Putrajaya – Alhamdulillah dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya bagi menerajui Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).
Beliau sedar dengan tanggungjawab dan kepercayaan diberikan kepadanya ini ianya bukanlah sesuatu yang boleh dianggap enteng. Namun merupakan suatu amanah yang perlu dilaksanakan dengan tulus dan ikhlas.
InsyaAllah dengan mandat yang telah diberikan, beliau akan meneruskan usaha dan perancangan yang telah dimulakan sebelum ini serta melakukan penambahbaikan agar usahawan bumiputera dapat dibantu bagi mendepani tempoh yang sukar akibat wabak Covid-19 yang kini akan memasuki fasa endemik.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kerajaan perlukan kajian untuk menjayakan pameran LIMA dan DSA
SELANGOR – Kerajaan akan mengkaji secara tekiti situasi semasa penularan covid-19 sebelum menganjurkan pameran maritim dan aeroangkasa antra angsa langkawi (lima) serta pameran perkhidmatan pertahanan asia (dsa).
Menteri kanan pertahanan, datuk seri hishammuddin hussein betkata pihaknya juga perlu mengadakan perbincangan dengan pihak industri dan syarikat berkepentingan dari luar negara bagi memastikan pembabitan mereka untuk menjayakan pameran itu.
datuk seri hishammuddin hussein /menteri kanan pertahanan
Lima dan dsa banyak bergantung kepada keadaan covid-19 di negara ini. Saya nak ingatkan keputusan penganjuran pameran tidak hanya berdasarkan kepada pertimbangan kita sendiri kerana suasana jangkitan itu akan menentukan pembabitan industri berkaitan.
Beliau berkata demikian pada didang media sekepas menyempurnakan majlis pemakaian beret pertubuhan bangsa- bangsa bersatu (pbb), penyerahan bendera malaysia dan penghantaran kumpulan pertama batalion malaysia 850-9 (malbatt 850-9) ke lubnan di bawah misi pasukan interim pbb di lubnan (unifil), di pengkalan udara subang pada khamis.
Pada 5 march lalu. Perdana menteri yang juga bekas menteri kanan pertahanan datuk seri ismail sabri yaakob dilaporkan berkata lima tetap tidak akan diadakan pada tahun ini walaupun ada pemintaan untuk dilaksanakan secara maya.
Manakala dsa pula di jadualkan berlangsung pada ogos 2020 di tunda hampur dua tahun ke tarikh baharu iaitu 28 hingga 31 march 2022.
Sebelum 8ni dsa dilaporkan sebelum betkata keputusan itu terpaksa diambil susulan pertimbangan tekiti dengan pihak berkepentingan, termasuk penganjur bersama iaitu kementerian pertahanan, kementerian dalam negeri dan atm.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KARAK – Keseluruhan dijilat api 30 buah rumah dan 10 kedai musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Baru Karak di Bentong..
Bagaimanapun belum dapat dipastikan lagi sama ada terdapat mangsa yang cedera atau terkorban dalam kejadian yang bermula kira-kira pukul 9.30 malam itu.
Difahamkan deretan rumah di lorong satu, dua dan tiga di penempatan kampung baru Cina berkenaan musnah akibat api yang marak begitu cepat.
Sehingga pukul 12 tengah malam ini pasukan bomba masih berusaha memadamkkan kebakaran dengan melakukan tumpuan di lorong empat dan bahagian premis kedai di hadapan jalan besar bagi mengelakkan api terus marak ke rumah lain.SAHIH
Update
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mereka memanggil semula seorang pendakwah bebas terkenal semalam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes gangguan seksual.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata turut dipanggil ialah isteri pendakwah terbabit.
“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, pendakwah itu hadir di Bukit Aman untuk diambil keterangan berkaitan kes tersebut.
Menurut polis dia disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pada 19 Ogos lepas.
Pada 22 Sept lalu tular video dan mesej lucah di aplikasi Telegram yang didakwa mempunyai kaitan dengan pendakwah berkenaan.
Susulan itu, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).
Sumber: BERNAMA
– Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BALIK KAMPUNG TANAM JAGUNG MENDATANGKAN HASIL LUMAYAN
JERANTUT : Seorang bekas pekerja gudang ikan memperoleh pendapatan lumayan kira-kira RM8,000 bagi setiap satu pusingan hasil tanaman jagung di kawasan seluas 0.4 hektar sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini.
Anak muda yang masih bujang itu , Ahmad Mazran Abdul, 26, berkata, dia berhenti kerja di sebuah gudang ikan di Melaka akibat penularan pandemik Covid-19 tahun lalu dan pulang ke kampung untuk memulakan tanaman jagung di kawasan tanah milik Felda di situ.
Ahmad Mazran di hadapan gerai julan jagungnya di Felda Kota Gelanggi 2, dekat sini.
” Mulanya, saya membantu ibu bapanya menguruskan tanaman jagung dan sayur-sayuran di tapak ini dan pasarannya agak tidak begitu meluas berikutan penguatkuasaan PKP dengan tiada pengalaman dan kemahiran berkebun sebelum ini.
“Saya banyak mempelajari daripada ibu bapa ketika membantu mereka sejak tahun lalu sehinggalah kawasan tapak tanaman ini diserahkan kepada saya untuk memulakan hidup secara berdikari,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini, baru-baru ini.
Katanya, dengan bermodal RM1,200 wang simpanannya dan dibantu oleh rakannya, Ahmad Mahtar, 33, yang menguruskan tanaman itu seperti tugas membaja, racun serangga dan pengairan sehingga tanaman itu mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga bulan.
“Saya memilih tanaman jagung kerana pengurusan tanaman itu lebih mudah termasuk pasaran yang baik dalam tempoh penguatkuasaan PKP di sekitar Felda Kota Gelanggi Dua, Felda Kota Gelanggi Empat dan Felda Tekam Utara.
“Kami bersyukur dan bernasib baik tanaman bagi pusingan kelima boleh dipasarkan bertepatan pula selepas tamat penguatkuasaan PKP Diperketakkan (PKPD) di lokaliti ini pada awal bulan ini. Sekiranya PKPD berlanjutan sudah tentu jagung ini lebih usia matang dan kurang mendapat sambutan di pasaran, ” katanya.
Selanjutnya, jelas Ahmad Mazran, hasil tanaman itu bagi satu pusingan biasanya, dia memperoleh sebanyak 6,000 tongkol jagung dijual cuma dalam tempoh 10 hari dan pendapatan kira-kira RM8,000.
“Tujuh tongkol jagung dijual dengan harga RM10 boleh dibeli di gerai hadapan kebun ini secara pandu lalu dan juga tempahan secara COD turut memberi perkhidmatan untuk penduduk di sini.
“Kami sudah merancang untuk memulihkan sebuah lagi tapak yang disewa berdekatan kebun ini bagi memulakan tanaman sayur-sayuran tidak lama lagi memandangkan permintaan tanaman makanan ini semakin tinggi dalam tempoh pemulihan pandemik Covid-19 ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
FOTO ANAK PAHANG ANAK MERDEKA MUNCUL JUARA PERTANDINGAN FOTOGRAFI
JERANTUT: Foto berjudul Anak Pahang Anak Merdeka milik Marliyana Mohamad Kama dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Perumahan Awam Kos Rendah Bandar Baru muncul juara dalam Pertandingan Fotografi LensaUniti anjuran KRT Daerah Jerantut yang diumumkan semalam.
Tempat kedua dimenangi oleh Mohamad Khairul Syafiq Rahman dari KRT Taman Inderapura dengan foto bertajuk Mencorak Generasi Pewaris Negara, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohamad Alif Razali dari KRT Paya Teh dan Kampung Besul.
Pegawai Perpaduan Daerah Jerantut, Rafidah Isnin berkata, penyertaan amat menggalakkan daripada 39 buah KRT yang ada di daerah ini dan pertandingan diadakan sempena bulan Merdeka.
Pemenang juara, Marliyana (kiri) menerima hadiah daripada Pegawai Perpaduan Daerah Jerantut, Rafidah Isnin (kanan)
“Setiap peserta perlu menghantar foto masing-masing bertemakan perpaduan yang asli, idea sendiri dan tidak diubahsuai dan tidak menyentuh isu sensitif.
“Selain itu, mempunyai mesej, tema dan kreativiti di dalam gambar serta teknikal, komposisi, warna dan pencahayaan foto yang dihasilkan,”katanya.
Katanya, banyak lagi program bakal menyusul akan diadakan oleh pejabat perpaduan daerah ini.
Pemenang pertama, Marliyana teruja apabila dimaklumkan oleh pengerusi KRT tempat tinggalnya berkaitan program pertandingan fotografi itu.
Katanya, kebetulan ada gambar diambil ketika berada di Kampung Gintong dekat sini bersama anak dan anak saudara di dalam simpanan.
“Saya meneliti kembali telefon bimbit dan memilih gambar tersebut untuk menyertai pertandingan dan tidak terfikir untuk menang, tetapi bersyukur foto saya dipilih untuk muncul juara.
Foto tempat kedua, berjudul Mencorak Generasi Pewaris Bangsa, milik Mohamad Khairul Syafiq Rahmat, KRT Taman Inderapura.
“Diharap ada lagi pertandingan seperti ini kerana saya yakin orang ramai pasti ada gambar yang banyak kerana kamera sentiasa ditangan, hanya tunjuk dan tangkap melalui telefon bimbit,”katanya ketika ditemui di Pejabat Perpaduan Daerah Jerantut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS : Seorang penunggang motosikal, Che Muhammad Fikri Che Hussin, berusia 21 tahun maut di Hospital Kuala Lipis selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 15, Jalan Lipis – Merapoh berdekatan Kampung Relong, pada jam 7.04 malam, semalam.
Kemalangan tersebut berlaku pada jam 5. 41 petang semalam dan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 135LC datang dari arah Lipis telah melanggar bahagian tepi kanan sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu oleh pemandu wanita berusia 35 tahun yang datang dari arah yang sama.
Ketua Polis Lipis, Suprintenden Azli Mohd. Noor berkata, siasatan polis mendapati pemandu kereta cuba membelok ke kanan untuk masuk ke kawasan rumahnya dalam perjalanan pulang dari Lipis dan tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggangi oleh mangsa dari arah yang sama melanggar tepi kanan kereta berkenaan.
Ketua Polis Lipis, Suprintenden Azli Mohd. Noor
“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta kaki dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk menerima rawatan dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada pukul 7.04 malam tadi.
“Pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Azli, siasatan juga mendapati mangsa, yang beralamat di Kampung Kemuning Berchang, dekat sini merupakan seorang pekerja Makmal Unitec Team Sdn Bhd Lipis dan tidak memilik lesen memandu.
“Dalam kejadian itu motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk pada bahagian depan manakala kereta Perodua Axia cuma kemek di bahagian pintu hadapan dan belakang sebelah kanan.
“Ketika kejadian waktu masih siang, kedua kenderaan berkenaan melalui sistem jalan satu lorong dua hala dan lurus, garisan putus-putus sebagai pembahagi jalan, manakala keadaan jalan kering dan cuaca baik, kes kemalangan itu akan disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG : Sebahagian daripada subpakej 5C, antara Kampung Asap ke Kampung Sertik serta subpakej 5D yang melibatkan Bentong Bypass di Central Spine Road (CSR) di kawasan Mempaga, Bentong sejauh 28.5 KM yang telah siap, bakal dirasmikan pada 7 Oktober ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang meninjau di lebuh raya 4-lorong 2-hala iaitu sebahagian daripada jalan tanpa tol sejauh 350 kilometer antara Kuala Krai, Kelantan ke daerah Bentong.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy meninjau di lebuh raya 4-lorong 2-hala iaitu sebahagian daripada jalan tanpa tol sejauh 350 kilometer antara Kuala Krai, Kelantan ke daerah Bentong.
“Saya berbangga kerana projek bernilai kira-kira RM8.7 bilion ini tercetus dan dilaksanakan sejak Kerajaan Persekutuan di bawah teraju Barisan Nasional (BN) lagi.
“Dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025 seperti disebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 baru-baru ini,” katanya .
Katanya, dengan siapnya CSR ini akan dapat memendekkan masa dan mempercepatkan perjalanan, serta memberi keselesaan kepada pengguna dalam kalangan rakyat.
“Selain itu, ia bakal meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat menerusi penyediaan infrastruktur berkualiti ke kawasan-kawasan terlibat,” katanya.-SAHIH.
Ihsan : Pahang Media
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ANGKASA KEMPEN PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA TANAM 100 JUTA POKOK
PETALING JAYA: Program Penghijauan Malaysia melalui kempen menanam 100 juta pokok menjelang tahun 2025 memerlukan usaha dan kerjasama kukuh dalam pemuliharaan alam sekitar daripada semua pihak.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA sangat mengalu-akukan penyertaan koperasi dalam kempen tersebut sebagai salah satu langkah membantu menangani masalah pelepasan karbon yang semakin meningkat.
Katanya, COOPCARE Koperasi Prihatin Sejuta Pokok merupakan salah sebuah program ulung ANGKASA dengan kerjasama gerakan koperasi yang digerakkan bagi memberi impak positif terhadap alam sekitar seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ANGKASA dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) bagi pelaksanaan Program COOPCARE Koperasi Prihatin Sejuta Pokok, semalam.
Sesi menandatangani MoU yang berlangsung secara maya itu telah ditandatangani oleh beliau mewakili ANGKASA manakala YHM pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amin Abdullah.
Bidang kerjasama antara ANGKASA dan YHM turut melibatkan aspek perkongsian informasi, promosi dan pendidikan mengenai Program Penghijauan Malaysia.
Sementara itu, Amin dalam ucapannya menjelaskan tentang fungsi dan peranan YHM iaitu sebuah yayasan di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang kini sedang giat berusaha untuk mendapatkan sumbangan dana kewangan bagi melaksanakan program penanaman pokok selaras dengan usaha menjayakan ‘Kempen Penanaman 100 Juta Pokok’ oleh kerajaan.
Katanya, selain menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti penanaman pokok menerusi kempen yang dijalankan dari semasa ke semasa, YHM juga turut merekodkan setiap aktiviti dan perkembangannya melalui aplikasi ‘Penghijauan Malaysia’ di laman web www.100jutapokok.gov.my.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR- Naik taraf akses internet di Sarawak telah diatur.
Antaranya bagi meningkatkan kadar liputan rangkaian generasi ke empat di negeri itu yang kini hanya berada di tahap 80.84 peratus lebih rendah berbanding tahap purata nasional iaitu 94 peratus.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Anuar Musa berkata antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah Julau yang mempunyai liputan rangkaian 4G hanya pada tahap 27.34 peratus.
TAN SRI ANUAR MUSA / MENTERI KKMM
Jelasnya ,kawasan liputan kelajuan internet masih sangat rendah, olej itu kerajaan ingin memastikan dalam akhir tahun hadapan liputan 96.9 peratus 4G kelajuan ya ke 35 MB per second itu yang kita tetapkan seluruh negara, kita harap dengan siap ya fasa satu sekurang2nya masalah itu boleh di atas.
Beliau berkata demikian ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.
Anuar berkata antara perancangan kerajaan membina 47 Menara tekekommunikasi baharu dan menik taraf 38 stesen pemancar dengan tiga daripada ya telah pun siap dan bakinya masih dilaksana.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!