BENTONG – Gerakan koperasi kekal menjadi antara penyumbang utama kepada pendapatan tidak langsung kepada kerajaan Pahang.
Berdasarkan rekod, terdapat 1,146 koperasi dengan kira-kira 300,000 ahli bergerak aktif di negeri ini.
Melalui aktiviti dijalankan koperasi berkenaan, sebanyak RM970 juta perolehan dicatatkan dan seterusnya memberi manfaat kepada ekonomi setempat, terutamanya sektor perusahaan kecil dan sederhana.
Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, menyedari kekuatan dan potensi dimiliki gerakan koperasi di negeri ini, kerajaan Pahang memberi perhatian secara berfokus kepada sektor berkenaan.
Berucap ketika mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Mesyuarat Agung Koperasi Belia Pahang baru-baru ini, Amizar menekankan peranan koperasi perlu diperhebatkan dan mengikut arus perkembangan semasa.
“Saya percaya Koperasi Belia Pahang yang sudah menjangkau usia 40 tahun mempunyai kekuatan dan sokongan ahli secara berterusan.
“Selaras dengan usia penubuhannya, saya percaya bahawa koperasi ini sudah cukup matang dalam merencanakan agenda dan sasaran bagi memastikan setiap kegiatan atau aktiviti akan memberi nilai tambah serta keuntungan kepada ahlinya,” katanya.
Amizar turut menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri kepada koperasi itu, sebagai tanda penghargaan dan memberi semangat kepada mereka untuk terus mencatatkan kejayaan lebih gemilang. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Sebanyak 200 kampit beras dan 200 sarang telur habis terjual dalam tempoh sejam di Program Karnival Jualan Agro Madani (JAM) yang diadakan di Perkarangan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut yang diadakan hari ini.
Jurucakap FAMA berkata, seawal program itu dibuka pada jam 9.00 pagi, orang ramai datang dan membeli beras dan telur untuk kehadiran sambutan Aidil Adha yang bakal disambut pada hari Isnin ini.
Katanya, sekampit beras seberat 10 kilogram dijual pada harga RM26, manakala telur bersaiz gred A dijual RM 13.00 sebanyak 30 biji, gred B (RM 12.00 ) dan saiz gred C berharga RM 11.00, daging dan tulang turut dijual di situ pada harga RM 28 sekilogram.
Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) itu, memfokuskan kepada golongan B40 dengan membekalkan produk segar, barang kawalan dan produk keperluan asas terpilih dengan penjimatan 10 peratus hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat.
Produk terpilih seperti sayur, buah, ayam, ikan, daging, dan barangan runcit dan ditambah dengan produk barang kawalan seperti gula, minyak, tepung dan beras serta keperluan produk makanan asas terpilih.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LIPIS – Pelatih kecergasan, K Jey Prabakaran Thevar, atau lebih dikenali Dr Kjey sekali lagi melakar satu lagi rekod Asia selepas mencatatkan tempoh 13 jam tanpa henti senaman kardio dan angkat berat di Kuala Lipis .
Beliau yang sebelum ini pernah mencipta rekod dalam Influencer Book of World Records dan Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya melakukan senaman kardio dan angkat berat selama 12 jam tanpa henti, pada 23 Julai lalu.
Memulakan senaman tersebut pada petang Selasa, anak jati Pahang kelahiran Lipis menamatkannya pada jam 10.30 pagi di sebuah gimnasium di Kuala Lipis , Pahang .
Kejayaan tersebut menerima pengiktirafan Asia Book of Record yang disampaikan oleh presidennya, Selvarani Muthiah.
Ujar Kjey, persediaan rapi bagi rekod terbabit telah dibuat sejak Februari lalu dengan dorongan ibunya sebagai ikon beliau yang sentiasa memberi semangat untuk terus mencipta rekod yang lebih mencabar .
“Saya ikon sukan tiada dalam hidup saya ialah mak saya saya sentiasa tengok mak saya selalau memberikan saya sapport selalu. Menurut beliau sebenarnya ingin melakukan rekod ini pada April namun terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu .”
Rasa gembira dan bersyukur kerana dapat sekali lagi melakukan rekod ini sekaligus dapat mengharumkan nama Malaysia dan Pahang sendiri.
Ditanya perancangannya selepas ini, beliau ingin melakar rekod Dunia untuk Guinness World Record pada September depan Next target say akita nak buat Guinness bookrecod selama 15 jam tanpa henti benda yang sama iaitu kita nak buat pada bulan 9 tahun ni persiapn kita dah start traning
Sebelum ini, pada 23 Julai lalu, anak jati Pahang kelahiran Lipis itu berjaya mencatatkan tempoh selama 12 jam tanpa henti, sekali gus melakar rekod dalam Influencer Book of World Records dan Malaysia Book of Records (MBOR).-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Program Karnival Jualan Agro Madani (JAM) usaha membantu rakyat
KUANTAN – Program Karnival Jualan Agro Madani (JAM) yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) adalah satu pendekatan bagi mengembangkan usaha membantu rakyat pada skala yang besar.
Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) itu, memfokuskan kepada golongan B40 dengan membekalkan produk segar, barang kawalan dan produk keperluan asas terpilih dengan penjimatan 10 peratus hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat.
Produk terpilih seperti sayur, buah, ayam, ikan, daging, dan barangan runcit dan ditambah dengan produk barang kawalan seperti gula, minyak, tepung dan beras) serta keperluan produk makanan asas terpilih.
Program yang berlangsung selama tiga hari itu bermula pada 13 Jun 2024 sehingga 15 Jun 2024, bertempat di Pasar Tani Kekal Chini ini mendapat kerjasama dari pihak kerajaan negeri dan juga pengurusan Felda Gugusan Chini.
Seramai 100 orang peserta mengambil bahagian yang akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pengunjung.
Selain dari penjimatan pada harga jualan, pelbagai acara menarik disediakan yang bertujuan mengeratkan perhubungan antara penduduk, keluarga dan juga pihak pentadbiran.
FAMA Negeri Pahang terus membawa pelbagai usaha dalam membantu usahawan dan pengguna untuk terus bertahan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.
Antara program khas yang dibawa adalah “Go Casless’ yang menggalakkan pengguna berbelanja tanpa tunai yang lebih selamat, mudah dan cepat.
Pengarah FAMA Negeri Pahang, Saiful Sadri mempelawa penduduk Chini dan penempatan yang berhampiran untuk dapat dan terus berjimat dalam program yang diadakan itu. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seluruh negara kini sedang mengikuti dengan penuh debar kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin. Baru-baru ini, tular video ibu Zayn Rayyan dibawa ke Apartmen Idaman, Damansara Damai pada pagi semalam untuk proses lakonan semula kejadian.
Difahamkan, lakonan semula ini bertujuan untuk menggambarkan situasi semasa kejadian, bermula dari tempoh Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu sehinggalah jasadnya ditemui pada malam keesokan harinya.
Kes ini telah menjadi perbincangan hangat di media sosial, dan banyak video berkaitan arwah Zayn Rayyan mendapat perhatian. Salah satu video yang tular di TikTok baru-baru ini memaparkan ibu bapa Zayn Rayyan dan adiknya sedang duduk di sisi kuburnya untuk meraikan hari lahir arwah pada Februari lepas.
Dalam video tersebut, mereka membawa kek dan menyanyikan lagu ‘happy birthday’ sebelum ibu Zayn Rayyan meniup lilin. Tindakan mereka ini mengundang kritikan dari netizen kerana dianggap sebagai perbuatan bidaah dari sudut agama.
Ramai yang mempersoalkan raut wajah ibu Zayn Rayyan yang tidak kelihatan sedih selepas kehilangan anak tersayang. Ada juga yang menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan berkata yang bukan-bukan.Warganet turut mempersoalkan mengapa keluarga Zayn Rayyan tidak mengadakan majlis tahlil atau doa untuk arwah, dan sebaliknya memilih untuk menyambut hari lahirnya di kubur. Mereka berpendapat bahawa ini bukan adat resam yang diamalkan di Malaysia.
Kes Zayn Rayyan ini masih dalam siasatan dan kita perlu menghormati proses perundangan yang sedang berjalan. Kita juga perlu berhati-hati dengan maklumat yang tular di media sosial dan tidak menyebarkan spekulasi yang tidak berasas.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Allahyarham Zayn Rayyan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan semoga keluarga beliau diberikan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.
Sumber : Jebat Derhaka
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : kawasan perumahan Suku Bajau. -Kredit : Viral Semasa
Dah macam dalam filem, rupanya suku bajau laut mempunyai mutasi yang sangat luar biasa, mampu ‘bekerja’ di dalam air
Suku Bajau, atau yang lebih dikenal sebagai Bajau Laut, telah lama terkenal sebagai “pengembara laut” di Asia Tenggara. Kehidupan mereka yang unik di atas laut selama berabad-abad telah menghasilkan adaptasi genetik yang luar biasa, memungkinkan mereka untuk menyelam lebih dalam dan bertahan hidup lebih lama di bawah air dibandingkan manusia biasa.
Menurut penelitian yang diterbitkan oleh Melissa Ilardo dari Universitas Kopenhagen, Suku Bajau memiliki limpa yang jauh lebih besar daripada populasi lain. Limpa yang besar ini memainkan peran penting dalam menyediakan lebih banyak oksigen dalam darah, sebuah keuntungan signifikan bagi para penyelam yang menghabiskan hingga 8 jam sehari di bawah air.
“Selama ribuan tahun, mereka hidup di rumah-rumah atas laut, berpindah dari satu pulau ke pulau lain di perairan Asia Tenggara dan hanya sesekali mengunjungi daratan. Mereka mendapatkan semua yang mereka butuhkan dari laut,” jelas Ilardo kepada program Inside Science BBC.
Tradisi menyelam Suku Bajau melibatkan penyelaman berulang kali selama sekitar 8 jam sehari, dengan 60% dari waktu tersebut dihabiskan di bawah air. Tanpa bantuan peralatan modern, mereka mampu mencapai kedalaman lebih dari 70 meter hanya dengan menggunakan kacamata kayu tradisional dan sabuk pemberat.
Penelitian ini menemukan bahwa limpa Suku Bajau rata-rata 50% lebih besar daripada manusia biasa. Adaptasi luar biasa ini diyakini sebagai hasil dari seleksi alam selama bergenerasi, di mana mereka yang memiliki limpa lebih besar lebih mungkin untuk bertahan hidup dan berkembang biak di lingkungan laut yang menantang.
Namun, gaya hidup unik Suku Bajau kini terancam oleh pengaruh Barat. Santarawi Lalisan, seorang ketua suku, mengungkapkan kepada Giuseppe dari Project Happiness bahwa polusi plastik telah menjadi masalah besar, karena mereka mulai berbelanja di supermarket dan menggunakan plastik.
Kisah Suku Bajau adalah contoh luar biasa bagaimana manusia dapat beradaptasi dengan lingkungan mereka melalui evolusi. Kemampuan menyelam mereka yang luar biasa adalah bukti dari ketahanan dan hubungan mereka yang mendalam dengan laut. Penting bagi kita untuk melestarikan budaya dan tradisi Suku Bajau, serta melindungi lingkungan laut yang menjadi sumber kehidupan mereka.
Sumber : Viral Semasa
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (duduk 3 dari kanan) di Mesyuarat Agung MKN di Kuantan, semalam.
Badan gabungan MKN diharap aktifkan kepelbagaian budaya
KUANTAN – Badan Gabungan dengan Majlis Kebudayaan Negeri (MKN) Pahang diharap dapat mengaktifkan badan masing-masing menganjurkan acara, perayaan dan aktiviti yang bertujuan untuk mempamerkan kepelbagaian budaya Pahang yang kaya, termasuk muzik tradisional, tarian, kraf dan masakan.
Pengerusi MKN, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berharap 15 badan gabungan berperanan dengan penganjuran di tempat masing-masing yang bakal memertabatkan kebudayaan dan kesenian negeri ini dan memperkasakan jati diri bangsa.
“MKN akan berusaha membantu semua badan gabungan untuk penganjuran dan menyokong penghibur dan artis tempatan, membantu memastikan tradisi budaya Pahang yng bakal diturunkan kepada generasi akan datang.
“Banyak aktiviti dianjurkan di negeri ini dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain melalui budaya dan seni negeri untuk menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong ke negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian di Mesyuarat Agung MKN Pahang yang diadakan di sini, semalam.
Katanya, buat pertama kali dalam sejarah MKN akan bekerjasama peringkat antarabangsa bersama Persatuan Wau dan Layang-Layang Negeri dan Majlis Bandaraya Kuantan bagi Penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa 2024 di Pantai Sepat,Kuantan pada 3 hingga 7 Julai 2024, sebanyak 15 negara menyertainya.
“Majlis Makan Makan MKN turut diadakan bersama peserta luar negara dan bakal dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan kesenian daripada badan gabungan MKN dan pameran serta bengkel warisan turut diadakan.
“Secara tidak langsung akan memperkenalkan budaya dan kraftangan negeri Pahang kepada peserta terlibat,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Hiba dan gembira walaupun tidak dapat bersama anak terima anugerah cemerlang SPM
JERANTUT – Ketua Peneroka Felda Jengka 24 , Razak Daud berkongsi rasa bangga dan hiba apabila tidak dapat bersama anaknya, Muhammad Alimie menerima anugerah pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Majlis itu diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) FELDA Jengka 24, dekat Jerantut, hari ini.
Manakala Razak dan isteri, Halijah Abd Jalil pula berada di Makkah bagi menunaikan haji.
Razak berkata, dia dan isteri hanya menonton video dan perkongsian gambar dihantar anaknya itu.
“Sekali lagi kami tak dapat bersama meraikan kejayaan anak bongsu kami yang menerima anugerah hari ini.
“Walaupun begitu, saya bangga dengan semangat dan kejayaan diperoleh Muhammad Alimie.
“Saya dan isteri sekali lagi merakam ucapan terima kasih tidak terhinggga kepada semua guru dan mereka yang mendidik anak kami,” katanya.
Majlis anugerah pelajar cemerlang itu dirasmikan Penyelaras DUN Pulau Tawar, Haris Salleh Hamzah.
Muhammad Alimie meraih 4A+ bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Tasawwur Islam dan 4A (Matematik,Sains, Perniagaan, Pertanian) manakala 1A- untuk Pendidikan Agama Islam dalam peperiksaan SPM 2023. – sahih
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
MB Pahang terima rawatan di IJN
KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara bermula esok sehingga satu tarikh yang akan ditentukan doktor kelak.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Pahang,
Datuk Seri Zulkifli Yaacob dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
“Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak bersama-sama mendoakan agar rawatan yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT,” katanya.
Kenyataan dari MB Pahang:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya akan mula menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, bermula esok sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan oleh doktor.
Di kesempatan ini saya mohon kemaafan andai ada sebarang kesilapan atau kekhilafan sama ada dalam pertuturan atau perbuatan saya selama ini.
Saya juga mohonkan doa agar rawatan ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Jariyah dan sebahagian anggota Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Jerantut (PKKDJ) cuba menari Tarian Indung di rumahnya di Kampung Bantal.
Selamatkan nyanyian dan tarian Indung
NYANYIAN dan Tarian Indung adalah satu bentuk kesenian atau budaya ekspresif yang terdapat di Ulu Tembeling yang semakin dilupakan sekiranya tidak diberi perhatian khusus dan diselamatkan demi menghargai khazanah seni Melayu dan negara.
Walaupun diberi nama Tarian Indung, sebenarnya adalah gabungan dua elemen seni, nyanyian dan tarian yang membentuk kepada satu lagi perlakuan sosial yang utama dan paling penting iaitu gotong royong yang memang kaya dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Asalnya Tarian Indung adalah cara orang dahulu kala di kawasan Ulu Tembeling,Jerantut dan sekitarnya menggembelingkan hiburan kepada aktiviti kerja mereka, aktiviti kerja adalah lebih penting dari aktiviti-aktiviti yang lain.
Jariyah menunjukkan kuit atau keri
Sambil berkerja mereka akan menghiburkan diri dengan menyanyi dan berpantun, seperti biasa dengan cara diusik dan mengusik melalui berbalas-balas pantun dan secara tidak langsung kerja yang meletihkan itu tidak akan membosankan sebaliknya memberi keseronokan.
Nyanyian dan tarian Indung adalah bentuk hiburan yang hanya dilakukan oleh kaum wanita di Ulu Tembeling semasa mereka merumput di sawah atau padi huma.
Lagu-lagu yang dinyanyikan adalah berdasarkan menyentuh perasaan gembira, sedih, marah dan sebagainya serta turut mengaitkan dengan alam flora dan fauna setempat.
Tarian dimulakan oleh penyanyi utama yang berada di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh penyanyi-penyanyi lain dan lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi utama akan disambut sebagai korus atau ‘jong dondang’ oleh penyanyi-penyanyi lain sambil mereka menghayun ‘kiut-kiut’ mereka di hadapan penyanyi utama dan memulakan gerakan-gerakan tarian mereka mengelilingi penyanyi utama tadi di dalam sawah.
Pada akhir lagu penari-penari itu akan mencapai ‘kiut’ masing-masing dan dari posisi membongkok mengelilingi ‘pulau’ sawah membawa ‘kiut’ tersebut ke atas sambil bersorak atau loghat di sana dipanggil ‘bersuruk’ dan perlakuan ini dilakukan bagi setiap lagu yang dinyanyikan.
Terdapat 38 buah lagu yang dinyanyikan di dalam rangkaian Tarian Indung ini, jumlah itu adalah koleksi yang sempat dikumpulkan oleh sekumpulan penari-penari Tarian Indung yang ada ketika itu dikumpul secara lisan.
Sebahagian anggota PKKDJ dalam lawatan ke Kampung Bantal, Jerantut.
Menurut seorang bekas penggiat seni itu, mesra disapa Mak Jariyah Mat Petah, berusia 77 tahun berkata ketika itu masyarakat di Ulu Tembeling menanam padi atau ‘buat padi’ dan sering membersihkan kawasan tanaman padi daripada ditumbuhi rumput.
Katanya, oleh itu mereka kerap ke kawasan tanaman padi untuk merumput atau ‘merepeh’, sambil melakukan kerja itu, mereka akan bernyanyi dalam bentuk pantun dan menari secara bergilir-gilir.
Katanya, dia hanya dapat menyanyikan dua buah lagu yang diingatinya kerana sudah lama tidak mendendangkan lagu dan melakukan tarian tersebut kerana aktiviti menanam padi sudah tidak dilakukan di kawasan kampung itu di samping faktor usia.
Jariyah dan adiknya, Mahani Mat Petah, Faizah Mat Petah dan Aminah Mat Petah pada ketika itu sering bernyanyi dan menari Indung termasuk saudara mara, tapi kini sudah tidak melakukan nyanyian dan tarian kerana tanaman padi tidak dilakukan sekarang.
Nyanyian tersebut dengan senikata menggunakan loghat “Orang Ulu Tembeling” dan sebahagiannya sukar difahami oleh orang luar seperti perkataan bersorak (bersurok), bukit (bukut), buai (bua), remaja (maje), budak-budak (buduk-buduk) dan banyak lagi perkataan dengan loghat Ulu Tembeling.
Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Jerantut (PKKDJ) yang diketuai pengerusinya, Datuk Ridzuan Mansor telah mengadakan Program Jejak Seni Ulu Tembeling baru-baru ini sebagai satu inisiatif yang perlu dipuji sebagai satu langkah awal dan akan disusuli nanti.
“Berterima kasih juga kepada Mak Juriyah dan keluarga yang sudi menerima PKKDJ dengan memberi maklumat sambil bernyanyi dan menari beberapa lagu Tarian Indung yang diingatinya.
“Semoga, budaya Melayu tradisi yang ada di negara ini dapat diselamatkan agar tidak hilang atau mati ditelan zaman,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!