Foto atas : Kereta Sallehudin Mat Resad remuk di bahagian hadapan akibat terlanggar lembu
Wartawan Utusan Malaysia kemalangan, keretanya remuk
KUALA KRAU : Seorang wartawan Utusan Malaysia mengalami kemalangan di Jalan Kuala Krau-Jerantut , berdekatan Kampung Masjid, kira-kira jam 10.30 malam tadi.
Wartawan tersebut, Sallehudin Mat Resad tidak mengalami kecederaan sebaliknya kereta dipandunya remuk teruk di bahagian hadapan kenderaannya akibat terlanggar seekor lembu.
Beliau dalam perjalanan pulang daripada penugasan di Majlis Perasmian Galeri Jualan Genting Xintiandi yang disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang di Genting Highlands.
Katanya, dalam perjalanan pulang ke Jerantut, beberapa ekor lembu melintas jalan dan salah satu ekor lembu berpatah balik ke tengah jalan dan menyebabkan beliau tidak sempat menggelak.
“Diharapkan pemilik lembu atau kerbau menjaga haiwan ternakan masing-masing agar tidak membiarkan haiwan itu berkeliaran terutama di waktu malam.
“Demi keselamatan pengguna jalan raya di kawasan itu, pemilik haiwan itu memastikan haiwan mereka tidak dilepaskan begitu sahaja,” katanya.
Beliau berterima kasih kepada kepada seorang pemuda tempatan yang membantu menghantarnya membuat laporan polis di Pondok Polis Kuala Krau serta menghantarnya balik ke rumah di Jerantut. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KKR mohon LLM kerap selaras lebih cekap di lorong kutipan tol
LIPIS : Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memohon agar syarikat pengendali lebuh raya untuk membuat pelarasan lebih kerap di lorong-lorong RFID agar kecekapan di laluan dan lorong tol dapat dipertingkatkan.
KKR juga memerlukan kerjasama daripada semua pihak kerana mengikut rekod salah satu punca kesesakan di plaza tol adalah kerana ada pengguna yang tidak mempunyai baki mencukupi semasa melalui plaza tol.
Timbalan Menteri KKR, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pihak KKR sentiasa menambahbaik semua sistem kutipan tol dari masa ke semasa kerana sekarang peningkatan bilangan kenderaan yang banyak dan memerlukan sistem kutipan tol yang lebih efisyen.
“Selaras dengan hasrat Kerajaan bagi melaksanakan sistem kutipan tol secara Multi Lane Fast Flow (MLFF) pada tahun 2025, pihak Kerajaan sedang memperhalusi kaedah pelaksanaan sistem MLFF ini bagi memberikan keselesaan yang terbaik kepada pengguna lebuh raya.
“Penggunaan akan diperluas kepada debit kad dan kredit kad dan seterusnya melancarkan pergerakan pengguna lebuh raya,” katanya.
Katanya, mod pilihan pembayaran kepada pengguna akan dipelbagaikan dan tidak terhad kepada satu skim penyedia pembayaran yang dimonopoli oleh Touch N Go sahaja seperti sekarang.
“Ini secara tidak langsung akan membantu pengguna mengatasi isu kekurangan baki sewaktu melalui plaza tol kerana sekiranya berlaku kekurangan baki akan merencatkan kelancaran kutipan tol terutama di waktu puncak di musim cuti perayaan.
“Pengguna lebuh raya disarankan supaya pengguna lebuh raya lebih peka dan bersedia untuk menyemak baki e-Wallet sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan tiada gangguan semasa melakukan transaksi bayaran tol, ” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Anggota BBP Genting Highlands menaikkan mayat mangsa yang terjatuh ke dalam gaung, di sini, hari ini.
Seorang lelaki maut terjatuh ke dalam gaung di Jalan Genting
BENTONG : Seorang lelaki berusia 60an ditemui maut tergelincir jatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter di KM 1, Jalan ke Genting pada jam 2.53 petang, hari ini
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata pegawai operasi, Abdul Manas Abdul Wahab melaporkan lelaki tersebut dipercayai tergelincir ke dalam gaung ketika melakukan kerja di lereng bukit di situ.
Katanya, lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands dan 2 jentera telah bergegas ke kawasan kejadian untuk melakukan operasi penyelamatan.
“Pasukan bomba menjalankan kerja menyelamat mangsa dengan menggunakan tali dan pengusung untuk manaikkan mangsa.
“Operasi penyelamatan turut dibantu oleh unit kebakaran Genting Highlands,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Muhammad Athif menghidap penyakit genetik yang jarang berlaku, Atrofi Otot Spina (SMA) Jenis 1 selepas beberapa bulan dilahirkan. – Astro Awani.
Kerajaan Pahang prihatin nasib Athif, hidap penyakit SMA Jenis 1
BERA: Penderitaan Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan yang menghidap penyakit genetik yang jarang berlaku, Atrofi Otot Spina (SMA) Jenis 1, selepas beberapa bulan dilahirkan, mendapat perhatian Kerajaan Negeri Pahang.
Kanak-kanak yang berusia 15 bulan dari Permatang Badak, Kuantan, itu memerlukan suntikan ubat jenis genetik Zolgensma bernilai kira-kira RM9.28 juta untuk kesan pulih seumur hidup.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan berkata, sebanyak RM500 sebulan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang diberikan kepada keluarga kanak-kanak terbabit bagi menampung kewangan mereka.
“Setakat ini, kerajaan negeri melalui JKM telah memberi bantuan sebanyak RM500 sebulan. Kita juga telah menguar-uarkan kepada semua rakyat Pahang, termasuk pihak korporat untuk membantu mengurangkan kos perbelanjaan Muhammad Athif.
“Dan sebelum ini juga, kerajaan negeri telah menyumbangkan sebuah mesin pernafasan bernilai RM23,000 bagi memenuhi keperluan Muhammad Athif,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru dan Hari Keluarga Antarabangsa sempena Program Jelajah Peduli Keluarga Parlimen Bera, di sini, semalam.
Jelasnya, pihak JKM dan Jabatan Kesihatan Negeri menerusi klinik kesihatan berdekatan juga melakukan pemantauan berkala bagi memastikan kesihatan kanak-kanak itu dalam keadaan stabil.
Sebelum ini, media melaporkan, Muhammad Athif yang dilahirkan pada 3 Mac 2022 dengan berat 3.33 kilogram serta ukur lilit kepala 33 sentimeter, memerlukan suntikan tersebut bagi menghentikan proses kemerosotan fungsi ototnya yang terjejas akibat penyakit itu.
Tiga rawatan diperlukan bagi merawat penyakit itu, sama ada ubat Risdiplam untuk seumur hidup berharga RM40,400 sebotol, ubat cucuk tulang belakang berharga ratusan ribu dengan syarat tambahan tidak boleh pakai alat bantu pernafasan, atau suntikan ubat jenis Gene Therapy Zolgensma bernilai RM9.28 juta.
Difahamkan, buat masa ini, kanak-kanak itu mengambil ubat Risdiplam hasil sumbangan orang ramai untuk membantu mengurangkan keadaannya supaya tidak merosot otot, sementara menunggu dana untuk membeli ubat jenis Gene Therapy Zolgensma yang perlu disuntik sebelum berusia dua tahun.
Sabariah berkata, usaha kerajaan negeri ini adalah sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan keluarga di negeri ini.
Sumber : Astro Awani
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pembayaran Tol guna Debit Kad mudahkan pengguna lebuhraya
KUALA LUMPUR: Mod pilihan pembayaran kepada pengguna akan dipelbagaikan dan tidak terhad kepada satu skim penyedia pembayaran yang dimonopoli oleh Touch N Go sahaja seperti sekarang.
Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad bercakap ketika menjawab persoalan yang dikemukakan dalam sesi Soal Jawab Lisan di Parlimen hari ini.
“Ini secara tidak langsung akan membantu pengguna mengatasi isu kekurangan baki sewaktu melalui plaza tol.”
“Penggunaan akan diperluas kepada debit kad dan kredit kad dan seterusnya melancarkan pergerakan pengguna lebuh raya.”
“Kementerian melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga telah meminta agar syarikat pengendali lebuh raya untuk membuat pelarasan lebih kerap di lorong-lorong RFID agar kecekapan laluan dapat dipertingkatkan.”
Beliau juga turut menyarankan supaya pengguna lebuh raya lebih peka dan bersedia untuk menyemak baki e-Wallet sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan tiada gangguan semasa melakukan transaksi bayaran tol.
“Kita juga memerlukan kerjasama daripada semua kerana mengikut rekod salah satu punca kesesakan di plaza tol adalah kerana ada pengguna yang tidak mempunyai baki mencukupi semasa melalui plaza tol”
“Pihak KKR sentiasa menambahbaik semua sistem dari masa ke semasa, sebab itu kita dapat melihat banyak peningkatan dalam sistem kutipan tol”
“Selaras dengan hasrat Kerajaan bagi melaksanakan sistem kutipan tol secara Multi Lane Fast Flow (MLFF) pada tahun 2025, pihak Kerajaan sedang memperhalusi kaedah pelaksanaan sistem MLFF ini bagi memberikan keselesaan yang terbaik kepada pengguna lebuh raya,” katanya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tuntut pelan asal CSR melalui Simpang Pelangai di teruskan
BENTONG: Kerajaan Pahang menuntut pelan asal pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dari Kuala Krai, Kelantan melalui Simpang Pelangai Pahang dimasukkan semula dalam pembentangan Bajet 2024.
Exco Pahang Datuk Seri Johari Harun berkata, rancangan asal CSR yang menuju ke Simpang Pelangai, Bentong bagi memudahkan perjalanan ke selatan tanah air melalui Kuala Pilah Negeri Sembilan tanpa memasuki Kuala Lumpur.
Katanya,,saya agak kecewa peruntukan bagi pelaksanaannya fasa 6 sejauh 47 kilometer ke Simpang Pelangai tidak termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan hanya terhenti di Sertik, Bentong.
` Pengarah Jabatan Kerja Raya ( JKR) yang saya ditemui sebaik sahaja saya dilantik exco telah mengesahkan fasa e-6 CSR ke Simpang Pelangai tidak termasuk dalam pakej projek yang rancak dilaksanakan sekarang. Ini bukan soal politik kerana kita mahu mewujudkan jaringan perhubungan jalan raya yang baik untuk kemudahan semua rakyat sekali gus pemangkin pertumbuhan ekonomi khususnya di Simpang Pelangai dan jajarannya..
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri Pelangai di Dewan Felda Kemasul, hari ini.
Untuk rekod CSR yang menghubungkan bandar Kuala Krai, Kelantan dengan bandar Kuala Pilah di Negeri Sembilan tanpa tol sejauh 325 kilometer membabitkan enam fasa pembinaan dengan kos lebih RM7.3 bilion. Fasa 1 hingga fasa lima dijangka siap awal 2026.
Johari berkata, pembinaan lebuh raya itu dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan sosial Simpang Pelangai. Malah dapat mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di bandar Bentong apabila pengguna boleh menyusur simpang Sungai Dua Lebuhraya Pantai Timur 1 ( LPT-1) pada musim perayaan dan cuti sekolah ekoran pertambahan kenderaan menuju ke Kelantan.
Beliau berkata, pembinaan jalan ini juga memudahkan mereka dari Kelantan dan Terengganu kerana CSR Simpang Pelangai memendekkan perjalanan ke destinasi di selatan seperti ke Putrajaya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai berharap jaminan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad bahawa bajet CSR Simpang Pelangai di masukkan dalam pembentangan Bajet 2024 Oktober ini menjadi kenyataan.
Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, perbincangan telah dijalankan dengan sebuah bank perdagangan Agrobank bagi mewujudkan sebuah cawangan di Simpang Pelangai. Buat permulaan sebuah mesin pengeluaran automatik ( ATM) dibuka di sini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang maut dan seorang cedera parah dalam kemalangan di Jengka
BANDAR JENGKA : Seorang wanita maut dan seorang lelaki dewasa cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Jalan Bakti Taman Rantau Perintis, Bandar Pusat Jengka, dekat sini pada jam 9.00 malam tadi.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata pegawai operasi, Mohd ROsli melaporkan kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan Toyota Vios telah terbabas dan melanggar pokok.
“Dua orang mangsa terdiri seorang lelaki dewasa cedera parah dan seorang wanita dewasa meninggal dunia yang disahkan oleh pihak petugas perubatan.
“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka tiba,” katanya.
Katanya anggota bomba seramai 6 orang dan sebuah jentera membuat pemeriksaan dan pemantauan di tempat kejadian.
“Mangsa yang cedera diserahkan ke pihak petugas perubatan, manakala, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk lanjut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di D’Kasai Riverside (Monkey Rock), Penempatan Orang Asli, Kampung Gabong, dekat sini ditemui pada jam 9.35 malam tadi. -Foto BBP Bentong.
Remaja 17 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus deras ditemui.
BENTONG : Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di D’Kasai Riverside (Monkey Rock), Penempatan Orang Asli, Kampung Gabong, dekat sini ditemui pada jam 9.35 malam tadi.
Mayat, Muhammad Syafiq Akmal Zaidi, berusia 17 tahun yang tinggal di Felda Lakum, Lanchang, dekat sini telah pergi kawasan itu bersama tiga rakannya pada jam 5.10 petang hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa ditemui oleh skuad Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada kedalaman 3 meter (8 kaki) di sekitar mangsa dipercayai terjatuh.
Katanya, pegawai operasi, Badrul Hisham Saari melaporkan sebelum kejadian, mangsa bersama 3 rakannya telah pergi ke kawasan kejadian untuk mandi manda bersama 3 orang rakan.
“Tidak semena-mena mangsa dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam sungai tersebut dan dibawa arus deras.
“Pasukan PPDA turut membantu dalam operasi tersebut untuk membantu menaikkan mangsa kerana air terlalu deras,” katanya kepada media.
Katanya, seramai 10 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama 2 jentera telah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat kejadian pada petang tadi.
“Mangsa dipercayai terjatuh itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, “ katanya.-SAHIH.
Sumber : Berita Harian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Azman (tengah) bersama wakil KIS dan KKWPUKM yang menghulurkan Sumbangan Ramadan 2023 untuk PJMM.
Artis tanah air beramal jariah di PJMM
Beberapa artis terkenal tanah air tidak melepaskan peluang membuat amal jariah bersempena Ramadan 1444H lalu apabila mengunjungi Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), di Semenyih, Selangor bagi menyantuni warga emas terdampar di situ.
Mereka menghulurkan pelbagai sumbangan termasuk kewangan kepada PJMM di samping baju Melayu dan baju kurung, kuih-muih serta duit raya kepada penghuni selain mengambil kesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama warga emas di pusat berkenaan.
Khadijah Ibrahim (dua dari kanan) bersama-sama barangan yang disumbangkan untuk Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, di Semenyih, Selangor pada April lalu.
Setiausaha PJMM, Mohammad Syafiq Mohiadin, berkata kunjungan artis berkenaan iaitu Wany Hasrita, Amira Othman, Safwan Nazri, Dato’ Khadijah Ibrahim, Wawa Zainal serta Aeril Zafrel bukan setakat memeriahkan suasana di pusat itu malah mengundang titisan air mata warga emas yang disantuni.
Menurutnya, Wany Hasrita berserta rakan artis datang bersama-sama kumpulan Megaklinik Zahran itu menyantuni setiap warga emas khusus perempuan termasuk yang terlantar di atas katil untuk memilih sendiri 15 reka bentuk serta warna baju raya mereka inginkan.
Tambahnya, bagi baju Melayu, Safwan membawa 30 reka bentuk dan warna untuk dipilih dalam kalangan warga emas lelaki untuk dipakai pada aidilfitri yang ditaja Megaklinik Zahran.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak bersama isteri, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman pada 30 Mac 2023.
Wany Hasrita (tengah) bersama rakan artis bermesra dengan seorang warga emas yang tidak mampu untuk berjalan.
“Kemesraan yang ditunjukan Wany Hasrita, rakan-rakan artis dan kakitangan Megaklinik Zahran ini menerusi Program Sumbangan Baju Raya Penghuni mendatangkan rasa sebak pada hati penghuni yang seharus ia disantuni anak atau waris mereka,” ujar Muhammad Syafiq.
Beliau berkata, Khadijah pula menyantuni warga emas dengan menyampaikan sumbangan pes jenama Kathijah Ibrahim untuk dinikmati apabila berbuka puasa sebagai menu menambah selera.
Katanya, walaupun hanya sekejap sahaja pada 4 April 2023 lalu, namun kehadiran Khadijah tetap mengembirakan hati warga emas di pusat berkenaan apabila dapat bermesra dengan artis veteran yang mereka turut minati suatu ketika dahulu.
Sehubungan itu, Khadijah berjanji akan mengunjungi PJMM pada masa terdekat bagi memasak sendiri pes jenama beliau dan resepi lain untuk dinikmati bersama-sama warga emas yang diibaratkan seperti ibu dan bapa sendiri.
Pada minggu terakhir Ramadan, PJMM dikunjungi pula pasangan suami isteri artis popular iaitu Wawa Zainal dan Aeril Zafrel bagi menggembirakan hati warga emas menjelang adilfitri.
Muhammad Syafiq berkata, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang datang bersama pasukan WawaCosmetics selain menghulurkan sumbangan untuk PJMM turut berkongsi rezeki dengan memberi duit raya kepada warga emas.
“Pasangan artis semua isteri ini kelihatan sayu dan tidak dapat menahan kesedihan apabila dimaklumkan warga emas berkenaan ada yang disisihkan ahli keluarga termasuk anak kandung sendiri serta terdampar tiada waris,” katanya.
Sementara itu pada penghujung Ramadan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kelab Iltizam Selangor (KIS) dan Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (KKWPUKM) turut menghulurkan Sumbangan Ramadan 2023 untuk PJMM.
KIS yang diwakili Azimudin Mohamed menyerahkan replika cek RM500 manakala KKWPUKM menerusi wakilnya Abd Zhafir Abd Rashid menghulurkan sumbangan RM1,417.00 kepada Pengerusi PJMM, Azman Rasman pada April lalu.
Menurut wakil NGO berkenaan, sumbangan itu adalah kerja amal dan kebajikan mereka bersempena Ramadan bagi meringankan bebanan pusat jagaan berkenaan dalam membuat persiapan adilfitri dan sebagainya bagi menyantuni warga emas di situ.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di D’Kasai Riverside (Monkey Rock), Penempatan Orang Asli, Kampung Gabong, dekat sini pada jam 5.10 petang, hari ini.-Foto BBP Bentong
Remaja 17 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus deras
BENTONG – Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di D’Kasai Riverside (Monkey Rock), Penempatan Orang Asli, Kampung Gabong, dekat sini pada jam 5.10 petang, hari ini.
Mangsa yang dikhuatiri lemas, Muhammad Syafiq Akmal Zaidi, berusia 17 tahun yang tinggal di Felda Lakum, Lanchang, dekat sini telah pergi kawasan itu bersama rakannya.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pegawai operasi, Badrul Hisham Saari melaporkan seorang remaja lelaki disyaki lemas ketika mandi bersama 3 orang rakan.
‘Seramai 10 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama 2 jentera telah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat kejadian.
“Mangsa dipercayai terjatuh dan telah dibawa arus, anggota bomba telah bertindak melakukan pencarian dengan teknik pencarian di permukaan air serta menggunakan ‘grappling iron,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Katanya, 3 rakan yang bersama mangsa selamat, pencarian mangsa diteruskan.-SAHIH.
Sumber : Berita Harian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!