JERANTUT – Bagi memeriahkan sambutan Hari Merdeka tahun ini, warga peneroka FELDA Jengka 24, dekat sini, memulakan kempen Kibar Jalur Gemilang bermula hari ini.
Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, sebanyak kira-kira 6,000 bendera Jalur Gemilang akan dipasang di kawasan tanah rancangan itu.
“Tempoh kempen bermula hari ini hingga 16 September, bersempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia.
“Penduduk juga sudah mula bergotong-royong mencari buluh untuk dijadikan tiang bendera.
“Jadi, kita jangka sambutan kali ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya,” katanya.
Razak turut memaklumkan terdapat beberapa kedai sekitar bandar Jerantut menjual Jalur Gemilang dan menasihatkan penduduk untuk membeli bendera bagi memeriahkan kempen dianjurkan pihak FELDA Jengka 24.
Katanya, antara lokasi menawarkan Jalur Gemilang pelbagai saiz adalah sekitar bandar Jerantut, bandar pusat Jengka dan bandar Temerloh.
“Kebanyakan premis menjual Jalur Gemilang sudah kekurangan stok susulan penduduk FELDA Jengka 24 keluar beramai-ramai membeli bendera untuk menghias kediaman mereka,” katanya lagi.
Dia berharap sambutan tahun ini akan dapat menanam sikap cintakan negara dalam kalangan generasi muda yang menetap di kawasan tanah rancangan itu. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pokok tumbang hempap empat kereta , satu motosikal
JERAANTUT – Empat buah kereta dan sebuah motosikal mengalami kerosakan apabila dihempap pokok tumbang yang berlaku di Jalan Benta-Jerantut, dekat sini pada jam 5.15 petang ini.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Zukri Mohammad berkata, anggota Balai Polis Batu Balai telah menerima maklumat daripada orang awam mengatakan bahawa pokok tumbang berlaku di situ dan menyebabkan hanya satu sebelah jalan sahaja boleh dilalui.
“Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Roadcare telah dimaklumkan dan bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan tindakan selanjutnya.
“Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) ke tempat kejdian untuk memotong dan membersih pokok tumbang,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Kakitangan HSB dari unit terbabit dalam program itu menunjukkan senamrobik ringan kepada warga emas dan penduduk kampung.
Penduduk Mukim Malau serta program khidmat masyarakat
Penduduk Kampung Lahar, Mukim Malau di Jitra, Kedah dengan kakitangan Unit Fisioterapi dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah dalam program khidmat masyarakat bertemakan ‘Tangan Dihulur, Kasih Disemai’ baru-baru ini
Program dengan kerjasama Persatuan Fisioterapi Negeri Kedah itu diadakan di Asrama Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka Kubang Pasu (Pewaris) yang disertai warga emas pusat berkenaan dan lebih 30 penduduk kampung itu yang rata-rata dalam kalangan wanita.
Pengurus Pewaris, Azmi Mat Napiah, berkata program itu menyerlahkan kerjasama erat antara penduduk kampung termasuk mereka dalam kalangan warga emas yang hadir dengan kakitangan HSB untuk menyertai aktiviti gotong-royong membersih kawasan dalam dan luar asrama pusat berkenaan.
Menurutnya, warga emas dan penduduk kampung juga tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam khidmat saringan kesihatan, mengikuti ceramah penjagaan kesihatan serta latihan jasmani bagi mengekalkan kecergasan.
Warga emas dan penduduk kampung menunggu giliran untuk saringan kesihatan di samping mendengar taklimat penjagaan kesihatan serta kecergasan.
Tambahnya, usaha murni HSB menerusi kakitangan unit terbabit bukan suatu yang mudah untuk diperoleh kerana mereka juga sentiasa sibuk dengan tugas hakiki menyantuni pesakit yang datang ke hospital bagi mendapatkan rawatan atau khidmat nasihat.
“Walaupun dalam masa yang singkat, namun kemesraan, kesepakatan dan kerjasama yang ditunjukkan itu menjadi lebih bermakna apabila mereka bersama-sama dalam suasana riuh rendah bergotong-royong memasak hidangan tengah hari dengan pelbagai lauk pauk bagaikan berlaku ‘kenduri kampung’.
“Saya tidak terfikir langsung akan berlaku sedemikian rupa malah berasa amat berbangga apabila suasana itu dizahirkan oleh warga emas, penduduk kampung dengan kakitangan HSB ibarat dalam kalangan adik-beradik dan saudara-mara seperti mengadakan majlis kenduri pulak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Unit Fisioterapi HSB, Mohd Helmi Hashim, berkata program berkenaan adalah antara usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan dan kecergasan dalam kalangan warga emas yang menghuni asrama pusat berkenaan.
Menurutnya, bagaimanapun program melalui Pewaris itu turut mempelawa warga emas dan penduduk kampung berdekatan bagi menyertai pelbagai aktiviti diadakan terutama dalam usaha memberi pendedahan mengenai penjagaan kesihatan serta kecergasan.
“Melalui aktiviti yang diadakan itu ia memberikan sokongan kesihatan dan fisioterapi bukan sahaja kepada penghuni asrama pusat jagaan berkenaan tetapi juga kepada penduduk yang akan mendapat ilmu mengenai senaman yang boleh dilakukan di rumah bagi meningkatkan mobiliti serta kesejahteraan.
“Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah senamrobik ringan iaitu yang mudah dan sesuai untuk semua tahap kesihatan di samping saringan kesihatan membabitkan pemeriksaan tekanan darah, ‘Fall Prevention Screening’- TUG dan ‘5 times Sit to Stand Test’,” katanya. -SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Prof Mohd Abdul Nasir bersama surat yang diterima dari LHDN.
UPSI muncul universiti pertama lulus subseksyen LHDN
UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, muncul sebagai Universiti Awam (UA) pertama yang memperoleh kelulusan permohonan di bawah subseksyen 44(11D)(b)ACP 1967 bagi dana endowmen.
Pengarah Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) UPSI, Prof Madya Dr Mohd Abdul Nasir Abd Latif, berkata kelulusan itu dimaklumkan menerusi satu surat pemakluman yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertarikh 31 Mei 2024.
Menurutnya, menerusi pemakluman itu, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) meluluskan permohonan di bawah subseksyen 44(11D)(b)ACP 1967 iaitu semua sumbangan dana endowmen berbentuk tunai kepada Tabung Dana Endowmen UPSI layak diberi pengecualian cukai dalam mengira jumlah pendapatan penderma/penyumbang.
“Selaras dengan kelulusan ini, Tabung Dana Endowmen UPSI layak mendapat pengecualian cukai pendapatan atas sumbangan tunai bagi tujuan endowmen yang diterima di bawah subperenggan 13(1)(c) Jadual 6, ACP 1967, ” katanya.
Prof Mohd Abdul Nasir, berkata pengecualian cukai itu merupakan tambahan kepada pengecualian cukai yang sudah sedia ada dinikmati Universiti Awam iaitu pelepasan cukai di bawah subseksyen 44 (6) yang sebelumnya diberikan kepada UA, bagi subseksyen 44 (11D) Wakaf dan Endowmen yang perlu dipohon oleh pihak universiti kepada LHDN Malaysia.
Beliau menyambut baik dan bersyukur atas kelulusan yang diperoleh dan berharap akan menjadi pemangkin dalam usaha menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 melalui Purple Book: Enhancing University Income Generation Endowment & Waqf yang menggariskan penjanaan pendapatan dan pendanaan universiti melalui aktiviti komersial termasuk endowmen dan wakaf bagi menampung keperluan kewangan universiti.
Jelasnya, dana endowmen adalah salah satu inisiatif UPSI sebagai Universiti Awam dalam mempelbagaikan sumber pendapatan berasaskan filantropi bagi mengurangkan kebergantungan kepada dana awam.
Dana endowmen itu berpotensi untuk menjadi dana sokongan kepada universiti bagi menjayakan penawaran tajaan pengajian, pengajaran, penyelidikan, inovasi, kebajikan dan pembangunan fasiliti pendidikan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
1,013 jawatan kosong menanti anda di Karnival Kerjaya Myfuture Jobs di Lipis
LIPIS – Sebanyak 1,013 kekosongan jawatan akan terus ditemuduga di Karnival Kerjaya Myfuture Jobs yang akan diadakan di Dewan Jubli, Kuala Lipis mulai jam 9 hingga 5 petang pada 10 dan 11 Ogos ini.
Karnival tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Majlis turut akan diserikan dengan kehadiran artis jemputan, Hattan. Moh datang beramai-ramai ke datang karnival kerjaya itu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Seorang wanita maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Jalan Semantan dekat Kampung Megat Segama, Temerloh, petang tadi.
Nahas yang dilaporkan jam 3.44 petang itu melibatkan kereta dan dua lori membawa tong gas dan kelapa sawit.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa tersepit dalam kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, dalam kejadian itu, seorang lelaki yang berada dalam kereta turut cedera akibat tersepit, manakala kedua-dua pemandu lori selamat.
“Tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh dikerah ke lokasi kejadian yang berada kira-kira 15 kilometer dari balai untuk operasi menyelamat.
“Anggota bomba yang tiba di lokasi segera mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya.
Zulfadli berkata, mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Belia dan pencari kerja dijemput hadir ke Karnival Kerjaya Myfuture Jobs yang akan diadakan di Dewan Jubli Lipis pada 10 dan 11 Ogos bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, karnival itu memberi peluang kepada belia dan pencari kerja yang diadakan dan bakal disertai beberapa syarikat dan firma yang menawarkan pekerjaan.
“Moh orang Lepeh, Raub, orang Cameron, orang Jerantet, orang Bentong dan semua orang Pahang ke karnival ini.
“Kabor ke anok-anok, sedara mara kawan-kawan jiran tetangga dan semua, saya bawakan Karnival Kerjaya Myfuture Jobs untuk semua,” katanya di sini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, peluang pekerjaan menanti mereka yang mencari kerja, rugi kalau tidak datang, mana tahu ada rezeki.
“Malah, temuduga secara terus akan diadakan pada kedua-dua hari tersebut.
“Di samping itu banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik disini, sila maklumkan kepad rakan tetangga,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Anggota BBP Lipis memberi bantuan awal kepada mangsa yang terlibat sebelum dibawa ke Hospital Lipis.
Seorang mangsa yang cedera dihempap pokok meninggal dunia di Hospital Lipis.
LIPIS : Seorang daripada dua yang cedera parah dihempap pokok ketika berkhemah di Lubuk Beriang, Kampung Pagar Sasak, Padang Tengku, dekat sini meninggal dunia pada jam 1.31 tengah hari, semalam.
Mangsa yang meninggal dunia, Mohd Azliana Alias, 54 tahun yang beralamat di Teras Jernang, Selangor disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Lipis disebabkan mengalami pelbagai kecederaan ( polytrauma ).
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man berkata, mangsa yang meninggal dunia bertugas sebagai penjaga setor di Warehouse Pharmaniaga Manufacturing Berhad Bandar Baru Bangi Selangor.
“Manakala seorang lagi mangsa lelaki yang cedera berusia 44 tahun dari Kampung Yain, Kechau dekat sini turut cedera parah dan patah bahagian kaki kanan dan sedang menerima rawatan di hospital yang sama.
“Kedua-dua mangsa bersama lima orang lagi yang datang dari Lembah Kelang turut berkhemah dan bermalam untuk memancing di sungai di situ sejak hari Jumaat,” katanya.
Ismail berkata, kejadian pokok tumbang itu berlaku kira-kira jam 7.00 pagi di kawasan perkhemahan mereka ekoran hujan lebat turun malam sebelumnya.
“Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis dengan bantuan penduduk kampung telah berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa dalam situasi yang sangat sukar kerana keadaan jalan berhutan dan berlumpur yang jaraknya antara tempat kejadian dengan jalan utama dianggarkan sejauh 5 kilometer pada jam 11.45 pagi.
“Kawasan kejadian merupakan kawasan sungai atau lata yang juga sebagai tempat aktiviti penduduk kampung mencari ikan serta tempat perkhemahan,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Alan Tan Khee Sheng (tengah) mendapat tempat ke-7 sekali gus membawa pulang sijil penyertaan di pentas Adobe Certified Professional World Championship 2024.
Alan Tan Khee Sheng meraih tempat ke-7 dalam Kejohanan Dunia Adobe Certified Professional (ACP) atau ACP World Championship 2024 yang diadakan di California baru-baru ini.
Beliau . siswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, menempatkan dirinya di tempat ketujuh yang turut disertai 47 peserta daripada 40 negara di seluruh dunia untuk merangkul anugerah berprestij itu.
Alan Tan Khee Sheng harumkan nama UPSI raih tempat ke-7 ACP World Championship 2024
“Saya berbangga dengan hasil kerja yang sudah lakukan pada tahap ini namun yang paling penting saya dapat mengharumkan nama UPSI dan Malaysia di persada antarabangsa.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak UPSI kerana memberi tunjuk ajar dan peluang kepada saya untuk menyertai kejohanan dunia pada kali ini,” katanya.
Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Komputer dan Teknologi Digital, Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi UPSI, Ahmad Nurzid Rosli yang mengiringi Alan Tan Khee Sheng di pentas dunia itu turut menzahirkan rasa bangga di atas pencapaian anak didiknya.
Katanya, ACP World Championship merupakan program yang dipertandingkan pada peringkat antarabangsa bagi menguji kemahiran reka bentuk pelajar menggunakan Adobe Ilustrator, Photoshop dan InDesign.
“Pada edisi kali ini, peserta menggunakan perisian Adobe Creative Cloud untuk mereka bentuk sebuah poster yang bertemakan “Kemahiran Digital untuk Masa Depan Mampan” dalam tempoh masa lapan jam,” katanya/
Sebelum itu, Alan Tan Khee Sheng telah dinobatkan sebagai naib johan dalam Kejohanan Kebangsaan Adobe Certified Professional (ACP) Malaysia 2024 pada Mei 2024 lalu, sekali gus melayakkan beliau mewakili Malaysia dalam kejohanan Adobe Certified Professional World Championship 2024. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Olimpik Paris : Aaron-Sow hero Malaysia pungut gangsa
Detik di ambang kekalahan di set kedua ketika ketinggalan empat mata pada angka 16-20, tiba-tiba semangat Hari Merdeka Malaysia meresap di hati pasangan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dapat memungut empat mata untuk berada di kedudukan 20-20 dan terus memenangi set itu dengan mata 22-20.
Kemenangan set kedua bergu negara itu mengheret pasangan nombor dua dunia dari Denmark, Anders Skaarup Rasmussen-Kim Astrup ke set penentuan.
Semangat berjuang pemain negara terus meningkat dengan memenangi set penentuan dengan mata 21-19 dan menggenggam pingat gangsa pertama sukan Olimpik 2024 untuk Malaysia.
Sebelum itu, pasangan negara tunduk di tangan pasangan nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada aksi separuh akhir di Porte de La Chapelle Arena.
Kemenangan sebentar tadi mengulangi kejayaan pasangan negara merangkul pingat gangsa kali kedua yang dipungut pada edisi Olimpik Tokyo 2020. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!