BENTONG: Lima buah kenderaan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya termasuk sebuah kenderaan Jabatan Penjara Malaysia di KM 15, Jalan Felda Mempaga-Chinta Manis, dekat sini, pada jam 5.30 pagi, hari ini.
Empat kenderaan terbabas apabila tiba di tempat kejadian dipercayai licin kerana ada tumpahan minyak diesel, manakala sebuah kenderaaan terkena percikan api di atas jalan raya terus menyambar sebuah kereta.
Anggota Bomba memadamkan kebakaran dan membersihkan jalan di tempat kejadian.-Foto PDRM.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, DSP Mohd Shahril Ab Rahman berkata, dalam kemalangan tersebut sebuah kenderaan terabakar berpunca daripada percikan api.
“Seorang pemandu berusia 44 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan siku kanannya dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan susulan.
Empat kenderaan yang terbabas di tempat kejadian di KM15, Jalan Felda mempaga-Chinta Manis, hari ini
“Pemandu dan penumpang kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) APJ 1987,” katanya.
Katanya, pihak polis memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil untuk membantu siasatan.
“Orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan kenderan dipandu dengan selamat,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
UMNO TUNJANG PERJUANGAN ORANG MELAYU DAN ISLAM – TENGKU AZLAN ISTIHAR TINGGALKAN BERSATU SERTAI UMNO
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Mu’Muazzam Shah atau lebih di kenali dengan panggilan Ku Lan telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti Bersatu dan menyertai UMNO.
Beliau juga mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ketua BERSATU Bahagian Temerloh berkuatkuasa serta merta. Pengumuman beliau itu di saksikan oleh YAB Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail di Kuala Lumpur hari ini.
“Saya membuat keputusan untuk memilih kembali ke pangkuan parti UMNO yang begitu lama saya sertai sebelum ini kerana saya yakin dan percaya parti UMNO merupakan sebuah parti yang menjadi tunjang kepada perjuangan orang Melayu dan Islam”.
“Saya menyokong penuh pendirian YAB Menteri Besar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang dalam isu perlembagaan baru-baru ini yang mana telah menimbulkan kesan dikalangan rakyat negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita mesti mempertahankan perlembagaan negara tanpa mengira fahaman politik”.
“Kiita seharusnya mendokong Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan berdasarkan apa yang telah termaktub dalam Rukun Negara. Sesungguhnya Perlembagaan Negara adalah sebuah institusi tertinggi dalam negara kita” , kata YAM Tengku Azlan Sultan Abu Bakar .
Tengku Azlan merupakan juga adinda kepada Almarhum Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Jerantut selama tiga penggal dari 1999 hingga 2013 dan Timbalan Menteri Pengangkutan dari 2004 hingga 2008.
Beliau telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang dan memilih untuk menjadi ahli UMNO Bahagian Paya Besar.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TIDAK PERNAH TERIMA PERMOHONAN TAMAN TEMA BAHARU DI CAMERON HIGHLANDS
KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak pernah menerima permohonan rasmi daripada mana-mana pihak untuk membina taman tema baharu di tanah tinggi Cameron Highlands setakat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, tiada isu dalam perkara ini memandangkan tiada apa-apa kelulusan diberikan kerajaan negeri setakat ini.
Datuk Seri Mohd. Sharkar berkata, walaupun ia adalah tanah persendirian namun pelaksanaan projek taman tema perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Daerah yang perlu melihat keseluruhan aspek.
“Tambahan pula katanya, Pahang telah memiliki dua taman tema iaitu di Genting Highlands dan Bukit Gambang Resorts.
” Namun sekiranya menerima permohonan ia akan terlebih dahulu dilakukan kajian terperinci dalam memastikan kawasan peranginan yang mempunyai kira-kira 40,000 penduduk itu tidak terjejas.
“Permohonan perlu dibuat kepada Majlis Daerah kerana ia melibatkan orang ramai, ia juga merupakan pembangunan yang baru dan ketiganya dia mesti mendapat kesesuaian tempat dan lokasi,” katanya selepas melancarkan Program Latihan Reskilling Untuk Industri Pelancongan anjuran Pejabat Tourism Pahang dan TNB-ILSAS di sini, hari ini.
Katanya, kelulusan taman tema itu turut mengambil kira aspek alam sekitar, kesesakan lalu lintas dan keperluan serta kesan positif dan keuntungan yang diperoleh tanah tinggi itu sekiranya taman tema dibina.
Sebelum ini Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan destinasi pelancongan bertaraf dunia yang baharu di Malaysia, ESCAPE Cameron Highlands, akan menjadi permulaan kepada kebangkitan semula industri pelancongan domestik yang terjejas teruk selepas negara dilanda pandemik COVID-19 sejak tahun lepas.
Projek unik itu memperkenal jenama bertaraf dunia yang seratus peratus dari Malaysia dan diilhamkan oleh syarikat yang ditubuhkan di negara ini iaitu Sim Leisure Group, yang telah membina beberapa taman terbaik di seluruh dunia.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian penyelam berserta balang oksigen ditemui terapung oleh nelayan tempatan di kira-kira 8.7 batu nautika barat daya Sungai Besar petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Selangor Mohd Rosli Kassim berkata, mayat itu ditemui kira-kira pukul 3 petang, sebelum nelayan terbabit menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memaklumkan penemuan tersebut, lapor Bernama.
Katanya pasukan mencari dan menyelamat APPM berserta bot Pasukan Polis Marin bertindak ke lokasi kejadian bagi mengesan mayat berkenaan dan ditemui terapung sekitar jam 6 petang.
“Pasukan Polis Marin telah membawa mayat ke jeti Nelayan Sungai Besar pada jam 9 malam sebelum dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk proses pengecaman,” katanya.
Mohd Rosli berkata, penemuan mayat berkenaan mempunyai kaitan dengan insiden kehilangan seorang penyelam di perairan Sungai Besar pada 3 Ogos lalu.
Dalam kejadian itu, seorang penyelam Calvin Patrick Lazaroo, 27, dipercayai melakukan selaman bersama tiga rakan yang lain bagi tujuan mengikat tali pada bot karam sebelum mangsa hilang lebih kurang jam 10.30 pagi dan tidak timbul ke permukaan air di perairan Sungai Besar, Selangor.
Pencarian telah dilakukan di sekitar perairan Sungai Besar melibatkan dua aset APMM, satu aset dari Tentera Laut Diraja Malaysia, dua aset dari Pasukan Polis Marin serta komuniti nelayan, manakala pencarian melalui udara dilakukan oleh pesawat dari APMM dan polis.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEKTOR PELANCONGAN PAHANG BAKAL DIBUKA , SEDANG RANGKA KAEDAH SESUAI
KUANTAN: Tourism Pahang menjangkakan sektor pelancongan di Pahang boleh dibuka dalam tempoh dua minggu lagi selari dengan fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebagaimana diumumkan oleh kerajaan pusat baru-baru ini.
Pembukaan itu bagaimanapun hanya meliputi destinasi pelancongan terpilih iaitu lebih 80 peratus penduduknya sudah menerima dua dos vaksin Covid-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata,pihaknya juga sedang meneliti cara terbaik untuk memastikan aktiviti pelancongan yang dijalankan adalah terkawal dan tidak menjadi punca merebaknya pandemik Covid-19.
“Sebagai permulaan, antara lokasi pelancongan yang terlibat ialah Bukit Fraser, Pulau Tioman dan Janda Baik.
“Sebab itu kita nak pastikan bahawa kita betul-betul bersedia dan kaedah sedang dirangka bagi mengawal jumlah kemasukan dalam satu-satu masa.
” Mengenai vaksin dua dos pun kita akan periksa dengan ketat memandangkan zaman canggih sekarang ini, orang boleh menipu dengan membuat kad vaksin klon.
“Semua kaedah ini dirangka bagi mengelakkan berlaku jangkitan Covid-19 sheingga wujud kluster pelancongan,” katanya selepas melancarkan Program Latihan Reskilling Untuk Industri Pelancongan anjuran Pejabat Tourism Pahang dan TNB-ILSAS di sini.
Bagi tujuan itu, TNB-ILSAS memperuntukkan sebanyak RM500,00 kepada 1,000 orang pekerja berkaitan pelancongan bagi melatih kemahiran baru dalam penyuntingan video digital menggunakan rakaman drone dan teknologi realiti maya (VR).-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NELAYAN HILANG DISYAKI JATUH LAUT KETIKA TANGKAP IKAN
KUANTAN: Seorang nelayan tempatan dilaporkan hilang disyaki jatuh laut ketika keluar menangkap ikan di lokasi kira-kira 14 batu nautika timur Gebeng di Kuantan, pada petang semalam.
Kehilangan mangsa, Ishak Muda, 60 tahun disedari tekong setelah bot pukat jerut yang dinaiki mereka sejurus tiba di Jeti Kompleks LKIM Kemunting, di sini.
Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud berkata, susulan maklumat diterima, bot ronda Maritim segera diatur gerak ke titik koordinat aduan bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula jam 4 petang semalam.
Beliau berkata, maklumat keh!langan mangsa turut disalurkan kepada agensi SAHABAT serta komuniti nelayan tempatan bagi membantu pencarian di sekitar lokasi.
“Kehilangan mangsa disedari oleh tekong setelah tiba di jeti pagi semalam dan usaha-usaha mencari mangsa di jeti serta daratan telah dilakukan oleh rakan-rakan kru namun gagal menemui mangsa.
“Mangsa yang kali terakhir dilihat berseluar pendek berwarna gelap dan tidak berbaju itu disyaki telah jatuh laut di lokasi penangkapan ikan.
“Maklumat kehilangan mangsa turut disalurkan kepada agensi sahabat serta komuniti nelayan tempatan bagi membantu pencarian di sekitar lokasi.
“SAR hari pertama ditangguhkan sekitar jam 7.30 malam semalam berikutan cuaca gelap menyukarkan penglihatan dan disambung pada 7 pagi ini dengan keluasan sektor pencarian sasaran merangkumi 35 batu nautika persegi,” katanya.
Sebarang maklumat berkaitan kejadian kecemasan kegiatan jenayah atau di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TANGAN KIRI REMAJA LELAKI TERSEPIT MESIN AIS KACANG
SEBERANG PERAI: Seorang remaja lelaki berdepan detik cemas apabila pergelangan tangan kirinya tersangkut pada mesin ais kacang di sebuah gerai cendol di Pekan Darat, Butterworth di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan apabila tangannya tidak terkena pada mana-mana bahagian tajam mesin itu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.55 pagi.
“Apabila bomba sampai di lokasi kejadian, didapati tangan seorang remaja lelaki tersepit pada mesin ais kacang.
“Anggota menggunakan peralatan khas menyelamat dan tangan yang tersepit itu berjaya dikeluarkan pada pukul 12.19, manakala dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu,” katanya. – K! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENYANYI POPULAR SITI SARAH RAISSUDDIN MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Siti Sarah Raissuddin, 36, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi ini.
Pemergian penyanyi lagu Semakin itu disahkan oleh suaminya, Shuib Sepahtu di laman Instagram (IG), sebentar tadi.
“5:13 minit pagi, 9 Ogos. Bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan al-Fatihah,” tulis Shuib.
Semalam, Shuib berkongsi keadaan isterinya yang kritikal apabila paras bacaan oksigen jatuh ke paras 40 peratus.
Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu belum sedarkan diri dan masih bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.
Shuib umum berita pemergian isterinya, Allahyarham Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhir, subuh ini. - Foto IG Shuib Sepahtu
Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.
Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, kelmarin.
Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.
Selain Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.
Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari, lapor BH ONLINE
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir selepas lebih 48 jam ditidurkan akibat COVID-19. - Foto IG Shuib Sepahtu
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEREMBAN – Seorang anggota bomba dari Balai Bomba Seremban 2 dekat sini dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 pada pukul 10.30 malam semalam.
Mendiang, K. Pragas, 49, meninggal dunia di Hospital Tampin selepas dimasukkan ke hospital berkenaan pada 1 Ogos lalu.
Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd. Asree Abd. Hamid berkata, mendiang dikesan positif Covid-19 pada 21 Julai selepas dia bersama ahli keluarga termasuk anak dan isteri
membuat ujian saringan pada 19 Julai lalu dan telah menjalani kuarantin kendiri di rumahnya di Rantau.
“Bagaimanapun, malam tadi saya mendapat makluman mengenai kematian mendiang apabila dihubungi adiknya pada pukul 1.45 pagi,” katanya hari ini.
Mendiang yang sudah berkhidmat selama 26 tahun merupakan pemandu motosikal dan jentera yang berkhidmat di Unit Bermotor Bomba (Rapid Intervension Motorcycle) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan. Menurut beliau, mendiang meninggalkan isteri dan tiga anak berusia bawah 12 tahun. Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya amat sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang, lapor KOSMO online
Menurut Ahmad Mukhlis, ini merupakan kes pertama kematian akibat Covid-19 melibatkan anggota bomba di negeri ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan beberapa kemudahan bagi individu lengkap vaksinasi yang akan berkuat kuasa 10 Ogos ini.
Muhyiddin berkata, kebenaran rentas daerah dan negeri akan dibenarkan kepada pasangan suami isteri jarak jauh dan ibu bapa yang sudah menerima suntikan dos vaksin lengkap untuk bertemu anak bawah 18 tahun berkuatkuasa Selasa depan.
Beliau berkata, kemudahan lain dibenarkan adalah seperti kuarantin dan perjalanan untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) namun wajib menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital.
Beliau berkata, kelonggaran untuk menunaikan solat jemaah di masjid dan surau turut di diberikan kepada individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap dengan kemudahan terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara.
“Pihak masjid dan surau perlu pastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan protokol kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan juga pastikan jemaah terus pulang selepas selesai solat.
“Jemaah yang hadir untuk menunaikan solat mesti menunjukkan kepada petugas masjid dan surau sijil digital vaksinasi Covid-19 yang menunjukkan bahawa individu berkenaan sudah menerima vaksinasi lengkap.
“Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadat namun pelaksanaannya ( kemudahan) adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bagi rumah ibadat Selain Islam,” katanya dalam Perutusan Khas secara maya, hari ini
Menurut Muhyiddin, kerajaan juga bersetuju memberikan kemudahan bagi sektor sosial kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan menetap di negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya
Katanya, antara kemudahan itu termasuklah kebenaran rentas daerah , aktiviti makan di premis (dine-in), aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal serta bukan berkumpulan dan pelancongan dalam negeri sama membabitkan rumah inap desa (homestay) dan hotel.
“Individu yang ingin melakukan perjalanan rentas daerah mesti menunjukkan kepada petugas keselamatan di sekatan jalan raya sijil digital vaksinasi Covid-19 yang menunjukkan individu berkenaan sudah menerima vaksinasi lengkap
“Jika dibandingkan dengan aktiviti sosial lain, aktiviti makan di premis sememangnya mempunyai risiko yang lebih tinggi kerana pelitup muka akan dibuka ketika makan dan juga ketika berbual dengan teman semeja sekali gus mendedahkan individu tersebut kepada jangkitan Covid-19.
“Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan orang ramai untuk dine-in apabila perlu sahaja dan tidak meluangkan masa yang terlalu lama dan orang ramai dinasihatkan untuk bungkus (take-away) jika situasi mengizinkan selain memilih sistem pengudaraan yang baik dan terbuka,”
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!