PETALING JAYA – Seluruh negara bakal beralih ke Fasa Kedua pada awal Ogos depan seperti lapan negeri lain.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu boleh dicapai susulan prestasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan kadar vaksinasi lengkap kini telah melepasi nilai ambang (threshold) 10 peratus yang ditetapkan untuk beralih dari Fasa satu ke Fasa Dua, lapor KOSMO online
“Perkembangan ini memberi gambaran bahawa negara berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai imuniti kelompok.
“Indikator ini sejajar dengan perancangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menjangkakan kadar vaksinasi akan mencapai 10 peratus populasi pada akhir bulan Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, lapan negeri iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak telah berada di Fasa kedua setelah melepasi nilai ambang ketiga-tiga indikator utama yang ditetapkan di bawah PPN.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PROGRAM MOVAK BANTU PENGAMAL MEDIA, PENDUDUK TERIMA VAKSIN LEBIH CEPAT
MARAN: Pelancaran Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) berjaya mempercepatkan proses vaksinasi penduduk luar bandar dan pengamal media di Pahang.
Inisiatif MOVAK melalui kerjasama pintar antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Perpaduan Negara itu juga dapat membantu pengusaha bas yang kehilangan punca pendapatan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, melalui program MOVAK itu juga, petugas dari Kementerian berkenaan dapat turun padang dan melihat sendiri situasi di kawasan luar bandar serta merangka pendekatan bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan lebih cepat.
“Sudah tentu program seperti ini sangat membantu memudahkan orang ramai, terutamanya penduduk luar bandar yang mempunyai masalah seperti pengangkutan untuk ke tempat pemberian vaksin”
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib..
“Jadi, apabila ada bas MOVAK yang sudah diubah suai ini, mudahlah untuk kita memberikan vaksin kepada lebih ramai penduduk di negara ini,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke pusat pemberian vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Kuala Wau, dekat sini, hari ini.
Beliau turut melancarkan program MOVAK di klinik berkenaan.
Seramai 400 penduduk sekitar Kampung Kuala Wau dan kawasan sekitar menerima dos pertama vaksin mereka hari ini.
Turut menerima vaksin jenis Sinovac di PPV berkenaan ialah 11 pengamal media negeri Pahang.
Ismail turut berterima kasih kepada semua pengamal media yang tetap menjalankan tugad mereka, walaupun belum menerima suntikan vaksin sebelum ini.
“Saya harap selepas ini, mereka (pengamal media) lebih yakin untuk meneruskan tugas dengan komited dan sepatutnya mereka menerima lebih awal (vaksin) kerana tugas sebagai media juga adalah seperti frontliner yang lain,” katanya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DADAH BERNILAI RM1.47 JUTA DIRAMPAS DAN SITAAN DIANGGARKAN RM1.25 JUTA
TIGA LELAKI DAN SEORANG WANITA TURUT DITAHAN DALAM SERBUAN RAMPASAN DADAH DAN KESALAHAN SENJATA API
GEORGE TOWN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang telah berjaya menangkap tiga lelaki dan seorang wanita serta merampas sepucuk senjata api bersama satu kelopak berisi 13 butir peluru dan dadah jenis Syabu dan Heroin di sekitar Seberang Jaya dan Seberang Perai Selatan Pulau Pinang, hari ini.
Nilai rampasan keseluruhan rampasan dadah tersebut bernilai RM1.47 juta yang boleh digunakan untuk 404,500 orang penagih, manakal nilai keseluruhan sitaan dianggarkan bernilai RM1.25 juta.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjat api (Penalti lebih berat)1971 yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan tidak kurang 6 kali.
“Perbuatan itu turut disiasat di bawah Sekyen 8 (a) Akta Senjata 1960 membawa hukuman penjara sehingga 7 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, “ katanya dalam sidang media yang diadakan.
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang telah berjaya menangkap tiga lelaki dan seorang wanita serta merampas sepucuk senjata api bersama satu kelopak berisi 13 butir peluru dan dadah jenis Syabu dan Heroin di sekitar Seberang Jaya dan Seberang Perai Selatan Pulau Pinang, hari ini.-Foto PDRM Pulau Pinang.
Katanya, kes juga disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori atau pemenjaraan seumur hidup dan jika tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada 15 sebatan.
“Polis Diraja Malaysia khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang akan terus memastikan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah dapat dibanteras habis-habisan,” katanya.-SAHIH.
Sumber – PDRM Pulau Pinang
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MAKMUR GOLD NAFI TAWAR SKIM PELABURAN EMAS TIDAK MASUK AKAL KEPADA PELANGGAN
KUANTAN: “Kami tidak pernah dan tidak ada kaitan langsung dengan syarikat menawarkan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan tidak masuk akal,” demikian tegas Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood.
Beliau mengakui sangat kecewa dengan tindakan syarikat yang beroperasi di Temerloh itu, menggunakan nama Makmur Gold bagi mengaburi mata pelabur mereka.
Sambil menyifatkan tindakan itu mencemarkan imej dan reputasi dibina Makmur Gold sejak kira-kira 10 tahun lalu, beliau turut memberi gambaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemilik syarikat terbabit.
“Perkara ini sedang dalam pertimbangan peguam kami dan kita tidak menolak kemungkinan untuk membawa kes ini ke mahkamah dengan mengemukakan saman terhadap mereka.
“Makmur Gold sudah mempunyai reputasi yang baik dan berjaya membina keyakinan terhadap kualiti produk emas dihasilkan dalam kalangan pelanggan kami di Pantai Timur Semenanjung, selain rangkaian rakan niaga di seluruh negara ketika ini.
“Perbuatan syarikat berkenaan menyebarkan melalui media sosial kononnya mempunyai kolaborasi bersama kami dalam skim (pelaburan emas) itu, secara tidak langsung menimbulkan persepsi tidak baik terhadap imej dan kredibiliti Makmur Gold secara amnya,” katanya.
Mohd Faizuddin turut memaklumkan satu laporan polis terhadap pemilik syarikat berkenaan juga sudah dibuat di Balai Polis Kuantan, pagi Ahad lalu.
Katanya, pihaknya berharap pihak berkuasa boleh mengambil tindakan segera bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa skim berkenaan.
“Saya ingin menasihatkan kepada orang ramai di luar sana supaya lebih berhati-hati jika menerima sebarang tawaran pelaburan emas yang menjanjikan bulan dan bintang.
“Sekiranya ada pihak mendekati anda dan mendakwa skim ditawarkan itu mempunyai kaitan dgn Makmur Gold, sila dapatkan pengesahan dengan menghubungi kami terlebih dahulu bagi tujuan semakan.
“Kita tidak pernah menawarkan (skim) pelaburan yang menjanjikan pulangan sehingga 25 peratus (keuntungan) setiap bulan, ia adalah kadar yang sangat tidak logik dan mengelirukan.
“Buat masa ini, Makmur Gold hanya menyediakan pelaburan yang sah dengan nilai pulangan 18 peratus setahun sahaja, itu adalah jumlah tertinggi ditawarkan kepada kira-kira 200,000 ahli kami,” katanya.
Difahamkan, syarikat menawarkan skim itu mula beroperasi kira-kira tujuh bulan lalu di sebuah premis di bandar Temerloh dan pihak Makmur Gold hanya menyedari nama mereka digunakan kira-kira dua minggu lalu, selepas menerima laporan daripada seorang pelanggan yang mendakwa sudah melabur dalam skim berkenaan. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ANAK PDPR, SAMBIL MAIN ATAS TALIAN, DUIT RM2,600 HABIS.
GUA MUSANG: Semasa anak-anak sedang belajar secara atas talian (PDPR), mereka turut mengambil peluang bermain permainan atas talian (online games).
Bukan itu sahaja, mereka turut membeli aplikasi permainan melalui akaun ibunya tanpa disedari. Setelah ibunya sedar, akaun hanya berbaki RM2.00 sahaja.
Bila menyemak melalui e-mel, terdapat transaksi membeli aplikasi permainan berjumlah RM2,600. Menghairankan tiada maklumat berkaitan kod akses transaksi (TAC)
Semoga ibu-bapa memantau anak masing-masing ketika menggunakan telefon bimbit masing-masing agar tidak disalah-gunakan.-SAHIH.
Dipetik dari fb Nor Liyana Abdullah…
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Selain berlaku lambakan durian dan ikan sangkar, manisan madu yang dihasilkan oleh serangga lebah yang bersarang di puncak pohon Tualang (Koompassia excelsa) turut tidak dapat dipasarkan seperti sebelum ini.
Sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kebanyakan penjual madu lebah turut mengeluh kerana manisan itu tidak laku di pasaran.
Seorang penjual madu, di Hulu Tembeling, Jerantut, Masri Muhamad, 38, dalam tempoh PKP ini cukup sukar untuk mendapatkan pelanggan.
Masri Muhammad (gambar kecil) menunjukkan madu yang sudah diproses
“Sejak penguatkuasaan PKP awal tahun ini malahan sebelum ini pun, saya tidak mampu membawa keluar madu lebah Tualang memasarkan di bandar Jerantut atau luar daerah lantaran larangan sekatan rentas ke luar lagipun jarak kampung ini agak jauh ke bandar.
“Sebelum ini, madu lebah Tualang amat laris walaupun agak mahal kerana manisan yang dihasilkan oleh lebah liar hutan tarikan Taman Negara dan Hulu Tembeling cukup berkualiti serta sangat popular dalam kalangan orang luar untuk tujuan makanan kesihatan dan perubatan,” katanya di Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling, dekat sini hari ini.
Katanya, sebelum penguatkuasaan PKP sejak tahun lalu madu lebah Tualang memang mampu terjual dalam kalangan pengunjung luar daerah dan negeri lain yang datang ke pusat peranginan Kampung Kuala Sat yang membeli untuk dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke rumah.
“Ketika ini ketiadaan pengunjung ke kampung ini, madu lebah ini tersimpan dalam almari kerana tidak laku dipasarkan keluar, selain itu penduduk di sini merupakan pencari manisan ini di pokok Tualang yang banyak terdapat di hutan tropika berdekatan kampung ini,” katanya.
“Sekiranya, ada orang luar yang membuat tempahan secara penghantaran dan bayar (COD) pun tidak berbaloi kerana saya terpaksa ke bandar Jerantut yang terletak 100 kilometer dengan kampung ini untuk membuat pos ekpress melibatkan banyak belanja termasuk tambang bot penambang,” katanya.
Pohon tualang setinggi antara 70 hingga 80 meter
Kata bapa kepada empat orang anak itu berkata, tugas mencari madu lebah di puncak Tualang setinggi antara 70 hingga 80 meter bukanlah satu kerja mudah malah terpaksa mempunyai risiko memanjat pohon tinggi itu untuk mengambil madu di sarang memakan masa hampir lima jam.
Masri yang juga antara pengusaha bot penambang di pusat peranginan Kampung Kuala Sat berkata, kebiasaannya dia menemui antara dua hingga tiga sarang labah di sebatang pokok Tualang dan memperolehi manisan dalam anggaran seberat kira-kira 30 kilogram.
“Kerja ini dilakukan pada waktu malam dengan dibantu beberapa orang rakan, sudah menjadi kelaziman penduduk di sini demi untuk memperoleh rezeki hidup di pedalaman kampung Hulu Tembeling.
“Saya memproses manisan ini dengan cermat dengan diisi ke dalam botol untuk dijual dengan harga RM100 seberat 450 gram,”katanya.
Orang ramai yang ingin mendapatkan madu lebah asli Tualang Hulu Tembeling boleh menghubungi Masri Muhamad menerusi talian 019-203 5972.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU – Video memaparkan seorang wanita bertindak menyelinap keluar dari dawai berduri yang dipasang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Bandaran Berjaya, di sini, tular sejak pagi Selasa.
Video berdurasi 31 saat yang tular melalui aplikasi TikTok itu memaparkan seorang wanita berbaju putih dan berseluar jean menyusup keluar dari celah dawai berduri untuk melarikan diri ke arah bangunan berhampiran.
Dipercayai video itu dirakam kira-kira jam 8.30 malam Isnin oleh seorang lelaki yang berada di salah sebuah bangunan di dalam kawasan PKPD itu, lapor SINAR HARIAN.
Kawasan berkenaan adalah antara yang dikenakan PKPD bermula Isnin hingga 25 Julai depan.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu selepas rakaman itu tular di media sosial.
Katanya, pihak polis sedang mengesan wanita terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.
“Kita nasihatkan kepada orang ramai yang berada di kawasan PKPD supaya terus mematuhi undang-undang ditetapkan.
“Ia bukan saja membahayakan diri masing-masing tetapi juga boleh dikenakan tindakan tegas kerana melakukan kesalahan melanggar perintah PKPD,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menerima aduan berhubung rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan beberapa kenderaan terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Hubungan Timur Barat bersebelahan Depoh Simpanan Kenderaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dari arah Cheras menghala ke pusat bandar.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, hasil semakan mendapati sejak 1 Januari hingga hari ini, terdapat 28 kemalangan berlaku di lokasi itu.
“Beberapa faktor dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada kemalangan itu antaranya permukaan jalan licin selepas hujan, bentuk jalan berselekoh dan sikap pengguna jalan raya yang memandu melebihi kelajuan ditetapkan hingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan lalu terbabas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, JSPT Kuala Lumpur akan membuat siasatan dan pemantauan yang kerap di lokasi itu bagi mengelakkan sebarang unsur sabotaj yang boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya, lapor HM online
Katanya, pengguna jalan raya yang melalui lokasi itu juga diminta berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan berlaku.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Terdapat keluarga jiran datang melawat pesakit ini yang hanya terbaring di rumah setelah semakin tenat selain siasatan mendapati ada anaknya pulang dari Johor untuk menziarah.
kes indeks kluster ini merupakan seorang lelaki tempatan berumur 77 tahun yang ada sejarah penyakit darah tinggi dan masalah jantung itu diziarahi anak-anaknya dari luar Pahang.
Individu tersebut mula menunjukkan gejala sejak 29 Jun sebelum disahkan positif Covid-19 pada 3 Julai sebelum seramai 29 kes baharu wabak itu direkodkan di skim tanah berkenaan.
Semalam, beliau memaklumkan PKPD melibatkan Felda Lembah Klau di Mukim Gali, Daerah Raub di negeri itu dan Felda Maokil, Daerah Muar, Johor mulai esok sehingga 27 Julai ini.
Turut dilaksanakan PKPD serentak bermula lusa ini ialah dua lokaliti di Sabah iaitu PPR Lintas Sibuga, Bahagian Sandakan serta Kampung Telaga dan Kampung Pituru, Bahagian Kudat.
“Bagaimanapun, dua lagi lokaliti yang sudah dikenakan PKPD di Bahagian Tawau negeri itu akan ditamatkan antaranya Kampung Balung Cocos,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sementara baki satu lagi lokaliti ujar beliau, iaitu di Kampung Jaya Baru, Daerah Kunak sudah pun berakhir PKPD pada hari ini iaitu lima hari jauh lebih awal daripada yang dijadualkan.
Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula, Ismail Sabri memaklumkan, hanya dua lokaliti yang dikenakan PKPD juga akan tamat esok iaitu PPR Pantai Ria dan Taman Bukit Angkasa.
Tidak ketinggalan turut berakhir esok ialah Kampung Kubang Jela, Manir di Daerah Kuala Terengganu, Terengganu selepas genap tempoh 14 hari dikenakan PKPD sejak 1 Julai lepas.
Namun PKPD di Taman Merbau Utama, Mukim Bukit Jawa, Selinsing, Jajahan Pasir Puteh, Kelantan ditamatkan empat hari lebih awal iaitu esok setelah dilaksanakan sejak 21 Jun lalu-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jeli, Kelantan: Kanak-kanak lelaki maut selepas diseret seekor lembu sejauh 50 meter dalam kejadian di Kampung Rahmat, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian 6.40 petang itu, bapa mangsa berusia 29 tahun dikatakan pergi ke lokasi kejadian bersama anaknya berusia enam tahun untuk membawa pulang lembu peliharaannya ke rumah.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, selepas bapa mangsa melepaskan ikatan lembu berkenaan, secara tiba-tiba tali lembu berkenaan terbelit di kaki anaknya.
“Bapa mangsa cuba membuka belitan tali di kaki mangsa sebelum lembu terbabit terkejut dan melarikan diri dengan mengheret kanak-kanak itu sejauh 50 meter.
“Selepas bapa mangsa berjaya melepaskan ikatan di kaki anaknya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, berdasarkan siasatan, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat diseret sejauh 50 meter, lapor HM online
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat pendarahan dalaman dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!