Seramai 147,282 kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun yang belum layak divaksinasi telah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh enam bulan yang lalu.
Dan daripada angka tersebut, sebanyak 26 kematian direkodkan.
Prihatin dengan situasi tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia membuka tempahan janji temu vaksinasi bagi kanak-kanak secara sukarela.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, pemberian vaksin kepada kanak-kanak ini sedikit berbeza berbanding vaksin untuk dewasa.
Menurut beliau, pemberian vaksin kepada kanak-kanak akan menggunakan Vaksin mRNA iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech).
Vaksin Comirnaty tersebut adalah formulari khas untuk kanak-kanak dan telah diluluskan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia, serta selamat dan mempunyai efikasi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan yang teruk.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Mengangkut lembu atau kerbau menggunakan perahu panjang di kawasan hulu Tembeling tidak asing lagi bagi penduduk di kawasan itu dan sudah menjadi lumrah disebabkan hidup dalam serba kesukaran mengajar mereka lebih kreatif.
Selain kreatif hidup dalam keadaan surivival seperti dalam kalangan masyarakat Melayu di Ulu Tembeling, Jerantut yang tinggal di pesisir Sungai Tembeling dan Sungai Gusai ketika melaksanakan kerja harian dan mencari rezeki.
Seorang warga emas yang juga seorang penternak menggunakan perahu kajang berenjin untuk memindahkan ternakannya dari dari Kampung Kucing dibawa pulang ke rumahnya, di Kampung Komel, Ulu Tembeling
Penduduk Kampung Komel, Ulu Tembeling, Abdul Rani Saidy, 62, mempunyai cara tersendiri untuk memunggah ternakan kerbaunya ke lokasi lain bagi tujuan peliharaan di kandang berdekatan dengan kediamannya.
Abdul Rani Saidy , bukan mudah cuma mampu dilakukan oleh orang tertentu sahaja yang mempunyai kemahiran menggunakan tali, teknik menarik termasuk memujuk haiwan ini perlu dikuasai bagi memudahkan naik ke atas perahu dan ditambat supaya ia tidak bergerak,” katanya.
“Saya terpaksa menggunakan perahu kajang dipasang enjin 40 kuasa kuda untuk membawa seekor kerbau betina dan dua anak yang sudah lama dipelihara di kandang Kampung Kucing.
“Jarak perjalanan darat yang agak jauh, iaitu enam kilometer dengan kampung ini memaksa saya mengangkut ternakan ini dengan perahu kajang lagipun kerbau ini berada di seberang Sungai Tembeling dan agak sukar menyeberang di kawasan sungai yang dalam dan arus deras walaupun haiwan ini mampu berenang,” katanya di Kampung Kucing, Ulu Tembeling dekat sini, baru-baru ini.
Katanya, dia cuma dibantu oleh seorang rakan untuk menghalau dan menarik ternakan itu ke atas perahu kajang miliknya yang terletak di tepi Sungai Tembeling.
Katanya, kerja menaikkan tiga ekor kerbau ini mengambil masa hampir satu jam kerana dua ekor anaknya agak liar dan lagipun tugas itu perlu dilakukan dengan cermat supaya tidak melibatkan kecederaan haiwan ini apaila ditarik dengan tali ke atas perahu kajang.
“Sebelum ada jalan raya menghubungkan bandar Jerantut ke kawasan hulu, membawa lembu atau kerbau menggunakan bot adalah pemandangan biasa bagi penduduk di sini, tetapi agak pelik bagi pengunjung luar yang melihatnya.
“Kerja menaikkan ternakan ini ke atas perahu kajang bukanlah mudah cuma mampu dilakukan oleh orang tertentu sahaja yang mempunyai kemahiran menggunakan tali, teknik menarik termasuk memujuk haiwan ini perlu dikuasai bagi memudahkan naik ke atas perahu dan ditambat supaya ia tidak bergerak,” katanya.
Katanya, lembu atau kerbau yang hidup bebas di luar kandang memang agak rumit dan merbahaya serta mengambil masa berhari-hari untuk dijinakkan sebelum boleh dinaikkan ke atas perahu kajang.
“Tiga ekor kerbau yang diangkut seberat kira-kira 300 kilogram sudahpun ditambat kaki pada tiang bumbung perahu juga berdepan sedikit cabaran ketika saya mengemudi bot meredah arus deras Sungai Tembeling, tetapi selamat sampai ke Kampung Komel kira-kira 30 minit perjalanan.
“Bagi masyarakat Ulu Tembeling kerja memindahkan atau mengangkut kerbau yang dibeli dari penduduk kampung lain selalunya ketika berlaku menjelang musim perayaan dan majlis perkahwinan, manakala ada juga untuk dimasukkan ke dalam kandang untuk peliharaan sendiri, ‘katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUNGAI PETANI- Dua puluh individu yang menyertai ‘parti liar’ di sebuah inap desa di Jalan Presint 1, Damansara Perdana, di sini ditahan polis dalam serbuan awal pagi tadi.
Dalam serbuan jam 3 pagi itu, 18 lelaki dan dua wanita berkenaan yang berusia 18 hingga 24 tahun, dikatakan berkongsi wang untuk menyewa inap desa terbabit dengan bayaran tertentu dikenakan.
Sesetengah daripada mereka didapati positif dadah selepas ujian saringan air kencing dilakukan polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata mereka didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial dan dikenakan kompaun.
“Semua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan dan pemeriksaan lanjut. Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan, enam lelaki positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
SUMBER : BH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
‘Rider’ terpaksa panjat pagar, elak bungkusan hilang
Foto atas : Penghantar barang terpaksa memanjat pagar untuk hantar barang ke dalam kawasan rumah tersaebut- tangkap layar media sosial
PETALING JAYA – Tindakan seorang penghantar barang yang terpaksa memanjat pagar rumah pelanggannya bagi mengelakkan bungkusan yang dihantar hilang jika dibiarkan di atas tembok pagar.
Menerusi perkongsian video oleh Amri Saari di media sosial, dia memaklumkan pekerja tersebut telah menunggu hampir 30 minit di luar pagar sambil memanggil pelanggan di dalam rumah, namun tuan rumah masih tidak munculkan diri.
Kemudian, lelaki itu meletakkan bungkusan yang dihantar di atas tembok pagar sebelum bertindak memasuki kawasan rumah agar barang tersebut diletakkan di tempat yang lebih selamat.
Menurut pemilik rakaman tersebut, dia memberitahu bahawa tuan empunya barang ada di dalam rumah ketika lelaki itu datang, tetapi tidak menyedari kehadirannya.
Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial memuji kegigihan penghantar barang tersebut dan menasihatkan orang ramai agar lebih peka sekiranya barangan yang dibeli secara dalam talian telah siap untuk dihantar ke rumah.
“Jangan biarkan ‘rider’ tunggu lama, kalau dah buat pesanan kena la peka kalau barang hampir sampai ke rumah, mereka pun nak kejar hantar pesanan yang lain,” kata Apeace.
“Tuan rumah tolong lebih bertanggungjawab bila ada orang nak hantar barang, jangan susahkan orang lain, bila barang hilang akan salahkan pihak penghantar barang juga,” ujar Siti Rabiatul.
Dalam pada itu, ada pengguna yang beranggapan perkara yang dilakukan penghantar barang itu salah kerana memasuki kawasan rumah pelanggan tanpa kebenaran.
“Sepatutnya, biarkan sahaja atas tembok pagar, dan ambil gambar sebagai bukti barangan telah selamat dihantar pada alamat yang betul, tak perlu panjat dan masuk sampai ke dalam sekiranya tidak disuruh,” kata Fahmi.
SUMBER : K! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JPKK Jorak Elahi santun masyarakat sambut Tahun Baru Cina
BATU PAHAT – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Jorak Elahi, Batu Pahat, Johor menyantuni keluarga kaum Cina yang menyambut Tahun Baharu Cina tahun ini.
Usaha itu sebagai merealisasikan aspirasi Keluarga Malaysia ke arah memupuk dan menyuburkan semangat perpaduan serta kesejahteraan hidup.
Pengerusinya, Hamidi Mad Tap, berkata bersama ahli jawatankuasa JPKK, mereka mengagihkan 52 bungkusan cenderahati dan limau kepada jiran tetangga kaum Cina di sekitar Kampung Parit Jorak Elahi untuk berkongsi kegembiraan serta menceriakan sambutan Tahun Baharu Cina.
Hamidi Mad Tap (2 dari kiri) bersama JPKK Jorak Elahi menyantuni penduduk kampung itu
Katanya, langkah itu dilaksanakan sebagai menyahut saranan pemimpin negara di samping menghargai semangat kerjasama dan sikap toleransi pelbagai kaum termasuk masyarakat Cina yang sekian lama menetap di kampung berkenaan.
“Dalam tempoh ini kami boleh hidup secara aman tanpa sebarang syak wasangka malah boleh bergotong-royong dalam aktiviti kemasyarakatan setiap kali dianjurkan dan pada kesempatan bertemu digunakan untuk mengeratkan hubungan perpaduan.
“Saya amat terharu apabila ada majlis keramaian seperti kenduri kahwin orang Melayu mereka yang berbangsa Cina umpamanya tidak segan untuk turut serta membantu apabila mengetahui perkara itu diadakan secara bergotong-royong,” katanya yang juga Ketua Kampung Parit Jorak Elahi.
Hamidi berkata, walaupun sumbangan itu tidak seberapa namun diharap dapat meringankan bebanan sesetengah keluarga kaum itu yang turut terkesan dengan pandemik Covid-19 serta bencana seperti banjir baru-baru ini.
Tambahnya, paling penting kegembiraan mereka menyambut Tahun Baharu Cina akan turut terasa kepada masyarakat lain yang berasa bangga apabila dapat berganding bahu dengan JPKK menghulurkan sumbangan menyediakan cenderahati dan limau itu.
“Sebagai ketua kampung saya amat berharap hubungan serta semangat perpaduan yang terjalin dengan baik selama ini dan menjadi contoh kepada penduduk di kampung sekitar untuk hidup dengan harmoni bersama-sama pelbagai kaum dan bangsa,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedia untuk membuat kajian semula berkaitan syarat had pendapatan seisi rumah untuk memohon Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memandangkan keperluan rakyat untuk memperoleh kediaman selesa dan baharu sangat diperlukan
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib menjelaskan kerajaan akan mengkaji semula dan menaikkan kadar pendapatan seperti yang terkandung dalam syarat permohonan kerana ramai penduduk ingin memiliki rumah mesra rakyat di tanah milik sendiri untuk kehidupan yang lebih selesa.
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib menyerahkan replika kunci rumah kepada pemilik RMR di Kampung Batu Leja, Kelola, hari ini.
“Sehingga ini syarat permohonan masih di bawah pendapatan bulanan RM3,000 dan mempunyai tanah milik sendiri dan bebas daripada sebarang sekatan ataupun gadaian serta berusia antara 18 tahun hingga 65 tahun.
“Kerajaan akan meneliti semula kadar syarat pendapatan ini dari semasa ke semasa berasaskan permintan penduduk yang sangat perlukan tetapi mempunyai pendapatan melebihi syarat hari ini,” katanya di Kampung Batu Leja, dekat sini hari ini.
Katanya, kepada media selepas menyerahkan replika kunci kediaman baharu projek Rumah Mesra Rakyat kepada empat orang penerima dari Kampung Baru Leja, Kampung Pulau Tawar dan Kampung Tebing Tinggi dekat sini hari ini.
Turut hadir, iaitu Pengarah SPNB Pahang, Datuk Ahmad Islanizam A. Halim dan Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris.
Beliau berkata selanjutnya, Rumah Mesra Rakyat antara yang paling banyak dipohon oleh penduduk kerana kediaman itu sangat berkualiti dan moden berasaskan pelan projek rumah yang disediakan SPNB bagi keselesaan kehidupan berkeluarga hari ini.
Datuk Seri Ismail turut meninjau rumah RMR
Sehingga sekarang SPNB telah menerima 89,880 permohonan seluruh negara untuk projek Rumah Mesra Rakyat, manakala rumah yang telah siap dibina sebanyak 50,066 unit sejak 2002.
“Di Pahang sahaja, 10,418 jumlah permohonan diterima dan sebanyak 4,229 sudahpun siap dibina, manakala di Jerantut sahaja SPNB menerima permohonan sebanyak 1,499 dan sudah disiapkan 668 buah rumah,” katanya.
Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran menambah sebuah rumah bernilai RM75,000, manakala kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20,000 dan pemohon cuma meminjam sebanyak RM55,000 dengan bayar bulanan RM300 tanpa faedah.
“Saya berharap Penghulu Mukim dan ketua kampung dapat membantu memberikan maklumat serta menggalakkan penduduk yang cukup syarat membuat permohonan RMR untuk mencapai hasrat SPNB sekurang-kurangnya ada lima buah projek rumah di setiap buah kampung luar bandar,” katanya.
Sementara itu, seorang penerima Rumah Mesra Rakyat Kampung Batu Leja, Nazatul Syuhada Puat Lottfi, 26, berkata, dia amat bersyukur kerana permohonan untuk mendapatkan rumah baharu direalisasikan oleh SPNB dan mula menduduki kediaman itu hari ini untuk mencongak kehidupan bahagia pada masa akan datang.
Nazatul Syuhada Puat Lottfi dan suami bersyukur kerana kerajaan pusat dan negeri membantu mendapatkan sebuah rumah idaman di kampung sendiri.
“Suami saya, Muhammad Iqhwan Idham sebagai pemandu lori sawit, tetapi mampu menyediakan ansuran bayaran bulanan kerana saya seorang suri rumahtangga lagipun tanah ini milik (saya) untuk membina rumah ini.
“Rumah baharu ini dianggap hadiah tahun baharu 2022, saya dan suami bersyukur kerana kerajaan pusat dan negeri membantu mendapatkan sebuah rumah idaman di kampung sendiri,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pengurus restoran dapat rezeki besar ikan kelah seberat 10 kilogram
LIPIS : Pengusaha restoran masakan tradisional Pahang, House of Patin di Kuala Lumpur, mendapat “ang pow” ikan Kelah atau nama saintifiknya, Tor putitora yang dibeli daripada seorang nelayan Sungai Jelai di Kuala Medang, Jelai dekat sini hari ini.
Pengurus itu, Ahmad Daniar Ismail, 44, berkata, ketika pulang bercuti di Kampung Kuala Medang hasratnya untuk memperoleh ikan liar Sungai Jelai seperti ikan patin, ikan kerai, ikan baung dan spesies lain untuk dibawa pulang bagi menyediakan masakan berasaskan campuran tempoyak dan stimbot untuk pelanggan yang mengunjungi restoran miliknya.
“Tidak sangka rezeki pagi ini, apabila seorang nelayan Sungai Jelai yang juga rakan sekampung datang menawarkan ikan kelah yang ditangkap menggunakan jaring yang dipasang petang semalam.
“Ikan ini seberat 10 kilogram dan tanpa ragu-ragu lagi saya terus membayar harga spesies bermutu tinggi dengan nilai RM2,500 berasaskan harga RM250 sekilogram,” katanya di Kampung Kuala Medang dekat sini hari ini.
Katanya, dia turut memborong ikan patin, ikan kerai, ikan baung dan ikan lawang, iaitu spesies di habitat Sungai Jelai berdekatan kampung tersebut dengan nelayan sungai berkenaan dengan kesemua perbelanjaan bernilai RM3,500.
“Saya tidak pernah membeli ikan kelah seberat ini, selalunya saya hanya dapat ikan seperti ini cuma seberat kurang daripada lima kilogram, tetapi kali ini bernasib baik, rezeki saya balik kampung sempena cuti Tahun Baharu Cina
“Petang ini, saya akan kembali ke Kuala Lumpur untuk memasak ikan kelah dan ikan lain yang telah diborong ini untuk sajian kepada pelanggan yang datang ke restoran saya sempena cuti Tahun Baharu Cina khususnya rakan kenalan dari kaum Cina,” katanya.
Dia yang berasal dari Kampung Kuala Medang berkata, kebiasaan ikan Kelah itu dicampur masakan ayam tempoyak dan boleh juga disediakan stimbot yang menjadi kegemaran masyarakat bandar Kuala Lumpur termasuk kebanyakan kalangan menteri dan pentadbir kerajaan yang singgah makan di restorannya.
Katanya, oleh kerana permintaan ramai pelanggan dengan sajian berasaskan ikan liar Sungai Jelai, dia setiap minggu berulang alik ke Kuala Medang untuk mendapatkan bekalan ikan berkenaan atau kadang-kadang rakannya menghantar ke ibu kota.
“Saya sanggup membeli seberapa banyak spesies liar ikan kelah, patin, kerai dan lain-lain kerana untuk memenuhi permintaan ramai pelanggan selain menjaga imej restoran ini sebagai pusat sajian makanan tradisional Pahang di ibu kota,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Pondok di kebun getah hampir runtuh disondol haiwan tersebut
JERANTUT: Tujuh belas peserta Taman Semula Berkelompok (TSB) kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling terkejut kebun mereka dimasuki gajah liar dan memusnahkan pokok getah, kejadian itu dipercayai berlaku malam tadi.
Peserta TSB itu, Ikmal bin Razali, 28, berkata, dia terkejut apabila mula masuk kebun getah pagi itu dan melihat banyak pokok getah patah dan tumbang dimusnahkan oleh gajah liar.
“Kira-kira 1,500 anak pokok getah milik peserta TSB dirosakkan oleh kawanan gajah liar itu yang masih belum dapat ditentukan jumlahnya.
“Sebelum ini kawanan gajah liar sering kelihatan berhampiran dengan jalan raya menuju ke kampung itu tetapi tidak pernah memasuki kawasan kebun getah penduduk,” katanya.
Najis gajah berselerakkan di dalam kebun getah Taman Semula Berkelompok (TSB) kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling yang berlaku pagi ini.
Katanya, kejadian itu disedari oleh penduduk apabila beberapa orang peserta TSB kampung Kuala Sat memulakan rutin harian mereka pagi ini.
“Beberapa orang peserta TSB lain turut terkejut apabila mendapati tanaman mereka yang berusia hampir dua tahun itu dimusnahkan oleh sekawan gajah liar yang dipercayai memasuki kawasan itu malam tadi.
” Selain itu , gajah liar berkenaan turut memusnahkan pagar elektrik yang menggunakan tenaga solar sebelum memasuki dan memusnahkan tanaman anak getah tersebut,” katanya.
Panel tenaga solar turut di tumbangkan di kebun itu
Beliau berkata, penduduk kampung kecewa apabila mendapati anak getah yang sedang membesar itu dimusnahkan oleh haiwan tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Sat, Abdul Jabar Dollah, 58, berkata, pihaknya telah memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Peidungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( PERHILITAN) Taman Negara Kuala Tahan untuk tindakan selanjutnya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kubur lama 170 tahun bakal hilang, waris minta dipindahkan segera
LIPIS : Tanah perkuburan lama berusia 170 tahun di Kampung Tanjung Betong berdekatan Kampung Kuala Telang kini diancam runtuhan tebing Sungai Jelai berikutan bencana banjir pada penghujung tahun lalu dan sebelum ini.
Kubur itu boleh dikaitkan dengan perwira Melayu dan penduduk Tanjung Betong yang meninggal dunia ketika terlibat dengan Perang Saudara di Pahang sekitar tahun 1857 hingga 1863, berasaskan buku ‘A History of Pahang’ tulisan W. Linehan, bekas Pengarah Pendidikan Negeri-Negeri Selat.
Ketua Pemuda UMNO Lipis yang juga penduduk Kuala Telang, Mohd Farid Mohd Nor berkata, berasaskan catatan W. Linehan, Kampung Tanjung Betong telah dihuni oleh penduduk pada 1800-an atau sebelumnya dengan membina penempatan di pesisir Sungai Jelai serta wujud kegiatan perniagaan apabila menjadi persinggahan pedagang luar.
Mohd Farid Mohd Nor menunjukkan tebing sungai Jelai telah runtuh bersama kira-kira sepuluh kubur di Kampung Betong dalamkejadian banjir baru-baru ini
“Tanah perkuburan itu merupakan sebuah penempatan lama dan bersejarah yang sudah tidak didiami penduduk di bawah pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kuala Telang dan Masjid Kampung Kuala Telang kini diancam runtuhan tebing.
“Hampir lebih 10 buah kubur di tebing sungai tersebut kemungkinan bila-bila masa akan hanyut bersama runtuhan tebing sekiranya musim hujan dan paras air sungai yang deras berulang,” katanya ketika meninjau kawasan perkuburan itu hari ini.
Katanya, akibat hakisan banjir baru-baru ini ada beberapa batang batu nisan lama sudah tercabut dan patah serta hilang dibawa arus Sungai Jelai.
“Kini, kampung ini tidak lagi didiami penduduk kerana telah berpindah ke tempat baharu di Kampung Kuala Telang, bandar Kuala Lipis dan kawasan berdekatan pada awal 80-an berikutan lokasi ini sering sering diancam banjir.
“Selepas pemindahan tahun berkenaan, sekiranya berlaku kematian ahli keluarga masing-masing, penduduk Kampung Telang dan berdekatan mempunyai dua pilihan untuk mengebumikan jenazah samada di tanah perkuburan Kampung Berala dan Kampung Ijok,” katanya.
Katanya, sebahagian waris penduduk yang dimakamkan di situ masih dapat dihubungi, manakala kebanyakannya ahli keluarga atau waris sudah tidak dapat dikenalpasti kerana sudah berpindah ke tempat lain termasuk generasi hari ini tidak tahu berkenaan sejarah tanah perkuburan lama tersebut.
Mohd Farid menunjukkan beberapa batang batu nisan lama sudah tercabut dan patah serta hilang dibawa arus Sungai Jelai.
Sementara Pengerusi JKKK Kuala Telang, Satmi Othman, berkata jawatankuasa pengurusan kampung dan masjid akan merujuk JAIP menerusi Pejabat Kadi Lipis mengenai kaedah pemindahan kubur lama di situ kerana hakisan tebing sungai semakin teruk selepas banjir baru-baru ini.
“Kita mempunyai tapak (tanah) perkuburan Kampung Berala dan Kampung Ijok berdekatan Kampung Kuala Telang antara alternatif untuk memindahkan makam lama berkenaan sekiranya mendapat persetujuan pihak JAIP dan waris berkenaan,” katanya.
Jelasnya, memang sewajarnya dilakukan pemindahan segera kerana kerana kawasan Tanjung Betong yang sudah tidak didiami penduduk kerap dilimpahi air Sungai Jelai malahan hakisan tebing semakin teruk termasuk perkuburan lama itu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Seramai 112 orang peserta telah menyertai Pulau Tawar Fun Ride Kayuhan 2022, sejauh 25 km dengan laluan utama dari Kompleks Galeri Mat Kilau ke Simpang Jengka 8 dan masuk ke jalan perkampungan tradisional Kampung Pulau Tawar.
Ahli Dewan Undangan Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah berkata, riadah seperti ini amat popular ketika ini dan dianggap mudah dan murah yang memberi kesan baik pada kesihatan.
Antara yang menyertai kayuhan Fun Ride itu, semalam
“Rakyat Malaysia dianggap mempunyai bilangan penduduk ‘tergemuk’ paling tinggi di Asia dan 33 peratus rakyatnya berlebihan berat badan dan 18 peratus mengalami obesiti.
“Mungkin belaku pandemik wabak Covid-19, bukan sahaja golongan wanita malah lelaki juga berkeluh-kesah di media sosial mengenai berat badan yang semakin bertambah, bukan setakat sekilogram, malah berkilo-kilogram,” katanya selepas melepaskan kumpulan kayuhan itu, semalam.
Turut hadir, Ahli parlimen Jerantut,Datuk Ahmad Nazlan Idris dan Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut, Dr Amir Faisal Dato Mohd Khairi serta ketua jambatan yang lain.
Katanya, dipercayai pergerakan di rumah yang terhad, mudah mendapat makanan, kurang aktiviti fizikal selain terikut-ikut dengan selera anak yang sentiasa hendak makan, dijadikan antara alasan kenaikan saiz badan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!