok, Pasir Mas pada 0 malam tadi sebelum gagal dihubungi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian, lapor HM online
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!