KLANG – Seorang penyelam dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti selaman di perairan Pulau Selat Kering, semalam.
Mangsa dikenali Roslan, 45, disedari hilang pukul 11.40 pagi oleh empat rakannya yang turut melakukan selaman.
Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Kepten Maritim Mohd. Rosli Kassim berkata, usaha pencarian kemudiannya dilakukan rakan-rakan mangsa namun bot yang mereka naiki telah mengalami kerosakan.
Katanya, pihaknya yang menerima maklumat menemui bot mereka di tepi pantai Pulau Ketam namun tidak dapat merapat berikutan keadaan air yang surut.
“Bot mangsa berjaya dibaiki pukul 6.20 petang semalam oleh bot daripada Royal Yacth Club sebelum dibawa pulang ke Jeti Yacth Club,lapor kosmo!
“Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) yang diteruskan pukul 7 pagi ini dengan mengatur gerak Kapal Maritim (KM) DANGA dan bot Kilat 20 dan saha pencarian mangsa masih teruskan sehingga kini.,” katanya dalam kenyataan hari ni.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SELAYANG, SELANGOR – Seorang remaja lelaki ditemui lemas ketika mandi bersama empat orang rakannya yang lain di air terjun Ulu Yam, Kampung Sungai Tua Baru, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, mangsa yang lemas dikenali sebagai Muhammad Hafiz Khalil berusia 17 tahun.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.45 petang dan menggerakkan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian pada pukul 4.15 petang, pihak bomba melakukan gerakan mencari mangsa melalui kaedah ‘water surface rescue’ menggunakan peralatan ‘grapling iron’.
“Mangsa berjaya ditemui pada pukul 4.42 petang dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini,lapor kosmo!
Tambahnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUCHING: Sebanyak 780 kes varian membimbangkan (VOC) dikesan daripada 782 kes positif COVID-19 di negeri Sarawak setakat 8 Oktober lalu.
Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr David Perera, berkata semua VOC berkenaan adalah daripada varian Delta (B.1.617.2).
“Analisis lanjut menunjukkan garis kumpulan Delta yang dominan menular di negeri ini ialah sub-kumpulan AY.23.
“Sub-kumpulan varian Delta lain yang dikesan secara sporadik, termasuk AY.24 (masing-masing satu kes di Kuching, Miri dan Sibu), AY.33 (satu kes di Bintulu), AY.34 (satu kes di Samarahan dan dua kes di Bintulu) dan AY.37 (dua kes di Kuching),” katanya dalam laporan terbarunya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), di sini, hari ini,lapor BH online
Beliau berkata, sub-kumpulan AY.23 juga adalah kumpulan Delta yang dominan dan sedang aktif merebak serta menyebabkan peningkatan jangkitan kes terkini di Singapura.
“Daripada lebih 3,000 kes positif COVID-19 di negeri ini, sejumlah 1,782 daripadanya adalah kes varian Delta,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAGAN SERAI, PERAK: Seorang pemandu lelaki maut setelah kenderaan yang dinaikinya terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Siakap, Taman Serai Jaya, dekat sini petang tadi.
Difahamkan mangsa dikenali sebagai S. Kunaseelan,33, memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.48 petang.
“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kereta terbabas masuk ke dalam parit.
“Mangsa seorang diri dan didapati tiada penumpang ketika kejadian.
“Bagaimanapun mangsa tidak tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan KKM (Kementerian Kesihatan),” ujar kenyataan itu pada Ahad,lapor Astro Awani
Jelasnya lagi, anggota bomba kemudiannya bertindak membawa keluar mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
132 PENGEDAR DAN PENAGIH DADAH DIBERKAS DI LIMA DAERAH DI PAHANG
Foto atas, Ihsan IPD Lipis : Ramli Mohamed Yoosuf (berdiri, depan kiri) dengan dengan sebahagian daripada suspek pengedar dan penagih yang diberkas sempena Ops Sarang Khas kawasan Jelai di Balai Polis Sungai Koyan, Lipis hari ini.
LIPIS – 132 suspek pengedar dan penagih dadah diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, (BSJN) Polis Pahang dalam serbuan ke atas sarang dadah di lima buah daerah negeri ini sempena Ops Sarang Khas yang bermula pada 30 Oktober lalu.
Antara yang diberkas seorang bekas tentera dalam operasi serbuan yang dilakukan ke kawasan Felda dan rumah ke rumah di Lipis, Raub, Maran, Temerloh dan Jerantut yang membabitkan penahanan suspek lelaki berusia 20 tahun ke atas ketika sedang melakukan aktiviti jenayah dadah di beberapa sarang kawasan tersebut.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, operasi diadakan bertujuan untuk menggempur sarang pengedar dadah yang semakin berleluasa di daerah terbabit khususnya di kawasan Felda yang mempunyai ramai penagih yang telah dikenalpasti menerusi risikan dan maklumat orang ramai.
Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf (tengah) di sidang media mengenai tangkapan dadah sempena Ops Sarang Khas dan pelancaran Program Jihad Dadah kawasan Jelai di Balai Polis Sungai Koyan, Lipis hari ini.
“Tiga orang diberkas dan akan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) ADB kerana disyaki memiliki dadah jenis Syabu dan Heroin, manakala 21 orang lagi yang ditahan di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 kerana disyaki memiliki dadah yang sama.
“Manakala 14 orang turut diberkas akan disiasat di bawah Seksyen 29B Akta Dadah berbahaya (ADB) 1952 kerana didapati terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah jenis Syabu dan heroin dan sekiranya disabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung mandatori,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Sungai Koyan dekat sini, hari ini.
.
Turut hadir, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Superintendan Azmi Awang Lah dan Ketua Polis Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor.
Katanya, polis turut kerjasama dengan kerajaan negeri dan memilih kawasan Jelai, Lipis untuk pelancaran Program Jihad Dadah sebagai tindakan pemutihan bagi memastikan penyeludupan dadah dapat disekat di kawasan sempadan bagi negeri yang berdekatan dengan Pahang.
Sempena dengan pelancaran program tersebut, polis juga menjalankan Ops Sarang Khas dengan melibatkan operasi serbuan dan tangkapan yang sama dalam tempoh dua hari ini di Kampung Kuala Medang, Felda Sungai Koyan dan Kampung Tanjung Gahai.
Selanjutnya Ramli berkata, seramai 88 orang warga tempatan yang lain akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 kerana positif dadah.
Beliau berkata, dadah yang telah dirampas sempena Ops Sarang Khas di lima buah daerah sehingga hari ini, iaitu dadah jenis heroin seberat 151.51 gram, Syabu (113.62 gram), Pil Kuda (23.85 gram), Pil Eramin 4 (4.5 gram), cecair Kodein (0.04 liter) dan air ketum (4.5 liter) membabitan keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM17,493.
“Kita juga turut menahan seramai enam orang yang disyaki memiliki cecair daun ketum dan akan disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Skuad Harimau Muda bawah 23 tahun (U23) yang diletakkan dalam Kumpulan J bersama Thailand, Laos dan Mongolia terus membawa cabaran Malaysia ke pusingan akhir yang bakal diadakan di Uzbekistan tahun hadapan.
Perlawanan terakhir menentang Thailand berakhir dengan keputusan seri 0-0 sama, pagi tadi meletakkan skuad muda itu memimpin kumpulan J.
Pusingan Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 Kumpulan J yang berlangsung pada 25 hingga 31 Oktober 2021 di Stadium MFF, Ulaanbaatar, Mongolia berakhir hari ini.-SAHIH.
Sumber : FAM
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PELAJAR SMK CHUKAI REKA ALAT ANALISIS OKSIGEN HUTAN JUARAI PERTANDINGAN ASIA PASIFIK
Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, Kemaman dinobatkan sebagai juara pertandingan digital ‘Do Your: Bit Challenge’ bagi Wilayah Asia-Pasifik menerusi rekaan alat analisis peratusan kandungan oksigen di dalam hutan bagi memantau aktiviti pembalakan.
Pengetua SMK Chukai Tengku Shahrir Tengku Dahlan berkata kejayaan Ahmad Nasharuddin Anuar, Mifzal Haziq Mazelan dan Muhammad Amiruddin Amar yang diumumkan baru-baru ini, amat membanggakan kerana mereka berjaya mengenepikan lebih 400 penyertaan daripada negara-negara Asia Pasifik yang lain.
Beliau berkata ketiga-tiga pelajar tingkatan empat itu menang dalam kategori 15 hingga 18 tahun dan beliau difahamkan ini adalah kali pertama Malaysia dinobatkan juara pertandingan berkenaan.
“Harapan saya agar kemenangan ini akan memberi suntikan motivasi kepada pelajar yang lain, agar sentiasa berusaha melakukan yang terbaik supaya memberi kebaikan kepada negara dan masyarakat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pertandingan anjuran Yayasan Pendidikan Microbit yang diadakan secara dalam talian itu bertujuan menggalakkan golongan muda mencipta inovasi baru menggunakan microbit iaitu komputer kecil dengan elemen pengaturcaraan dan pengekodan.
Sementara itu, Ahmad Nasharuddin berkata kumpulannya, Erfinder, mencipta alat itu bagi mengesan kadar penurunan oksigen ketika aktiviti pembalakan dijalankan.
Beliau berkata terdapat dua alat iaitu satu diletakkan di dalam hutan dan satu lagi diletakkan di bilik kawalan yang saling berhubung untuk menghantar bacaan oksigen secara berkala, sekali gus memudahkan pemantauan.
“Alat ini lebih murah, mudah serta praktikal berbanding penggunaan imej satelit. Inovasi kami ini adalah satu mekanisme baru bagi memastikan keseimbangan ekosistem serta menjamin kehidupan yang sejahtera kepada manusia dan alam sekitar.
“Rekaan ini diharap dapat membantu langkah pemantauan yang lebih berkesan untuk mengawal aktiviti pembalakan,” katanya yang sedia mempatenkan alat berkenaan dalam masa terdekat.
Menurutnya dalam membangunkan alat itu, mereka mendapat bimbingan daripada dua guru SMK Chukai iaitu Febing Ayu Marjohan dan Irfah Hafizah Ahmad, serta dibantu dua mentor dari Kolej Universiti TATI iaitu Prof Madya Dr Ruzlaini Ghoni serta Dr Khairudin Ali.
– Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara memperkenalkan MOVAK 1.0 pada Ogos lalu bertujuan menyegerakan proses suntikan vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), bagi penduduk luar bandar.
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, proses suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada golongan sasar boleh dipercepatkan jika program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) diteruskan selepas fasa pertama program itu berakhir pada 3 Oktober lalu.
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib
“Kita sedang meneliti dan bergantung kepada keperluan untuk meneruskan atau memperkenalkan program MOVAK 2.0 yang bukan sahaja untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun, tetapi juga untuk suntikan dos penggalak.
“Macam untuk dos penggalak ini, kita sedang cari jalan bagaimana cara untuk melaksanakannya, walaupun digalakkan, tetapi belum lagi menjadi arahan atau diwajibkan.
Katanya, peratusan penduduk dewasa menerima dos lengkap vaksin di negara kita sudah lebih 95 peratus dan diharapkan dapat diteruskan program seperti MOVAK ini untuk segera mencapai 100 peratus.
“Apa salahnya kita teruskan sebagai menyokong program PICK yang dilihat memberi kesan terbaik,” katanya kepada media selepas Majlis Ramah Mesra Komuniti Orang Asli Kampung Sungai Jempol, di sini hari ini.
Sebelum ini, program MOVAK 1.0 dilaksanakan di tujuh negeri iaitu Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dan secara keseluruhan, sebanyak 84,868 dos suntikan vaksin diperuntukkan bagi program inisiatif KPKT dan Kementerian Perpaduan Negara itu. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAJET RM 2.5 BILION BAKAL BANTU EKONOMI MASYARAKAT LUAR BANDAR PAHANG
LIPIS: Peruntukan sebanyak RM 2.5 bilion yang dibentangkan dalam Bajet 2022 untuk pembangunan masyarakat luar bandar akan dapat membantu pertumbuhan ekonomi masyarakat luar bandar dengan lebih pantas disebabkan terkesan dengan wabak Covid-19 yang dialami.
Peruntukan itu sebanyak RM 1.3 bilion untuk Felda, Felcra sebanyak RM 495 juta dan RM 699 juta kepada Risda dianggap sebagai ‘Bajet Restorasi’ bagi memulihkan semula sektor pembangunan dan sosio-ekonomi negara yang terkesan teruk bakal berupaya untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, negara terkesan akibat Covid-19 dan bagi Kerajaan Negeri Pahang, sebanyak RM450 juta telah diperuntukkan bagi program pemulihan alam sekitar.
“Kita boleh gunakan untuk pembangunan Tasik Chini yang terkesan akibat penerokaan tidak sihat dan kerajaan negeri telah mengambil tindakan menghentikan kerja-kerja perlombongan dan sebagainya.
“Tasik Chini diiktiraf oleh UNESCO sebagai Biosphere Reserve dan saya percaya dengan peruntukan ini limpahannya akan sampai juga ke rakyat di negeri ini,” katanya kepada media selepas program penyampaian Bantuan Prihatin Pahang di Sungai Koyan, semalam.
Turut hadir, Timbalan Menteri I, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Datuk Abd Rahim Muda; Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Datuk Mohd Noor serta Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohd Hafizi Ibrahim.
“Saya percaya peruntukan sebanyak RM2.5 bilion kepada Kementerian Luar Bandar turut akan dinikmati negeri ini kerana di Pahang mempunyai tiga wilayah Felda, 22 buah kawasan Felcra dan hampir 20,000 pekebun kecil yang berdaftar di bawah Risda.
“Dengan adanya inisiatif ini, kita percaya bahawa manfaat daripada lelehan ekonomi pembangunan ini turut akan dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia, khususnya anak-anak Pahang,” katanya. -SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Umno berhasrat untuk mengelakkan pertembungan sesama parti dalam kerajaan ketika pilihan raya negeri (prn) melaka pada 20 november ini.
Perdana menteri, datuk seri ismail sabri yaakob berkata, justeru majlis tertinggi umno memberikan mandate kepada beliau berunding dengan parti dalam kerajaan untuk elak pertembungan sehingga boleh menyaksikan tiga penjuru.
Ismail sabri yang juga naib presiden umno kemudian menjejaskan rundingan itu masih berlangsung .
Kata beliau, pertembungan tiga penjuru di prn melaka hanya akan merugikan mana-mana parti dalam kerajaan.
datuk seri ismail sabri yaakob /perdana menteri
Seperti kita tahu ada tiga parti di semenanjung ini yang menyokong kerajaan, jadi kita berusaha untuk mengelakkan pertembungan antara parti-parti dalam kerajaan.
Jika berlaku pertembungan tiga penjuru, ada pihak lain yang mendapat faedah dan memang mereka tunggu sahaja supaya parti dalam kerajaan ini bertembung antara satu sama lain. Kalau bertembung, mereka yang untung. Bak kata pepatah, antan lesung berlaga sesama sendiri, beras tertumpah, ayam yang kenyang. Kita sedang mengadakan rundingan,
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis sambutan hari belia negara 2021 pada sabtu.
Pada khamis lalu, umno memutuskan kerjasama dengan pas akan diteruskan untuk menghadapi prn melaka sejajar ketetapan perhimpunan agung umno sebelum ini.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!