BERA: Penghuni rumah warga emas Sang Riang, dekat Triang menerima kunjungan pengurusan restoran makanan segera McDonald’s cawangan Triang sempena Tahun Baru Cina.
Kunjungan itu diketuai pengurus restoran itu, Fazlin Fareza Mahayudin.
Turut hadir ketua perkhidmatan pelanggan McDonald’s Triang, Zarina Zainal Abidin dan pengurus pelanggan, Abdul Manan Ajmain.
Kira-kira 400 penghuni rumah kebajikan berkenaan menerima sumbangan makanan dari restoran McDonald’s bagi memeriahkan sambutan Tahun Arnab.
Fazlin Fareza berkata, kunjungan dan sumbangan makanan itu sudah menjadi tradisi rangkaian restoran McDonald’s setiap kali musim perayaan.
“Kita bukan sahaja melakukan kunjungan ke rumah kebajikan ketika Tahun Baru Cina, sambutan Deepavali dan Hari Raya juga kita melakukan aktiviti ini.
“Ia adalah sebagai tanda terima kasih dan cara kami ‘memberikan kembali kepada masyarakat’ atas sokongan mereka kepada McDonald’s selama ini,” katanya.
Sementara itu, pengerusi rumah kebajikan Sang Riang, Yap Yoke Moey berkata, sumbangan daripada McDonald’s sangat dihargai penghuni rumah kebajikan itu.
“Memang setiap kali musim perayaan pihak McDonald’s akan datang ke sini dan meraikan perayaan disambut bersama penghuni Sang Riang.
“Ini membuktikan keamanan dikecapi negara dapat merapatkan hubungan antara kita, tanpa mengira kaum dan agama,” katanya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Turut hadir di majlis tersebut, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, Naib Presiden Perhubungan Korporat, Komunikasi Resort World Genting Berhad, Datuk Seri Kay Atisha Parasuraman dan Ketua Polis Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar.
RM 9 juta libat jenayah siber di Bentong
BENTONG : Sebanyak 251 kertas siasatan jenayah scammer telah dibuka di Daerah Bentong yang melibatkan RM9,109,183.08 tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, manakala jumlah kes penipuan berjumlah RM735,481.99 telah berlaku pada tahun yang sama.
“Pihak polis percayai banyak kes penipuan scammer berlaku tidak dilaporkan disebabkan beberapa faktor, antaranya malu rasa tertipu atau bimbang diketahui orang lain, oleh itu hanya 251 kes yang diterima pihak polis Bentong sepanjang tahun lalu.
“Orang ramai dinasihatkan jangan mendiamkan diri sekiranya telah tertipu kerana terkait dengan jenayah siber ini dan perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk mendapat keadilan dan perlindungan.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Taklimat Scammer Tipu Alam Maya dan Kekuatan Wanita Abad Ini di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, hari ini.
Zaiham berkata, antara kerap menjadi mangsa adalah warga emas, penjawat awam yang baru bersara dan ada permintaan untuk berkawan (love scam) melalui laman sosial seperti Facebook, Whatsapp dan telegram.
Katanya, orang ramai perlu berhati-hati dengan kes penipuan atas talian dan sentiasa memaklumkan kes seperti ini kepada keluarga terdekat tidak terjerat atau menelefon Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di nombor 997 untuk melaporkan sebarang kejadian penipuan kewangan dalam talian. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuala Lumpur lagi selamat dan moden dari New York?
Kuala Lumpur (KL) lagi selamat, moden dari New York kata pengembara Amerika ini. Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur merupakan bandaraya terbesar di negara ini.
Menjadi pusat pembangunan yang menempatkan pelbagai tarikan utama, KL telah ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa dan satu-satunya bandar raya global di Malaysia menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).
Sudah semestinya KL akan menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara. Sama juga dengan seorang pengembara dari Amerika Syarikat ini yang memilih KL sebagai salah satu destinasi pelancongannya.
Seorang pengembari negara Uncle Sam memuji kecantikan negara ini dan ramahnya rakyat Malaysia.
Beliau turut berkata KL adalah jauh lebih selamat dan lebih moden jika dibandingkan dengan bandar New York.
“Saya menggesa orang ramai yang menggelar Malaysia sebagai negara dunia ketiga untuk datang melawat, terutamanya rakan-rakan Amerika saya. Ia adalah penerbangan yang sangat panjang, tetapi sangat berbaloi,” demikian menurut beliau.
Pautan : https://sarangburung.net/kuala-lumpur-lagi-selamat-moden-dari-new-york-kata-pengembara-amerika-ini/
Sumber : Sarangburung
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Anak Sungai Pahang rekod bacaan paras bahaya di Rompin
ROMPIN : Bacaan paras anak Sungai Pahang di Rompin, iaitu Sungai Keratong di Jambatan Bahau -Keratong masih merekodkan bacaan paras bahaya, iaitu 24.09 meter walaupun dalam keadaan trend menurun.
Manakala Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera dengan aras waspada, iaitu setinggi 30.59 meter juga menurun dilaporkan sehingga jam 4 petang hari ini.
Seramai 314 orang mangsa daripada 96 buah keluarga ditempatkan di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) Pahang, Che Adam A Rahman berkata, terdapat pertambahan seorang mangsa pada jam 4 petang ini, namun sebuah lagi PPS, iaitu di balai raya Bukit Lepas telahpun ditutup pada jam 10 pagi hari ini dan seramai 40 orang mangsa daripada 11 buah keluarga telah pulang ke rumah masing-masing setelah air surut
“Sehingga jam 12 tengah hari ini, mangsa banjir yang masih lagi ditempatkan di PPS, iaitu di balai raya Kampung Setajam seramai 165 orang mangsa daripada 53 buah keluarga dan PPS balai raya Kampung Rekoh seramai 122 orang mangsa (35 buah keluarga) dan balai raya Kampung Denai, iaitu 26 orang mangsa daripada 7 buah keluarga.
“Kesemua mangsa kini dipantau kebajikan mereka oleh anggota APM Rompin dengan kerjasama pihak berkuasa beruniform, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jawatan Kuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JKPKK) ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, hujan lebat dan ribut petir dilaporkan masih berlaku di kebanyakan tempat di 11 buah daerah negeri ini mulai petang hari ini dan diramal sehingga ke malam esok,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyatakan, beliau tidak kecewa atau tunduk dengan pemecatannya sebagai ahli UMNO, malam tadi.
Menerusi kenyataan ringkas di Twitter, bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau juga tidak terkesan dengan keputusan itu.
“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan.
“‘Unbowed, unbent, unbroken’,” katanya di sini hari ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan malam tadi mengesahkan Tan Sri Noh Omar dan Khairy dipecat daripada UMNO.
Kedua-dua mereka dipecat parti disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15.
Sumber: Berita Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Nasihat buat pekebun Musang King timbang semula semakan hakim
KUANTAN : Kerajaan negeri Pahang berpandangan bahawa tanah-tanah yang dipertikaikan oleh pekebun durian Musang King adalah jelas merupakan tanah kerajaan negeri yang tidak boleh disangkal.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, nasihat tersebut diberikan memandangkan Kerajaan Perpaduan kini terdiri daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
“Saya selaku Menteri Besar Pahang bagi Kerajaan Perpaduan yang melibatkan BN dan PH menasihatkan pekebun-pekebun durian Musang King di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau dan Tranum di dalam daerah Raub yang terlibat dengan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan.
“Pekebun-pekebun terbabit perlu menimbang semula sama ada untuk meneruskan atau tidak tindakan permohonan semakan kehakiman tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook miliknya pada Jumaat.
Katanya, kerajaan negeri berpandangan bahawa tanah yang dipertikaikan tersebut secara jelas merupakan tanah kerajaan negeri yang mana menurut Sistem Torrens (diguna pakai di dalam sistem pentadbiran tanah Malaysia), merupakan hak milik yang tidak boleh disangkal (indefeasibility of title) walaupun dalam konteks equity.
“Diharapkan supaya semua pekebun terlibat dapat bertindak secara matang untuk kebaikan bersama,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BEBERAPA perlawanan Liga Super musim depan akan berlangsung pada waktu petang, persis seperti suasana Liga Perdana Inggeris.
PETALING JAYA: Peminat bola sepak tempatan bakal merasai suasana ala Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila saingan Liga Malaysia (Liga M) 2023 akan berlangsung di sebelah petang, antara pembaharuan yang diperkenalkan musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, perubahan itu dibuat bagi menyemarakkan lagi suasana Liga M.
Ia juga dilihat sebagai pendekatan berbeza dan mampu membawa pengalaman baharu buat penyokong yang sebelum ini kerap melihat perlawanan EPL secara langsung di kaca televisyen pada waktu petang yang cukup meriah.
“Langkah MFL memperkenalkan waktu sepak mula baharu iaitu lebih awal pada sebelah petang adalah untuk menyuntik suasana dan pengalaman baharu buat penyokong.
“Bagaimanapun, waktu sepak mula perlawanan juga tertakluk kepada penyiar rasmi dan MFL,” katanya ketika mengumumkan jadual Liga M di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di sini, semalam.
Empat pilihan waktu disusun MFL menyaksikan sepak mula pukulan 5.15 atau 5.30 petang yang digunapakai di Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak 4.30 atau 4.45 petang.
Tiga lagi waktu perlawanan di Semenanjung adalah pada 8.15 malam; 9 malam dan 10 malam (di bulan Ramadhan).
Sementara di Borneo akan berlangsung pada 7.30 malam; 8.15 malam dan 9.15 malam (bulan Ramadhan).
Musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi di sebelah petang dalam saingan Liga Juara-Juara Asia di Stadium Sultan Ibrahim dan ia menyaksikan sambutan positif penyokong tempatan.
Sementara itu, Liga M musim ini juga bakal menyaksikan perebutan enam trofi dengan dua kejuaraan baharu diperkenalkan Piala Cabaran MFL dan Piala MFL (Liga Simpanan B-23).
Menurut Stuart, selain dua saingan itu, empat kejohanan iaitu Piala Sultan Ahmad Shah (Sumbangsih), Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia kekal menjadi rebutan buat 14 pasukan elit dalam Liga M musim ini.
Aksi pembuka tirai merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara JDT (juara Liga Super musim lalu) dan Terengganu FC (naib juara Liga Super musim lalu) akan dilangsungkan pada 24 Februari ini di Stadium Sultan Ibrahim.
Sumber : Utusan Malaysia
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tikus besar kucing celah bungkusan sayur di pasaraya
Pelanggan sebuah pasaraya terkejut ternampak tikus sebesar kucing dicelah bungkusan sayur.
Seekor tikus berlegar-legar di sebalik bungkusan sayuran yang dipamerkan di ruang dingin (chiller) sebuah pasar raya di Luyang, Sabah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Seorang individu, @datuazri menerusi satu hantarannya di Twitter meminta pelanggan sentiasa berhati-hati semasa berbelanja di pasar raya berikutan tikus yang dilihatnya di sebuah pasar raya tersebut.
“Berhati-hati apabila membeli sayur di pasar raya. Boleh kena kencing tikus (Leptospirosis). Tujuan saya berkongsi video ini bukan untuk memfitnah melainkan sebagai langkah berjaga-jaga,” jelasnya di ruangan kapsyen.
“Besarnya tikus. Saya tidak boleh bayangkan semasa saya mengambil sayur, dan ada tikus di sebaliknya,” ciap @ollyolive931.
“Sihat haiwan itu, terjaga sungguh kebajikan dia di situ,” seloroh pengguna lain, @yong_hanni.
Dalam pada itu, ada juga yang menyamakan haiwan itu dengan watak kartun, Ratatoullie, tikus tukang masak yang sedang mencari bahan masakan.
Hantaran video berdurasi 8 saat itu meraih 185 ulang ciap dan 30,400 jumlah tontonan setakat ini.
Sumber : SarangBurung.net
Pautan : https://sarangburung.net/pelanggan-pasaraya-terkejut-nampak-tikus-sebesar-kucing-celah-bungkusan-sayur/
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Datuk Seri Abdul Rahman (kiri sekali) melawat projek LTU
Lebuh raya Tanpa Tol Lipis- Gua Musang tetap disiapkan.
LIPIS – Projek Lebuh Raya Tanpa Tol Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU), Seksyen 3J, Kampung Seberang Jelai ke Relong, dekat sini tetap diteruskan pembinaannya oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).
Masalah dihadapi berkaitan tenaga buruh, pengambilan tanah, bahan pembinaan dan cuaca tidak dijadikan alasan.
padAbdul Rahman menerima taklimat berkaitan Projek LTU, semalam
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kerajaan menerusi KKM akan memastikan projek bernilai RM257 juta disiapkan menjelang tahun 2026.
“Projek LTU telah mencapai kemajuan 14 peratus melibatkan Seksyen 3J, pembinaan jalan baharu berkembar 4 lorong 2 hala sepanjang 6.95 kilometer dari Kampung Seberang Jelai ke Relong termasuk lima buah jambatan, dua buah Vehicular Box Culvert (VBC) dan pengambilan balik tanah.
“LTU merupakan salah satu dari projek besar di bawah KKR yang melibatkan enam pakej dari negeri Kelantan ke Pahang antara salah satu pakej yang terlibat, iaitu Pakej 3 dari Gua Musang, Kelantan ke Relong, Pahang ini melibatkan kos RM10 bilion sejauh 350 Kilometer,” katanya kepada media di tapak projek berdekatan Kampung Selindang, Padang Tengku di sini hari ini.
Katanya, LTU sebelum ini dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) mampu menyingkatkan masa perjalanan pengguna daripada Kuala Lumpur ke Gua Musang, Kelantan kepada tiga jam sahaja.
“Siapnya projek ini akan memberi kemudahan laluan kepada dua juta kenderaan ketika waktu puncak seperti musim perayaan dan cuma memakan masa selamat 30 minit dari Relong (Lipis) ke Gua Musang, Kelantan.
“Projek LTU juga dapat mengurangkan kesesakan pada waktu tertentu dan pada masa yang sama menurunkan kadar kemalangan jalan raya serta jaminan keselamatan orang ramai,” katanya.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Suasana menarik di Glaze Eatery Kafe, Cyberjaya.
Bekas MMU buka kafe bantu pelajar dan pekerja dengan harga berpatutan
CYBERJAYA – Sedar kesusahan yang dihadapi pelajar dan pekerja untuk mendapatkan makanan, bekas pelajar Multimedia University (MMU) Cyberjaya membuka kafe yang menghidangkan menu pelbagai makanan Barat dan tempatan pada harga berpatutan.
Kafe diberi nama Glaze Eatery yang beroperasi di Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyberjaya, Selangor sejak lima tahun lalu itu, kini menjadi tumpuan ramai pelanggan daripada pelbagai bangsa untuk menjamu selera pada waktu tengah hari, petang dan malam.
Fateen Aqeela membantu pekerjanya menyiapkan minuman yang ditempah pelanggan.
Pemiliknya, Fateen Aqeela Zamaludin, berkata pembukaan kafe itu adalah daripada pengalaman dia sendiri ketika belajar di MMU apabila mendapati begitu sukar mencari kafe atau restoran yang menawar menu bersesuaian untuk pelajar dengan harga murah.
Menurutnya, kafe atau restoran yang ada ketika itu menawarkan harga makanan yang agak mahal dan sudah tentu membebankan pelajar yang belajar di universiti atau sekolah sekitar Cyberjaya manakala menu makanan pula kurang menarik serta tidak banyak pilihan untuk dijamah.
“Selepas menamatkan pengajian dan mendapat sokongan keluarga khusus daripada bapa saya, Datuk Zamaludin Kasman, saya memberanikan diri membuka kafe berkenaan dengan menawarkan pelbagai menu makanan Barat serta tempatan dan tidak menyangka mendapat sambutan menggalakkan hingga sekarang.
“Layanan mesra dan sentiasa menjaga kualiti menu masakan serta minuman menjadi teras saya dalam perniagaan ini terutama untuk memastikan pelanggan khusus pekerja pejabat atau syarikat dan pelajar di sekitar berasa berbaloi berbelanja di Glaze Eatery.
Fateen Aqeela (kanan) bersama pekerja di Glaze Eatery, Cyberjaya.
Katanya, paling menggembirakan kafe ini menjadi tumpuan pelbagai bangsa dan kaum yang seolah-olah Glaze Eatery berjaya mewujudkan suasana harmoni dan semangat perpaduan Keluarga Rakyat Malaysia.
Fateen Aqeela berkata, kejayaan itu mendorong dia membuka cawangan baharu di kawasan perniagaan Eco Majestic, Semenyih yang turut menawarkan menu sama bagi memudahkan mereka yang bekerja serta belajar di kawasan berkenaan menjamu selera dengan harga berpatutan sejak Ogos 2022.
Perkembangan itu Glaze Eatery kini memiliki 50 pekerja bagi dua lokasi berkenaan dengan majoriti adalah dalam kalangan remaja tempatan yang masih belajar dan bekerja secara sambilan bagi mencari duit poket di samping pekerja tetap.
Glaze Eatery beroperasi bermula jam 8.30 pagi hingga 12 malam. Antara menu makanan Barat dan tempatan yang ditawarkan seperti Butter Chicken, Soy Glazed Chicken, Thai Basil Chicken, Burger, Nasi Lemak, Mee Goreng, Masak Lemak Cili Api, pelbagai hidangan roti serta kek.
Menurutnya, langkah mengambil pekerja dalam kalangan pelajar suatu amal kebajikan kerana tidak semua mereka itu daripada keluarga yang senang serta memerlukan wang menampung kos belajar di universiti seperti dia dahulu.
“Mereka juga turut membantu mempromosi Glaze Eatery kepada ahli keluarga yang berkunjung ke Cyberjaya bagi mencari restoran untuk menjamu selera dengan harga berpatutan bersama-sama anak atau ahli keluarga,
“Secara kebetulan pula, pada hujung minggu terutama pada hari Sabtu dan Ahad kafe ini memang menjadi tumpuan mereka yang membawa keluarga untuk menjamu selera selepas penat membeli belah di pasar raya atau berjalan- jalan sekitar Cyberjaya,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!