PETALING JAYA: Seorang lelaki yang mengamuk sambil menghayunkan galah sabit di atas kereta peronda polis ditahan di hadapan Balai Polis Gopeng, pada jam 8.00 pagi, hari ini.
Lelaki berusia lingkungan 60-an dipercayai kurang siuman itu berjaya ditahan selepas dipancut dengan air oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) ke arahnya turut dirakam dan ditular oleh warga net.
Rakaman itu menunjukkan lelaki berkenaan berdiri di atas kereta peronda polis dengan menghayunkan galah sabit sambil menjerit.
Lelaki berusia 60-an memanjat kereta peronda polis sambil menghayun galah sabit di hadapan Balai Polis Gopeng, hari ini.-Foto tangkap layar video media sosial.
Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata, sebelum kejadian lelaki terbabit memasuki kawasan balai dengan menaiki motosikal dengan membawa parang dan galah sabit.
“Suspek kemudian dilihat melibas parang dan sabit dibawanya di hadapan pintu masuk pejabat pertanyaan balai tersebut, pegawai polis yang bertugas bertindak menenangkan suspek.
“Suspek bertindak keluar dari kawasan balai dan menuju ke jalan turut cuba disekat oleh pihak polis, kemudian suspek memanjat kenderaan dan melibas parang dan sabit bagi mengelak didekati polis sambil menjerti-jerit,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan syabu, selain mempunyai 16 rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan narkotik. Dalam pada itu, polis turut merampas sebilah parang, sabit, sebuah motosikal dan empat kunci.
“Berdasarkan maklumat awal, suspek mengamuk dan merampas motosikal milik orang awam di kawasan pasar Lawan Kuda, kemudian menuju ke kawasan perumahan Kopisan sebelum masuk ke Balai Polis Gopeng.
“Kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1976, Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya serta Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 , polis juga akan memohon perintah reman terhadap suspek esok,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
27 MENARA SELULAR BAHARU DENGAN LIPUTAN 4G DIBINA DI DUN JELAI
LIPIS: Sebanyak 27 menara selular baharu dengan liputan 4G akan dibina di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai termasuk menaiktaraf stesen pemancar 2G dan 3G sedia ada ke rangkaian 4G.
Mesyuarat bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Negeri Pahang memperincikan inisiatif-inisiatif di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk DUN Jelai dengan menaiktaraf rangkaian jalur lebar tetap (gentian optik) bagi membolehkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di 240 premis, semalam.
Mesyuarat bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Negeri Pahang memperincikan inisiatif-inisiatif di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk DUN Jelai , semalam.
Selain itu, pelaksanaan 46 projek Jalur Lebar Tanpa Wayar (Broadband Wireless Access- BWA) di perkampungan orang asli turut disediakan.
Semua inisiatif di bawah JENDELA ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan akses dan capaian rangkaian internet berkelajuan tinggi di kawasan DUN Jelai.
Terima kasih kepada ADUN Jelai merangkap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sentiasa memantau secara dekat pelaksanaan inisiatif JENDELA di Pahang khususnya di DUN Jelai.
Turut bersama dalam mesyuarat tersebut ialah Pengarah SKMM Pahang, Mohd Faisal Md Nor, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Lipis, wakil Pejabat Menteri Besar Pahang, Tok Penghulu dan pemimpin masyarakat di DUN Jelai.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seremban: Memilukan apabila seorang bayi perempuan masih bernyawa ditinggal tanpa seurat benang di atas rumput berhampiran rumah kongsi di Precint 3, Taman Ara Sendayan, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 11.50 pagi itu, bayi masih bertali pusat itu ditemukan seorang lelaki yang kemudiannya membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, berdasarkan keadaan fizikal, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan kurang dari 12 jam.
“Seorang lelaki menelefon polis memaklumkan dia menjumpai seorang bayi yang ditinggalkan di atas rumput berhampiran rumah kongsi pada 11.52 pagi.
“Hasil siasatan awal mendapati, bayi perempuan masih mempunyai tali pusat dan uri disyaki baru dilahirkan kurang dari 12 jam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor HM online
.
Beliau berkata, bayi terbabit tidak cedera, namun terdapat kesan gigitan serangga.
Menurutnya, pihaknya belum dapat mengenalpasti bangsa bayi itu dan dia dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana ibu bapa atau orang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak berusia kurang daripada 12 tahun mendedahkan dan membuang bayi berkenaan.
“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh salurkan kepada pihak polis,” katanya.
Disiarkan pada: September 7, 2021 @ 5:18pm Oleh Ahmad Hasbi am@hmetro.com.my Gambar PDRM
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tonton wayang, ‘busking’ antara aktiviti dibenarkan bermula Khamis
PUTRAJAYA – Lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja industri kreatif boleh menarik nafas lega selepas kerajaan bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Khamis ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran yang dipersetujui dalam perbincangan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19, 2 September itu juga bakal memberi kelegaan kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif.
Beliau berkata, semua penggiat industri kreatif yang telah lengkap dua dos vaksin akan dibenarkan kembali bergiat semula dalam aktiviti seperti panggung wayang dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam, ‘indoor busking’ dan persembahan di ‘lounge’ hotel.
Menurutnya, aktiviti berkenaan turut melibatkan penonton yang telah lengkap menerima vaksinasi masing-masing.
Turut dibenarkan ialah pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung serta penyiaran secara rakaman atau siaran langsung berbentuk penyampaian maklumat dan hiburan dengan kapasiti penonton 30 peratus di ruang studio.
“Selain itu ialah penggambaran industri kreatif di dalam dan di luar studio serta aktiviti persembahan langsung seperti seni teater, muzikal, muzik dan komedi (secara pra-daftar) dengan kapasiti penonton 30 peratus di ruang premis, lapor kosmo online
“Juga dibenarkan ialah aktiviti pameran seni di dewan pameran, muzium dan galeri seni secara janji temu dengan kapasiti pengunjung 30 peratus di ruang premis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Oleh NOR IDAYU BOSRO 7 September 2021, 7:01 pm Gambar: Ismail Sabri Yaakob
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 pada Khamis lalu bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif yang diharapkan dapat memberi kelegaan kepada lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja.
Kelonggaran itu melegakan lebih 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif, tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran ini juga diberikan berasaskan faktor terdapat negeri-negeri yang telah mencapai status 80 peratus populasi dewasa menerima dua dos lengkap vaksin atau telah mencapai tahap imuniti kelompok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
“Industri kreatif menyumbang sebanyak 2% atau RM29 bilion daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019, selain lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja industri mula bekerja dan menyara kehidupan, kelonggaran ini juga dapat kembali menghidupkan industri kreatif negara yang sangat terkesan akibat pandemik Covid-19.
“Sekali gus menggerakkan kembali semua program yang direncanakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), MyCreative Ventures dan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA),” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Katanya, mulai 9 September 2021, semua penggiat industri kreatif yang telah lengkap dua dos vaksin akan dibenarkan untuk kembali bergiat di negeri-negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi aktiviti-aktiviti seperti yang ditetapkan.
1. Pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung.
2. Penyiaran secara rakaman atau siaran langsung berbentuk penyampaian maklumat dan hiburan dengan kehadiran penonton yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti penonton 30 peratus di ruang studio.
3. Penggambaran industri kreatif di dalam dan di luar studio kepada individu yang telah lengkap vaksin.
4. Indoor busking kepada individu yang telah lengkap vaksin.
5. Persembahan di lounge hotel kepada individu yang telah lengkap vaksin.
6. Aktiviti panggung wayang kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam.
7. Aktiviti persembahan langsung seperti seni teater, muzikal, muzik dan komedi (secara pra-daftar) dengan penonton yang telah lengkap vaksin serta kapasiti penonton 30 peratus di ruang premis.
8. Aktiviti pameran seni di dewan pameran, muzium dan galeri seni (secara temu janji) dengan pengunjung yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti pengunjung 30 peratus di ruang premis.
Katanya, keputusan ini adalah antara usaha-usaha berterusan kerajaan yang prihatin untuk merangsang kelangsungan ekonomi penggiat seni dan industri kreatif.
“Saya ingin menggesa semua pihak yang terlibat dalam pembukaan sektor ini supaya sentiasa mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang risiko dan implikasi perundangan, keselamatan serta kesihatan khususnya dalam usaha negara untuk beralih ke fasa endemik menjelang akhir Oktober ini.
“InsyaAllah kerajaan akan sentiasa komited untuk mengambil pendekatan terbaik yang mampu menjamin pemulihan ekonomi negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
50,000 IKAN TIDAK TERJUAL AKIBAT PKP SILIH BERGANTI
ORANG RAMAI TIDAK SUKA MAKAN ‘IKAN TUA’
LIPIS: Kira-kira 50,000 ekor ikan patin, lampam dan tilapia sangkar di Sungai Jelai tidak terjual akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersilih ganti dengan PKP Bersyarat (PKPB), PKP Diperketatkan (PKPD) dan sehingga ini beralih PKP semula.
Langkah penguatkuasaan tersebut yang menghadkan pergerakan penternak untuk memasarkannya atau pemborong untuk mendapat bekalan mengakibatkan pengusaha menanggung kerugian membeli bahan makanan tambahan ikan tersebut yang sepatutnya mengikut jadual sudah boleh dijual.
Pengusaha, Khairul Anuar Ahmad Mahir, 32, berkata, hasrat untuk mendapatkan peroleh pulangan modal tidak kesampaian malah semakin tertekan memikirkan kerugian ditanggung akibat ikan yang sepatutnya dijual tidak dapat dipasarkan.
Pengusaha, Khairul Anuar Ahmad Mahir, 32 (kiri) dan Mohktar Mohamad, 55 (kanan) menunjukkan ikan yang lebih usia.
“Pengusaha ternakan ikan sangkar Sungai Jelai di sini terjejas pendapatannya sejak awal tahun ini semakin parah sejak ikan patin, tilapia, lampam dan keli terbantut di pasaran berikutan sekatan rentas daerah dan negeri dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Walaupun negeri ini sudah memasuki Fasa 2, PKP serta kelonggaran rentas daerah, tetapi ikan yang diternak ini sudah melebihi usia matang dan tidak laku lagi di pasaran,” katanya di Kampung Ganding, Lipis, semalam.
Katanya, sebelum PKP, sebelum 2020 dahulu, kita mampu memasarkan anggaran dua tan ikan seminggu di bandar Kuala Lipis, Jerantut dan Lembah Kelang dengan harga RM17 sekilogram bagi ikan patin dan tilapia, manakala lampam (RM35 se-kg) dan ikan keli (RM7 se kg).
“Sejak PKP Mei lalu, ternakan ini hanya cuma dipasarkan seberat 200 kilogram sahaja setiap minggu malahan kadang-kadang kurang di kawasan kampung berdekatan dan langsung tidak dapat mengembalikan modal hasil pasaran ini.
Sepupunya, Mohktar Mohamad, 55, berkata, malahan modal pusingan mereka sudah habis kerana digunakan untuk membeli makanan ikan antara RM60 hingga RM70 beg sehari dan ikan ini pula melebihi usia matang, kualitinya ‘ikan tua’ ini tidak digemari orang ramai .
“Setelah memasuki kelonggaran berniaga Fasa 2, PKP ini, mereka cuma membuka gerai di tepi jalan raya Jerantut – Lipis berdekatan Kampung Ganding untuk menjual ikan tersebut kepada pengguna jalan tersebut.
“Hasil pasaran ikan ini cuma mampu menampung belanja keperluan harian sahaja kerana saya tidak mampu membuat pekerjaan lain, malahan tidak dapat menabung langsung untuk persediaan bagi keluarga waktu kecemasan,” katanya.
Katanya, mereka tidak tahu apa yang perlu dibuat apabila ternakan yang berusia lebih enam bulan dan ada yang sudah melebihi setahun tidak laku dijual malahan bolehlah saya katakan ternakan ini lama-kelamaan akan berkubur di dasar sungai,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
AHLI PARLIMEN INFAK KEPERLUAN ASNAF, PESAKIT KEPADA MTMAJ
JERANTUT : Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris menginfakkan barang makanan, kerusi roda, tongkat dan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Skuad Cakna, Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ) di sini hari ini
Sumbangan tersebut telah disempurnakan penyampaiannya kepada Imam Satu MTMAJ, Mohd. Fikri Hamzah di hadapan masjid yang turut disaksikan oleh Pengerusi Skuad Cakna, Ikhtiman Ismail dan ahli jawatankuasa berkenaan.
Menurut Mohd. Fikri, barang makanan dan peralatan tersebut untuk disumbangkan kepada asnaf dan pesakit kronik di kawasan kariah MTMAJ menerusi Program Infak Skuad Cakna masjid itu.
Imam Satu MTMAJ, Mohd. Fikri Hamzah (kiri) menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlain Idris (kanan) di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut, hari ini.
“Pejabat Parlimen di sini, wakil rakyat setempat serta para dermawan kerap beramal jariah menginfakkan barang makanan dan peralatan tertentu kepada Skuad Cakna MTMAJ yang ditubuhkan untuk membantu penduduk asnaf, pesakit dan mereka yang memerlukan.
“Sumbangan berkenaan cukup signifikan bagi meringankan beban kesusahan yang ditanggung oleh penduduk asnaf dan mereka yang memerlukan lebih lagi kita masih dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya di sini hari ini.
Menurut Mohd. Fikri, sukarelawan Skuad Cakna MTMAJ akan berziarah penduduk berkenaan hasil maklumat diperoleh daripada pengerusi taman perumahan di sini termasuk ketua kampung pinggir bandar Jerantut.
“Saya dan ahli jawatankuasa MTMAJ bersyukur dan berterima kasih kepada semua penderma termasuk pemimpin setempat yang menginfakkan barang makanan, peralatan perlindungan diri, kerusi roda, tongkat dan sebagainya. Semoga Allah SWT melimpahkan ganjaran yang besar atas amal jariah ini,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Nazlan menambah, Pejabat Parlimen di sini sentiasa cakna dan endah dengan kebajikan penduduk asnaf, warga emas dan mereka yang memerlukan supaya kesusahan yang ditanggung sedikit reda lebih lagi ketika masih berdepan tempoh penguatkuasaan PKP.
“Selain Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), saya juga menginfakkan barang makanan dan peralatan tertentu kepada pengurusan masjid daerah ini termasuk Skuad Cakna MTMAJ berasaskan keutamaan membantu mereka yang memerlukan.
“Usaha program infak ini juga dapat mendekatkan pemimpin setempat, pengurusan masjid dan JKKK dengan penduduk di kawasan kariah masing-masing khususnya membantu hal kebajikan berasaskan konsep Keluarga Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
5,868 DOS AKAN DIBERI MULAI 8 SEPT-12 SEPT DI LAPAN PPV DI JERANTUT
JERANTUT: Sebanyak 5,868 vaksin dos pertama akan diberi kepada penduduk Jerantut yang berusia 18 tahun ke atas dan keutamaan diberi kepada warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu hamil, dan pengidap penyakit kronik di lapan pusat pemberian vaksin di sini.
Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut, Dr. Mohd Amir Faisal Datuk Mohd Khairi
Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut, Dr. Mohd Amir Faisal Datuk Mohd Khairi berkata, sebanyak lapan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan memberi vaksinasi pada 8 September hingga 12 September ini, mulai jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang atau sehingga vaksin habis.
PPV yang akan memberi suntikan vaksinasi di Dewan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Jerantut sebanyak 1,002 dos pertama, Dewan Dato Chu Rahimah (498-pertama), Dewan Semai Bakti Sungai Tekam Utara (810-pertama) dan Dewan Semai Bakti Jengka 8 (810-pertama).
Manakala, Klinik Kesihatan Lepar Utara 4 (402), Klinik Kesihatan Padang Piol (810), Klinik Kesihatan Jerantut Feri (768) dan Klinik Kesihatan Damak sebanyak 768 dos pertama.
Jadual Pemberian Vaksin di Jerantut
Beliau berharap kepada orang ramai yang belum menerima vaksin dapat segera hadir ke PPV berdekatan mengikut tarikh yang ditetapkan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR- Dua jaguh sukan paralimpik, Abdul Latif Romly dan Cheah Liek Hou tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini.
Pesawat yang membawa pemenang pingat emas acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) dan badminton perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) mendarat di KLIA pukul 4.30 petang.
Liek Hou, merupakan penyumbang pingat emas kedua negara pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo selepas menewaskan pemain Indonesia, Anrimusthi Dheva, 21-17, 21-15 pada perlawanan akhir perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), di Yoyogi National Stadium.
Manakala Abdul Latif, anak muda kelahiran Perlis ini pula terus mengharumkan nama negara di persada dunia apabila berjaya memenangi pingat emas bagi Acara Lompat Jauh T20.
Mereka di sambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WARGA EMAS PELIHARA LAPAN CUCU KEMATIAN IBU BAPA AKIBAT COVID-19
JERANTUT : Lapan anak kepada pasangan Noraini Ibrahim yang meninggal dunia ketika berusia 43 tahun akibat pandemik Covid-19 pada 18 Julai lalu, manakala suaminya, Ben Yajeed Bernie, 45, meninggal dunia dua hari sebelum 16 Julai juga akibat serangan penyakit yang sama akan dipelihara oleh pasangan warga emas di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini.
Bagi pasangan warga emas di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini, Ibrahim Ali, 68, dan Bedah Rusi, 68, juga memendam rindu dan kasih sayang terhadap lapan orang cucunya yang tinggal di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor ketika ini.
Ibrahim Ali menunjukkan gambar kenangan melalui telefon bimbitnya di kediaman di Felda Kota Gelanggi 2, baru-baru ini
Ibrahim, seorang peneroka tanah rancangan itu berkata, sejak kematian anak dan menantunya, mereka masih lagi belum dapat berjumpa dengan cucunya di Bukit Beruntung disebabkan sekatan daerah dan negeri di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kami hanya bercakap dengan cucu menggunakan telefon bimbit melalui Whatsapp untuk bertanyakan khabar mengenai kesihatan, makan-minum dan nasihat serta panduan menjaga diri masing-masing.
“Cucu-cucu itu adalah darah-daging kami, siang malam saya dan isteri sentiasa teringat cucu di sana dan sekiranya dibenarkan, kami ingin segera ke Bukit Beruntung hari ini juga,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya, arwah Noraini anak ketiga daripada 10 beradik yang bekerja di sebuah kilang pengeluaran makanan pernah berhubung mengadu badannya lemah, kemudian dia dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan kemudiannya dipindahkan ke pusat kuarantin dan rawatan Maeps, Serdang.
“Menantu saya (Ben) yang berasal dari Sandakan, Sabah berniaga kecil-kecilan merupakan kontak rapat isterinya pun disahkan positif Covid-19 lalu dimasukkan ke Hospital Selayang dan tidak beberapa lama dipindahkan ke wad ICU sebelum meninggal dunia,” katanya.
Ibrahim berkata, oleh kerana lapan orang cucu yang sudah tiada tempat bergantung maka kami mengambil keputusan menjaga mereka di Felda Gelanggi 2.
Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz yang menyampaikan faedah bulanan drpd PERKESO ketika menziarah lapan beradik itu, di Rawang. Gambar kecil arwah Noraini dan Ben.-Foto Berita Harian.
“Ketika anak saya sakit, arwah pernah membuat panggilan dan sambil meminta dihalalkan makan-minum, ampun dan maaf berkali-kali serta memohon menjaga lapan orang anaknya selepas ini.
“Kata-kata Noraini kerap bermain di cuping telinga saya sehingga ini membuatkan saya amat sedih dan perasaan sayang terhadap cucu kian membara malah sanggup menjaga mereka selagi saya dan isteri masih ada hayat,” katanya.
Katanya, semasa hayat arwah Noraini pernah memberitahu untuk mengeluarkan wang simpanannya di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membina rumah di sini (Felda), tetapi tidak kesampaian kerana Allah SWT sayangkannya terlebih dahulu.
Jelasnya, sehingga ini, cucunya yang paling tua, Nazurah Nabilah, 19, seorang penuntut Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang bertindak menjaga adiknya, tujuh beradik sambil dibantu oleh keluarga bapa saudara yang menetap di tempat yang sama.
Selanjutnya, Ibrahim berkata, selepas Noraini dan Ben Yajeed Bernie meninggal dunia, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sangat mengambil endah dengan kebajikan serta nasib lapan beradik itu.
“Kerajaan negeri segera meluluskan peruntukan pembinaan Rumah Rakyat Pahang (RRP) bernilai RM65,000 secara percuma berdekatan kediaman saya di sini.
“Saya amat berterima kasih kepada Menteri Besar Pahang dan juga wakil rakyat kawasan Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah serta Jawatankuasa Kemajuan Kemakmuran Kampung (JKKK) yang turut membantu sehingga kerajaan negeri meluluskan segera bantuan RRP termasuk tapak pembinaan rumah ini,” katanya.
Katanya, dia juga bersyukur dan sangat terhutang budi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah menziarahi cucunya penghujung bulan Julai lalu sambil menghulurkan bantuan untuk pendidikan dan kebajikan.
Bagi nenek lapan orang cucu tersebut, Bedah juga terharu dan berterima kasih kepada semua pihak yang beramal jariah membantu lapan orang cucunya selepas bergelar anak yatim piatu.
“Apapun, saya berdoa siang dan malam supaya cucu selamat di sana dan tidak sabar untuk menemui serta membawa mereka pulang ke sini dan tinggal bersama kami,” katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!