VAKSINASI WALK-IN DI DEWAN TUN TEJA, JERANTUT, ESUK
JERANTUT: Program vaksinasi secara walk-in untuk warga negara dan bukan warga negara akan diadakan selama dua hari di Dewan Tun Teja, Taman LKNP,di sini mulai 11 September dan 12 September.
Vaksinasi diberi di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dilancarkan sebagai Fasa 4 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi menyegerakan imunisasi rakyat Malaysia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah berkata, namun, penduduk Jerantut yang masih belum menerima suntikan vaksinasi akan diberi keutamaan, mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang hari tersebut.
“PIKAS yang telah dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bertujuan untuk membantu mempercepatkan vaksinasi dalam kalangan rakyat dengan mensasarkan kepada tenaga kerja dalam sektor-sektor pembuatan kritikal.
Jemputan untuk semua yang belum mendapat vaksin
“Suntikan vaksin di bawah program ini bagi membantu penduduk di daerah Jerantut mendapat perlindungan vaksin bagi meningkatkan imuniti berkelompok dengan cepat, mereka yang hadir akan dikenakan bayaran sebanyak RM90 untuk dua dos,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DUA LELAKI MAUT DISEDUT SALURAN AIR TADAHAN LOMBONG BESI
RAUB : Dua orang lelaki warga tempatan dan warga Indonesia maut dalam kejadian lemas di kolam tadahan air Lombong Bijih Besi Batu Talam, Cheroh pada jam 10.30 pagi di sini hari ini.
Mangsa seorang lelaki Cina, Siak Teck Wah, berusia 53 tahun turut dikenali sabagai Ah Lok dan seorang warga Indonesia, Adi Piter, berusia 25 tahun yang merupakan pekerja lombong di situ maut dipercayai lemas setelah disedut oleh paip saluran keluar air di kolam tadahan nombor dua (No.2) tersebut.
Ketua Polis Raub, Suprintenden Kama Azural Mohamed berkata, hasil siasatan di tempat kejadian, polis memperoleh maklumat daripada pekerja di situ dikenali sebagai Ismail yang menyaksikan kejadian memberitahu sebelum kejadian mangsa Siak Teck Wah telah menjalankan kerja membaiki salah sebuah kolam tadahan di lombong berkenaan berikutan air di situ keruh.
Ketua Polis Raub, Suprintenden Kama Azural Mohamed
“Kira-kira 10 minit, saksi berkenaan mendengar jeritan seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Amat mengatakan mangsa telah terjatuh ke dalam kolam tadahan berkenaan.
“Ketika tiba berdekatan kolam, saksi itu nampak mangsa bersama dengan seorang lagi lelaki warga Indonesia yang dikenali dengan nama Adi Piter juga berada di dalam kolam tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
BBP Raub berjaya menemui mayat mangsa, kedua mayat tersebut dihantar Ke Hospital Raub untuk dibedahsiasat.-Foto FB BBP Raub.
Menurut Kama Azural, saksi kejadian itu percaya kedua orang mangsa itu telah disedut oleh paip saluran keluar air di kolam tadahan tersebut sehingga menyebabkan keduanya lemas.
Beliau berkata, saksi kejadian itu segera keluar lalu menemui seorang lelaki keturunan India supaya membantu memaklumkan kepada pihak berkuasa.
“Balai Polis Cheroh telah menerima maklumat daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub pada jam 11.20 tengah hari dan empat orang anggota bergegas ke tempat kejadian.
“Anggota bomba telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat pada jam 12 tengah hari di kawasan tadahan air lombong sedalam lima meter itu milik syarikat ZCM Minerals Sdn. Bhd,” katanya.
Menaikkan salah satu mayat yang ditemui di dalam kolam tersebut oleh anggota BBP Raub.
Katanya, mayat mangsa pertama lelaki Indonesia ditemui pada pada jam 12.30 tengah hari, manakala mangsa kedua, iaitu lelaki Cina ditemui pada jam 1.15 tengah hari oleh anggota bomba di tempat yang sama,” katanya.
Katanya, kedua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raub untuk dibedahsiasat.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GASING PANGKAH WAJAR DISUBURKAN SEBAGAI CABANG SENI WARISAN
RAUB : Penggiat gasing pangkah Persatuan Belia Kampung Pamah Rawas, Ulu Dong lega dengan kegiatan sukan dan rekreasi dibolehkan beroperasi semula dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Pengerusinya, Nur Amin Nor Azahar, 31, berkata, kelonggarkan peraturan tersebut membolehkan permainan tradisional itu yang diaktif di kampung itu boleh digerakkan semula setelah situ terhenti sejak tahun lalu berikutan penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP.
Nur Amin Nor Azahar menunjukkan aksi bermain gasing pangkah yang dimainkan pada waktu malam di Kampung Pamah Rawas, Raub, Pahang semalam.
Katanya, penguatkuasaan PKP, belia di kampung tersebut yang sebelum ini aktif dengan permainan tradisional telah mengambil keputusan menyimpan gasing pangkah sebagai hiasan dalam almari sahaja dan cuma mampu melihat, tetapi tidak boleh bermain di gelanggang atau secara terbuka.
“Sejak kelonggaran PKP, saya dan rakan hanya bermain pada waktu malam, tetapi cuma melibatkan dua atau tiga orang sahaja dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan keselamatan.
“Namun, saya kerap berseorangan bermain tiga kali seminggu pada waktu malam ke gelanggang gasing untuk melepaskan gian bermain, ini disebabkan sudah hampir dua tahun terpisah dengan kegiatan seni ini,” katanya di Kampung Pamah Rawas, dekat sini semalam.
Katanya, walaupun tempoh yang agak lama meninggalkan aktiviti itu, tetapi dia tidak berasa kekok untuk memutarkan gasing pangkah malahan semakin teruja pula melihat putaran (gasing) di gelanggang.
“Dalam tempoh ini, saya kerap berseorangan bermain gasing pangkah dan kadang-kadang ada dua atau tiga rakan lain yang datang bermain dengan mematuhi SOP dan amalan norma baharu,” katanya.
Katanya, menyingkap dari segi sejarah, permainan gasing pangkah amat popular di Pahang semasa pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah (1863-1914) sehingga beralih kepada puteranya, Sultan Mahmud Shah II (1914-1917).
“Ketika zaman pemerintahan kedua orang Sultan ini, permainan gasing pangkah amat
masyhur malahan pelbagai jenis gasing telah dibentuk sehinggalah peralatan tradisional ini mempunyai entiti tersendiri, iaitu dikenali sebagai Gasing Pangkah Pahang.
“Pada era kedua pemerintah tersebut, gasing pangkah dimainkan pada sebelah petang
dan berhenti pada waktu solat Maghrib dan Isya, kemudian disambung sehingga ke tengah malam, selepas itu permainan gasing lazimnya di halaman rumah tanpa mengira masa dan tempat,” katanya.
Menurut Nur Amin, di Pahang permainan tradisional itu popular di Kampung Cherating,
Tanjung Lumpur, Penor dan Beserah di daerah Kuantan dan di Pekan pula, gasing pangkah juga terkenal di Kampung Tanjung Medang, Pulau Jawa, Pulau Rumput dan Kuala Pahang.
Tambahnya, permainan gasing pangkah juga sangat aktif dalam kalangan penduduk
Kampung Labu dan Kampung Cheringging (Bentong), Kampung Sarang Tiong dan Endau
(Rompin), Kampung Tanjung Lipis dan Kampung Kuala Lahar (Lipis), Ulu Dong (Raub),
Kampung Sekara dan Kampung Bukit Kelulut (Temerloh).
Katanya, sebelum 2020, aktiviti gasing pangkah bukan sahaja mendominasi bagi mengisi masa lapang di kampung, tetapi kerap diadakan pertandingan seluruh Pahang melibatkan orang muda yang mewakili persatuan belia masing-masing termasuk Kampung Pamah Rawas.
“Tetapi setelah penularan Covid-19 semua aktiviti permainan gasing pangkah di kampung
dan pertandingan luar terhenti, ini menyaksikan cabang kesenian ini termasuk aktiviti rekreasi semakin dilupakan berikutan peraturan keselamatan dalam tempoh PKP ini.
“Diharapkan permainan ini kembali aktif dan pertandingan gasing pangkah dapat digerakkan semula bagi menyuburkan kembali permainan tradisional ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju untuk membenarkan kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya beralih ke Fasa Dua berkuat kuasa Jumaat ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa turut memutuskan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama sekali gus menjadikan pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya.
Katanya, keputusan itu dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Antara kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki Fasa Dua sebelum ini, seperti yang ditetapkan oleh MKN iaitu rentas daerah dibenarkan kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin.
“Selain itu, bagi pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap divaksin pula dibenarkan untuk merentas negeri termasuk ibu bapa yang telah mendapat dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Selain itu Ismail Sabri berkata kelonggaran bagi individu yang lengkap dua dos vaksin juga termasuk Dine-in di premis makanan manakala aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan inap desa, lapor kosmo online
“Sementara itu, jawatankuasa turut bersetuju untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi, untuk negeri-negeri yang berada di bawah Fasa Satu iaitu dengan membenarkan aktiviti sukan indoor, kecuali gimnasium, kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin.
“Selain itu, fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin. Penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata bagi sektor perdagangan dan pengedaran; perniagaan kedai bunga atau nursery, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan juga mula dibenarkan beroperasi mulai Jumaat ini bagi negeri-negeri yang berada di bawah Fasa Satu.
“Sementara itu bagi negeri yang diletakkan di bawah Fasa Dua dan Fasa Tiga, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hair dresser, dan salon kecantikan turut dibenarkan,” tambahnya.
Oleh NUR HUDA MUSA 8 September 2021, 7:52 pm Gambar: Ismail Sabri Yaakob
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR -Sebanyak 0.009 peratus, atau 90 per satu juta populasi negara ini meninggal dunia akibat COVID-19, biarpun selesai menerima dua dos lengkap vaksinasi,
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada jumlah berkenaan, 81 peratus mempunyai penyakit komorbiditi, serta 80 peratus daripada mereka berusia atas 60 tahun.
Menurut nya ,cara terperinci bahawa vaksin work, vaksin safe life tak kira jenis ape tak kira jenis apa pun, ia akan beri perlindungan bagi kita, tetapi masih berlaku sedikit breakthrough death. Kita dapati bahawa dos lengkap, daripada populasi negara, yang dapat dua dos lengkap tetapi meninggal dunia adalah 0.009% 90 per one million population
Beliau berkata, biarpun itu adalah situasi yang berlaku di seluruh dunia, peratusan yang dicatatkan itu menggambarkan vaksinasi di negara ini berkesan, tanpa mengira jenis vaksin.Tak kira jenis apa pun, ia akan beri perlindungan bagi kita, tetapi masih berlaku sedikit breakthrough death.
Veluau berlata pada sidang media di Putrajaya petang tadi.
Khairy berkata, dengan data ini, beliau berharap agar masyarakat dapat terus memberi keyakinan serta terus mendapatkan perlindungan daripada COVID-19 melalui program vaksinasi sedia ada-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara, Langkawi mulai 16 September ini.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata antara SOP berkenaan ialah destinasi itu boleh dikunjungi pelancong domestik dari seluruh negara termasuk yang berada dalam Fasa Satu, Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Jelasnya,tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang lengkap DI Vaksinasi, walau bagaimanapun tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan PKPD.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pembukaan Semula Sektor Pelancongan Langkawi, di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), di Kuala Lumpur.
Turut hadir, Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr Santhara dan Ketua Setiausahanya, Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat.
Nancy turut berkata, perlindungan insuran dan saringan COVID-19 tidak diwajibkan kepada semua pelancong yang akan mengunjungi pulau itu.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
CAMERON RINTIS KUARTERS PEKERJA BERPUSAT WARGA ASING
CAMERON HIGHLANDS: Daerah Cameron Highlands akan dijadikan daerah rintis oleh Kementerian Sumber Manusia untuk membina Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) untuk pekerja warga asing.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan berkata, pembinaan CLQ diambil kira selepas mendapati ia merupakan satu keperluan kerana keluasan kawasan di Cameeon Highlands adalah terhad.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan (kanan) dalam Operasi Pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] dan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342] di 25 premis dalam sektor pertanian di Cameron Highlands, hari ini
Katanya, pekerja warga asing perlu ditempatkan di kawasan khas dan tidak terbiar tinggal berselerak di kawasan peranginan negara itu seperti sekarang.
“Di sini saya cuba jadikan sebagai satu projek rintis kawasan di terhad untuk memulakan CLQ , selain itu mungkin memudahkan untuk mengawal pekerja asing dan memberi ruang kepada petani menggunakan kawasan tanah yang digunakan sebagai kediaman pekerja mereka di kebun masing-masing untuk dijadikan kebun.
“Ini merupakan hala tuju kementerian untuk mengelakkan pekerja asing tinggal di lokasi pertanian masing-masing dan sukar untuk dipantau, mereka perlu ditempatkan di tempat khas seperti yang telah dilaksanakan di Singapura,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyertai Operasi Pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] dan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342] di 25 premis dalam sektor pertanian di Cameron Highlands, hari ini.
Katanya, bakal pembinaan CLQ itu turut mengambil kira tempoh perjalanan mereka ke tempat kerja dengan anggaran 15 ke 30 minit.
“Pembinaan CLQ itu akan dibincangkan bersama kerajaan negeri Pahang dalam tempoh terdekat ini sebagai projek usahasama. Setakat ini seramai 24,812 majikan dan 132,513 penginapan telah diperiksa,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEMANDU LORI GULA MAUT DALAM KEMALANGAN DI KM 43.5, LEBUHRAYA KLK
BENTONG : Seorang pemandu lori muatan gula berusia 27 tahun maut apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer (KM) 43.5, Lebuh Raya Kuala Lumpur ke Karak (KLK) berdekatan Bentong pada jam 4.00 pagi hari ini..
Mangsa, Mohamad Rahiziikmal Mohamad Her yang memandu lori tersebut dipercayai hilang kawalan apabila tiba di tempat kejadian.
Ketua Polis Bentong, Suprintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, lori muatan gula itu datang dari sebuah kilang di Shah Alam, Selangor dan dalam perjalanan ke Kuantan, tiba-tiba hilang kawalan apabila sampai di selekoh KM43.5 lebuh raya tersebut.
Ketua Polis Bentong, Suprintenden Zaiham Mohd. Kahar
“Hasil siasatan mendapati lori berkenaan terbabas ke kiri jalan lalu terlanggar tebing bukit dan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zaiham, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu
siasatan, kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Zaiham berkata, sehingga ini statistik kemalangan jalan raya di KM 43.5 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak berdekatan sini menunjukkan sebanyak 14 kes dan melibatkan empat orang pengguna maut.
Sebahagian kampit gula berselerakan di tepi jalan raya selepas sebuah lori terbabas ke tebing bukit dan pemandu ya maut di Kilometer 43.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak berdekatan Bentong, Pahang hari ini. – Ihsan IPD Bentong.
“Saya menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati memandu dan berhemah di samping kenderaan yang dipandu perlu diselenggara dengan baik dan selamat.
“Selain itu, pengguna lebuh raya yang menggunakan lebuh raya itu tiba di lokasi berselekoh itu, diharap memperlahankan kenderaan masing-masing, terutama pengguna lebuh raya itu buat kali pertama, “katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Seorang duda anak seorang, Mohd. Hamidi Khairudeen, 48, yang terlantar sakit berpunca pendarahan dalam kepala dan kemudian menjalani pembedahan pada awal bulan lalu, kini dijaga ibunya di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini.
Ibunya, Hasanah Mahamud Yusoff, 64, berkata, Mohd. Hamidi merupakan anak sulung daripada enam beradik, pada mulanya kerap meracau dan meronta di rumah lalu hantar untuk pemeriksaan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hosas) Temerloh.
Hasanah Mahamud Yusoff, 64, menjaga anaknya Mohd. Hamidi di rumah selepas mendapat rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hosas).
“Anak saya ini dirujuk ke Hosptal Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan pakar dan kemudiannya menjalani pembedahan kali pertama pada 8 Ogos 2021.
“Dia turut dibedah buat kali kedua di hospital yang sama pada 11 Ogos lalu, kemudian disusuli pembedahan bahagian kerongkong malahan keadaan sakitnya masih tidak berubah sehingga ini,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini hari ini.
Menurut Hasanah, dia dimaklumkan oleh pihak hospital tersebut, anaknya mengalami pendarahan dalam kepala kerana salah satu saluran darah telah pecah dan memerlukan rawatan susulan.
“Setelah menjalani pembedahan di HTAA, Kuantan anak saya dibawa pulang ke rumah dan cuma akan mendapat rawatan susulan di Hosas, Temerloh dalam bulan September ini, tetapi keadaan penyakitya tidak nampak berubah,” katanya.
“Sehingga ini selepas menjalani tiga kali pembedahan di HTAA Kuantan serta dirawat selama tiga minggu sebelum pulang ke rumah, kini Mohd Hamidi cuma terlantar di katil dan diberi minum susu khas menggunakan saluran menerusi bahagian hidungnya,” katanya.
Sementara itu, Juliyana Khairudeen, adik kepada Mohd. Hamidi, berkata, dia dan ibu menjaganya abangnya secara bergilir-gilir dan mereka telah membelanjakan hampir RM2,000 sebulan untuk keperluan abangnya seperti membeli susu, lampin pakai buang termasuk menyewa ambulans ke HTAA Kuantan dan HOSAS Temerloh.
“Selepas pembedahan bulan lalu, sudah dua kali abang saya berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan dan sekali lagi dalam minggu ini sehingga kami terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih melibatkan kos perjalanan kira-kira RM600 setiap kali perjalanan.
“Tanggungan perbelanjaan ini amat merisaukan ibu dan kami sekeluarga memandangkan pendapatan hasil sawit tidak seberapa selain komitmen banyak menyelesaikan pelbagai hutang,” katanya selain itu tidak menerima sebarang sumbangan daripada mana-mana pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Juliyana berharap, orang ramai yang berhasrat untuk menyumbang boleh menghubungi dia, Juliyana Khairudeen menerusi talian 013 9978993 atau terus ke akaun Maybank bernombor 156141542153 (Juliyana),” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Vaksinasi 12-17 Tahun: Ibu bapa, penjaga tidak perlu gusar risiko radang jantung – Pakar kesihatan
KUALA LUMPUR: Golongan ibu bapa dan penjaga tidak perlu gusar dengan kemungkinan jagaan mereka yang berusia 12 hingga 17 tahun mendapat myocarditis (radang jantung) selepas diberi vaksin COVID-19.
Pakar pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail yang juga Pengerusi Program Immunise4Life berkata, risiko bagi golongan berkenaan untuk mendapat myocarditis jika dijangkiti COVID-19, adalah enam hingga 34 kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang mendapat vaksin.
Berdasarkan data sedia ada daripada Pfizer dan Moderna, beliau berkata, golongan berkenaan perlu mendapat perlindungan sewajarnya, memandangkan sekolah bakal dibuka tidak lama lagi.
“Memang ada beberapa keraguan, tak senang hati nak vaksin kanak-kanak. Tapi kalau kita tengok pada dahulu memang KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ada perancangan untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak, tapi mereka tarik balik sebab ada kes masalah radang jantung kepada kanak-kanak.
“Tetapi sekarang, data yang telah dikemukakan dan didapati kes itu sudah kurang dari apa yang berlaku, jika kanak-kanak berkenaan dijangkiti COVID-19.
“Kalau bagi mereka (remaja) yang tak diberi vaksin, risiko untuk mendapat radang jantung, jika dijangkiti COVID-19, adalah enam hingga 34 kali ganda dibandingkan dengan mereka yang diberikan vaksin,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Sarawak, yang bermula hari ini akan melibatkan 240,000 pelajar di seluruh negeri itu secara berperingkat.
Seramai 375 pelajar berusia 16 dan 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Matang dan Pusat Perlindungan Wanita Taman Seri Puteri di Kuching akan menjadi kumpulan remaja pertama menerima vaksinasi di negara ini,lapor Bernama
Selain itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, suntikan vaksin COVID-19 terhadap remaja di Labuan dan Lembah Klang akan diberikan selepas vaksinasi di Sarawak selesai.
Mengulas lanjut, Dr Zulklifli berkata, Sarawak wajar menjadi negeri pertama program berkenaan memandangkan lebih 80 peratus populasi dewasa di sana sudah selesai menerima dua dos suntikan.
Negeri-negeri lain, katanya lagi, turut memulakan program tersebut selepas populasi dewasa di negeri berkenaan juga mencapai minimum 80 peratus kadar vaksinasi.
Namun, Dr Zulkifli berkata, pemberian vaksin kepada remaja lingkungan umur berkenaan tidak seharusnya dijadikan strategi utama, sebaliknya vaksinasi perlu diperluaskan kepada keseluruhan ekosistem persekolahan.
“Jika nak dimulakan vaksinasi kerana perlu memulakan kembali persekolahan, yang penting bukan beri vaksinasi kepada kanak-kanak, tetapi vaksin harus diperluaskan kepada orang sekeliling kanak-kanak atau remaja berkenaan.
“Contohnya guru-guru, kerani sekolah, pengawal keselamatan, orang yang jaga kantin sekolah dan pemandu bas sekolah… inilah orang-orang dewasa yang mengelilingi kanak-kanak atau pelajar,” katanya la
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!