KUCHING : Sebuah bot dinaiki empat pemancing dan seorang tekong dilaporkan hilang di Tukun Bass semalam.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sarawak dalam satu laporan memaklumkan pasukan mencari dan menyemalat menemukan boya berwarna oren dipercayai milik bot yang telah dilaporkan hilang pada jarak 34.5 batu nautika dari Muara Sungai Santubong sekitar jam 5 petang, hari ini.
Operasi Cari dan menyelamat (SAR) kelima-lima mangsa diteruskan hari ini.
Mangsa yang hilang, Khamizan Saidi yang merupakan tekong bot manakala empat pemancing terdiri daripada Ng Ching Hui, Christoper Teo, Yap Tze Kang dan Leody Lee Kang.
Terdahulu, sebuah bot dinaiki 8 pemancing, seorang tekong bot dan pembantu tekong karam di perairan Pulau Satang pada Sabtu lalu.
Sembilan daripada mangsa ditemui selamat manakala pembantu tekong yang dikenali sebagai Awang Omar Awang Hamsawi berusia 59 tahun masih belum ditemui.
Operasi SAR memasuki hari ketiga turut diteruskan hari ini.-SAHIH.
Dipetik daripada Media Sosial.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Kementerian kesihatan (kkm) berkata tiada asas lagi untuk negara membuka pusat pemberian vaksin (ppv) mega di negara ini.
Menurut menterinya, khairy jamaluddin, ppv mega yang di bina khusus untuk pemberian vaksin secara besar-besaran difikirksn tidak lagi perlu apabila negara sudah mencapai kadar vaksinasi yang optimum.
Jelasnya, Ppv yang besar ini sudah pun mencapai matlamat dan hari ini tutup ppv yang paling banyak memberikan vaksinasi di malaysia
Katanya selepas menutup ppv pusat dagangan dunia kuala lumpur (wtckl), pada ahad.
Menurut khairy tidak petlu lag ppv yang besar beroperasi sebab ini melibatkan kos dan sebagainya.
Sehubungan itu ppv yang sudah Mencapai liputan yang baik akan mula di tutup.
Ppv wtckl menutup operasinya selepas memberikan lebih 1.3 juta dos vaksin astrazeneca selepas beroperasi selama 150 hari.
Khairy berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan kementerian sains, teknologi dan inovasi (mosti) agar beberapa ppv lain akan terus di buka untuk golongan tertentu.
khairy jamaluddin /menteri kesihatan
Saya akan bermesyuarat dengan kkm dan mosti untuk membincangkan supaya ada beberapa ppv yang masih dibuka samada tercicir ataupun warga asing////kita sedang bincang dgn misti untuk menutup secara berperingkat utk vaksinasi remaja ade beberapa ppv masih lg di guna kan tetapi banyak sekolah digunakan utk vaksinasi dos penggalak kita akan buat melalui klinik2swasta dan kerajaan
Sehingga 21 september lalu seramai 410,489 remaja telah menerima suntikan dos pertama vaksin covid-19.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NELAYAN PKNK KUALA MUDA PERLU STRUKTUR KONSEP PEMASARAN
KOTA KUALA MUDA: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Muda dicadang supaya dapat menstruktur semula konsep pemasaran hasil tangkapan laut termasuk produk hiliran bagi memastikan bekalan terus konsisten sebelum menyertai Projek Barangan Asas (BA100) ANGKASA.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, faktor peningkatan jumlah outlet BA100 di seluruh negara menyebabkan aliran dagangan produk menjadi semakin besar dan kerap.
Datuk Dr Abdul Fattah (4 dari kanan) melawat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Muda,hari ini.
“Bagi memastikan bekalan dapat disalurkan secara konsisten, pasukan BA100 ANGKASA akan bekerjasama dengan pengurusan PNK Kuala Muda dengan memberi tumpuan kepada pasaran outlet BA100 di kawasan utara Semenanjung terlebih dahulu,”katanya.
Beliau yang juga Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), untuk memastikan bekalan dapat disalurkan secara konsisten memerlukan tatacara konsep pemasaran yang lebih efektif.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam satu sesi lawatan dan perbincangan ANGKASA bersama PNK Kuala Muda di Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda, Kedah.
Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; dan barisan Anggota Jawatakuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah diketuai Pengerusinya, Wan Ibrahim Wan Jusoh.
Turut sama, Pengarah LKIM Negeri Kedah, Dr. Abdul Salim Tajudin; Pengerusi PNK Kuala Muda, Muhammad Kamal Abidin; Pengarah Urusan Realfact Global Sdn. Bhd., Datuk Azhar Baharuddin dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Halim Ibrahim.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA : Bandaraya pentadbiran negara, Putrajaya diserbu ribuan pengunjung yang mengambil peluang bersantai di hujung minggu bersama keluarga masing-masing di bulatan yang terletak di hadapan Masjid Putra, Putrajaya, di sini, hari ini.
Anggota polis trafik mengawal lalu-lintas di sekitar Masjid Putra, hari ini.
Orang ramai juga bertumpu di sepanjang jalan menghala ke masjid tersebut yang turut dipenuhi kereta yang diletakkan di kedua-dua belah birai jalan tersebut.
Seorang pengunjung dari Klang, Nik Mohd Irsyad Afifi (32) berkata, dia terkejut apabila tiba di hadapan masjid yang banyak kereta diparkirkan di sepanjang jalan sekitar masjid dan bulatan sehingga sukar untuk meletak kereta.
“Saya dan keluarga sekadar untuk makan angin ke Putrajaya dan pergi di hadapan masjid, terkejut tiada tempat letak kereta dan sangat ramai, oleh kerana sudah dua kali berlegar di bulatan tersebut dan gagal mendapat tempat letak kereta saya terus balik ke Klang,” katanya.
Sementara itu, seorang penjual buih sabun, Mohd Auz Wizat berkata, memang pada hari ini sangat ramai orang, malah semalam (Sabtu) lagi ramai orang berkunjung ke situ.
Mohd Auz Wizat, memang pada hari ini sangat ramai orang, malah semalam (Sabtu) lagi ramai orang berkunjung ke situ.
“Saya tinggal di Prescint 19, turut terkejut kerana sejak minggu lepas bandar ini mulai dikunjungi orang ramai setelah agak lama “sunyi” kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghadkan pergerakan orang ramai.
“Saya menjual buih sabun ini sebagai mengisi masa lapang dan mencari pendapatan sampingan dan kadang-kala mendapat daripada hasil jualan antara RM150 hingga RM300,” kataanya.
Seorang penjual buih sabun, Muhammad Azhar berkata, kehadiran orang ramai mungkin rentas daerah sudah dibolehkan dan mereka mulai makan angin ke situ.
Muhammad Azhar, kehadiran orang ramai mungkin rentas daerah sudah dibolehkan dan mereka mulai makan angin ke situ.
“Alhamdulillah, boleh juga saya mendapat pendapatan sampingan menjual buih sabun yang amat digemari kanak-kanak, dan buih sabun ini berkarga RM10 dan RM20.
“Banyak juga orang lain menjual minuman dan makanan ringan di sekitar kawasan ini dan orang ramai boleh membeli sambil bersantai bersama anak-anak masing-masing,”katanya.
Tinjauan SAHIH mendapati anggota penguatkuasa dan polis trafik turut mengawal lalu-lintas yang semakin sesak kerana terdapat pemandu meletakkan kereta mereka di tempat yang tidak dibenarkan menyebabkanb kesesakan berlaku.
Didapati orang ramai tidak melupakan prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan cuba elak di tempat yang sesak.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Seramai 100 orang petugas barisan hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan telah menerima pek sumbangan berupa barangan keperluan harian di bawah Projek Barang Asas 100 (BA100) daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), kelmarin.
Sumbangan dengan jumlah keseluruhan RM7,000 tersebut bertujuan untuk membantu individu serta anggota koperasi termasuk petugas-petugas barisan hadapan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 melalui Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) CoopCare ANGKASA, selaras dengan prinsip ketujuh koperasi, prihatin terhadap masyarakat.
Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihak ANGKASA amat menghargai jasa barisan hadapan kerana telah banyak mengorbankan masa dan tenaga demi menangani pandemik ini.
Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah (kiri) dan Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Ismail (kanan)
“Saya mewakili gerakan koperasi di negara ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada golongan barisan hadapan dan memohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan selepas ini.
“Tujuan sumbangan sebegini bukan sekadar untuk meringankan beban, malah ia juga membantu mengeratkan silaturrahim antara ANGKASA dan jabatan kerajaan khususnya dari golongan anggota koperasi,”katanya, di Majlis sumbangan bertempat di Dewan Merpati, JPJ Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Turut hadir, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Datuk Abdul Razak Hussain, Timbalan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Sharifah Aminah Syed Mohssain, Timbalan Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Zulkifli Ismail dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Halim Ibrahim.
Katanya, setakat ini, sebanyak 68 program sebegini telah dianjurkan sejak bermulanya pandemik Covid-19 pada tahun lepas dan telah menyantuni lebih kurang 60 ribu individu yang terkesan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Mohd. Hamidi Khairudeen, 48, yang terlantar sakit berpunca pendarahan dalam kepala dan kemudian menjalani pembedahan pada Ogos lalu masih meneruskan rawatan di hospital dan memerlukan perbelanjaan yang besar.
Juliyana Khairudeen berkata, abangnya merupakan anak sulung daripada enam beradik pada mulanya kerap meracau dan meronta di rumah lalu dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hosas) Temerloh.
Juliyana Khairudeen berkata, abangnya merupakan anak sulung daripada enam beradik pada mulanya kerap meracau dan meronta di rumah lalu dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hosas) Temerloh.
“Kemudian, abang dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan pakar dan serta merta menjalani pembedahan kali pertama pada 8 Ogos 2021.
“Susulan penyakit bahagian dalam kepala agak serius, abang dibedah kali kedua di hospital yang sama pada 11 Ogos, kemudian disusuli pula pembedahan bahagian kerongkong malahan keadaan sakitnya masih tidak berubah sehingga ini,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini hari ini.
Menurut Juliyana, pihak hospital telah memaklumkan abangnya mengalami pendarahan dalam kepala kerana salah satu saluran darah telah pecah dan memerlukan rawatan susulan dan perhatian pihak hospital.
“Setelah kembali daripada hospital, keadaan penyakit abang saya tidak berubah dan kadang-kadang kerap meracau-racau dan meronta-ronta apabila dia sedar dari tidur berpunca tekanan kesakitan yang dialaminya,” katanya.
Katanya, kebajikan makan minum termasuk peralatan kebersihan diri seperti lampin pakai buang, dia sendiri mengeluarkan belanja setiap kali kehabisan kerana ibu bapanya tidak mampu lagi mengeluarkan wang, lagipun hasil bulanan sawit terpaksa digunakan pelbagai pembelanjaan perlu.
“Sehingga ini, abang minum susu khas dengan perbelanjaan hampir RM400 sebulan, manakala terpaksa mengeluarkan wang tambahan menyediakan lampin pakai buang yang kerap digunakan untuk pembuangan najis.
Juliyana menambah, keseluruhan perbelanjaan ditanggung untuk abangnya termasuk kos sewa ambulans hampir RM1,500 sebulan sehingga dia yang berniaga makanan secara kecil-kecilan terpaksa berkorban mengurangkan perbelanjaan lima orang anak dan keluarganya.
Orang ramai dan penyumbang ingin menderma dengan menghubungi Juliyana Khairudeen menerusi talian 013 9978993 atau terus ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0630041000040952 (Juliyana)._SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Petugas tersalah suntik picagari kosong diberhenti tugas
PUTRAJAYA – Petugas kesihatan (penyuntik) menyuntik seorang remaja 12 tahun menggunakan picagari kosong telah diberhentikan tugas memberi vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Universiti Malaya (PPVUM) serta-merta.
Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) meneliti laporan dan pihak Healthcare Organisation (HCO) dilantik di bawah ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. telah memberhentikan petugas tersebut.
“Kerajaan memandang serius insiden seperti ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan proses vaksinasi dilakukan dengan selamat dan sempurna,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi CITF-A memberitahu, CITF-A memutuskan untuk membenarkan sama ada ibu, bapa atau penjaga, menemani remaja yang mendapatkan vaksinasi sehingga ke stesen vaksinasi untuk melihat sendiri proses yang diberikan.
“Mulai esok, hanya seorang ibu atau bapa atau penjaga boleh menemani remaja di bawah jagaan masuk ke kawasan PPV iaitu Stesen 1: Saringan Suhu dan gejala, Stesen 2: Pendaftaran vaksinasi, Stesen 3: Kebenaran ibu/bapa/penjaga dan konsultasi dan Stesen 4: Pemberian vaksin.
“Selesai proses vaksinasi, ibu atau bapa atau penjaga diminta menunggu di luar bagi memastikan kerusi yang disediakan di kawasan pemerhatian mencukupi untuk remaja yang telah divaksinasi duduk dan diawasi. Selepas tamat tempoh pemerhatian 15 hingga 30 minit, remaja akan dikembalikan kepada jagaan ibu atau bapa atau penjaga,” jelasnya, lapor kosmo online
Dr. Noor Azmi berkata, individu dewasa yang menemani juga dibenarkan untuk merakam video suntikan ke atas remaja ketika proses vaksinasi dijalankan seperti amalan SOP sebelum ini.
Tambahnya, kerajaan berterima kasih kepada semua petugas kesihatan dan sukarelawan yang telah menjadi tulang belakang kepada kejayaan program vaksinasi selama ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAIPING – Bangkai seekor buaya tembaga dianggarkan sepanjang 4.5 meter ditemui di Sungai Trong, Kampung Kuala Trong di sini pada Jumaat.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan bangkai buaya jantan itu.
Siasatan awal mendapati buaya dianggarkan seberat 600 kilogram itu mati dipercayai disebabkan faktor umur berikutan semua gigi buaya telah tiada atau luruh.
Reptilia berkenaan dipercayai sudah mati antara dua atau tiga hari lalu sebelum ditemui penduduk, katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Menurutnya, bedah siasat akan dijalankan doktor veterinar bagi mengenal pasti punca sebenar kematian haiwan itu.
Berdasarkan rekod, kami tidak menerima aduan berkaitan kewujudan buaya di kawasan berkenaan sebelum ini, lapor kosmo online
Haiwan itu dipercayai telah mudik ke sungai berkenan kerana tidak boleh meneruskan kehidupan atas faktor usia, katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri hingga boleh membahayakan nyawa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA – Kerajaan optimis ekonomi negara bakal pulih pada tahun hadapan selari dengan unjuran pertumbuhan positif yang diramal oleh Tabung Kewangan Dunia (IMF) dan Bank Dunia bagi tahun 2022.
Menurut Menteri Kewangan Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, sektor pelancongan merupakan sektor paling terkesan dengan kerugian 1.35 billion ringgit pada 2020, manakala tahun 2021 dianggarkan kerugian sebanyak 1.65 billion ringgit.
Ujarnya, selain sektor pelancongan, sektor peruncitan dan sektor SME juga antara sektor yang sangat terkesan ketika pandemik dan akan turut diberi keperhatian pada pembentangan belanjawan.
semua sektor yang terkesan akibat pandemik covid19 akan diberi tumpuan terutamanya sektor sektor seperti pelancongan peruncitan. Kita telah membuktikan selama ini sektor sektor ini memang amat terkesan sektor sme juga. Yang inilah perhatian yang akan diberi didalam belanjawan 2022″
SENATOR DATUK SERI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ/ MENTERI KEWANGAN
Tambah Tengku Zafrul lagi, ekonomi negara dijangka pulih pada tahun hadapan setelah banyak sektor ekonomi kembali dibuka.
Manakala KDNK negara pula dijangka akan bertambah baik pada 2022 menurut unjuran pihak IMF.
Kalau kita lihat malaysia pertumbuhan kdnk kita pada tahun ini diunjurkan antara 3 hingga 4 peratus sementara unjuran uang diumumkan oleh imf pada tahun 2022 5 hingga 6 peratus ini menunjukan ekonomi kita akan pulih dan bertambah baik pada tahun hadapan ini unjuran yang diberikan oleh indipendent lah”
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan kerja di perkampungan orang asli di Kampung Limbahan, Tasek Bera, di Bera Pahang.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERKESO TERIMA ADUAN 1,041 KES COVID BABIT RM820,603
BERA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pahang menerima 1,041 tuntutan kes membabitkan jumlah sebanyak RM820,603.75 berkaitan jangkitan Covid-19 di tempat kerja setakat ini.
Perkeso turut mengambil tanggungjawab sosial dalam tuntutan mereka yang dijangkiti Covid -19 di tempat kerja atau semasa berkerja dan 500 kes ini merupakan satu tuntutan perlu diambil peduli oleh Perkeso.
Exco Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Seri Mohd Johari Hussain , berkata, jumlah tuntutan itu telah dijelaskan kepada pekerja yang terbabit dengan jangkitan tersebut.
Exco Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Seri Mohd Johari Hussain , berkata, jumlah tuntutan itu telah dijelaskan kepada pekerja yang terbabit dengan jangkitan tersebut.
“Namun, pada masa ini, pihak Perkeso juga masih lagi menerima proses tuntutan setiap hari kerana ia dihantar secara berperingkat.
“Bagi pekerja yang dapat jangkitan di tempat kerja, seperti petugas kaunter di bank yang menerima jangkitan daripada pelanggan, pekerja itu boleh buat tuntutan kepada Perkeso sepanjang tempoh cuti sakit atau kuarantin,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Sri Kempas di sini,semalam.
Beliau ditemui selepas Sambutan Jubli Emas Perkeso dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bera dan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai.
Turut hadir, ADUN Guai, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman.
Beliau mengharapkan pekerja di negeri ini tidak mengambil mudah untuk mencarum berikutan situasi yang berlaku seperti pandemik Covid-19.
“Kita juga menggesa pihak majikan supaya sentiasa bekerjasama kepada pihak Perkeso untuk memberikan kesedaran kepada pekerja untuk mencarum,” katanya.
Sementara itu, proses temuduga terbuka membabitkan 10 majikan, pameran serta kaunseling kerjaya serta penyampaian cek faedah Perkeso dan pelancaran aplikasi MyDesa diadakan sempena sambutan yang diadakan itu.-SAHIH..
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!