PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh tidak akan ditamatkan esok, menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, Fasa Satu PKP penuh akan diteruskan sehinggalah nilai ambang kurang daripada 4,000 kes, lapor KOSMO online.
Menurutnya, kerajaan juga akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada Isnin atau Selasa depan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PREMIS MAKANAN BOLEH DIBUKA 6 PAGI HINGGA 10 MALAM
KUALA LUMPUR: Premis menjual makanan boleh dibuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata operasi premis kedai makan dan restoran sebelum ini hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam, lapor BH ONLINE.
“Selepas mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PULAU PINANG – Pihak Jabatan PERHILITAN sedang menyiasat aduan awam berkaitan kera yang disyaki diracun di Jalan Bukit Kukus, Hadapan Blok 16, Grand View, Ayer Itam, Pulau Pinang pada 26 Jun 2021.
Siasatan awal mendapati sembilan (9) ekor kera telah mati disyaki terdapat unsur-unsur akibat diracun.
Walau bagaimanapun, jenis racun dan punca kera ini diracun adalah masih dalam siasatan lanjut pihak Jabatan PERHILITAN.
Jabatan PERHILITAN akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 86 (Kezaliman terhadap hidupan liar) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (𝐴𝑘𝑡𝑎 716) kerana Kera (𝐿𝑜𝑛𝑔-𝑡𝑎𝑖𝑙𝑒𝑑 𝑀𝑎𝑐𝑎𝑞𝑢𝑒) merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah [𝐴𝑘𝑡𝑎 716]- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENDUDUK MUKIM HULU TEMBELING SAMBUT BAIK PEMBINAAN ( Foto atas- Sebahagian jalan yang sudah siap dibina)
JERANTUT : Penduduk di kawasan Mukim Hulu Tembeling menyambut baik dan bersyukur dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang projek pembinaan jalan dari Kampung Mat Daling ke Kampung Raja, Dungun, Terengganu yang bakal direalisasikan.
Tiga kampung itu, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling yang berpenduduk seramai kira-kira 3,000 orang bakal mengecapi kemudahan jalan raya serta memberi peluang daripada sudut ekonomi dan sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Mat Daling, Wan Mohd Suhaimi Wan Ishak (60) berkata, penduduk di Mukim Hulu Tembeling seluas kira-kira 420,000 hektar turut meliputi Taman Negara sudah lama menunggu prasarana seperti itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Mat Daling, Wan Mohd Suhaimi Wan Ishak
“Memang kami menunggu lama prasarana ini, selain meningkatkan ekonomi dengan menjual hasil tanaman kami ke Jerantut, masih boleh dipasarkan ke Kampung Raja, Hulu Terengganu yang jarak sejauh kira-kira 52 kilometer (km) berbanding ke bandar Jerantut lebih 100 km.
“Selain itu, kami boleh merapatkan tali persaudaraan kami yang berada di Kampung Raja, Kampung Batu dan beberapa buah kampung lagi, walaupun dekat tetapi jauh,” katanya.
Terdapat kubu Mat Kilau di Kampung Raja, antara sebahagian laluan Mat Kilau.
Katanya, projek jalan antara Kampung Tuit ke Kampung Pagi sudah disiapkan, malah jalan ke Kampung Kuala Sat turut boleh digunakan termasuk jalan ke Kampung Bantal.
“Hanya pembinaan sambungan dari Persimpangan Kampung Bantal ke Kampung Raja yang dianggarkan sejauh 52 km. Ini turut memberi kemudahan orang ramai dari arah Jerantut ke Terengganu melalui jalan ini,” katanya.
Pengerusi JKKK Kampung Bantal, Hamdan Ali (50) berkata, sangat gembira kerana menunggu begitu lama pembinaan projek jalan seperti itu selain dapat menghubungkan hubungan adik-beradik di sebelah Kampung Raja.
Pengerusi JKKK Kampung Bantal, Hamdan Ali
“Emak saya orang Kg Raja, bapa orang Kg Bantal, kami pernah berjalan kaki sekeluarga menziarah keluarga di sana mengambil masa 4 malam, berhenti berkelah, berkhemah dan memasak semasa dalam perjalanan dan menempuh laluan berbukit dan lurah serta menikmati pemandangan sungai yang cantik.
“Saya masih ingat, kami singgah di Bukit Mandi Angin, tempat persinggahan orang berehat di kawasan sempadan negeri ketika saya berusia 18 tahun… kalau tak silap pada tahun 1988,” katanya.
Peta Jerantut dan Dungun, laluan Kg Mat Daling -Kg Raja yang bakal dibina
Katanya, sudut ekonomi bakal memberi tempias kepada penduduk di Mukim Hulu Tembeling serta nilai hartanah akan melonjak naik, serta besar kemungkinan pelaburan dari sudut pembinaan resort bagi penggemar untuk menikmati alam sekitar dalam perjalanan ke Kg Raja.
“Selain itu, setelah melihat pelan jajaran jalan yang bakal dibina, pembinaan jalan itu jauh daripada sungai bagi mengelakkan pencemaran sungai dan alam sekitar,” katanya.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata , projek Jalan Hulu Tembeling – Pasir Raja yang yang tertangguh sejak beberapa tahun lalu, kini di peringkat perolehan sebelum dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.
“Status pelaksanaan jalan luar bandar dari Kampung Mat Daling, Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, Terengganu sepanjang 52.55 kilometer itu dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).
“Jalan itu sebahagian daripada projek sambungan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) melibatkan laluan dua lorong (single carriageway) dengan lebar 6.5 meter dan berturap serta melibatkan pembinaan 12 buah jambatan,” katanya baru-baru ini.
Wan Rosdy berharap pembinaan jalan itu dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan untuk manfaat rakyat.-Sahih.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LEBIH RM6 JUTA DADAH DIRAMPAS DALAM BENTLEY DI SJR GOPENG
POH: Polis merampas dadah seberat 128.78kg yang bernilai RM6.439 juta, apabila dua lelaki tempatan ditahan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gopeng di sini, Rabu lepas.
Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, kedua-dua suspek berumur 41 dan 47 tahun yang menaiki kereta mewah jenis Bentley berada dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan menemui dadah jenis Methamphetamine seberat 122.5kg dalam 117 bungkusan teh Cina di ruang penyimpanan barang di bahagian belakang kenderaan itu yang telah diubah suai.
“Pemeriksaan lanjut turut menemui enam lagi bungkusan teh Cina yang mengandungi 6.28kg dadah jenis Methamphetamine di ruang penyimpanan tayar tambahan di bahagian belakang kereta berkenaan.
“Turut disita wang tunai bernilai RM3,390,” katanya pada sidang media di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek mempunyai surat kebenaran merentas negeri yang tamat tempoh, atas alasan mempunyai urusan perniagaan.
Katanya, hasil ujian saringan air kencing pula mendapati suspek berumur 41 tahun positif dadah jenis Methamphetamine, manakala lelaki berumur 47 tahun itu mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.
“Semua dadah yang dirampas itu dipercayai untuk pasaran di sekitar utara Semenanjung.”
Beliau berkata, dua suspek yang berasal dari Johor itu direman tujuh hari sehingga 30 Jun ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-Bernama.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PKP PENUH DITERUSKAN HINGGA KES HARIAN BAWAH 4,000 KES- MUHYIDDIN
LEBIH BANYAK BANTUAN AKAN DIUMUMKAN PADA ISNIN DAN SELASA INI.
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh atau “total lockdown” akan diteruskan sehingga jangkitan harian di bawah 4,000 kes.
Muhyiddin sebagai berkata, PKP penuh tidak akan berakhir esok dan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara akan diteruskan, dipetik BERNAMA.
PKP penuh sepatutnya berakhir esok, selepas dilanjutkan dua minggu sejak dimulakan 1 Jun lalu.
Susulan lanjutan “lockdown” yang tidak tahu sehingga bila itu, Muhyiddin berkata, Putrajaya akan mengumumkan lebih banyak bantuan, sama ada esok atau Selasa ini.
Katanya, langkah bantuan itu akan ditujukan kepada semua kumpulan masyarakat.
Pada 31 Mei lalu, Muhyiddin mengumumkan pakej bantuan PEMERKASA Tambahan berjumlah RM40 bilion, termasuk RM5 bilion dalam bentuk suntikan fiskal langsung.
Tetapi, ramai mengkritik pakej bantuan itu tidak mencukupi untuk membantu rakyat dan perniagaan ketika PKP penuh.
Ia disusuli pengumuman oleh Muhyiddin mengenai Pelan Pemulihan Negara yang terdiri daripada empat fasa.
Katanya, kerajaan akan menimbangkan peralihan daripada Fasa I ke Fasa II apabila purata kes harian berkurangan sehingga ke bawah 4,000 kes, sistem kesihatan awam tidak lagi di tahap kritikal dan 10 peratus penduduk lengkap dua dos vaksin.
Negara akan beralih ke Fasa III jika purata kes harian turun ke bawah 2,000 kes, sistem kesihatan awam di tahap selesa dengan kadar penggunaan katil ICU di paras mencukupi dan 40 peratus penduduk lengkap dua dos vaksin.
Manakala semua sektor akan dibenarkan dibuka di bawah Fasa IV apabila purata kes harian Covid-19 berkurangan kepada 500 kes ke bawah dan 60 peratus penduduk lengkap dos suntikan vaksin.
Jumlah jangkitan harian Covid-19 terus kekal sekitar 5,000 ke sejak seminggu lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ORANG RAMAI JANGAN PANIK, KEPERLUAN HARIAN MENCUKUPI DI JERANTUT
EKORAN 64 TAMAN PERUMAHAN DAN PENEMPATAN DIKENAKAN PKPD DI JERANTUT
JERANTUT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Koperasi (KPDNHEP) Cawangan Jerantut memberi jaminan bekalan barang keperluan asas bagi daerah Jerantut yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 28 Jun hingga 11 Julai 2021 adalah mencukupi.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah berkata, orang ramai di daerah Jerantut jangan melakukan pembelian panik kerana bekalan barangan harian mencukupi.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah
“Diharap orang ramai membeli mengikut keperluan masing-masing dan sentiasa boleh mendapatkan bekalan keperluan harian.
“PKPD dikenakan di daerah ini dengan melibatkan 64 taman perumahan dan penempatan ekoran kes penularan wabak ini meningkat, bermula 28 Jun hingga 11 Julai, ”katanya.
Katanya, peniaga diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan seperti mengaut keuntungan tidak munasabah dengan menaikkan harga, mempamerkan harga mengelirukan, menyorok barang kawalan serta menipu timbangan semasa PKPD.
Sementara itu, Ketua Cawangan Abdul Mubin bin Ahmad berkata, bekalan barangan juga mudah diperoleh di seluruh pasaraya, pasar Mini, pasar Tani dan kedai kedai runcit kecil kerana premis-premis tersebut beroperasi seperti biasa.
“Bekalan barangan di peringkat pemborong, pengilang dan peruncit adalah mencukupi, stabil dan berupaya menampung permintaan semasa. Pengguna tidak perlu risau kerana semua pasar raya dan premis peruncitan masih dibuka dan beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan kerajaan.
“Bagaimanapun KPDNHEP menggalakkan pihak peniaga, pasar raya dan peruncit supaya melakukan kawalan kendiri dengan menentukan had kuantiti dan jualan barangan yang bersesuaian bagi individu atau keluarga dalam memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan hanya membenarkan seorang sahaja wakil keluarga untuk membeli barangan keperluan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai dinasihatkan jangan membeli secara panik, bekalan keperluan harian mencukupi.
KPDNHEP Jerantut sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan secara harian di premis perniagaan meliputi peruncit dan pemborong bagi memastikan bekalan barangan mencukupi selain pematuhan peraturan dalam kalangan peniaga.
“Sebarang aduan atau pertanyaan mengenai bekalan keperluan asas, harga barangan dan perkhidmatan berkaitan yang lain bolehlah menghubungi Bilik Gerakan KPDNHEP Cawangan Jerantut di talian 09-2601374.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Polis membuka tiga kertas siasatan terhadap lelaki yang memuat naik video ‘Racist In Vaccine Malaysia’ berhubung pemberian vaksin sehingga tular dalam laman sosial Facebook.
Video berdurasi lapan minit 54 saat yang dimuat naik dalam pemilik akaun Ganesparan Nadaraja itu turut menerima 550 reaksi, 247 komen, 365 kongsi dan 10 ribu tontonan.
Lelaki itu mendakwa vaksin berkualiti rendah dan tidak berkesan jenama Sinovac dari China diberikan kepada golongan bukan Islam manakala vaksin berkualiti tinggi iaitu Pfizer untuk orang Islam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihaknya membuka tiga kertas siasatan terhadap kenyataan yang cenderung menghasut, berbaur perkauman dan bersikap jelik sehingga boleh menyebabkan kegentaran awam.
Katanya, siasatan bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Malah sejak 2018 sehingga kini, sebanyak 18 kertas siasatan dibuka terhadap suspek di bawah Akta Hasutan 1948 dan kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan iaitu Seksyen 298A, Seksyen 500, Sekyen 504 dan Seksyen 505 (b), lapor Utusan Online
“Siasatan dijalankan turut selari dengan peruntukan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, menurut Abd. Jalil, pihaknya komited dalam usaha mengesan suspek dipercayai berada di Jerman.
Ujarnya, semakan dengan Jabatan Imigresen mendapati pergerakan keluar terakhir suspek pada 2 November 2017 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
“Malah, status pasport miliknya telah dibatalkan pada 25 November tahun lalu.
“Justeru, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat bagi mengesan suspek untuk tampil membantu siasatan,” ujar beliau.
Abd. Jalil turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka dan cakna dengan inisiatif vaksinasi yang dilaksanakan serta tidak terpengaruh dengan berita tidak dipastikan kesahihah sumbernya.
Tambahnya, polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman awam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAKYAT MALAYSIA DITEMUI MATI DALAM KERETA DI THAILAND
PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan Malaysia ditemui mati dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran sebuah kuil di Bang Phli di wilayah Samut Prakan Jumaat lalu.
Mengikut laporan Bernama, Timbalan ketua penyiasat balai polis Bang Phli Pol, Kapten Pongnarin Nontanok berkata, mayat lelaki berusia 43 tahun itu dijumpai di tempat duduk pemandu dengan keadaan enjin masih hidup.
Menurut beliau, penduduk tempatan menghubungi polis pada petang Jumaat dan pemeriksaan dalam kereta menjumpai arang yang sudah terbakar.
“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut beliau, isteri mangsa membuat laporan di balai polis Bang Phli pada Jumaat lalu susulan kehilangan suaminya itu.
Media tempatan melaporkan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sekurang-kurangnya tujuh atau lapan jam sebelum mayatnya ditemui, lapor Utusan Online.
Penduduk tempatan menghubungi polis selepas mendapati kereta itu berada di kawasan tempat letak kereta berhampiran kuil berkenaan sejak malam Khamis.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENIAGA TAWAR DURIAN PERCUMA JIKA TIDAK MAMPU BELI
KUANTAN: “Jika ada yang teringin nak makan durian tapi tidak mampu, datang dan bagi tahu saya, saya ikhlas sedekahkan sebiji dua untuk mereka,” demikian kata peniaga durian, Azizon Awang ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau yang sudah berniaga raja buah itu kira-kira 10 tahun lalu, mengakui wabak COVID-19 sangat memberi kesan kepada ramai orang, termasuk peniaga kecil-kecilan sepertinya.
Azizon Awang-peniaga Durian
“Sekurang-kurangnya saya masih ada sedikit modal untuk meneruskan perniagaan ini. Saya tahu ramai yang kehilangan sumber pendapatan, kehilangan kerja dan berdepan tekanan dari segi kewangan sejak penyakit ini (COVID-19) dikesan.
“Tidak mengapalah, kalau ada yang memang tidak mampu dan rasa nak makan durian, datang jumpa saya, saya sedekah untuk mereka,” katanya.
Azizon yang berusia 45 tahun, kini membuka gerai durian di tepi laluan utama Jalan Tanjung Lumpur-Kempadang, dekat sini.
Beliau dibantu rakannya dan memulakan perniagaan pukul 3 petang hingga 7 malam, setiap hari.
Ketika ditanya mengenai bekalan durian diperolehnya, Azizon berkata, semua durian itu dihantar oleh pembekal dari Segamat, Johor.
“Saya sudah lama berurusan dengan dia (pembekal), sebelum ini saya berniaga di perkarangan Serambi Teruntum sebelum berpindah ke sini.
“Bekalan durian biasanya sampai sekitar pukul 2 petang, jadi saya mula menjual pukul 3 petang dan boleh dikatakan sebelum pukul 7 petang, semuanya sudah habis,” katanya.
Antara jenis durian dijual beliau ialah Musang King, Udang Merah, IOI dan durian kampung.
Selain itu, durian yang sesuai dijadikan tempoyak juga turut dijual di gerai miliknya pada harga yang sangat berpatutan, bermula RM6 sekilogram.
Sementara itu, seorang pelanggan yang ditemui, Azri Zainal berkata, usaha dilakukan Azizon dengan menawarkan durian percuma kepada mereka yang tidak mampu, patut mendapat pujian dan dicontohi peniaga lain.
Azri Zainal- Pelanggan
“Memang kita tidak boleh nafikan ramai yang terkesan sejak COVID-19, jadi apabila ada peniaga seperti beliau yang sungguh bertimbang rasa, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang tidak mampu membeli, tetap boleh menikmati durian.
“Harga ditawarkan juga sangat berpatutan dan saya harap beliau terus berjaya dan boleh berniaga setiap kali musim durian,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!