Surau Al-Huda, Taman Inderapura perlu dana RM50,000
JERANTUT – Surau Al-Huda, Taman Inderapura, dekat sini sedang dalam proses membaikpulih surau tersebut yang menelan belanja RM200,000 tetapi masih kekurangan dana sebanyak RM50,000.
Iman Surau Al-Huda, Abdul Aziz Salleh (kiri), Setiausaha Surau, Jamal Nasir (tengah) dan Pengerusi, Mahmud AHmad (kanan)
Pengerusi surau itu, Mahmud Ahmad berkata, surau itu yang memulakan proses membaikpulih pada awal November tahun lalu dan dijangka dapat digunakan sebelum bulan Ramadan ini.
“Proses membaikpulih dilakukan di bahagian bumbung surau dan sebahagian dinding termasuk pendawaian elektrik telah dilakukan.
“Proses pembinaan ini sudah mencapai kira-kira 80 peratus dan menjelang awal Ramadan sudah boleh digunakan oleh kira-kira 500 jemaah, ” katanya.
Setiausaha surau tersebut, Jamal Nasir berkata, sumbangan tambahan diperlukan sebanyak RM50,000 untuk tujuan kemasan dalaman seperti membeli karpet termasuk kain pemidang memisahkan Jemaah lelaki dan wanita.
Bahagian dalam surau 80 peratus hampir siap dan dijangka dapat digunakan menjelang bulan Ramadan ini.
“Selain itu, pembelian alat siaraya dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) serta beberapa alatan perabot seperti rak turut diperlukan.
“Kepada penyumbang yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan, boleh salurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor : 06055020258842 – Surau Al-Huda,” katanya.
Katanya, penyumbang dan orang ramai boleh menghubungi :- Pengerusi, Mahmud Ahmad (013-9824904 atau Setiausaha, Jamal Nasir (013-9041532) untuk keterangan lanjut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mendapan di Jalan Besar Bandar Lipis cetus tidak selesa
LIPIS : Struktur permukaan Jalan Besar, Bandar Lama Kuala LIpis telah berlaku mendapan kecil sehingga berlopak dan menakungkan air hujan di kawasan mendapan sehingga mencetuskan tidak selesa kepada pengguna laluan itu.
Seorang penduduk Kuala Lipis, Wan Ahmad Sabri Wan Hussin, 57, kesan lopak air yang berlaku di beberapa tempat di Jalan Besar sudah berlaku beberapa bulan lalu berikutan mendapan struktur laluan berbatu-bata di permukaan jalan utama itu.
“Mendapan batuan menyebabkan wujud lopak kecil yang menakung air ketika hujan lebat sehingga terpercik ke kawasan premis, penunggang motosikal dan terkena pejalan kaki apabila dilalui kenderaan.
“Kita berharap ada usaha pihak berwajib membaikpulih di tempat ini yang juga merupakan laluan utama kenderaan penduduk dan pengunjung berbelanja serta bersiar di bandar lama yang dibina oleh penjajah British sejak abad ke-19 lagi,” katanya di sini hari ini.
Rakannya, Hashim Hanafiah, 61, berkata, sejak musim tengkujuh tahun lalu, kawasan lopak itu kerap dipenuhi air hujan sepanjang masa.
“Selepas hujan air banyak bertakung menyebabkan ada pejalan kaki yang menyeberang di laluan ini ke stesen kereta api dan premis makanan merungut kerana tidak begitu selesa dan pakaian basah terkena air,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Peserta menyertai Program pertanian anjuran Kelab Agrosis Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bergambar kenangan
36 Siswa USIM anjur Sentuhan Kasih bersama kanak-kanak mengidap kanser
KUALA LUMPUR – Program pertanian anjuran Kelab Agrosis Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berfokuskan keluarga dan dirancang khusus untuk anak-anak yang sedang menjalani rawatan kanser telah diadakan di Rumah Ronald, Pusat Perubatan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, baru-baru ini.
Kanak-kanak diberi peluang bermain dan mengenali tumbuh-tumbuhan di program itu.
Program dikenali sebagai “Sentuhan Kasih,” membawa bersama keluarga yang mempunyai anak yang memerlukan rawatan kanser untuk bersatu dan mengeksplorasi dunia pertanian.
Seorang ibu yang menyertai program melawan kanser itu, Nurul Husna Kamal berkata, program itu dianjurkan dengan tujuan untuk membawa kegembiraan dan memberikan pengalaman positif kepada kanak-kanak yang melalui masa yang mencabar.
“Aktiviti seperti menanam tanaman, pertandingan mewarna gambar sayur-sayuran dan pertandingan kolaj telah menjadi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.
“Ini adalah pengalaman yang menakjubkan untuk kami, anak saya sangat gembira bermain dan mengenali tumbuh-tumbuhan, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini” katanya ketika ditemui.
Pengerusi program Sentuhan Kasih, Muhammad Taufiq berkata, dalam program ini sebagai satu inisiatif yang lebih luas, seramai 36 mahasiswa USIM yang menyumbang dalam program ini memberikan bimbingan dan menyediakan sumber daya pertanian.
“Kami sangat gembira dapat memberikan sokongan kepada anak-anak ini dan keluarga mereka, pertanian bukan hanya tentang hasil tani, tetapi juga tentang menyuburkan jiwa.
“Pengalaman seperti ini memberi kesan positif terhadap psikologi kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan kanser,” katanya.
Muhammad Taufiq menambah, kanak-kanak yang menyertai program ini menunjukkan kegembiraan dan kepuasan melalui keterlibatan dalam aktiviti-aktiviti pertanian.
“Acara ini bukan sahaja dapat memberikan pengalaman pertanian kepada keluarga kanak-kanak kanser itu, malah boleh memberi peluang kepada keluarga ini untuk berkongsi pengalaman dan sokongan.
“Perkongsian cerita dan ketawa, mereka dapat membentuk hubungan yang lebih kukuh dan menggalakkan satu sama lain untuk menghadapi cabaran bersama-sama,” katanya.
Salah seorang mahasiswa USIM dari Kelab Agrosis, Nur Anati Syahirah Salleh yang turut memimpin dan menjayakan setiap aspek program ini sedar bahawa “Sentuhan Kasih” bukan sekadar menanam benih di dalam tanah, tetapi juga menanam harapan dalam hati kanak-kanak yang melawan kanser dan keluarga mereka.
“Semoga semangat ihsan ini menjadi sumber inspirasi kepada generasi mahasiswa akan datang, meneruskan legasi keprihatinan dan pemerkasaan dalam membantu mereka yang memerlukan.
“Harapan mahasiswa USIM supaya lebih dedikasi dan semangat positif yang dibawa bersama dalam program ini untuk terus memberi inspirasi dan kekuatan kepada mereka yang terlibat,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Seroang lelaki lelaki berpura-pura sebagai musafir singgah di masjid ditahan kerana mencuri duit tabung rumah masjid sejak awal bulan ini.
Superintendan Azli Mohd Noor
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan kes kecurian tabung di Masjid Saidina Abu Bakar, Kampung Kuala Lanar, Kuala Lipis melibatkan kerugian RM150 semalam.
“Hasil maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Lipis berjaya membuat serbuan dan tangkapan pada jam 1.25 pagi tadi di hadapan sebuah rumah di Taman Fah Choon.
“Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan bersama sebuah kereta Proton Waja berwarna Perak, serangkai anak kunci kereta berserta alat kawalan jauh, pakaian, topi, pisau pemotong, dua batang spanar dan dua batang spanar plug,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, penangkapan suspek itu merungkaikan penglibatannya dalam tiga kes curi tabung masjid di daerah Lipis dan dua di daerah Raub menggunakan kereta Proton Waja yang dicuri di Tapah pada 23 Disember lalu.
“Dengan tertangkapnya lelaki terbabit, Azli berkata, polis berjaya menyelesaikan lima kes pecah tabung masjid dan satu kes kecurian kenderaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, “ katanya.
Katanya, suspek juga boleh dihukum penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri kenderaan.
“Suspek bergerak aktif bermula awal Januari dengan mensasarkan masjid-masjid tepi jalan utama dengan berpura-pura sebagai musafir yang sedang berehat dalam masjid.
“Suspek melakukan jenayahnya pada waktu awal pagi sekitar jam 3 pagi hingga 11 pagi,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemandu wanita maut dalam kemalangan di Jalan Jerantut- Temerloh.
JERANTUT : Seorang wanita berusia 60 tahun maut dan seorang lelaki dewasa cedera dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Jerantut- Temerloh pada jam 9.23 pagi ini.
Komandan Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Khairul Azzahar Karim berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kembara nombor pendaftaran WGF 3322 telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Hyundai Santa Fe (WD 4317A).
“Terdapat seorang mangsa wanita yang memandu Perodua Kembara tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.
“Manakala, pemandu sebuah lagi kereta mengalami kecederaan,” katanya.
Katanya, anggota pasukan bomba melakukan kerja mengeluarkan mangsa wanita yang tersepit menggunakan peralatan penyelamat khas dan mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital.
“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penantian rindu seorang bapa dihalau keluarga- mati seorang di surau kg Mambang Berulang
TEMERLOH – Penantian rindu seorang bapa Shamsulkamal Salleh,61, agar anak- anak telefon dan bertanya ‘ berakhir’ apabila dia meninggal dunia kerana terjatuh di surau kira- kira pukul 12 tengah malam tadi.
Allahyarham yang tinggal di surau Kampung Mambang Berulang, Mentakab hampir tiga tahun kerana sebaik pulang merantau dari Melaka.
Allahyarham mendakwa dihalau isteri kerana tidak bekerja dan sering sakit- sakit komplikasi strok yang dihidapinya.
Beliau yang sempat di temubual kira-kira pukul 5.00 petang kemalrin mengakui rindu suara enam anak yang ditinggalkan di Melaka.
” Walaupun mereka tahu saya balik ke Pahang tetapi tiada seorang pun telefon dan bertanya kabar.
” Mereka mungkin terpengaruh dengan ibunya yang membenci saya dan sanggup menghalau saya dalam serba kekurangan,’ katanya.
ShamsulKamal mengakui walaupun dia disisih keluarga sendiri tetapi bersedia memaafkan dan amat berharap mereka sedar datang minta ampun sebelum saya meninggal dunia.
Allahyarham seolah-olah mengetahui ajal nya kerana reda dengan nasib menimpanya dihujung usia.Saya reda dugaan ini sebelum mati.
Seorang penduduk, Marto Marijo, 63, memberitahu, Allahyarham tinggal di surau kerana rumah pusakanya telah di hanyutkan air banjir Disember 2021.
Allahyarham ShamsulKamal yang uzur hanya mengharapkan belas kasihan Masyarakat kampung untuk makan minum yang sekadar meneruskan hayatnya.
Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Lubuk Serdang Kampung Mambang Berulang, Mentakab sebelum zohor hari ini-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Kerajaan Pahang mahu cadangan penutupan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah, Rompin dikaji semula.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada hari ini menyatakan pendirian untuk tidak bersetuju terhadap cadangan penutupan UNITEN, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah, Rompin.
“Kerajaan Negeri akan mempertahankan supaya universiti yang ditubuhkan pada tahun 2001 ini terus beroperasi di Muadzam Shah.
“Penutupan pengoperasian UNITEN tersebut akan memberi implikasi yang tidak baik kepada rakyat terutama berkaitan kelangsungan pengajian anak-anak muda dan peluang perniagaan serta pembangunan ekonomi penduduk setempat,” katanya hari ini.
Katanya, oleh itu beliau berharap agar cadangan untuk menutup universiti ini perlu dikaji semula demi kesejahteraan semua pihak. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kilang peluru di Lipis akan diisi 70 peratus tenaga kerja tempatan
Lipis: Kilang peluru pertama di negara ini di Kampung Kechau Tui, Padang Tengku akan diisi dengan70 peratus tenaga kerja anak tempatan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kilang peluru Ketech Asia Sdn Bhd akan beroperasi tidak berapa lama lagi dan dijangka memberi kira-kira 1,000 peluang pekerjaan apabila beroperasi sepenuhnya.
Katanya, pada fasa pertama, 15 jurutera anak tempatan daerah ini dihantar menjalani kursus di Turkiye bagi mempelajari industri pembuatan peralatan pertahanan oleh pihak pengurusan kilang.
Menurutnya, mereka bakal melatih pekerja baharu membabitkan aspek perkilangan.
“Saya turut ingatkan pihak syarikat utamakan anak tempatan dulu untuk diambil bekerja, lepas itu baru buka kepada tenaga luar dan mereka berjanji 70 peratus pekerja di sini adalah anak tempatan,” katanya selepas diberi penerangan oleh pihak pengurusan mengenai pembinaan fasa pertama kilang itu.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, peluang pekerjaan masih dibuka dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, teknikal, pengurus pengeluaran, pengurusan pejabat, kerani, bahagian keselamatan dan sebagainya.
Abdul Rahman berkata, usaha beliau hendak jadikan Lipis sebagai Bandar Pertahanan sejak tahun 2020 lagi, telah dapat direalisasikan apabila dapat melihat dengan mata sendiri, pembinaan kilang peluru ini berjalan lancar.
“Kewujudan kilang peluru di kawasan seluas 40.5 hektar, yang kini dalam fasa pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini bakal mengisi sasaran usaha mewujudkan Bandar Pertahanan (Defence City) di kawasan tersebut.
“Sekarang ini kita import seratus peratus peluru daripada negara luar, jadi dengan adanya kilang ni, kita boleh mengeluarkan peluru untuk kegunaan kita sendiri,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ibu Kongsi Persiapan Mak Ayah Bawa 7 Anak ‘Travel’ Ke Vietnam, Barulah Seronok
Tidak mudah untuk ibu pada tujuh orang anak untuk bercuti namun ibu ini berjaya membuktikan ia bukan perkara mustahil untuk dilakukan. Bercuti dengan tujuh orang anak terutama yang masih kecil dan seorang anak istimewa memang tak mudah.
Banyak perkara yang perlu difikirkan bermula dari itinerari sepanjang percutian, kelengkapan ketika bercuti dan banyak lagi. Persiapan untuk bercuti perlu dibuat awal supaya perjalanan lebih lancar dan teratur. Lebih-lebih lagi jika mahu bercuti ke tempat yang jauh atau ke luar negara.
Mempunyai tujuh orang puteri pastinya satu cabaran buat Shaeriani A Hamat dan suami bila nak bercuti. Namun dengan perancangan dan persiapan dibuat lebih awal, ia memudahkan Shaeriani dan pasangan setiap kali mereka hendak bercuti bersama anak-anak.
Berkesempatan membawa tujuh orang puterinya yang berumur dari 16 tahun hingga dua tahun bercuti ke Vietnam baru-baru ini pastinya satu cabaran buat pasangan ini. Tambahan pula mempunyai seorang anak Kekurangan Upaya (OKU) bersama mungkin cabaran menjadi berganda.
Namun syukur dengan izin Allah semuanya dipermudahkan. Segala persiapan dan perancangan awal sangat membantu urusan percutian keluarga ini ke Vietnam selama lima hari pada Februari yang lalu. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Wanita berkasut tumit tinggi raih perhatian ramai, selamba je angkat tong gas. Mengangkat tong gas memasak seberat 14 kilogram kebiasaannya dilakukan lelaki memandangkan berat kemudahan itu bukan calang-calang dan tidak sesuai dilakukan wanita.
Namun pandangan itu berubah apabila tular gambar memaparkan wanita muda berkasut tumit tinggi sedang mengangkat tong gas warna hijau dengan wajah selamba.
Bekas jurufoto Dewan Bahasa Pustaka Sabah (DBP), Logiman J Gamad, 50, menyifatkan kebolehan wanita itu agak luar biasa, memandangkan tong gas boleh tahan beratnya.
Bagaimanapun, katanya, wanita zaman lalu terutama etnik Dusun memang kuat mengangkat barang berat seperti padi sambil menuruni bukit.
“Melihat gambar wanita mengangkat tong gas hijau itu, teringat kepada nenek saya mengangkat bekas besar dinamakan wakid penuh padi turun naik bukit di Kiulu, Tamparuli.
“Sayang tiada gambar dirakam sekitar tahun 70-an kerana ketika itu belum memiliki kamera dan telefon pintar,” katanya.
Menurutnya, sumandak Sabah memang sudah biasa kerja berat seperti bertanam padi dan menoreh getah.
Beliau berkata, tidak semua orang berupaya berbuat demikian sama ada lelaki atau wanita, memandangkan kerja berat itu memerlukan ketahanan.
“Di Tuaran, saya lihat ada wanita bekerja sebagai pengangkat tong gas, namun tidak ramai,” katanya.
Sumber : Malaysia News Todays.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!