PETALING JAYA – Bekas personaliti televisyen terkenal, Puan Sri Normala Samsudin meluahkan kekecewaan dengan sikap sesetengah pemimpin yang tidak peka dengan situasi pandemik Covid-19 ketika ini.
Normala menerusi Instagramnya mempertikaikan kebenaran yang diberikan kepada mereka yang bekerja dalam sektor perkilangan biarpun negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh atau total lockdown.
“Ada pemimpin yang tak faham rakyat! Ada pemimpin yang rasa dia duduk di atas boleh bagi orang yang kerja kilang, semua kerja.
“Bukan ke total lockdown? Kalau kluster tak turun-turun, jawablah pak menteri yang bijak ini,” tulisnya.
Pada hantaran sama, Normala tidak kisah sekiranya kilang dibenarkan beroperasi, namun semua pekerjanya harus divaksin terlebih dahulu sebagai mencegah penularan wabak yang meragut jutaan nyawa ini termasuk di Malaysia.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut isteri kepada Tan Sri Azmi Khalid itu bersetuju dengan pandangannya, malah turut berasa khuatir dengan angka jangkitan Covid-19 yang membimbangkan setiap hari, lapor KOSMO online.
Terdahulu, hangat diperkatakan dalam media sosial mengenai sebanyak 128,150 syarikat mendapat kelulusan beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 yang bermula 1 Jun lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dr Ahmad Samhan Awang yang membuka akaun TikTok @dr.samhan untuk berkongsi ilmu berkaitan dengan perubatan menyatakan jangkitan baharu Variant Of Concern (VOC) adalah varian yang perlu diperhatikan dan lebih bahaya.
Dr Ahmad Samhan Awang, ada 3 VOC yang telah dikesan di Malaysia, iaitu varian Afrika Selatan (B.1.351); varian United Kingdom (B.117) dan varian India (B.1.617.1).-Foto FB Dr Ahmad Samhan.
“Setakat ini ada 3 VOC yang telah dikesan di Malaysia, iaitu varian Afrika Selatan (B.1.351); varian United Kingdom (B.117) dan varian India (B.1.617.1).
“Varian baharu ni merebak lebih cepat dan kadar kematian lebih tinggi serta kebanyakkan pesakit tidak bergejala, tidak ada kesan batuk, tidak ada sesak nafas, malah tidak mengalami selsema,” katanya melalui aplikasi TikTok.
Kata, lebih berbahaya, varian ini terus ‘melompat’ ke paru-paru, kalau lakukan saringan keputusannya negatif, tetapi apabila di X-ray, didapati sudah berada di tahap yang teruk kerana varian ini sudah bermutasi. Setakat vaksin pun virus ini pandang sebelah mata.
“Setakat ini sudah ada 114 kes VOC dikesan, 89 kes adalah varian Afrika Selatan (kesemua kes jangkitan dalam negara), sembilan kes adalah varian United Kingdom (5 kes jangkitan import dan 4 kes jangkitan dalam negara) dan enam kes varian India (kesemuanya jangkitan import).
“ Virus Covid-19, jenis VOC telah dikesan di setiap negeri dalam Malaysia terutamanya bagi varian Afrika Selatan, oleh itu, besar kemungkinan sudah pun berlaku penularan lebih meluas dalam komuniti,” katanya.
Doktor berusia 35 tahun, Dr Ahmad Samhan Awang berkongsi maklumat melalui Tik-Tok lebih popular sebagai ‘doktor viral’ berharap orang ramai hindari diri dari keluar rumah tanpa keperluan.
“ Memandangkan VOC didapati mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi, situasi ini perlu diambil serius oleh semua orang. Sekiranya rantaian jangkitan penularan tidak diputuskan, ianya akan terus merebak dan lebih sukar bagi kita untuk terus membendung peningkatan kes Covid-19, “ katanya.
Beliau berharap maklumat ini harus dikongsi dengan kumpulan whatsapp keluarga, rakan dan saudara-mara agar turut bersama bersiap siaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Sebanyak 377 keluarga di Felda Jengka 24, terharu dengan kehadiran Menteri Besar Pahang menyerahkan bakul barangan kering dan basah di simpang masuk ke kawasan Felda itu, semalam.
Kehadiran Menteri Besar (MB), Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak dapat disambut oleh penduduk di situ disebabkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP), sebaliknya berita penyampaikan bakul makanan itu disambut oleh peneroka dengan gembira dan terharu.
Ketua Peneroka Jengka 24, Razak Daud berkata, terdapat peneroka yang menitiskan air mata kerana begitu caknanya Menteri Besar Pahang ke Felda itu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mulai 30 Mei hingga 12 Jun.
“Malah mereka mahu selepas keadaan kembali pulih, mohon Datuk MB datang semula ke Jengka 24 untuk bersua muka bagi menyatakan ucapan terima kasih secara bersemuka dan mereka hanya mampu berdoa agar Datuk Seri Wan Rosdy mendapat rahmat dan kesejahteraan.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Seri Shahniza Shamsuddin; Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris serta pegawai-pegawai kanan Felda.
“Semalam Menteri Besar mengadakan pelancaran gimik penyerahan bantuan kepada warga Felda Jengka 24 yang tidak dibenarkan keluar kawasan itu sejak 30 Mei lalu kerana penularan wabak Covid-19 melanda kawasan ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan berjumlah RM9.3 juta bagi melaksanakan program Bantuan Prihatin Pahang (BBP) COVID-19 Fasa Dua.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan itu adalah susulan kepada BPP COVID-19 Fasa Satu yang sudah dilaksanakan kerajaan negeri pada 24 Mei lalu.
“Untuk Fasa Satu, kerajaan Pahang memperuntukkan RM7.8 juta yang diagihkan kepada golongan miskin tegar, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.
“Bagi BPP Fasa Dua, kita memberi perhatian kepada pengusaha bot dan pemandu pelancong, operator kantin sekolah dan pekerja mereka; penyedia perkhidmatan penghantaran; pemandu e-hailing dan sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh Pahang,” katanya melalui satu kenyataan media di sini, hari ini.
Wan Rosdy berkata, pengagihan BPP Fasa Dua juga merangkumi masyarakat Orang Asli dan bantuan itu akan diselaraskan Tok Batin masing-masing.
Katanya, penduduk kampung yang berdepan masalah terjejas sumber pendapatan mereka juga akan menerima manfaat melalui BPP Fasa Dua ini dan pengagihan bantuan akan dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) kawasan terbabit.
Turut menerima manfaat melalui BPP Fasa Dua ialah ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Persatuan Bekas Polis Malaysia serta penggiat seni.
“Seperti BPP Fasa Satu, bantuan kali ini juga akan diberikan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan asas melalui (penyerahan) bakul makanan.
“Secara keseluruhannya, kerajaan Pahang menyediakan peruntukan berjumlah RM17.1 juta bagi memastikan BPP Fasa Satu dan Fasa Dua dapat dilaksanakan untuk kepentingan rakyat negeri ini,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tumpat: “Saya terpaksa merisikokan bayi sendiri apabila dia perlu dibawa bersama ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebaik saya disahkan positif Covid-19,” kata Noraini Ahmad Razlan.
Noraini, 29, dari Kampung Teluk Renjuna berkata, bayi lelakinya, Ali Rafiki Rostam yang berusia empat bulan tidak dijangkiti virus itu namun terpaksa dibawa kerana masih menyusu badan selain tiada individu yang boleh menjaganya jika ditinggalkan.
“Anak sulung saya berusia lima tahun ditinggalkan di rumah di bawah jagaan kakak ipar manakala suami pula bekerja di Machang.
“Memang rasa risau mengenangkan bayi saya ini berada dalam kelompok kami yang positif di PKRC tapi apa boleh buat, saya serahkan kepada Allah,” katanya ketika ditemui di Jeti Kok Majid di sini, hari ini sebelum diangkut menaiki bot pasukan anggota bomba dari jeti kampungnya menuju ke tanah besar untuk dibawa ke PKRC.
Noraini antara 38 penduduk dari empat kampung dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Sungai Pinang yang dipindahkan dalam operasi pemindahan hari ini.
Selepas tiga hari tiada proses pemindahan, hari ini Jeti Kok Majid kembali ‘meriah’ dengan proses pemindahan yang bermula jam 3 petang tadi membabitkan pesakit berusia sembilan hingga 70 tahun.
Ketua BBP Pengkalan Kubor merangkap Penyelaras Pergerakan Pengangkutan Darat dan Air, Penolong Penguasa Bomba Raja Arisan Raja Ismail berkata, setakat ini lebih 270 penduduk yang dikenalpasti positif Covid-19 sudah dipindahkan ke beberapa PKRC ditetapkan, lapor HM online.
Raja Arisan berkata, selain urusan pemindahan pesakit Covid-19, pihaknya juga terbabit dengan penugasan membawa mereka yang selesai dikuarantin di PKRC kembali ke rumah masing-masing.
“Selain daripada penugasan itu, kami juga terbabit secara langsung dengan proses pengebumian mangsa Covid-19,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENJELASAN LGM TERHADAP DAKWAAN MANTAN PENGERUSI LGM
LEMBAGA Getah Malaysia (LGM) ingin menarik perhatian kepada kenyataan yang dibuat oleh mantan Pengerusi LGM, YB Dato’ Ahmad Nazlan Idris (yang berkhidmat daripada 2 April 2020 hingga 14 April 2021) yang telah disiarkan di media sosial pada 31 Mei 2021. Dalam hubungan ini, LGM ingin memberi penjelasan fakta mengenai kenyataan tersebut:
Advertisement
i. LGM Properties Corporation (LGMPC) adalah sebuah perbadanan ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996 (Akta 551) untuk menguruskan hartanah dan menjana pendapatan untuk LGM. Bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan dan prestasi LGMPC, beberapa tindakan telah diambil termasuk menubuhkan tiga Jawatankuasa Khas pada peringkat Lembaga LGM sejak 28 September 2020. Peranan Jawatankuasa berkenaan adalah untuk menilai dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang bersesuaian. Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LGMPC yang baharu telah dilantik pada 25 Januari 2021 melalui proses pemilihan dan temuduga yang teratur serta dipersetujui oleh YB Menteri. CEO LGMPC ini telah diberi mandat sepenuhnya untuk membuat penstrukturan operasi LGMPC bagi mengatasi kegagalan tadbir urus dan meningkatkan prestasi keseluruhan yang kurang memberangsangkan sebelum itu.
ii. Dalam hubungan ini, Akta 551 melalui Seksyen 14 menetapkan bahawa Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada YB Menteri dan YB Menteri boleh memberikan arahan yang selaras dengan Akta dan Lembaga hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin, melaksanakan arahan sedemikian. Oleh itu, kenyataan mantan Pengerusi LGM tentang campur tangan YB Menteri dalam urusan LGM atau LGMPC adalah tidak bertepatan dengan kuasa Menteri yang termaktub di dalam akta.
iii. Proses pajakan tanah Lot 20013 (sebelum ini dikenali Lot 76) bagi tempoh 10+5 tahun telah dilaksanakan secara tender terbuka dan telus oleh LGMPC pada Oktober 2020. Lembaga Perolehan LGM membuat keputusan pada 30 November 2020, bahawa syarikat yang berjaya dalam tender tersebut adalah Al Noor Foundation dengan harga bidaan tertinggi RM0.70 sekaki yang selaras dengan kadar penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH), Kementerian Kewangan. Yayasan tersebut adalah syarikat berhad menurut jaminan yang tidak berasaskan keuntungan dengan majoriti pemegang amanahnya adalah rakyat Malaysia dan bukan milik rakyat Turki sebagaimana kenyataan mantan Pengerusi LGM.
iv. Pada 3 Disember 2020, LGM telah menghantar surat kepada YB Menteri untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan akhir bagi keputusan tender tersebut. Walaubagaimanapun, YB Menteri pada 7 Januari 2021 telah mengarahkan tempoh pajakan dilanjutkan kepada 15+10 tahun dan dibuka kembali Request For Proposal (RFP) kepada syarikat-syarikat yang terbabit dengan proses tawaran sebelum ini. Namun, sehingga sekarang perkara ini masih dalam proses tindakan di peringkat LGM dan LGMPC, serta belum dimuktamadkan.
v. Oleh itu, kenyataan mantan Pengerusi LGM bahawa YB Menteri mahukan 5+10+10 tahun adalah tidak tepat. Selain itu, kenyataan bahawa hasil yang boleh diperoleh oleh LGM selepas 25 tahun melebihi RM1 bilion adalah tidak tepat.
vi. Berhubung dengan Lot 20012 (sebelum ini Lot 75), masih tiada cadangan penjualan oleh Lembaga LGM dan belum diangkat kepada Kementerian untuk pertimbangan YB Menteri. Pada masa ini, LGM masih membuat semakan berkaitan dengan JPPH dan Jabatan Warisan Negara.
LGM menegaskan bahawa proses untuk membuat keputusan adalah mengikut tatacara yang telus dan berintegriti melibatkan keputusan Lembaga Pengarah terlebih dahulu, diikuti dengan ulasan oleh Kementerian untuk diangkat sebagai pengesyoran kepada pihak YB Menteri bagi pertimbangan dan kelulusan sebelum dikembalikan kepada Lembaga Pengarah untuk tindakan.
Pihak LGM mengambil berat berhubung maklumat separa matang dan terperingkat milik Lembaga yang disebarkan serta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk tindakan undang-undang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Sebanyak tiga kluster baharu dilaporkan di negeri Pahang, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 32 kluster dikesan sejak wabak COVID-19 melanda negara sejak awal tahun lalu.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah berkata, tiga kluster itu membabitkan Kluster Industri Gebeng dan Batu Hitam di Kuantan, serta Kluster Kampung Mat Daling di Jerantut.
Katanya , setakat ini sebanyak 14 kluster aktif di negeri ini dengan pertambahan kes baharu sehingga menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif Covid-19 mencecah 10,139 kes.
“Kluster Industri Gebeng bermula dengan satu kes dilaporkan 28 Mei lalu dengan penularan wabak di tempat kerja apabila seorang rakyat tempatan (mempunyai gejala) menyebabkan seramai 70 individu disaring dan 25 daripadanya positif Covid-19.
“Bagi kluster Batu Hitam pula, iabermula dengan satu kes positif melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun di sebuah kilang di Gebeng pada 21 Mei lalu.
“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat aktiviti menziarahi keluarga yang tinggal di kawasan berdekatan pada hari raya pertama, 13 Mei lalu dan selepas saringan dilakukan terhadap 80 kontak rapat, terdapat 39 kes dikesan positif Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Dalam pada itu, Dr Bahari berkata, bagi kluster Kampung Mat Daling pula, penularan wabak itu melibatkan ahli keluarga dan penduduk kampung yang tinggal di sekitar kampung tersebut yang berkumpul dan beraya bersama.
“Kes di Kampung Mat Daling dilaporkan pada 25 Mei lalu dan kita syak bermula dengan kes indeks seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang tidak mempunyai sejarah penyakit.
“Namun wanita itu mula mengalami gejala hilang deria rasa pada 21 Mei lalu dan menjalani ujian saringan di klinik swasta sebelum didapati positif.
“Siasatan lanjut mendapati wanita itu telah pulang ke Kampung Mat Daling antara 11 Mei sehingga 18 Mei lalu dan seramai 47 kontak rapat telah disaring melibatkan ahli keluarga serta penduduk kampung dan hasilnya 10 kes disahkan positif Covid-19 dikesan,” katanya.
Sementara itu katanya, daripada 135 kes baru direkodkan hari ini, sebanyak 122 kes adalah rakyat tempatan, manakala 13 kes membabitkan warganegara asing.
“Jumlah 132 kes itu pula membabitkan jangkitan tempatan, dua kes jangkitan Import B (satu kes dari Terengganu, satu kes dari Perak) dan satu kes adalah di kalangan orang kena tahan (OKT).
“Selain itu, 73 kes diperolehi daripada saringan kluster, 47 kes saringan kontak rapat, 13 kes saringan bergejala dan masing-masing satu kes bagi saringan pekerjaan dan kendiri,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Sebanyak 98 kompaun dikeluarkan, termasuk kepada empat pekerja pasar raya hasil operasi pemantauan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuantan sejak 24 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, empat pekerja di dua pasar raya di sini dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang kerana melanggar SOP, hari ini.
“Hasil pemeriksaan dan pemantauan dijalankan mendapati kakitangan di dua pasar raya terbabit tidak mematuhi SOP kerana gagal menjaga penjarakan fizikal ketika menjalankan tugas,” katanya ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di sekitar bandaraya ini.
Gambar Hiasan
Mohamad Noor berkata, pihaknya tidak akan berkompromi kepada mana-mana pihak yang melanggar SOP dan operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa, berikutan tahap pematuhan SOP dalam kalangan penduduk di daerah ini masih kurang memuaskan.
“Dalam operasi pemantauan yang dijalankan hari ini sebagai contoh, kita dapati masih ada lagi orang awam yang bersikap acuh tidak acuh terhadap peraturan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Presiden Dewan Perniagaan Bumiputra FELDA (DPBF) mahu suntikan vaksinasi segera diberi kepada rakyat agar dapat menurunkan graf jangkitan Covid-19 walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh Fasa 1 yang bermula pada 1 Jun hingga 14 Jun semakin menakutkan.
Presidennya, Mohd Mokhtar Ghazali berkata, walaupun baharu 3 hari, sejak 1 Jun, kes baharu masih tinggi dan membimbangkan, pada 1 Jun kes baharu 7,105; 2 Jun (7,703) dan hari ini 8,209 kes baharu.
Presiden Dewan Perniagaan Bumiputra FELDA (DPBF), Mohd Mokhtar Ghazali.
Katanya, kaedah PKP satu pendekatan yang terbaik tetapi kekerapan perintah kawalan pergerakan diadakan mengakibatkan ada rakyat yang hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga.
“Pemberian vaksin kepada ‘frontliner’ sudah diberi, seharusnya perlu tumpuan kepada mereka yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menyebar wabak seperti pekerja pasaraya, penjaja kecil, pemandu teksi dan e-hailing serta bidang perkhidmatan perlu (essential services) yang dibenarkan beroperasi.
“Kumpulan ini kerap berdepan dengan orang ramai sekaligus akan menyebabkan wabak tersebar dengan kadar sangat cepat sekiranya mereka dijangkiti dan berlaku penyebaran wabak kepada orang lain juga tinggi,” katanya.
Katanya, sehubungan itu, penularan daripada warga asing yang berada dalam negara sangat diragui, mereka perlu diberi vaksin dan tiada yang dikecualikan. Vaksin tersebut berbayar kepada kerajaan Malaysia.
“Sekiranya mereka gagal mengambil vaksin, permit kerja mereka tidak disambung dan tidak dibenarkan berada di Malaysia dan wajar dihantar balik ke negara asal mereka.
“Pemberian vaksinasi seharusnya dipercepatkan dengan bantuan daripada badan tertentu untuk membantu frontliner. Kesedaran terhadap pentingnya vaksinasi harus disebarkan kepada masyarakat terutamanya yang berumur kerana terdapat segelintir daripada menolak vaksin kerana salah fahaman yang disebarkan,” katanya kepada SAHIH.
Katanya, kes baharu hari ini 8209 sangat membimbangkan. Kes kematian semakin meningkat. Untuk memastikan lockdown betul-betul berjaya, tidak seharusnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan begitu banyak sektor beroperasi.
“Kita tidak mahu berlakunya lagi PKP 4, 5 dan 6. Mohon pertimbangkan semula kerana kita baru hari ke 3 total lockdown, mohon semua patuh prosedur operasi standard (SOP).
“Umum mengetahui penjaja kecil, pekebun,,petani dan buruh am mereka hanya bergantung kepada pendapatan harian. Lockdown amat memberi kesan dan tekanan buat mereka,” katanya.
Katanya, sehubungan dengan itu, mohon kerajaan membuat kajian ke atas kelonggaran buat golongan tersebut dengan SOP yang sewajarnya. Mereka bukan seperti kakitangan kerajaan atau swasta yang menerima gaji setiap bulan.
“Semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT, kita semua bersatu hati dalam menangani kesan Covid-19 ini. Tidak kira kaum, agama atau bangsa. Tujuan matlamat kita adalah ke arah membebaskan negara daripada Covid-19, memakmurkan rakyat dan keamanan negara,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JANGAN BUAT SPEKULASI MENGENAI TULISAN ISMAIL SABRI – AZMIN
PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak tidak membuat apa-apa spekulasi berhubung hantaran “saya dah tutup pintu depan tapi…” oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di media sosial semalam.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin berkata, sebagai satu pasukan semua jemaah menteri sentiasa memberi kerjasama dan sokongan bagi menghapuskan penularan Covid-19.
“Siapa yang buat spekulasi? Jangan buat spekulasi. Datuk Seri Ismail Sabri antara ahli jemaah menteri yang diberi peranan penting menguruskan Covid-19.
“Kita ada dua jurucakap, pertama Ismail Sabri untuk isu keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah untuk isu kesihatan,” kata beliau dalam Taklimat Media Mengenai Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 di sini hari ini.
Azmin memberi respons mengenai hantaran dibuat Ismail Sabri yang kemudian mendapat pelbagai reaksi.
Antara reaksi tersebut, ada yang mentafsir ia ada kaitan dengan kebenaran operasi yang diberikan kepada sebahagian besar perkhidmatan perlu dalam sektor perkilangan, meskipun negara kini dalam pelaksanaan total lockdown.
Terdahulu, Ismail Sabri tampil membuat penjelasan dengan memaklumkan tulisan dan gambarnya yang dimuat naik di laman sosial tersebut tidak membawa apa-apa maksud, lapor Utusan Online.
“Saya nak pulang sudah habis kerja, sebab itu tutup pintu,” katanya ringkas dalam sidang akhbar secara maya sempena Pelancaran Pembinaan Hospital Modular Covid-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!