KUALA LUMPUR – Kira-kira 8,000 penjawat awam di Pahang menerima khabar gembira apabila kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas Aidilfitri RM1,000 kepada mereka.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penyerahan Baucar Moh Balik Beraya Ke Pahang di Stadium Titiwangsa di sini, malam ini.
“Saya akan beritahu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan perkara itu dan sudah pasti sebelum hari raya (bantuan diterima),” katanya menurut laporan BH Online.
Sementara itu, beliau berkata Kerajaan Pahang membelanjakan RM100 juta menerusi Bantuan Prihatin Pahang sejak ia diperkenalkan pada 2022 sehingga hujung tahun lalu.
Katanya, jumlah berkenaan membabitkan bantuan RM300 dalam bentuk barangan dan wang simpanan kepada bayi yang lahir di Pahang dan bantuan RM100 kepada setiap murid Tahun Satu di negeri berkenaan.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) sedia menganjurkan perlawanan Liga Malaysia (Liga M), khususnya Liga Super yang dijadualkan bermula Mei depan.
Yang Dipertua MPT, Suris Mihat berkata setakat ini, segalanya berjalan lancar terutama dari segi kesediaan padang dan lampu limpah bagi memenuhi kriteria ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
“Pihak MFL ada melawat ke stadium baru-baru ini bagi melihat kemudahan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi membolehkan Stadium MPT layak menjadi gelanggang untuk Liga M.
“Perbincangan turut diadakan bersama Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) untuk memastikan keadaan padang serta kemudahan lain pada tahap terbaik.
“Oleh itu sebelum perlawanan liga bermula, MPT akan memastikan segalanya mengikut perancangan,” katanya kepada BH Online.
Berdasarkan perancangan, Stadium Darul Makmur akan ditutup bagi tempoh kira-kira enam bulan bagi menaik taraf rumput padang bermula Mei atau Jun depan.
Sebagai alternatif, Stadium MPT menjadi pilihan utama buat skuad kendalian Fandi Ahmad beraksi selaku gelanggang tuan rumah.
Stadium MPT, Temerloh mempunyai kapasiti kira-kira 10,000 penonton.– SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Sebelum waktu berbuka puasa petang semalam, ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam meluangkan masa menziarahi beberapa rumah penduduk di Kampung Chemomoi, FELDA Chemomoi.
Kali ini dia yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang meneruskan sesi ziarah dengan tagline ‘Geng Mangkuk Tingkat’.
“Hajat hati nak singgah ziarah semua rumah di Kampung Ampang Simpang Pelangai.
“Tapi waktu terlalu singkat hampir masuk waktu berbuka.
“Sempat singgah juga.. sempat ke beberapa buah rumah, berbuka secawan air depan rumah di Kampung Ampang, semalam.
“Macam biasalah, saya datang dengan sedikit juadah berbuka dalam mangkuk tingkat, barangan asas dan sedikit sumbangan ikhlas daripada saya,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.
Dia turut memaklumkan hujan lebat berlaku di FELDA Chemomoi petang semalam ketika program ziarah itu.
“Hujan rahmat mudah-mudahan,” katanya lagi.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Guru buat gigitan cinta dekat pelajar ‘direhatkan’ mengajar
Guru wanita yang dikatakan bercinta dengan seorang pelajarnya di sebuah sekolah menengah di Sepang, Selangor direhatkan daripada tugas sehingga siasatan berhubung kes itu selesai.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, guru wanita tersebut perlu mematuhi sepenuhnya prosedur siasatan kes itu yang dijalankan pihak polis terlebih dahulu sebelum Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan lanjut.
Menurutnya, kes terbabit kini masih dalam siasatan polis dan pihaknya memberikan komitmen sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
“Ia masih dalam siasatan di peringkat polis, maka sebab itu saya tegaskan berulang kali yang KPM memberikan komitmen sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
“Pada masa sama, kami ketika ini mengambil pendekatan untuk melindungi anak-anak kita sepenuhnya dan guru wanita itu tidak ada langsung cara untuk akses (bertemu) dengan pelajar terbabit kerana kita telah melindunginya,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan siasatan kes seorang guru wanita yang didakwa bercinta dengan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun hingga tular di media sosial.
Sumber : Sengat daily
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat Malaysia memahami akan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sebagai dalam Perkara 3(1) dalam perlembagaan negara.
Titah baginda, berikutan dengan itu semua pihak rakyat pelbagai etnik perlu menghormati undang- undang yang termaktub tanpa menimbulkan provokasi yang boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam kalangan masyarakat.
Tegasnya, bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dia mana-mana bahagian Persekutuan. Ini bagi menjamin kedudukan orang bukan Islam serta menjamin perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
“ Disini saya ingin mengingatkan pada semua pihak supaya tidak ada unsur unsur paksaan dalam kita mengalakkan orang asli ini memeluk agama islam biarlah mereka datang secara rela hati untuk memeluk islam dengan ini saya percaya allah akan kurniakan ganjaran yang sangar besar pada mereka mereka yang memeluk islam.
Menurut Baginda Malaysia majoritinya penganut Islam manakala agama lain boleh diamalkan.. Sehubungan itu yang minoriti harus menghormati penganut majoriti. Manakala yang majoriti tidak pula menekan dan mendesak penganut manoritidemi menjamin keharmonian dan perpaduan kaum.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Masjid Al-Muhajirin Kampung Pantos dan majlis berbuka puasa serta penyampaian sumbangan kepada asnaf di Kampung Orang Asli Pantos, Lipis Pahang . Masjid Kampung Pantos merupakan masjid ke-14 yang didirikan di perkampungan Orang Asli di Negeri Pahang.
Titah baginda, kita sebagai rakyat pelbagai kaum harus akur dengan Batasan adab supaya Masyarakat dapat hidup penuh harmoni, hormat menghormati dan bertoleransi supaya kesejahteraan dapat ditingkatkan.
Al Sultan Abdullah membangga semakin ramai orang asli di negeri di Pahang memeluk Islam daripada 80,620 masyarakat pelbagai etnik yang mendiami negeri ini. Baginda turut mengingatkan supaya penduduk jati dan Orang Asli memiliki asset di negeri ini terutama projek perumahan yang diwujudkan oleh agensi Kerajaan negeri.
-ends-
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Saguhati buat wali hakim negeri Pahang untuk Aidilfitri
TEMERLOH – Seramai 290 pendaftar perkahwinan, perceraian dan Rujuk Orang Islam ( Wali Hakim) Negeri Pahang menerima sumbangan RM500 sempena bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, bantuan julung kali diberikan kepada Wali Hakim membabitkan kewangan sebanyak RM 145,000.
Menurutnya, pemberian One-Off tahunan ini adalah sebagai satu pengiktirafan Kerajaan Negeri Pahang di atas kepentingan perkhidmatan skim perjawatan ini dalam menjaga salah satu Maqasid Syariah iaitu Penjagaan Keturunan.
“ Kita berikan saguhati atau pun imbuhan kepada diorang ni sebab diorang berbakti kepada orang ramai bertugas bagi pihak kerajaan ..kalau tak ada wali hakim ini ..jadi akan sulit orang ramai untuk menyatukan atau menyelesaikan perkahwinan anak anak yang mereka nak kahwinkan sebab tu kita bagi kebetul pulak bulan ramadan dan hampir adilfitri “
Katanya kepada pemberita di Majlis Penyampaian Bantuan One-Off kepada Perjawatan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Pahang di Dewan Datuk Zaharudin Abu Kasim, Kerdau ,Pahang .
Disamping itu ianya anya dapat menyampaikan mesej bahawa perkhidmatan mereka turut mendapat perhatian daripada Kerajaan Pahang sepertimana perjawatan lain dalam perkhidmatan keagamaan.
Menurutnya, mereka digolongkan dalam kategori sukarelawan agama sepertimana guru takmir, Kafa, Amil yang tidak bergaji dan berpencen tetapi diberi tauliah menjalankan tugas asas..
Syed Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau menggesa naib kadi mempertingkatkan penguasaan ilmu pengetahuan kerana menjadi tempat rujukan Masyarakat.
Sementara itu seorang naib kadi, Misbah Murdi,70, dari Felda Jengka Satu berterima kasih kepada Kerajaan Pahang pimpinan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyediakan peruntukan khas sempena hari Raya Aidil Fitri.
“ Jadi mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri pahang kerana ambil berat tentang perkhdmatan kita baru baru ini lah selama ni kita tak ada apa apa cuma besar pangkat tu wali hakim tapi tak ada apa apa pada hari kita besyukur mudah mudahan benda dipanjangkan dan seterusnya kalau boleh dari tahunan kepada bulanan ,, Pemberian ini meningkatkan semangat kami untuk terus berkhidmat dengan Ikhlas kepada Masyarakat tanpa mengira waktu.
Menurutnya, pemberian ini dicadang dijadikan sebagai bantuan khas tahunan setiap bulan Ramadan berikutan hasil negeri sudah melebihi RM1 bilion.
Untuk rekod menurut beliau, Kerajaan Pahang turut mengagihkan bantuan khas Aidil Fitri secara berperingkat-peringkat kepada 1,203 imam, 1,075 bilal dan 1,065 siak dengan nilai keseluruhan RM788,900.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Peneroka rayu RM300 dibayar kepada semua peneroka tanpa syarat
JERANTUT : Golongan Peneroka Felda mahu pengumuman Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka berpendapatan kurang RM1,000 baru-baru ini dikaji semula.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, TPM yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut mengumumkan peneroka yang berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 turut mendapat penangguhan potongan hutang (tidak termasuk Kos Operasi Ladang) untuk hasil bulan Mac.
Katanya, beliau bagi pihak peneroka Felda Jengka 24, merayu dan berharap RM300 itu wajar diberi kepada semua peneroka di seluruh negara kerana hasil sawit pada ketika ini tidak banyak dan turut melawas.
“Ini dapat membantu meringankan perbelanjaan peneroka untuk menghadapi sambutan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.
“Selain buah sawit melawas, hasil pengeluaran sawit turut terjejas kerana faktor musim panas el-nino ketika ini,” katanya ketika ditemui hari ini.
Katanya, beliau bersetuju kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi Dan Usahawan Negeri Pahang yang turut menyokong bayaran RM300 dibayar kepada semua peneroka di seluruh negara.
Seorang lagi Ketua Peneroka Gelanggi Satu, Abdul Rahman Ghani berkata, bantuan ini sangat membantu kepada peneroka meringankan beban bagi menghadapi sambutan Aidilfitri pada tahun ini.
Katanya, bantuan RM300 wajar diberi kepada semua peneroka melihatkan keadaan harga barangan keperluan tidak menentu ketika ini.
“Semoga TPM mempertimbangan semula cadangan bayaran bersasar itu dikaji dan merayu diberi kepada kami (peneroka) secara sama rata tanpa syarat,” katanya.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (“Malakoff”), menggalakkan penggunaan semula bekas makanan yang dibawa sendiri ke bazar Ramadan bagi mengurangkan pembuangan sampah disamping mengelakkan pembelian secara berlebihan yang boleh mengakibatkan pembaziran dan peningkatan jumlah sisa di tapak perlupusan.
Bagi membantu orang ramai menyahut seruan ini, Alam Flora telah mengagihkan sebanyak 1500 bubur lambuk di dalam bekas yang boleh guna semula dan diedarkan kepada orang ramai di Pusat Kitar Semula Pandu Laju (DTRC) Aeon Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Adam Saffian Ghazali berkata, ia merupakan usaha kecil Alam Flora sebagai pencetus kepada satu anjakan tabiat membeli-belah yang lebih lestari dan positif terhadap alam sekitar apabila kita kurangkan penggunaan beg plastik secara total.
“Jika secara purata anda menggunakan tiga beg plastik ketika membeli makanan selama sebulan di dalam bulan Ramadan, dan jika anda menggantikannya dengan bekas makanan, anda telah mengurangkan sebanyak 90 beg plastik dan pek polisterin daripada ianya dibuang ke tapak pelupusan. Kalau didarabkan dengan beratus ribu orang… Bayangkan,” tegas Adam.
Beliau berkata demikian selepas program Kongsi Rezeki Bubur Lambuk 2024 di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Hadir sama untuk mengagihkan 1500 bekas bubur lambuk dan 100 beg guna semula oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa,.
Sehubungan itu, Adam menasihatkan orang ramai supaya berjimat cermat ketika membeli makanan dan tidak terlalu mengikut nafsu dan juga menyeru agar para peniaga jangan melakukan pembaziran dengan menderma makanan yang tidak habis dijual kepada rumahrumah kebajikan atau golongan yang lebih memerlukannya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SOKONG SAMA RATA BANTUAN KHAS HARI RAYA DIKAJI – FELDA
JENGKA – Rata-rata peneroka di pahang menyambut baik sekiranya pemberian bantuan khas bersasar 300 ringgit kepada peneroka felda berpendapatan 1 ribu ringgit ke bawah dikaji.
Seorang peneroka, razak daud berkata, pemberian insentif itu sekurangnya dapat meringgankan beban sekeluarga.
“namun kita juga mengharapkan lah supaya kerajaan dapat mempertimbangkan lah supaya duit sumbangan menghadapai hari raya 300 ini di beri kepada keseluruhan kepada peneroka lah kerana kita menyokong lah yang di diutarakan oleh exco pahang .
Razak Daud..
Bagi peneroka, azmi saad pula, persiapan raya lebih baik dapat disediakan sekiranya cadangan itu disambut baik.
“ada yang pilih pilih pendapatan 100 kebawah boleh yang 2 ribu ke atas tak boleh jadi saya cadangkan semua diberi sama rata lah betul lah cakap exco tu saya berbesar hati lah dengan sumbangan sedikit sebanyak dapat meringgankan beban benan peneroka di felda ni .”
Azmi saad…
beberapa bulan ni gaji felda saya memang 1000 sahaja sebab dengan keadaan buah sawit kurang ada dan melawas ni sebulan setan saja setan lebih sikit memang saya syukur sangat ya alllah kalau sekiranya dapat 300 dapat lah juga pebelanjaan untuk sambutan hari raya .
kiranya dapat lah 300 tu kan alhamdullilah bagi saya lah kalau pendapat saya lah kalau boleh lah kalau kita ni dapat semua 300 ratus dapat merasa dapat kat kita semua jadi beruntung kalau semua sebab pendapatan kita tak berapa nak stabil
Sebelum ini, exco hal ehwal felda, koperasi dan usahawan pahang, datuk amizar abu adam mencadangkan perkara itu kerana pendapatan mereka tidak tetap malah adakalanya menerima pendapatan bulanan di bawah seribu ringgit.
Beliau mencadangkan hal berkenaan selepas kerajaan persekutuan mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak rm300 kepada peneroka felda yang berpendapatan rm1,000 ke bawah di seluruh negara.
Ends###
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Pembinaan jajaran Central Spine Road (CSR) Simpang Pelangai adalah antara projek pembangunan yang mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkunjung ke Pahang semalam.
Dalam taklimat berkaitan pembangunan di Pahang, projek CSR Karak-Simpang Pelangai adalah antara projek kritikal yang perlu diberi perhatian khusus oleh Kementerian Ekonomi dan kementerian lain yang berkaitan.
Dalam pada itu, ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam melalui hantaran di Facebook miliknya berharap taklimat berkenaan akan membantu mempercepatkan lagi semua projek pembangunan di Pahang.
“Semoga dengan taklimat khas dibawakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan daripada Kerajaan Persekutuan.
“Sokongan ini amat penting demi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Pahang Darul Makmur,” katanya.
Amizar yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, sentiasa berharap supaya projek CSR Karak-Simpang Pelangai menjadi kenyataan supaya memberi limpahan pembangunan yang lebih sistematik di kawasan DUN Pelangai.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!