Bagi memeriahkan lagi sukan elektronik dan meraikan penggemar sukan digital itu, Maran Esports akan menganjurkan Kejohanan PUBG Mobile esok.
Kejohanan itu akan diadakan di Dewan Komuniti Maran dan anjuran bersama calon BN parlimen Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.
Sebanyak 128 pasukan dijangka menyertai kejohanan julung kali itu.
Bagaimanapun, setiap kumpulan hanya boleh disertai remaja dan belia berusia 17 tahun ke atas sahaja.
Konsep kejohanan itu adalah merangkumi pusingan kelayakan diadakan secara luar talian atau fizikal.
Pelbagai hadiah menarik bernilai kira-kira RM4,000 disediakan, termasuk cabutan bertuah menawarkan dua kerusi khas ‘gaming’ untuk direbut peserta.
Mereka yang berminat menyertai kejohanan PUBG Mobile Maran Esport boleh menghubungi jawatankuasa penganjur di talian 016-2005265 (Melor) dan 011-11825456 (Zaty) untuk mendapatkan maklumat lanjut.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pelan Pembangunan Masyarakat India pertama kali dilancarkan
Barisan Nasional (BN) Temerloh melancarkan Pelan Pembangunan Masyarakat India Parlimen Temerloh bagi menyelesaikan isu dan masalah melibatkan kaum itu di daerah terbabit dengan lebih tuntas.
Calon BN Parlimen Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, pelan itu menjadi wadah penting dalam usaha menyelesaikan isu-isu yang membelenggu masyarakat India di daerah ini.
“Ini adalah satu pelan yang cukup baik kerana mempunyai cadangan tentang perkara-perkara yang harus diberikan penekanan untuk masyarakat India, setidaknya kalau saya dipilih nanti (sebagai Ahli Parlimen Temerloh) kita tahu apa perlu dilaksanakan segera.
“Pelbagai inisiatif dari segi pendidikan, peluang pekerjaan, keperluan asas dan pinjaman keusahawanan adalah antara pelan tindakan yang dibariskan,” katanya pada majlis pelancaran Pelan Pembangunan Masyarakat India Temerloh di sini.
Mohd. Sharkar berkata, Pelan Pembangunan Masyarakat India Parlimen Temerloh itu digerakkan bersama Pertubuhan Temerloh Indian Solidarity (Thias) yang dipengerusikan oleh Datuk Seri K.Vijayendran.
Katanya, ahli jawatankuasa pelan berkenaan diwakili pelbagai pihak termasuk daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin kuil.
“Pelan pembangunan di bawah Thias ini akan beroperasi sebagai satu jawatankuasa khas di bawah Parlimen Temerloh dari segi ekonomi dan sosial sebagai pelan tindakan yang mengambil jangka masa 10 tahun,” ujarnya.
Sementara itu, Vijayendran berkata, pelan pembangunan tersebut akan berjaya sekiranya semua kaum India di daerah ini dapat bersatu dan hidup bermuafakat serta menyokong kepimpinan BN.
Ujarnya, Thias akan menjadi satu badan komunikasi dan informasi antara pejabat Parlimen Temerloh dan masyarakat India dalam menjayakan pelan itu. –SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rahman terharu disapa peniaga yang mendapat bantuan Warung Desa
Foto atas : Bersama warga Bilik Gerakan Cawangan Jeransang Hilir.
LIPIS – “Tapi hari tu (tahun lepas) ada seorang Pegawai Datuk Seri datang gerai saya, tanya nak tak bantuan untuk kembangkan perniagaan? Tak tanya pun saya ni undi parti apa.. Saya tak tau nak gambar macam mana, gembira sangat-sangat,” itu luahan seorang peniaga di Tanjung Besar, Lipis, hari ini.
Datuk Seri Abdul Rahman merakamkan gambar kenangan bersama Kak Roshaliza, salah seorang penerima Bantuan Warung Desa.
Peniaga tersebut dikenali dengan nama Kak Roshaliza iaitu salah seorang penerima Bantuan Warung Desa sangat gembira dengan kunjungan mesra Calon Parlimen itu, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
“Saya berterima kasih kepada Datuk kerana membantu saya untuk mengembangkan perniagaan yang memberi lebih keyakinan.
“Kalau tiada bantuan itu, saya mungkin masih berniaga secara kecil-kecilan yang pendapatan tidak seberapa untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya.
Sementara itu, Datuk Seri Abdul Rahman berkata, itu adalah hasrat beliau untuk membantu masyarakat di Parlimen Lipis dan memberi bantuan sebaik mungkin kepada yang memerlukan.
“Saya terharu disapa oleh peniaga yang menerima bantuan itu dan menunjukkan perkembangan yang positif baginya, dia gembira, saya bahgia,” katanya.
Datuk Seri Abdul Rahman turut merasmikan Program Jana Niaga @Desa Rimbunan Kasih dengan tema Mindset Usahawan Berjaya bertujuan untuk kenalpasti dan menilai impak terhadap program keusahawanan di bawah MARA.
Sementara itu, beliau turut merasmikan Program Jana Niaga @Desa Rimbunan Kasih dengan tema Mindset Usahawan Berjaya bertujuan untuk kenalpasti dan menilai impak terhadap program keusahawanan di bawah MARA.
“Kita juga menjemput usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan untuk turut serta dalam gerai jualan di samping dapat promosi perniagaan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
“Hari ini juga turut dilancarkan produk-produk IKS Lipis seperti Kuih Tiram Zeyla dan usahawan Pewangi Pin’cess,” katanya.
Beliau turut melawat warga Bilik Gerakan Cawangan Jeransang Hilir sambal beramah mesra dan berpuas hati dengan gerak kerja jentera parti yang melaksanakan tugasan hingga ke garisan akhir pada 19 November nanti.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN- EXCO Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menganggap keputusan Barisan Nasional (BN) mencalonkannya di kerusi Parlimen Maran sebagai satu amanah.
Sambil mengakui agak berat hati untuk meninggalkan kerusi DUN, namun beliau yakin pemilihannya itu adalah bukti BN Pahang percaya dengan kemampuan calon wanita dalam PRU15.
“Mungkin kerana pucuk pimpinan merasakan (khidmat) saya diperlukan untuk membantu Pahang dan juga di peringkat ‘federal’ dan saya menerimalah tanggungjawab tersebut.
“Walaupun, saya pun berat hati jugalah nak tinggalkan ‘state’, banyak jugalah yang kita dah buat, membantu MB (Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail), tapi saya rasa satu pengiktirafan kepada pemimpin wanita di Pahang.
“Kita pun dah lama tak ada pemimpin wanita (dari) Pahang di peringkat ‘federal’ dan saya amat menghargai amanah dan kepercayaan diberikan Menteri Besar dan pucuk pimpinan kepada saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Chenor Seberang, dekat Maran.
Terdahulu Shahaniza mengiringi Wan Rosdy pada majlis ramah mesra bersama penduduk kampung itu.
Sementara itu, mengulas mengenai fokus utama beliau dalam siri kempen PRU15, Shahaniza berkata, peluang pekerjaan adalah antara yang patut diberi perhatian.
“Misi kita ialah untuk membawa pembangunan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di Maran ini, itu yang kita nantikan selama inilah,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DUN Cheka (N04) mahu lebih banyak pelabur ke Lipis
LIPIS – Calon Dewan Undangan (DUN) Cheka (N04), Ho Fong Mee berhasrat menarik lebih banyak pelabur ke daerah di daerah ini bagi menjana pendapatan kerajaan negeri dan juga membuka banyak peluang pekerjaan untuk penduduk di Lipis khususnya generasi muda.
Katanya, beliau mahu kegiatan pembalakan yang terancang dijalankan dan seterusnya membuka perusahaan perabot berskala besar di daerah ini untuk dimanfaatkan oleh penduduk di sini dari sudut peluang pekerjaan.
“Saya akan cuba memohon kepada kerajaan negeri untuk membuka kilang kayu, sebelum ini semua hasil pembalakan yang dikeluarkan dihantar ke tempat lain dan pastinya tiada aktiviti yang boleh memberi faedah kepada penduduk setempat.
“Selain itu, Lipis kaya dengan hasil bumi seperti bijih besi, oleh itu kemasukan pelabur amat diperlukan untuk membuka kilang bijih besi dan memberi pekerjaan kepada penduduk setempat seperti lombong emas yang ada di Penjom secara tidak langsung menjadikan Lipis sebuah daerah yang dinamik,” katanya ketika ditemui.
Beliau Ketua Bahagian MCA Lipis berkata, beliau berhasrat untuk mendapatkan tanah dari kerajaan negeri untuk dibuka bagi tujuan pertanian dan diberi sewaan yang rendah dalam jangka masa pendek dan sekiranya individu itu berusaha dengan gigih dan baik akan diberi sewaan jangka panjang.
“Oleh itu, satu industri sokongan untuk membantu petani memasarkan produk masing-masing seperti contoh tanaman ubi kayu tidak dijual terus sebalik diproses menjadi produk kerepek, tepung ubi dan sebagainya yang bertaraf antarabangsa dan boleh dipasarkan keluar negara.
“Dengan cara ini akan meningkatkan pendapatan petani tanpa menggunakan kaedah konvensional sebaliknya mewujudkan satu sistem terbaik seperti pertanian berkelompok,” katanya ketika ditemui.
Katanya, golongan muda tidak boleh diketepikan kerana lazimkan sebagai orang muda memerlukan kemudahan sukan, beliau berhasrat Lipis memiliki sebuah mini stadium untuk mengaktifkan bidang sukan.
“Saya semasa muda seorang atlet dan dilihat Lipis memerlukan kemudahan sukan yang baik, boleh mengenengahkan bakat baharu yang bakal mewakili daerah Lipis, negeri dan kebangsaan.
“Selain itu, saya berhasrat akan mengadakan pelbagai program yang menyatupadukan sebuah masyarakat yang lebih progresif dan dinamik serta sejahtera dan keharmonian antara kaum boleh dipertingkat dan diperkasakan di kawasan DUN dan Parlimen Lipis (P079) dalam pelbagai bidang,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Konvoi motosikal dekati rakyat di Kampung tradisional
MARAN – Selain berkempen melalui media sosial, pendekatan turun padang dilihat masih relevan dan berkesan.
Bagi memastikan tempoh kempen yang terhad dimanfaat sebaik mungkin, kaedah menyantuni pengundi melalui konvoi bermotosikal antara paling popular.
Tidak terkecuali calon BN parlimen Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang meluangkan masa menaiki motosikal untuk mengunjungi penduduk sekitar Kampung Berkat, dekat Luit.
Beliau bersama calon BN kerusi DUN Luit, Jamaluddin Md Marzuki menggunakan motosikal dalam program Ziarah Kasih di kampung itu.
Shahaniza memaklumkan beliau sangat gemar melakukan aktiviti mengunjungi kediaman penduduk kerana ia adalah peluang terbaik berjumpa dengan mereka.
“Program sebegini membuka ruang kepada saya berjumpa empat mata dengan penduduk setempat dan boleh mendengar dengan lebih jelas luahan hati mereka.
“Perbualan antara saya dan penduduk juga lebih bebas dan santai, jadi kita boleh dengar isi hati mereka dan apa yang mereka mahu lihat di Maran ini,” katanya.
Shahaniza memaklumkan kebanyakan penduduk ditemuinya berharap perubahan lebih baik dapat dilakukan di daerah Maran.
Katanya, selain agenda pembangunan lebih mampan, penduduk di Maran juga mahu lebih banyak peluang pekerjaan dan ekonomi dapat diwujudkan dalam masa terdekat.
“Saya sentiasa berkongsi dengan penduduk mengenai apa usaha yang sudah saya lakukan untuk Maran dan apa perancangan masa depan untuk daerah ini.
“Mereka mahu saya teruskan segala perancangan itu dan berharap sebuah kerajaan stabil dapat ditubuhkan selepas PRU15.
“Semua impian penduduk Maran akan saya cuba realisasikan dan meminta mereka untuk terus menyokong saya dan BN di Pahang,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Persembahan wayang kulit tarik perhatian penduduk kampung
MARAN – Di sebalik kesibukan berkempen, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin sempat meluangkan masa bersama penduduk di Kampung Jara, dekat Maran.
Beliau bersama penduduk kampung itu menyaksikan persembahan wayang kulit malam semalam.
Persembahan itu adalah antara cara mendekati penduduk kampung berkenaan dan mendengar harapan mereka dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Sambutan diterima sepanjang persembahan wayang kulit itu sangat menggalakkan dan sekali gus membuktikan orang ramai masih menghargai budaya warisan lama itu.
Shahaniza turut berpeluang melihat dengan dekat persembahan itu dan menyaksikan Tok Dalang mempamerkan aksi mengawal dan mengendalikan wayang kulit untuk tontonan pengunjung.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BN DUN Pulau Tawar yakin 13 Felda beri sokongan padu
JERANTUT – Barisan Nasional (BN) yakin mendapat kemenangan 30 peratus tambahan kerusi Parlimen daripada 54 kerusi yang dipertandingan di kawasan Felda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini
Sebelum ini, BN memperolehi 27 kerusi dan pertambahan 30 peratus itu bakal diperolehi dengan melihat sokongan padu yang ditunjukkan daripada peneroka Felda di kawasan tertentu.
Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh
Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh yakin peneroka di 13 buah rancangan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar dapat merealisasikan di kertas undi dengan memberi sokongan dan kemenangan kepada calon BN yang juga penyandang, Datuk Nazri Ngah pada PRU15 ini.
Katanya, sangat mustahil peneroka menyokong parti pembangkang kerana Felda sudah melakukan pelbagai usaha yang terbaik dan cemerlang untuk meringankan beban peneroka sebelum ini berikutan kejatuhan harga sawit.
“Felda telah melunaskan hutang peneroka yang terbeban sebelum ini, usaha ini adalah untuk menjaga kebajikan dan meringankan beban yang ditanggung mereka (peneroka).
“Isu Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) sebanyak 1,850 unit di 10 lokasi di negeri ini sedang dibaikpulih akan selesai secara berperingkat demi DImanfaat OLEH anak peneroka untuk memiliki kediaman sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis ramah mesra dengan ketua peneroka dan cawangan UMNO DUN Pulau Tawar di Galeri Mat Kilau, Bukit Rang, Jerantut hari ini.
Calon DUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah
Tambahnya, Felda berterima kasih kepada Datuk Nazri yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda yang berusaha keras bagi membolehkan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyelesaikan isu PGBF dengan menyerahkankan kepada pemaju untuk kerja membaikpulih bagi meringankan pengurusan Felda di empat daerah yang terbabit.
“Kita contohi dan memberikan sokongan kepada kepimpinan Datuk Nazri Ngah yang prihatin dengan kebajikan generasi kedua Felda di Pahang, tanpa usaha dan cadangan beliau, isu PGBF di Pahang masih belum selesai sehingga ini.
“Selain itu Datuk Nazri turut menyelesaikan isu lot tanah di kawasan Felda, ketika beliau memegang jawatan exco kerajaan negeri ini berkaitan Felda dan berjaya menyelesaikan perkara ini dan seramai 4,081 anak peneroka akan menikmati kemudahan tersebut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PAKS- Komitmen KPLB lonjak pembangunan dan penglibatan komuniti desa
PUTRAJAYA – 39 buah kampung dari dua kategori iaitu kampung tradisional dan Rumah Panjang serta tiga (3) buah kampung Orang Asli dipilih sebagai pemenang Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera (PAKS) anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun (3 dari kiri).-Foto KPLB
Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun berkata, PAKS yang menawarkan nilai hadiah dan insentif hampir RM1 juta ini dilaksanakan oleh KPLB sebagai pengiktirafan kepada kampung yang berjaya menzahirkan Aspirasi Kampung Sejahtera.
“Aspirasi ini merangkumi sembilan kriteria iaitu infrastruktur lengkap, aktiviti ekonomi berimpak tinggi, modal insan berdaya maju dan tahap kesihatan yang baik, kebersihan dan keceriaan, keagamaan dan kerohanian, keselamatan, kepimpinan dan pentadbiran serta budaya inovasi.”
Katanya, objektif utama pertandingan adalah untuk menggerakkan komuniti kampung ke arah melahirkan masyarakat luar bandar yang proaktif dan berdaya saing menggunakan pendekatan ‘dari bawah ke atas’ atau bottom-up approach.
“Selain itu, pertandingan ini dilihat dapat mewujudkan pengurusan institusi pentadbiran peringkat kampung yang lebih cekap dan berkesan serta meningkatkan kualiti hidup bagi melahirkan masyarakat kampung yang berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan berdisiplin tinggi.
Lima (5) aspek utama yang dinilai dalam pertandingan ini adalah tadbir urus berkesan, inovasi dan aspirasi, ekonomi berdaya saing, modal insan, kesihatan dan persekitaran serta prasana serta kemudahan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera di sini, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Setiausaha Tetap KPLB Sabah, Datuk Norlijah Danin, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam Pembangunan Wilayah Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan, Mohd Huzaimy Che Hussin.
Jelas Ramlan, pertandingan ini juga antara usaha berterusan KPLB menuju ke arah wawasan yang dirumuskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu “Luar Bandar yang Sejahtera, Inklusif, Mampan dan Holistik” menjelang tahun 2030.
“Dengan kerjasama strategik kementerian dan agensi berkaitan, kerajaan negeri, badan bukan kerajaan, syarikat korporat dan pihak berkepentingan lain, kampung yang dinobatkan sebagai pemenang diharapkan dapat menjadi mentor kepada kampung yang lain selain menjadi pemangkin semangat untuk sama-sama bergerak aktif dalam pembangunan sosio-ekonomi luar bandar.
“Setiap kampung pemenang akan menerima hadiah wang tunai mengikut kategori masing-masing yang boleh digunakan bagi pembangunan sosio-ekonomi kampung. Johan PAKS akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, manakala Naib Johan menerima RM 20,000 dan RM10,000 bagi kampung yang meraih tempat ketiga,” katanya.
Kategori Khas Aspirasi turut dipertandingkan bagi mengiktiraf kampung yang berjaya menzahirkan aspirasi kampung sejahtera terbaik selari dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar ke arah melahirkan masyarakat luar bandar yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran.
Johan bagi kategori ini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, Naib Johan RM3,000 manakala tempat ketiga RM2,000.
Selain itu, pertandingan ini turut memberi pengiktirafan kepada Penggerak Terbaik dalam kalangan pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah di atas komitmen yang ditunjukkan dalam membimbing kampung.
Seramai 14 pemenang bagi kategori ini menerima hadiah wang tunai berjumlah RM500 setiap seorang.
Secara keseluruhan, sebanyak 121 buah kampung termasuk 14 buah kampung Orang Asli menyertai pertandingan ini dengan RM1,000 diberikan sebagai insentif penyertaan kepada setiap kampung yang bertanding.
Untuk rekod, berdasarkan data sumber PlanMalaysia dan KPLB, ketika ini Malaysia mempunyai 28,303 kampung meliputi 19,447 kampung di Semenanjung Malaysia, 5,976 kampung di Sarawak, 2,853 kampung di Sabah dan 27 kampung di Labuan.
Daripada jumlah ini, 15,434 kampung adalah di bawah tadbir urus institusi pentadbiran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Elak Calon Tuan Ibrahim tanggung dosa sekiranya gagal beri khidmat terbaik di DUN Cheka
Foto atas : Datuk Seri Abdul Rahman (2 dari kanan) di Majlis Bersama Peserta Felcra Pahang Berhad di Kampung Redan dekat sini, semalam.
LIPIS – “Saya tidak mahu menanggung dosa, bimbang tanggungjawab tidak dapat memenuhi amanah, kehendak dan berkhidmat dengan baik kepada rakyat dengan sempurna, sebab itu saya bertanding satu kawasan sahaja, iaitu di Parlimen Lipis,” kata Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Beliau yang juga calon Parlimen Lipis (P079) hairan macam mana calon Perikatan Nasional (PN-PAS), Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sanggup bertanding di dua buah kawasan berbeza pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Calon PAS DUN Cheka itu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga bertanding di Parlimen Kubang Kerian di Kelantan yang jaraknya kira-kira 400 kilometer dan mengambil masa perjalanan kira-kira 4 jam, adakah beliau mampu berkhidmat untuk rakyat?.
“Ambil satu kawasan pun cukuplah. Saya sebagai penyandang BN Parlimen Lipis yang menang dalam PRU14 lalu sehingga ini pun berasa bimbang tanggungjawab atau amanah ini tidak tercapai, sangat berat jika gagal berkhidmat kepada rakyat,” katanya Majlis Bersama Peserta Felcra Pahang Berhad di Kampung Redan dekat sini, semalam.
Katanya, satu kawasan pilihan raya belum tentu dapat memenuhi sepenuhnya tugas pembangunan dan kebajikan dalam tempoh sepenggal dan kemungkinan tidak tercapai sekiranya seorang wakil rakyat memimpin dua kawasan yang jaraknya jauh dan berada di dua negeri berbeza.
” Saya berasa tidak mampu untuk berulang alik antara kawasan yang jaraknya amat jauh, manakala rakyat sangat dahagakan pembelaan kebajikan daripada wakil rakyatnya, ini akan merudumkan produktiviti bekerja.
“Tanggungjawab ini akan disoal oleh Allah SWT nanti sama ada sudah membantu dan memberi khidmat terbaik untuk memenuhi keperluan rakyat apabila diberi kepercayaan oleh rakyat sebagai pengundi,” katanya.
Calon DUn Cheka, Lipis :Ho Fong Mee
Katanya, BN Pahang sudah memilih calon wakil rakyat BN dari MCA, Ho Fong Mee untuk bertanding di Cheka merupakan anak tempatan Lipis yang sudah tahu dan mengenali rapat penduduk setempat.
“Pilih dan berilah kemenangan kepada calon BN di DUN Cheka supaya dapat meneruskan usaha pembangunan dan kebajikan rakyat daripada memilih calon luar yang tidak dapat memberikan apa-apa langsung lebih lagi wakil rakyat pembangkang.
“Bagi mendapat perkhidmatan terbaik, jangan pilih calon yang hanya datang sekali sekala malah belum tentu dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati pengundi di DUN Cheka kerana gagal memberi tumpuan sepenuhnya sekiranya beliau (Tuan Ibrahim Tuan Man) menang dalam PRU15 ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!