JERANTUT – Seramai 18,680 pelajar telah diluluskan untuk menerima Bantuan Prihatin Pahang ( BPP) Kluster Siswa membabitkan peruntukan berjumlah RM 8.9 juta tahun ini.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Haris Salleh Hamzah berkata, bagi Parlimen Jerantut seramai 1283 mahasiswa membabitkan belanja sebanyak RM 384,900.00.
Beliau berkata, insentif ini bertujuan untuk membantu meringankan sedikit sebanyak beban mahasiswa anak Pahang di IPTA dan IPTS menjalani kehidupanj di kampus.
“Serahan tersebut kepada pelajar anak Pahang yang memohon melaluai e-Mampan yang bermula pada 21 Jun sehigga 11 Julai lalu dan seramai 1,283 permohon telah berjaya terdiri daripada anak siswa daerah Jerantut.
“Kerajaan Pahang pimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail dalam usaha meringankan beban rakyat Pahang serta amalan konsep berkongsi rezeki berikutan kejayaan mengutip hasil lebih RM1 bilion dua tahun berturut-turut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin Pahang-Kluster Siswa Parlimen Jerantut di Pusat Latihan Teknologi Tinggi ( ADTEC) dekat sini, hari ini.
Katanya, berjumlah RM 42.4juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri Pahang yang memberi manfaat kepada rakvat negeri Pahang melalui Skim Bantuan Prihatin (SPB) ini.
“Daripada umlah ini, sebanyak RM14.767 juta diperuntukan untuk membantu anak-anak Negeri Pahang yang membabitkan semua peringkat Pendidikan.
“Bantuan ini adalah berkat dari kestabilan politik dan juga kestabilan ekonomi Negeri Pahang, dengan kestabilan kerajaan dan mampu memungut hasil sebanyak RM 1.018b sehingga Oktober 2023. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penunggang motosikal maut bertembung dengan motosikal ditunggang remaja 17 tahun
LIPIS – Seorang penunggang motosikal berusia 51 tahun meninggal dunia dalam kemalangan yang turut melibatkan sebuah motosikal lain yang ditunggang oleh seorang ramaja di KM3, Jalan Sungai Koyan pada jam 5,20 petang, hari ini.
Mangsa yang meninggal dunia, Zahary Tazlan, seorang peladang, beralamat di Felda Sungai Koyan meninggal dunia di tempat kejadian setelah bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang remaja berusia 17 tahun.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, kejadian itu berlaku apabila penunggang motosikal yang ditunggang seorang remaja 17 tahun yang turut membawa adiknya yang membonceng dalam perjalanan dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan 3.
“Tiba di tempat kejadian, penunggang remaja itu dipercayai hilang kawalan semasa menurun bukit yang berselekoh dan masuk ke laluan bertentangan serta bertembung dengan motosikal yang ditunggang oleh mangsa yang maut.
“Penunggang remaja telah dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Koyan 3 untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala adiknya tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Azli berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah dari kecuaian penunggang remaja yang gagal mengawal kenderaan.
“Penunggang motosikal meninggal dunia kira-kira jam 5.20 petang ketika menerima rawatan, punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat Covid-19 diperolehi.
“Kemalangan disiasat dibawa Sek. 41 (1) APJ 1987,” katanya. SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Seorang guru Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang (SKRP), Klang, Selangor menerangkan sesuatu kepada muridnya mengenai mural Perdana Menteri Malaysia.
SKRP jadikan lukisan mural media pembelajaran
KLANG – Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang (SKRP), Klang, Selangor, menjalankan konsep pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang menyeronokkan bagi murid.
Langkah itu juga selaras PLBD untuk menjadi suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti itu berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong serta mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah yang merangkumi persekitaran pembelajaran progresif.
Guru Besar SKRP, Hazi Kadir, berkata bagi mencapai matlamat itu pihak sekolah melukis sebelas lukisan mural bersaiz besar untuk menarik perhatian murid dalam mata pelajaran Sains, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Sejarah, Moral dan Pendidikan Jasmani.
Hazi menunjukkan mural Perdana Menteri Malaysia yang menjadi sumber rujukan pembelajaran murid SKRP.
“Sebagai contoh, dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP) pembelajaran sejarah tahun empat, dilukiskan mural gambar wajah sepuluh Perdana Menteri yang pernah dilantik di Malaysia.
“Semasa sesi pembelajaran guru akan membawa murid kelas mereka untuk melihat lukisan mural Perdana Menteri berkenaan untuk menerangkan atau berbincang mengenai peranan tokoh pemimpin utama negara itu,” katanya.
Katanya, pembelajaran ini akan berlangsung dalam suasana santai apabila murid berada luar bilik darjah dan sudah pasti melahirkan keseronokan kepada mereka untuk belajar.
“Selain itu lukisan mural ini yang hanya mengambil masa sebulan sahaja untuk disiapkan menjadi konsep dua dalam satu sebagai sumber pembelajaran dan menceriakan sekolah.
Seorang guru SKRP menerangkan peranan Perdana Menteri berpandu mural bagi meningkatkan kefahaman murid dalam proses pembelajaran.
“Lukisan mural SKRP itu adalah hasil lukisan dua pelukis profesional iaitu Akhmal Asraf dan Mohamad Syafiq, mereka memang pelukis sepenuh masa dan hasil kerja amat berkualiti serta memang cantik,” katanya.
Hazi berkata, lukisan mural mereka itu dilukiskan pada dinding utama SKRP serta sudut yang berkaitan tempat pembelajaran.
“Mereka menggunakan cat yang berkualiti tinggi supaya boleh bertahan lama serta tahan pada cuaca, lukisan mural itu juga amat menarik kerana banyak menerapkan nilai ilmu, sebagai contoh memupuk minat murid kepada melukis serta bercita-cita menjadi pelukis.
“Selain itu, lukisan mural itu turut dilukis pada dinding makmal sains, bilik RBT dan sebagainya iaitu lokasi yang memang menjadi tumpuan utama dan dapat dilihat dari jalan besar,” katanya.
Katanya, di samping itu turut mendapat reaksi amat baik daripada ibu bapa serta pelawat apabila mereka berasa sangat teruja selain menjadi tempat mereka berswafoto ketika masuk ke kawasan sekolah.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan dua buah lori dan sebuah kenderaan Perodua Aruz, di KM6, Jalan Lipis-Benta pada kira kira jam 2.40 petang hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supritenden Azli Mohd Noor berkata itu pemandu lori Izuzu, Muhammad Redzuan Mohd Razid, 28, berasal dari Parit Raja Darat , Muar meninggal di tempat kejadian manakala dua orang mengalami kecederaan.
Katanya, , Muhammad Redzuan yang memandu kenderaan itu bersama seorang kelindan dari arah Gua Musang hendak ke Muar selepas selesai menghantar anak pokok durian.
“Sampai di tempat kejadian, lorinya dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebuah lori Nissan dari arah belakang yang hendak masuk ke simpang kanan menuju ke Tokong Cina Penjom.
” Akibat dari pelanggaran tersebut, Muhammad Redzuan telah masuk ke laluan bertentangan lalu dirempuh oleh kenderaan Perodua Aruz dari arah bertentangan,” katanya.
Azli berkata, pemandu lori itu telah maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori Nissan dan seorang penumpang mengalami cedera ringan.
“Manakala, pemandu dan penumpang Perodua Aruz hanya mengalami cedera ringan.
“Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah dari kecuaian pemandu lori Izuzu yang gagal mengawal kenderaan,” katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN – Kira-kira 40,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) belum mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ( JHEV) menyukarkan pelbagai bantuan disalurkan kepada mereka.
Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus berkata, pangkalan data JHEV terdapat seramai 230,000 veteran tentera membabitkan 188,000 berpencen dan 78,000 veteran tidak berpencen.
Tambah beliau, statistic itu menunjukkan kira-kira 40,000 orang veteran tentera tidak dapat dikesan kerana mereka tidak mengemaskinikan maklumat di JHEV dan persatuan ATM di tempat masing-masing.
“ Dia tidak perlu pergi mendaftar sebenarnya ..kalau orang cakap kenapa nak daftar sebab dia bekas anggota tentera ..tetapi dia kena lapor ke jhev bukan daftar pergi ke jveh lapor untuk kita ujudkan kan rekod mereka didalam sistem kami ..rekod ada ada nama saja masuk dalam persatuan dan persatuan akan membantu .
Menurutnya ,Ibu Pejabat JHEV hanya ada nama mereka sahaja tanpa maklumat lanjut menyebabkan mereka terlepas menikmati pelbagai kemudahan dan sumbangan kewangan yang patut diterima.
` Oleh itu veteran tentera berpencen atau tidak berpencen digesa segera berdaftar terutama yang menamatkan perkhidmatan sebelum tahun 2000 bagi memudahkan menerima bantuan disediakan oleh JHEV dan Kerajaan,katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-11 Pertubuhan Kumpulan Tentera Tidak Berpencen Negeri Pahang di Pejabat Agama Islam Daerah Maran Di Pahang . Menurutnya, jika mereka mendaftar, mereka akan dapat pelbagai kemudahan dari segi kesihatan dan sebagainya yang disediakan kementerian dan Kerajaan.
Tambah beliau, JHEV memperuntukan sebanyak RM238 juta kepada veteran tentera untuk kebajikan mereka membabitkan tujuh elemen antara bantuan bencana alam, baiki rumah, Pendidikan, kesihatan, pengurusan jenazah dan lan-lain.
Sehingga akhir Oktober sebanyak RM178 juta telah disalurkan kepada veteran tentera dan waris.
Sebanyak kira-kira RM20 juta lagi akan disalurkan kerana banyak lagi belum dibayar sehingga akhir tahun ini,“ katanya.
Zambery juga menggesa supaya penerima bantuan sara hidup kepada veteran tentera sebanyak RM300 sebulan yang bermula bulan September lepas diberi tanpa syarat. Menurutnya, sehingga ini seramai 10,039 orang telah mendapat faedah manakala kira-kira 5,000 orang tidak layak kerana melepasi tahap kemiskinan tegar RM1169 sebulan.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pelangai pada 7 Oktober lalu masih belum cukup untuk mengatasi permainan persepsi dilakukan pembangkang.
Walaupun kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) itu membuktikan ‘Gelombang Hijau’ tidak diterima baik di Pahang, namun kesan ‘perang saraf’ oleh jentera parti gabungan Perikatan Nasional (PN) agak merisaukan wakil rakyat Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam.
“Saya risau kesan jangka panjang permainan persepsi oleh mereka.
“Macam isu FELDA ini bukanlah kata kita tidak memenangi hati mereka, isunya fitnah terlalu banyak.
“Dan pihak mereka ini masuk rumah menaburkan fitnah, menaburkan persepsi, ini yang berlaku,” katanya ketika ditanya mengenai pola pengundian penduduk di tiga FELDA dalam Pelangai pada PRK baru-baru ini.
Beliau bagaimanapun mengakui agak terkejut dengan sambutan diterima daripada pengundi muda yang sebelum ini dikatakan kononnya lebih cenderung menyokong PN.
Katanya, ia adalah hasil usaha berpanjangan jentera Pemuda UMNO dan rakan dalam Kerajaan Perpaduan menyantuni golongan itu.
“Memang ada segelintir anak muda yang duduk di luar (Pelangai) cuba mempengaruhi ibu bapa mereka, cuma apa yang kita nampak, sokongan anak muda ini sudah mula kembali kepada UMNO,” katanya.
Amizar juga meletakkan sasaran untuk mematahkan persepsi yang disebarkan pembangkang ketika PRK dengan prestasi sepanjang perkhidmatannya sebagai ADUN kawasan itu.
Katanya, hanya melalui perancangan dan pelaksanaan secara sistematik dapat membantu meningkatkan semula keyakinan pengundi di kawasan itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pada PRK Pelangai baru-baru ini, Amizar menang dengan majoriti 2,949 undi, menewaskan calon PN, Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.
Kemenangan itu juga menyaksikan kerusi DUN Pelangai kekal milik BN sejak 1986.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Warga Singapura parah, Porsche langgar tiang lampu
Kluang: Lelaki warga Singapura parah apabila kereta mewah jenis Porsche 911 Dakar dipandu terbabas lalu melanggar tiang lampu jalan di Batu 16, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini, hari ini.
Dalam kemalangan 10 pagi itu, mangsa yang juga pemandu kereta patah kaki kiri, luka di tangan dan kaki manakala isterinya luka di tangan dan kaki.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa bersama beberapa kereta mewah dari Singapura sedang berkonvoi dari arah bandar ini menuju Mersing.
“Pemandu dan penumpang hadapan Porsche 911 Dakar adalah suami isteri warga Singapura.
“Hasil siasatan awal mendapati ketika melalui jalan selekoh ke kanan, kereta terbabit terbabas lalu terlanggar tiang lampu tanpa membabitkan kenderaan lain,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber : harian Metro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Ketua Setiausahanya Datuk Seri Ramlan Harun menampi beras di Program Jom Masuk Kampung di Kampung Gintog, hari ini.
Usaha tanah terbiar tanam kekacang untuk makanan ternakan
JERANTUT – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang membuat kajian untuk memperkenalkan tanaman kekacang di tanah terbiar bagi dijadikan sumber alternatif makanan ternakan di negara ini.
Ketua Setiausahanya Datuk Seri Ramlan Harun berkata, usaha ini adalah sebagai alternatif kepada sumber jagung yang terpaksa diimport.
“Setiap tahun kita terpaksa mengimport kira-kira 6 bilion makanan ternakan dan semakin membebankan penternak kerana harga jagung semakin meningkat .
“Justeru, kita sedang mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertanian dan Mardi untuk membuat kajian mengenai kesesuaian tanaman kekacang itu di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jom Masuk Kampung di Kampung Gintong, di sini, hari ini.
Menurutnya, pihak KKDW akan membuat plot percubaan di Kampung Gintong untuk tanaman terbabit bagi melihat kesesuaian dan keberkesanan tumbuhan itu.
Katanya, ia akan dikembangkan ke seluruh negara khususnya di kampung tradisional jika berjaya dengan menjadikan tanah terbiar sebagai pusat penanaman utama.
Sumber : Harian Metro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas :Razak Daud (3 dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Norhidayah yang bakal bertukar ke Felda Bukit Sagu, Kuantan.
Kakitangan Felda Jengka 24 bertukar diraikan
JERANTUT – Felda Jengka 24 mengadakan majlis makan malam bagi meraikan kakitangannya yang bertukar ke Felda Bukit Sagu 2 di Kuantan.
Kakitangan tersebut, Norhidayah Omar yang merupakan pembantu pembangunan masyarakat, Pembangunan Komuniti dan Sosial akan bertugas di tempat kerja baru bermula 28 Oktober ini.
Pengerusi Biro Sosial Gabungan Ketua-Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, sebagai penjawat awam Felda, pertukaran itu boleh memberikan pengalaman dan pembelajaran baharu kepada setiap kakitangan terlibat.
“Semenangnya penjawat awam dilatih untuk tidak tetap di satu-satu tempat. Ia bukan berlaku di sini sahaja malah seluruh agensi kerajaan ketika ini.
“Mereka boleh ditukarkan ke mana sahaja mengikut arahan tugas,” katanya di sini semalam yang diadakan di Nada Café, Bandar Pusat Jengka di sini.
Razak yang juga Ketua Peneroka Felda Jengka 24 mengucapkan terima kasih kepada Norhidayah sepanjang tempoh berkhidmat di tanah rancangan terbabit.
“Selain mengeratkan silaturahim, majlis itu turut menghargai sumbangan Norhidayah ketika berkhidmat di Felda Jengka 24,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Ustaz Alias Ahmad (kiri) mengetuai perarakan berselawat warga emas dan penduduk kampung sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M, Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang, baru-baru ini.
Sikap tolong menolong antara penghuni, tiga dipilih tokoh Maulidur Rasul
KAJANG – Sikap ringan tulang dan suka membantu rakan senasib tanpa jemu menjadi pilihan tepat tiga warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih dan Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang, dekat sini apabila terpilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul 2023 bagi kategori penghuni.
Pemilihan Elias Othman berasal dari Johor, Faridah Isa dari Kelantan iaitu penghuni di PJMM dan Muhammad Adam Wong Abdullah dari PJNH diumumkan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M PJMM, baru-baru ini.
Elias, 67, yang ditemui, berkata kerajinan dia membantu rakan senasib di pusat jagaan itu bukanlah berniat untuk memenangi mana-mana anugerah atau disanjung sebaliknya melakukan dengan ikhlas membantu rakan yang sebahagian besar berada dalam keadaan keuzuran.
Katanya, dia mengenali semua rakan sepenghuni di PJMM dan apabila selalu duduk berborak bertanya khabar, hubungan antara mereka semakin rapat dan saling membantu dalam melakukan pelbagai perkara sudah menjadi rutin hariannya yang masih mampu berjalan walaupun menghadapi masalah sakit dalaman.
“Saya membantu menyorong kerusi roda rakan yang lumpuh atau terkesan dengan penyakit tiga serangkai khususnya kencing manis, dia turut memberikan tunjuk ajar melakukan senaman ringan kepada rakan-rakan.
“Selepas lima tahun menjadi penghuni di PJMM saya bersyukur kerana berjaya khatan al-Quran sebanyak lima kali malah tidak pernah berasa jemu mengikuti kelas mengaji serta fardu ain yang dipimpin ustaz dan ustazah bertauliah di samping menunaikan solat tahajjud berjemaah,” katanya yang melahirkan rasa gembira menerima anugerah itu.
Faridah, 67, pula berkata, selepas kematian suaminya dan terlantar di hospital tanpa ditemani anak, dia berasa bertuah apabila dihantar ke PJMM untuk meneruskan kelangsungan hidup apabila tiada tempat untuk berteduh sejak hampir dua tahun lalu.
Dia yang mendakwa mempunyai dua anak perempuan tidak lagi bergantung harapan kepada mereka selepas disisihkan kerana keuzuran namun kini kembali sihat dan dapat membantu rakan-rakan perempuan yang uzur dan terlantar di atas katil.
Bendahari PJNH, Suraiyah Harun menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dari Pusat Taklim dan Tahfiz Minhajul Abidin, Pokok Sena, Kedah yang turut hadir memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul PJNH.
Menurutnya, di samping membantu petugas mengagihkan makanan, dia turut membantu membersihkan meja makan serta mengemaskan barangan atau menyusun kitab serta al-Quran di dalam surau.
“Saya berasa tidak selesa hanya duduk sahaja tanpa melakukan apa-apa kerja memandangkan keadaan kesihatan semakin pulih bagi membantu rakan-rakan yang uzur atau lemah untuk bergerak atau membersihkan diri,” ujarnya yang sudah dua kali khatan al-Quran dan tidak pernah lupa menunaikan solat tahajjud setiap hari.
Manakala Muhammad Adam, berkata rakan senasib dengannya di PJNH diibarat sebagai ahli keluarga kerana itu dia sentiasa membantu petugas menyediakan hidangan makanan dan minuman untuk warga emas setiap hari.
Menurutnya, bagi rakan yang berkerusi roda dia akan membantu menyorong mereka untuk ke meja makan atau ke surau bagi menunaikan solat berjemaah di samping memapah untuk baring di atas katil apabila tiba masa untuk tidur atau sebagainya.
Jelas beliau yang berusia 69 tahun, tiada yang menyuruh atau memaksa dia melakukan pelbagai kerja membantu rakan penghuni di PJNH sebaliknya dilakukan secara sukarela malah salah satu cara bagi menghilangkan rasa bosan apabila hanya duduk sahaja.
“Kesempatan ini juga saya gunakan untuk bersenda gurau dengan rakan warga emas yang masing-masing mempunyai pelbagai kisah suka duka masa silam sama ada dibuang oleh ahli keluarga atau hidup sebatang kara tanpa waris.
“Alhamdulillah saya gembira menerima anugerah ini selepas empat tahun memeluk agama Islam dan sudah tujuh tahun menjadi penghuni PJNH selepas dihantar pihak hospital kerana tiada tempat untuk berteduh apabila discaj dari wad,” ujarnya.
Sementara itu, dua petugas menerima anugerah Maulidur Rasul bagi kategori kakitangan iaitu Suhaimi Kamarul Ghani (PJMM) dan Norfathiah Izyan Norman (PJNH) di samping beberapa sukarelawan menerima bagi kategori berkenaan termasuklah Muhd Azizan Abdullah dan Zamila Majlis. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!