Permodalan Risda Berhad sasar 152 PBT pasang lampu jalan LED solar di seluruh negara.
JERANTUT – Permodalan Risda Berhad (PRB) sebuah syarikat Kumpulan RISDA Holdings mensasarkan sebanyak 152 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara untuk menggantikan lampu jalan biasa kepada lampu jalan jenis Light-Emitting Diode (LED) solar.
Pemasangan lampu jalan jenis (LED) ini bagi setiap unit dapat menjimatkan sebanyak RM 17,280 berbanding RM 36,000 seunit bagi lampu jalan jenis biasa sebulan dalam tempoh 12 tahun.
Pengerusi PRB, Datuk Lokman Noor Adam
Pengerusi PRB, Datuk Lokman Noor Adam berkata, dua PBT iaitu Bandaraya Ipoh dan Majlis Daerah Teluk Intan telah menyatakan persetujuan untuk memasang lampu jalan LED solar di sana.
“Bandaraya Ipoh bersetuju untuk memasang sebanyak 10,000 lampu dan Majlis Daerah Teluk Intan sebanyak 1,700 lampu yang bakal dipasang tidak lama lagi.
“Dalam tempoh konsesi selama 12 tahun pemasangan lampu jalan itu, pihak PRB akan turut menyelenggara semua lampu jalan tersebut sekiranya berlaku kerosakan atau berlaku vandalism terhadap lampu tersebut,” katanya di Pejabat Majlis Daerah Jerantut, dekat sini.
Katanya, pemasangan lampu itu dapat mengurangkan dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sehingga 50 peratus wang kerajaan selain tahan lasak dan kecerahan yang maksimum.
“Selain itu PRB akan penyelenggara dan menukar lampu jalan setiap enam tahun dengan menggunakan lampu teknologi terkini dan PBT terbabit tidak terlibat dalam kos penyelenggaraan ini.
“PRB juga akan berusaha membantu pihak lain dalam langkah penjimatan tenaga elektrik di bangunan kerajaan,” katanya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Penduduk di sepanjang Jalan Batu Embun-Kuala Tembeling bersyukur jalan di FT 234 telah dinaiktaraf demi keselesaan pengguna laluan itu.
Penyelaras DUN Pulau Tawar, Haris Salleh Hamzah (berbaju putih).
Penyelaras DUN Pulau Tawar, Haris Salleh Hamzah berkata, kerja-kerja menaiktaraf sepanjang tiga kilometer itu dilakukan oleh Roadcare Maran dan Roadcare Jerantut.
“Terima kasih pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Jerantut dan kerajaan Pahang atas keprihatinan ini.
“Namun, semua penguna adalah diingatkan agar berhati-hati dijalan raya dan patuhi had laju yang telah ditetapkan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Gua Musang – Calon Barisan Nasional, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memenangi kerusi DUN Nenggiri selepas memperoleh 9,112 undi berbanding calon PAS Mohd Rizwadi Ismail yang meraih 5,741 kemenangan dengan majoriti 3,355 undi.
Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad ketika ditemui di Dewan Perdana mengakui bahawa PRK yang diadakan di Negeri Kelantan sangat mencabar buat Barisan Nasional.
“Namun, inilah UMNO, pantang undur sebelum berjuang, UMNO berkempen bukan cara berkempen sindir- menyindir, perli- memerli dan maki hamun.
“Selain faktor calon, tak lain dan tak bukan, ini adalah berkat kerja keras semua jentera BN, saya sendiri bersama jentera juga telah berkampung dan memulakan gerak kerja seawal hari Penamaan Calon lagi,” katanya.
Abdul Rahman berkata, strategi BN dengan berjumpa sendiri akar umbi di bawah untuk menyelami sendiri hasrat dan denyut nadi rakyat Nenggiri akhirnya menyebelahi mereka apabila menang dengan majoriti yang besar.
“Mungkin kami tiada siri ceramah mega seperti pasukan lawan. Namun Jentera BN ini, sewaktu berkempen, celik sahaja mata, terus turun berjumpa rakyat. Balik ke “homestay” lewat malam selepas selesai tugasan di PDM.
“Inilah yang dilakukan BN sekian lama dan selaku sebahagian kerajaan perpaduan hari ini,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia berpendapat bahawa rakyat hari ini bijak menilai samada parti yang hanya tahu berceramah sahaja atau parti yang mempunyai visi dan tekad untuk selesaikan masalah rakyat.
“Selaku Timbalan Menteri Sumber Manusia saya akan teruskan gerak kerja kementerian untuk bersama dengan pemimpin setempat bagi memperkasa agenda TVET di luar bandar seperti Nenggiri dan teruskan usaha untuk tingkatkan kesedaran masyarakat luar bandar untuk mempunyai perlindungan keselamatan sosial,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Mairoszalifah Ismail (tiga dari kiri) merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020
NCIA, UPSI raikan pelajar SPM cemerlang
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, meraikan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk pelajar empowerNCER Akademik 2023, baru-baru ini.
Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Majlis Daerah Tanjong Malim, Mairoszalifah Ismail bertujuan memberikan pengiktirafan kepada mereka yang mencapai kejayaan akademik selain menjadi platform menginspirasi pelajar lain untuk berusaha lebih keras dalam akademik dan pembangunan diri.
Pengurus empowerNCER Akademik Tanjong Malim, Perak, Nazratul Ishmah Lokman (tengah) bersama-sama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2023.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Behrang 2020 (SMKBB2020), Rafidah Mohd Ghazali, berkata program empowerNCER Akademik 2023 sangat membantu dan berjaya melahirkan pelajar yang mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.
“Program empowerNCER Akademik merupakan program NCIA bertujuan memberikan pendidikan holistik kepada murid daripada keluarga B40 dengan prestasi akademik yang lemah.
“Program empowerNCER Akademik di Perak dianjurkan dengan kerjasama UPSI dan turut mendapat sokongan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),” katanya.
Katanya, bagi menghargai pencapaian cemerlang pelajar, Majlis Hari Anugerah dianjurkan secara bersama dengan 31 sekolah daripada sembilan daerah di Perak.
“Kerjasama antara pelbagai pihak itu memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai matlamat yang diinginkan,” katanya.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Murid dan Alumni) UPSI, Prof Dr Norkhalid Salimin, berkata program empowerNCER Akademik sudah berhasil mencapai matlamat untuk memberikan akses sama rata terhadap pendidikan berkualiti kepada golongan yang memerlukan.
Sementara itu, Ketua Eksekutif NCIA, Mohamad Haris Kader Sultan, berkata pencapaian cemerlang pelajar program empowerNCER Akademik di Perak akan mendorong mereka untuk berjaya pada masa hadapan, sekali gus berpotensi meningkatkan taraf kehidupan diri dan keluarga yang sebahagian besarnya daripada golongan B40.
“SMK Bawong, yang majoritinya pelajar Orang Asli, berjaya mencatatkan pencapaian yang membanggakan dengan kadar lulus SPM 100 peratus.
“Kejayaan ini tidak hanya mencerminkan komitmen yang tinggi daripada pihak sekolah dan guru dalam memberikan pendidikan berkualiti, tetapi juga menunjukkan potensi yang besar dalam kalangan pelajar daripada komuniti Orang Asli untuk mencapai kecemerlangan akademik,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Kakitangan dan pelatih Cality Care Malaysia Sdn Bhd melakukan aktiviti senaman ringan bersama-sama warga emas dalam membantu memulihkan kecergasan.
Menjelang 2030 lebih 15.3 peratus daripada populasi di negara ini yang akan lebih berusia 60 tahun dengan corak kesihatan yang baik dan rakyat Malaysia dijangka hidup lebih lama.
Penduduk yang semakin menua menunjukkan peningkatan dalam kelaziman keadaan kesihatan kronik seperti demensia, strok, penyakit jantung dan kanser. Keadaan itu memerlukan jumlah sumber penjagaan yang besar.
Majoriti warga emas Malaysia melaporkan bahawa mereka mahu kekal di rumah mereka sendiri. Secara tradisinya, menjaga orang tua kita dianggap sebagai tugas ahli keluarga, namun pada zaman ini, pandangan itu sudah berubah.
Ramai warga emas ingin mengekalkan kemerdekaan mereka lebih lama dan ramai ahli keluarga difahamkan tidak berpengalaman untuk menjalankan tanggungjawab penjagaan bagi keadaan seperti demensia. Oleh itu, terdapat keperluan semasa dan masa depan untuk penjaga terlatih secara profesional.
Hizlan Hasanuddin dan Zul Mawardi (belakang, tengah) bersama-sama sebahagian 25 pelatih yang menamatkan latihan program penjagaan warga emas.
Ketua Pegawai Integriti, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad), Zulkifli Mawardi (Zul Mawardi), berkata KPS Berhad melihat perkara itu sebagai satu peluang untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan meningkatkan kesediaan negara ke arah menyokong dan melindungi penduduk yang semakin menua di Malaysia.
Katanya, sebagai menyempurnakan peluang itu pada 2019, KPS Berhad mula memperkenal inisiatif KPS ‘Caregiver Program’ (Program Pengasuh KPS) dan peserta program berkenaan dipilih dengan teliti daripada dalam kalangan masyarakat berpendapatan rendah dan asnaf.
Tambahnya, secara ringkasnya objektif program inisiatif itu adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan warga emas dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya generasi muda dan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan asnaf untuk mendapatkan latihan teori serta praktikal tahap piawaian penjagaan Australia Cality Care.
“Ia juga bagi menyediakan peluang kerjaya kepada golongan berpendapatan rendah dan asnaf untuk bekerja dalam sektor penjagaan warga emas dengan melaksanakan program pengambilan pekerja mampan yang sesuai dengan falsafah tanggungjawab sosial korporat (CSR) KPS Berhad.
“KPS ‘Caregiver Programme’ ini juga untuk meningkatkan taraf ekonomi sosial belia Selangor yang menganggur dan menawarkan pengalaman menimba ilmu yang unik dalam industri,” ujarnya ketika kepada pemberita pada Majlis ‘Social Investment KPS Caregiver Initiatives 2024 di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih, Selangor, pada 8 Ogos lalu.
Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Penjagaan Cality Care Malaysia Sdn Bhd, Hizlan Hasanuddin; Pengurus Operasi Cality Care Malaysia Sdn Bhd, Azlan Abdullah; Pengerusi PJMM, Azman Rasman; Penasihat PJMM, Mohiadin Bahado; Pengurus serta Setiausaha PJMM, Sadali Mohiden; dan Muhammad Syafiq Mohiadin.
Pada majlis itu turut diadakan penyampaian sijil kepada 25 pelatih yang menamatkan latihan program penjagaan warga emas, serta menjalankan aktiviti melukis poster serta senaman ringan bersama-sama warga emas, dan penyerahan sumbangan barangan asas keperluan harian kepada PJMM.
Zul Mawardi berkata, KPS Caregiver Program ialah skim perintis yang mewujudkan peluang kepada peserta daripada golongan berpendapatan rendah dan asnaf untuk berjaya memperoleh pekerjaan serta peluang perniagaan yang bermakna sebagai pengasuh dalam industri penjagaan warga emas.
Jelas beliau, peserta program itu dipilih dengan teliti daripada golongan berpendapatan rendah serta asnaf dan dalam tempoh lima tahun sejak 2019, seramai 245 peserta berjaya menamatkan latihan dan menerima pensijilan dalam penjagaan warga emas.
Setakat ini, 80 peratus daripada jumlah peserta program berkenaan mampu menjana pendapatan melebihi RM1,500 sebulan sebagai pengasuh bebas.
Tambahnya, mengenai komponen di bawah modul latihan inisiatif program berkenaan, adalah berdasarkan Australia’s Certificate III in Individual Support (Ageing).
“Latihan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Cality Care Malaysia selama lapan bulan secara keseluruhan yang merangkumi teori serta penjagaan praktikal dengan pelanggan sebenar,” ujarnya.
“Berdasarkan pengalaman KPS Berhad dalam menjayakan inisiatif pelaburan sosial, KPS Caregiver Program merupakan antara inisiatif disambut baik dalam kalangan golongan sasaran dan jelas memberi impak Social Return on Investment (“SROI”) yang tinggi,” katanya.
Sementara itu, Hizlan berkata, dalam tempoh lima tahun itu, Cality Care Malaysia Berhad begitu komited menjayakan program berkenaan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab bagi membantu golongan B40 dan asnaf yang mendapat bantuan zakat meningkatkan taraf ekonomi dan hidup.
Menurutnya, dengan dana yang disediakan KPS Berhad, Cality Care Malaysia Berhad sentiasa meningkatkan usaha serta pembaharuan dalam latihan yang diberikan pelatih supaya mampu menjadi tenaga mahir dalam penjagaan warga emas.
“Mereka juga akan bertindak sebagai pemudah cara dengan menjadi tempat rujukan warga emas yang memerlukan penjagaan atau bimbingan bagi meneruskan kehidupan seharian untuk mengelak terabai tanpa pengurusan yang betul.
“Dalam perkara sedemikian pelatih yang berada di lapangan juga memerlukan kerjasama serta sokongan masyarakat setempat untuk menjayakan misi penjagaan atau pengurusan warga emas supaya dapat disantuni dengan sebaik mungkin,” katanya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mengakui agak terkejut apabila dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan pada masa sama berasa takut diberi kepercayaan serta tanggungjawab yang disifatkannya amat berat dan mencabar.
Melalui sebuah video yang tular di laman Tiktok, dirinya menceritakan bagaimana Perdana Menteri melantiknya sebagai Ketua Setiausaha Negara(KSN).
“Nama saya tiada pun dalam senarai KSN, selepas itu nombor saya yang ke 26 tetapi 2 minggu sebelum diumumkan itu nama saya dah bermain dalam carta.”
“Dua minggu sebelum Perdana Menteri mengadap YDP Agong saya dah nombor 4, tapi ini semua kuasa Allah SWT”.
Shamsul turut memanjatkan syukur kerana laluan untuknya mudah dan dia juga memberitahu tidak pernah melobi untuk jawatan ini.
“Saya tidak pernah melobi, saya tidak pernah meminta kerana bagi saya jawatan Ketua Setiausaha Negara terlalu besar”.
Rakaman itu dipercayai di sebuah masjid yang tidak diketahui lokasinya selepas Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini.
Beliau dilahirkan pada 27 Januari 1969 di Pekan, berkelulusan dari Universiti of Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat dan Universiti of Cambridge United Kingdom European Institute of Business Administration (INSEAD)
Sebelum dilantik KSN, beliau menjawat jawatan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Sejarah nasi kebuli menjadi hidangan istimewa ketibaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Shah bersama 60 orang pengikutnya yang mudik ke pekan Kuala Lipis dan berhenti di Kuala Kenong ketika itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Ganding dekat sini, Nadzri Kamaludin (56) berkata, mengikut sejarah Nasi Kebuli diperkenalkan pada tahun 1944 oleh seorang penduduk dari Kampung Kenong dikenali Hussin.
Katanya, apabila Almarhum Sultan Mahmud Shah berhenti di Kuala Kenong, baginda bertemu dengan Hussin dan menyatakan hasrat ingin makan nasi berlaukkan ayam kampung.
“Hussin setelah menerima titah baginda mula memikirkan jenis masakan untuk dihidangkan kepada baginda.
“Setelah memikirkan jenis masakan dan mahukan masakan nasi yang berbeza dengan kampung lain sebagai kenangan buat baginda, maka tercetuslah masakan atau resepi nasi kebuli yang ketika itu belum ada nama.
Katanya, bermula sejak itu, nasi kebuli yang berasal dari Kampung Kenong menjadi hidangan istimewa penduduk di sini tetapi mula tersebar ke kampung berdekatan dalam Mukim Cheka dan juga daerah berdekatan di negeri ini.
“Nasi kebuli sering menjadi hidangan majlis kenduri kahwin, sambutan hari raya atau program tertentu sebagai satu hidangan istimewa,” katanya.
Salah seorang tukang masak nasi kebuli di program sambutan rombongan Tengku Mahkota Pahang baru-baru ini, Norlaila Sani (55) dari Kampung Kenong berkata, bahan-bahan masakan untuk nasi kebuli sangat mudah didapati.
Katanya, antaranya, beras wangi sekilogram (4 pot) , seekor ayam kampung, dua sudu lada hitam, dua sudu ketumbar, 10 ulas bawang merah, dua inci halia, tiga batang serai, dua inci lengkuas dan satu inci kunyit hidup.
“Selain itu, empat biji bawang merah, sebiji bawang besar, dua sudu kecil serbuk kunyit, dua sudu lada hitam, dua sudu jintan manis dan satu sudu besar garam dan tiga cawan air.
“Hiris halus bahan-bahan tersebut kemudian masukkan kesemuanya ke dalam periuk bersama lada hitam, ketumbar, jintan manis, serbuk kunyit, lada hitam dan garam serta tiga cawan air.
Kata Norlaila, masukkan ayam yang siap dicuci bersih dan biarkan ayam mendidih kira-kira 20-30 minit dan padamkan api, biarkan ayam terperap di dalam air rebusan, lagi lama lagi sedap.
“Panaskan minyak kelapa untuk menggoreng ayam yang diperap, jangan terlalu lama. nampak kuning saja boleh diangkat ayam tersebut dan tinggalkan anggaran satu senduk minyak goreng ayam tadi.
“Kemudian goreng beras yang siap dibasuh dan ditoskan selepas itu .goreng hingga beras nampak macam retak dengan menggunakan air rebusan ayam,’ katanya.
Katanya, daun tutor berperanan untuk menaikkan aroma wangi nasi dan juga membungkus nasi tersebut untuk dijadikan bekalan dan boleh tahan sehingga kira-kira tiga hingga lima hari dan tidak basi.
“Rasa nasi kebuli tidak sama dengan nasi minyak walaupun nampak sama berwarna kekuning-kuningan kerana tidak menggunakan bahan yang sering digunakan untuk menyediakan nasi minyak. Kini, ada resepi nasi kebuli diubahsuai mengikut kesesuaian majlis dan setempat.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pejabat Pertanian Jerantut anjur pertandingan durian kampung premium
JERANTUT – Pejabat Pertanian Daerah Jerantut akan menganjurkan pertandingan Durian Kampung Premium (DKP) sempena hari Durian Daerah Jerantut yang akan diadakan pada 21 Ogos ini di pejabat pertanian daerah ini.
Pertandingan DKP itu terbuka hanya kepda durian kampung di daerah ini sahaja, setiap peserta perlu membawa lima biji durian yang segar daripada pokok yang sama dan dihantar sebelum 10.30 pagi pada 21 Ogos 2024.
Pegawai Pertanian Daerah Jerantut, Rafeah Rabiatun Othman berkata, selain itu pertandingan makan durian kategori lelaki dan wanita dan pertandingan teka ulas buah durian serta demostrasi memasak serawa durian dan jualan anak pokok durian akan diadakan.
“Selain itu pameran perosak dan penyakit durian bakal diadakan oleh Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Raub berkaitan durian akan diadakan,” katanya hari ini.
“Setiap penyertaan akan menerima kemeja T percuma dan terbuka kepada pemilik kebun durian di daerah Jerantut sahaja,” katanya.
Katanya, pejabat pertanian daerah akan cuba daftarkan semua durian kampung premium yang dihasilkan di daerah ini dan menjadikan Jerantut sebagai pengeluar Durian Kampung Premium tersohor negara. -SAHIH
“Daerah ini sudah dikenali dengan DKP durian Damak King dan johan DKP 2023, Durian Naga Emas dari Kampung Berchang dekat sini.
“Oleh itu, daerah ini cuba meningkatkan bilangan durian jenis DKP yang berasal dari Jerantut dan selain untuk dikomersilkan turut menjadi salah satu tarikan pelancong agrotourism,” katanya.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Abdul Rahman (2 dari kanan) di Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Myfuturejobs yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis, hari ini.
Elemen gamifikasi inovatif kaedah baharu majikan pencari kerja.
LIPIS – Elemen gamifikasi inovatif satu kaedah baharu yang digunakan majikan untuk pencari kerja mengenali pelbagai peluang kerjaya masing-masing melalui permainan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, aktiviti gamifikasi seperti simulasi pekerjaan, cabaran kemahiran serta pertandingan interaktif bukan sahaja memperkenalkan peserta kepada dunia pekerjaan yang sebenar, tetapi juga membantu mereka mengasah kemahiran yang relevan dan meningkatkan keyakinan diri.
“Di Kuala Lipis merupakan lokasi perintis di Pahang menerapkan elemen gamifikasi ini bertujuan untuk menarik minat dan penyertaan lebih ramai individu dalam bidang pekerjaan yang ditawarkan dan bakal digunakan di seluruh negara melalui program ini.
“Melalui platform (gamifikasi) yang disediakan ini, pencari kerja mengenali pelbagai peluang kerjaya masing-masing secara mendidik dan menghiburkan secara tidak langsung dapat meredakan perasaan gugup pencari kerja untuk ditemuduga,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Myfuturejobs yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis, semalam.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, Sim Chon Siang, Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, Datuk Mustapa Long, Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal serta pengurusan tertinggi PERKESO.
Katanya, melalui elemen ini, pencari kerja yang suka dengan permainan komputer dan permainan sebenar sebagai satu simulasi yang meningkatkan yakin diri dalam pemikiran, keaktifan individu tanpa bergantung kepada akademik semata-mata, kreativiti dan kerjasama serta kepimpinan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Tender bagi semua projek membabitkan peruntukan kerajaan negeri dan Persekutuan sentiasa terbuka untuk direbut oleh kontraktor di Pahang.
Ini termasuk kepada ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pahang.
Sambil memberi gambaran bahawa banyak lagi projek menanti kontraktor di negeri ini menjelang operasi Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) bermula tahun 2027, kerja sampingan bagi projek mega itu juga tersedia untuk dilaksanakan.
Exco Kerja Raya, Kesihatan dan Pengangkutan Pahang, Ir Datuk Razali Kassim berkata, selain projek mega ECRL, pengagihan projek lain yang dilaksanakan kerajaan negeri juga sentiasa diberi keutamaan kepada kontraktor berkemampuan.
“Kerajaan negeri sentiasa mendengar luahan kontraktor dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mereka.
“Bagi memastikan kontraktor di Pahang kekal berdaya saing, kita mengutamakan kontraktor tempatan dalam melaksanakan kerja di negeri ini.
“Ini adalah seperti dihasratkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Jadi, saya harap kontraktor terutamanya ahli PKMM bersedia dari segi kemampuan, tenaga kerja dan kepakaran diperlukan bagi melaksanakan setiap projek diamanahkan kepada mereka,” katanya.
Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Agung PKMM Pahang di sini, malam tadi.
Hadir sama Yang Dipertua PKMM Pahang, Ghafar Lambak.
Sementara itu, Ghafar berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memastikan kontraktor yang menjadi ahli PKMM mendapat kerja bersesuaian dengan kemampuan mereka.
“Macam projek ECRL, kami pun dah jumpa Ketua Pegawai Eksekutif mereka baru-baru ini.
“Ada jaminan untuk pihak ECRL memberikan kerja-kerja berkaitan bagi menyiapkan projek itu.
“Dalam masa sama, PKMM juga sudah menjalinkan kerjasama dengan Felda Global Ventures (FGV) dan ada beberapa projek sedang dikenal pasti yang boleh diagihkan kepada ahli PKMM,” katanya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!