KUANTAN – Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam sempat menerima kunjungan hormat daripada pihak pengurusan ECOT Capital Sdn Bhd hari ini.
Kunjungan itu berlangsung di Wisma Sri Pahang, sebelum majlis Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) dipengerusikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Pelbagai agenda dan libat urus dibincangkan untuk gerak kerja akan datang,” kata Amizar melalui perkongsian di Facebook.- sahih
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam optimis projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) menghubungkan pekan Karak ke Simpang Pelangai akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Dia berkata, perkara itu adalah antara yang disentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkunjung ke Pahang pertengahan April lalu.
“Perbincangan lanjut mengenai LTU Simpang Pelangai memang dilakukan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Datuk Seri Anwar baru-baru ini.
“Perdana Menteri juga memberi komitmen untuk melihat perkara berkenaan dengan lebih teliti.
“Jadi, saya fikir pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Perpaduan Pahang di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pelangai, dekat sini, petang semalam.
Majlis itu dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah dan pimpinan utama semua parti komponen Kerajaan Perpaduan Pahang.
Projek LTU setakat ini sudah menghubungkan bandar Raub dan pekan Padang Tengku, Lipis.
Ia turut membabitkan pembinaan susur ke pekan Simpang Pelangai, namun projek itu masih belum dimulakan kerana belum mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.—– SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rumah Terbuka Kerajaan Perpaduan Pahang capai objektif
BENTONG – Penganjuran julung kali Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Perpaduan Pahang di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pelangai, dekat sini, semalam menepati matlamat ditetapkan.
Ini kerana semua pimpinan utama parti komponen Kerajaan Perpaduan hadir pada majlis itu.
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam berkata, dianggarkan lebih 7,000 tetamu hadir sepanjang kira-kira empat jam majlis berlangsung.
“Majlis ini pastinya mencatatkan sejarah tersendiri kerana kita bersama-sama dengan rakan komponen hadir memeriahkan sambutan Aidilfitri peringkat Pahang.
“Jangkaan awal kita, hanya sekitar 4,000 yang hadir… tapi melihatkan kepada sambutan diterima, jumlahnya mungkin lebih 7,000,” katanya.
Dia selaku Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang dan penyelaras majlis berkenaan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang turut memeriahkan majlis berkenaan.
Selain Wan Rosdy, turut hadir adalah Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah, ahli parlimen Bentong, Young Syefura Othman dan barisan pimpinan UMNO Pahang.
Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bermula semalam, Amizar memberi jaminan UMNO Bahagian Bentong akan turun padang membantu calon Kerajaan Perpaduan di sana.
“Ini adalah semangat kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan dan rakan daripada Pakatan Harapan juga turun membantu kita pada PRK Pelangai yang lalu.
“Jadi, kita juga akan bekerja keras membantu mereka… untuk memastikan kemenangan calon daripada Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Seorang penunggang setelah motosikal berkuasa besar maut selepas merempuh belakang sebuah pacuan empat roda berhenti secara mengejut selepas pemandunya cuba mengelak seorang wanita melintas lebuh raya.
Kemalangan berlaku di Kilometer 98.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Satu, dekat susur keluar Lanchang, dekat sini, 4:18 petang semalam.
Video nahas tular memaparkan rakaman sebuah motosikal berkuasa besar merempuh belakang pacuan empat roda terbabit tular di media sosial sejurus kejadian.
Ketua Polis Daerah Termerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, nahas berlaku ketika motosikal berkuasa besar dan pacuan empat roda itu dalam perjalanan dari arah Kuantan Ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, polis menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 4:45 petang semalam.
Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas seorang wanita berusia 35 tahun memberhentikan kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya di bahu jalan dan bertindak melintas lebuh raya terbabit.
“Pemandu pacuan empat roda terbabit bertindak membrek secara mengejut bagi mengelak merempuh wanita itu,”
“Pada masa sama datang sebuah motosikal berkuasa besar dari arah belakang melanggar belakang pacuan empat roda terbabit,”
“Akibat rempuhan itu, penunggang terbabit terjatuh di lorong kanan lebuh raya dan motosikal ditunggangi mangsa tercampak ke bahagian belakang pacuan empat ronda.” katanya menerusi kenyataan media di sinim hari ini.
Mazlan berkata, akibat kemalangan itu penunggang terbabit Ahmad Haziq Ramli, 34, meninggal dunia di tempat kejadian dan motosikal mangsa tercampak ke atas pacuan empat roda dirempuh mangsa.
Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan disebabkan kecuaian wanita terbabit melintas jalan.
Katanya, susulan kejadian itu wanita bertindak melintas jalan itu serta penumpang SUV dipandunya, seorang lelaki warga China berusia 37 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Kemeriahan Aidilfitri masih lagi hangat dengan sambutan rumah terbuka diteruskan di FELDA Kemasul, dekat Pelangai.
ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam berkongsi sambutan yang dihadirinya di Dewan Semai Bakti FELDA berkenaan, semalam.
“Raya kan sebulan.. kenapa tidak ye dak?,” katanya di laman sosial Facebook.
Amizar yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang turut merakam ucapan terima kasih kepada warga FELDA Kemasul kerana sudi menjemputnya.
“Meriah dengan (kehadiran) orang ramai.. kanak-kanak pula dapat duit raya.
“Pelbagai jenis juadah disediakan,” katanya lagi.
Selesai menghadiri sambutan Aidilfitri di Kemasul, Amizar singgah di Kampung Bukit Gajah, dekat sini.
Dia menyantuni keluarga Allahyarham Mohamed Surin Busu yang baru meninggal dunia.
“Saya singgah ke rumah Allahyarham di Kampung Bukit Gajah, menziarahi keluarga dan waris.
“Ketika ini waris sedang menunggu jenazah dari Kelantan,” ujarnya sambil mendoakan urusan keluarga Allahyarham dipermudahkan.
Amizar seterusnya meluangkan masa menghadiri mesyuarat penyelarasan pasukan bomba sukarela (PBS) jagaan Balai Bomba dan Penyelamat Karak yang diadakan di PBS Simpang Pelangai.
“Mesyuarat turut dihadiri Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Karak.
“Bersama dalam mesyuarat adalah anggota PBS dari Telemong dan Manchis.
“Objektif utama mesyuarat adalah untuk membincangkan hala tuju dan fungsi setiap PBS di Pelangai dengan penyelarasan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Karak,” katanya.
Dia berharap melalui pertemuan dan mesyuarat seumpama itu dapat memantapkan lagi pasukan PBS di Pelangai dalam memberi bantuan awal apabila berlaku insiden banjir kilat dan kebakaran.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS : Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia melahirkan rasa dukacita atas kehilangan anggota tentera yang terkorban dalam nahas kejadian pertembungan dua buah helikopter di udara di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada jam 9.50 pagi, hari ini.
Timbalan Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku sedang menjalani latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Al Fatihah.
“Salam takziah buat keluarga mangsa,” katanya.
Kejadian tersebut melibatkan dua helikopter jenis HOM (M503-3 dengan tujuh krew dan empat mangsa sedang dikeluarkan.
Helikopter HOM dinaiki oleh Kdr Muhammad Firdaus Ramli TLDM – PM Skuadron 503, Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin TLDM, Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi TLDM, PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan tiga lagi belum dipastikan..
Manakala, sebuah lagi helikopter jenis Fennec (M502-6) dengan tiga 3 orang krew, Kdr Muhamad Amir Mohamad TLDM – PM Skuadron 502, Lt Sivasutan Thanjappan TLDM dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Hasrat penunggang maut dalam perjalanan jumpa tunang
LIPIS : Seorang penunggang motosikal berhasrat bertemu tunang di Kampung Batu Balai tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan yang melibatkan dua kenderaan di KM 9, Jalam Jerantut- Benta berdekatan Kampung Kemahang, pada jam 1.20 tengah hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man berkata, penunggang yang maut, Ahmad Solihin Fazuni berusia 21 tahun dalam perjalanan dari rumahnya di Kota Bharu menuju ke rumah tunangnya di Kampung Batu Balai, Jerantut.
“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa melalui jalan berselekoh dan motosikal yang ditunggangnya telah bertembung dengan lori treler dengan muatan tandan sawit yang dipandu oleh awrag temoatan berusia 40 tahun yang datang dari arah Jengka, Maran
“Akibat kemalangan tersebut, penunggang itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat bawah seksyen 41 (1) akta pengangkutan jalan (APJ) 1987.
Katanya, penunggang motorsikal berada di bawah lori treler itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Katanya, pihak polis memohon Kerjasama pihak yang melihat kejadian itu tampil untuk membantu siasatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Kira-kira 10 tahun lalu, penduduk di sekitar kawasan Kuala Krau hanya mengharapkan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Jerantut atau Jengka apabila berlaku kecemasan di situ.
Kesukaran itu disedari bekas ahli parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan dia berusaha mencari jalan agar sebuah balai bomba dapat dibina di kawasan berkenaan.
Selepas perbincangan dan pertemuan dengan pihak bertanggungjawab, akhirnya usaha dia berhasil selepas kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan pembinaan balai bomba di Kuala Krau.
Projek itu dianggarkan bernilai RM2.8 juta dan dimulakan pada tahun 2019.
Sebaik siap projek berkenaan, Datuk Seri Ismail meneruskan usahanya dengan menggalakkan penduduk mempelajari pengetahuan asas dalam aspek kebombaan.
Maka diwujudkan pula pasukan bomba sukarela, khusus untuk melatih penduduk supaya bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan bencana.
Bukan sahaja latihan mengawal kebakaran, tetapi turut diterapkan adalah operasi pemindahan mangsa banjir.
Balai bomba itu memiliki tiga bot penyelamat dan sebuah jentera yang mampu digerakkan apabila berlaku kecemasan.
Sebelum adanya balai bomba itu, jarak balai paling hampir adalah kira-kira 40 kilometer.
Balai bomba Kuala Krau siap dan mula beroperasi pada tahun 2022.
Ia dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan turut dihadiri Menteri KPKT ketika itu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Ini adalah antara kisah yang tidak ramai penduduk Kuala Krau sedari.
Atas daya usaha dan khidmat bakti Datuk Seri Ismail, balai bomba berkenaan bukan sahaja menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk, bahkan meningkatkan imej dan kesiapsiagaan dalam menjamin keselamatan harta benda jika berlaku kebakaran di Kuala Krau.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bekas ahli parlimen Kuala Krau berani tunjuk sikap ‘gentleman’
TEMERLOH – Sejak negara dilanda pandemik COVID-19 pada awal tahun 2020, pelbagai pihak tampil memberikan bantuan kepada rakyat.
Ketika itu, semua layak menerima bakul makanan – tidak kiralah mereka sokong kerajaan atau pembangkang – tetap tidak dipinggirkan.
Dan semasa COVID-19 ‘menggila’ di kawasan parlimen Kuala Krau, tidak lain tidak bukan, bekas ahli parlimen di situ juga yang sibuk ke sana sini menghulurkan bantuan sewajarnya kepada penduduk.
Itu antara jasa yang dilakukan Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan tidak ramai yang mengetahuinya.
“Dia banyak buat kerja sacara diam-diam.. tak suka hebohkan kepada orang.
“Ramai yang dia bantu ketika itu, pendek kata di Kuala Krau ini.. tidak ada keluarga yang perlu kibar ‘bendera putih’.. bantuan memang sampai,” kata seorang penduduk di situ.
Itulah juga ‘kelemahan’ Datuk Seri Ismail, kerana apabila orang tak tahu apa yang dia pernah buat, maka orang cakap dia tak buat kerja.
Namun, ia adalah bukti jelas bahawa Ketua Pemuda UMNO Kuala Krau bukan seorang pemimpin yang ‘gila publisiti’, tetapi lebih gemar bergerak secara senyap.
Sejak dua hari lalu, pelbagai pihak mengecam tindakan petugas stor simpanan barangan diuruskan Datuk Seri Ismail kerana membuang barangan dapur di tempat tidak sepatutnya.
Dan kesilapan petugas itu menjadi bahan untuk menyerang pemimpin berkenaan.
Sedangkan, semua barangan itu sudah dinyatakan sudah tercemar dan tidak lagi selamat untuk digunakan.
Maka, adakah adil untuk ‘menyerang’ bekas ahli parlimen Kuala Krau itu di atas kesilapan yang tidak dilakukan beliau?
Sedangkan Datuk Seri Ismail bertindak sebagai seorang ‘gentleman’ apabila mengaku kekhilafan pihaknya dalam hal menguruskan sisa barangan dapur terbabit.
“Orang lain mungkin akan pilih untuk berdiam diri.. tetapi bukan bagi Datuk Seri Ismail, dia ambil tanggungjawab dan mengakui kelemahan pihaknya.
“Bukankah itu sudah cukup bahawa dia ikhlas dan berani dalam memperbetulkan persepsi tidak tepat yang sedang disebarkan pihak tertentu,” kata seorang lagi penduduk.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : MPP UPSI dan IKSAS bersama peserta Outreach Zon 1 di Sekolah Menengah Tun Fuad Stephens, Kiulu, Sabah baru-baru ini.
UPSI, UMS Tingkat minat pelajar lanjut pengajian tinggi
FENOMENA kurangnya minat generasi muda melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi ekoran keinginan mencari pekerjaan mendorong Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, berangkat ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menjayakan Program MPP UPSI bersama MPP Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Mac lalu.
Yang Dipertua MPP UPSI, Amirul Haiqal Amirrudin Baki, berkata objektif program itu diadakan adalah untuk mempromosi dan menggalakkan golongan muda di sekitar Sabah menyambung pelajaran ke peringkat menara gading.
“Program ini dilaksanakan MPP sebagai menyahut seruan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir yang menyatakan Penyediaan Bakat Terbaik Negara dengan inisiatif menarik minat lebih ramai golongan muda untuk memasuki pendidikan tinggi supaya mereka menjadi golongan profesional serta mengumpulkan pandangan mahasiswa yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk penambahbaikan inisiatif daripada kerajaan.
“MPP UPSI melakukan kunjungan hormat ke MPP UMS bagi sesi perbincangan dua hala berkenaan cadangan sebagai rakan kolaborasi bagi Misi Kebajikan dan Pendidikan di Sabah dan sempat melakukan ‘townhall’ berkenaan Inisiatif Flysiswa.
“Kedua-dua MPP turut melakukan perbincangan mengenai perkara berkaitan kebajikan mahasiswa dan kolaborasi bersama,” ujarnya.
Menurutnya, sepanjang berada di Kota Kinabalu selama tiga hari itu, MPP UPSI bersama Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS) turut bersama-sama menghadiri program Outreach Edu Voyage yang dianjurkan oleh IKSAS di beberapa zon membabitkan 24 daerah dalam 10 zon.
Tambahnya, program itu antara inisiatif daripada UPSI untuk menarik minat golongan muda yang rata-rata sudah tidak minat untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
“Hal ini kerana mereka lebih tertarik dengan pekerjaan gig seperti menghantar makanan kerana menawarkan gaji yang lumayan serta kekurangan akses dan pendedahan kepada pendidikan tinggi, ” ujarnya.
Program yang dihadiri hampir 2,000 pelajar Tingkatan Lima dan Enam seluruh Sabah untuk diberi pendedahan awal tentang pendidikan tinggi, sekali gus dapat mempromosi UPSI.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!