MELAKA- Suruhanjaya pilihan raya (spr) akan memperkenalkan cadangan masa pengundian pada pilihan raya negeri (prn) melaka bagi mengelakkan kesesakan di pusat-pusat mengundi .
Pengerusinya , datuk abdul ghani salleh berkata , masa pengundian itu akan dipasarkan menerusi sistem aplikasi spr sama seperti mysejahtera.
datuk abdul ghani salleh / pengerusi spr
Rundingan itu kerana waktu pengundian yang agak panjang bermula pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.
Kalau boleh waktu pagi untuk warga emas manakala pengundi muda pada sebelah petang.
Selain itu , prosedur operasi standard (sop) seperti pemakaian pelitup muka , vaksinasi dan penjarakan sosial di pusat mengundi memang ketat dan tiada sebarang tolak ansur.
Sementara itu, mengenai penglibatan jentera parti dari luar melaka, abdul ghani berkata , agak sukar untuk melarang individu masuk ke negeri ini, memandang kan melaka merupakan negeri pelancongan dan sentiasa dikunjungi orang ramai.
Jelasnya , pintu sempadan negeri baru sahaja dibuka dan melaka juga bakal memasuki fasa 4 pelan pemulihan negara (ppn).
Secara umumnya kita nak kawal agak sukar sebab melaka ni negeri bersejarah negeri yg di sayangi para pelancong jadi mereka yg datang ini bukan untuk berkempen tetapi utk berehat. SAHIH .
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA- Suruhanjaya pilihan raya malaysia (spr) menetapkan pilihan raya negeri (prn) melaka ke 15 diadakan pada 20 november depan .
Pengerusi spr, datuk abdul ghani salleh berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 8 november, manakala hari mengundi awal pada 16 november depan.
Datuk abdul ghani berkata tempoh berkempen ditetapkan 12 hari bermula selepas pengisyitiharan calon-calon yang bertanding pada 8 november sehingga pukul 11.59 malam 19 november.
datuk abdul ghani salleh / pengerusi spr
Spr juga menohon kerjasama semua pihak temrasuk piham media dan parti-parti politik agar turut mengambil langkah untuk menyeru dan menggalakkan pengundi supaya keluar mengundi
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat prn melaka di melaka pada isnin.
Dalam pada itu, spr kata abdul ghani menyasarkan 70 peratus pengundi yang akan keluar mengundi pada hari berkenaan .
Spr juga me lantik 12,290 petugas yang akan di lantik bagi mengedalikan proses prn melaka manalaka sebanyak 217 buat pusat mengundi biasa yang mengandungi 1,109 saluran mengundi.
Malah spr turut menempatkan 31 pusat mengund i awal bagi 47 saluran mengundi awal.
Jumlah peruntukan untuk mengadakan prn negeri ini adalah sejumlah rm46 juta .
Dewan undangan negeri (dun) melaka dibubarkan pada 4 oktober lalu selepas yang dipertua negeri tun mohd ali rustam bersetuju membuat keputusan itu.
Ini selepas ketua menteri datuk seri sulaiman md ali menguruskan surat pembubaran kepada mohd ali.
Ia susulan empat bekas ahli dewan undangan negeri i (adun) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.
Empat bekas adun itu adalah adun sungai udang , datuk seri idris haron, adun pantai kundor , datuk nor azman hassan, adun pengkalan batu , datuk norhizam hassan baktee dan adun telok mas , datuk noor effandi ahmad.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENJAWAT AWAM ANTARA DITAHAN DALAM SERBUAN DI FELDA MEMPAGA
BENTONG – Pihak polis berjaya menangkap 24 orang warganegara tempatan di bawah Akta Dadah Merbahaya (ADB) 1952 dalam ‘Op Sarang Khas’ pada hari Sabtu mulai jam 6.00 petang sehingga semalam.
Dalam operasi itu, seorang penjawat awam turut ditangkap dan ditahan dalam serbuan yang dilakukan polis di kawasan ‘port’ dadah di ladang kelapa sawit Felda Mempaga di sini.
Anggota polis IPD Bentong berjaya menangkap 24 warga tempatan di ‘port’ dada di Felda Mempaga, semalam
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 6 petang, hari Sabtu, polis turut merampas 8.95 gram dadah jenis heroin dan 0.38 gram dadah jenis methamphetamine.
“Hasil serbuan pihak polis dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bentong berjaya membuat tangkapan semua warganegara tempatan berusia dalam lingkungan 27 tahun hingga 62 tahun.
“Semua suspek itu ditahan dibawah pelbagai seksyen Akta Dadah Merbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A (1) ADB 1952 – Seksyen 12 (2) ADB1952 – Sek 15(1)(a) ADB 1952,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Katanya, kesemua suspek akan direman di bawah seksyen 117 kanun prosedur jenayah untuk siasatan lanjut.
“IPD Bentong merakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai khususnya penduduk Bentong kerana membantu pihak polis dalam menyalurkan maklumat dalam usaha membanteras jenayah, perjudian dan dadah di sini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA: Kira-kira 2,000 guru di seluruh negara masih enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19, menurun berbanding 2,500 yang direkodkan setakat 5 Oktober lalu, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.
Beliau menegaskan, guru yang tiada vaksinasi tetap tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka di sekolah yang dibuka semula untuk kemasukan fizikal.
Katanya, langkah itu penting kerana ia boleh memberi kesan besar terhadap ekosistem serta operasi sekolah, walaupun bilangan terbabit tidak ramai berbanding jumlah keseluruhan lebih 415,000 guru sedia ada.
“Sebagai contoh untuk murid berkeperluan khas (MBK), anak-anak istimewa ini perlu berada rapat dengan guru.
“Begitu juga kita ada keadaan di mana guru prasekolah dan pembantu murid prasekolah yang tidak mahu divaksin,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan persiapan pembukaan semula sekolah di Melaka, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Haji Abdul Malek, hari ini.
Mengulas lanjut, Radzi berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah mengeluarkan kenyataan bahawa semua penjawat awam dikehendaki mengambil vaksin COVID-19 sebelum 1 November depan.
“Sehubungan itu, guru berkenaan perlu mengambil berat kenyataan JPA terbabit. Apapun, kami tidak akan berkompromi mengenai perkara itu.
“Jika perlu membawa keluar atau memindahkan guru terbabit, ia akan dilakukan. Kita bukan mengugut, namun tindakan itu perlu dilakukan kerana ia penting untuk operasi sekolah,” katanya.
Sementara itu berhubung perkembangan lain, Radzi memaklumkan jika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan dalam masa terdekat, ia tidak akan menjejaskan sesi persekolahan yang sedang berlangsung.
Katanya, Kementerian Pendidikan akan berbincang serta meneliti aspek berkaitan, termasuk dari segi kemudahan terbabit, berdasarkan pengumuman rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti.
Mengenai hasil lawatannya pula, beliau berpuas hati dengan aspek prosedur operasi standard (SOP) di semua sekolah terbabit, termasuk persediaan rapi yang dilakukan.
Katanya, aspek pengudaraan yang baik dan optimum menjadi penilaian terbaru kementerian, di samping SOP lain seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka. – BH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Gabungan Perumahan Awam menuntut kerajaan membina lebih banyak rumah mampu milik di bawah harga RM100,000, bagi membolehkan lebih ramai isi rumah B40 memiliki kediaman sendiri, lapor FMT.
Bercakap dalam satu forum anjuran NGO Gabungan Marhaen, wakilnya M Kathi, berkata realitinya harga rumah di negara ini dijual pada harga tinggi dan keadaan itu tidak selari dengan pendapatan atau gaji minimum yang diterima majoriti individu kumpulan B40.
“Kenapa harga rumah begitu tinggi di Malaysia? Puncanya tanah yang dikawal oleh kerajaan negeri diniagakan kepada pemaju. Pada dasarnya kerajaan negeri tidak boleh terlibat secara langsung dalam perniagaan ini tetapi mereka akan mencipta satu syarikat di bawah kerajaan negeri untuk menguruskan tanah ini.
“Contohnya Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang yang menjual rumah mampu milik dengan harga permulaan pada RM240,000. Adakah rakyat kita dengan gaji minimum RM1,200 boleh beli rumah dengan harga tersebut?” katanya dalam forum bertajuk pandemik, kemiskinan and perjuangan disiarkan di Facebook.
Forum berkenaan juga dianjurkan sempena Hari Antarabangsa untuk Pembasmian Kemiskinan yang ditetapkan pada 17 Oktober setiap tahun.
Kathi berkata, berdasarkan kriteria institusi perbankan, peminjam hanya boleh membuat pinjaman perumahan berdasarkan satu pertiga gaji mereka.
“Jika mengikut gaji (minimum) RM1,200, seorang hanya boleh bayar rumah pada harga RM360 sebulan dan beli rumah bernilai RM70,000. Itu adalah masalah masyarakat marhaen di Malaysia apabila skim perumahan rakyat dibina oleh syarikat swasta,” katanya.
Justeru, beliau mencadangkan kerajaan membina lebih banyak rumah sewa seperti projek perumahan rakyat (PPR) untuk B20 yang kebanyakannya isi rumah miskin tegar, yang tidak mampu membeli atau membayar pinjaman perumahan sendiri.
“Rumah untuk rakyat marhaen seharusnya tidak dijadikan alat untuk mencari keuntungan,” tegasnya.
Sementara itu, bagi menyelesaikan isu penyelenggaraan di kawasan perumahan kos rendah terutama PPR, beliau mencadangkan agar pihak pemaju atau perbadanan mengambil alih pengurusan penyelenggaraan.
“Ada aduan yang kita terima, mereka yang tinggal di PPR bukan saja bergelut untuk membayar sewa rumah malah tidak mampu membayar kos penyelenggaraan menyebabkan kebanyakan blok PPR tidak dapat diselenggara dengan baik,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DERUAN SUNGAI RENGAT SAJI AIR YANG SEJUK DAN JERNIH
JERANTUT: Sungai Rengat, Ulu Cheka yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Jerantut menyajikan air sungai yang jernih dan sejuk dikelilingi kebun sawit dan getah serta dilatari banjaran Gunung Benom.
Perjalanan ke sungai itu kira-kira 3 kilometer dari jalan besar, Damak-Perlok, pengunjung akan melalui kebun sawit dan getah untuk sampai ke sungai itu.
Sungai yang berjeram, berlata, serta merupakan sumber air yang penting untuk kewujudan air terjun, tapak perkhemahan, juga tempat ‘base camp’ untuk pencinta alam semula jadi.
Pengunjung menikmati deruan air yang sejuk di sungai itu
Selain keseronokan dan pengalaman yang indah kepada para pengunjung bila mereka menikmati kesejukan semula jadi air sungai yang di antara enam hingga 10 selsius yang sejernih kristal di sungai itu.
Berdekatan dengan sungai itu adalah sa;ah satu laluan untuk permulaan mendaki Gunung Benum dengan ketinggian 2,107 meter (6,913 kaki) dari aras laut adalah gunung kedua tertinggi di Pahang terletak di dalam tiga daerah, Jerantut, Raub dan Temerloh.
Di kawasan lapang yang sesuai untuk berkhemah dan membakar ayam di tepi sungai.
Kalau bernasib baik dan bertuah, pengunjung boleh melihat dan menyaksikan bunga terbesar di dunia bunga Rafflesia serta dapat melihat pokok vanilla hutan di laluan berdekatan sungai itu.
Seorang pengunjung yang ditemui sedang mandi di sungai itu, Muhammad Daud Radiman (23) berkata, dia yang datang dari Kampung Jerangsang, Lipis sangat teruja dengan bunyi deruan air sungai yang sungguh menenangkan.
Muhammad Daud Radiman (23), dia yang datang dari Kampung Jerangsang, Lipis sangat teruja dengan bunyi deruan air sungai yang sungguh menenangkan.
“Saya dengan 17 orang kawan lain datang ke sungai ini untuk menyejukkan badan setelah mendaki Bukit Tabung berdekatan dengan sungai ini dan boleh menyaksikan pemandangan 360 darjah dan dapat melihat Kampung Damak, Kampung Batu Balai dan Kampung Perluk.
“Saya mengetahui sungai dan Bukit Tabung melalui facebook dan rakan-rakan yang pernah datang ke sini, air sungai sangat sejuk dan hanya tidak dapat menjelajah sepanjang sungai ini kerana ada kawasan sungai yang terletak di dalam kawasan hutan simpan,” katanya.
Seorang pengunjung dari bandar Jerantut, Azizah Alias berkata, dia sudah mengetahui berkenaan sungai itu tetapi belum kesempatan ke situ.
Berkhmah di kawasan lapang di sungai itu
“Wow, walaupun perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit dari jalan besar untuk sampai ke sungai ini, tetapi amat berbaloi apabila terdengar deruan air sungai yang mengasyikkan.
“Air yang sejuk dan bersih sesuai untuk perkelahan keluarga dan kawasan sungai yang kedalamannya sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa dilengkari dengan susunan batu sebagai ‘empangan’ sebelum aliran sungai itu menuruni jeram,” katanya.
Seorang pengunjung, Siti Norhafizah Baharuddin (32) berkata, kebersihan di kawasan sungai itu juga terjaga, kehadiran pengunjung mungkin sayang dengan persekitaran yang bersih dan tidak mahu mencemarkannya.
Siti Norhafizah Baharuddin (32) berkata, kebersihan di kawasan sungai itu juga terjaga, kehadiran pengunjung mungkin sayang dengan persekitaran yang bersih dan tidak mahu mencemarkannya.
“Terdapat kesan tempat pembakaran sampah di tebing yang jauh dari sungai, baguslah kalau semua peka dengan kebersihan kerana alam dan sungai adalah sahabat kita,”katanya.
Kawasan sungai yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa
Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Koi, Razali Isa berkata, di lata Sungai Rengat, sedang membangunkan bangunan untuk kemudahan pengunjung.
“Selain itu, terdapat tapak perlumbaan “motorcross”, tetapi oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semuanya terhenti, Insya Allah selepas kebenaran rentas negeri dibolehkan, semua program akan berjalan semula,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Kerajaan masih mengkaji keperluan untuk mewajibkan pengambilan suntikan vaksin covid-19 sebelum dibawa ke kabinet untuk dimuktamadkan .
Perdana menteri , datuk seri i ismail sabri yaakob , berkata , walaupun pengambilan pelalian itu belum diwajibkan , namun beliau menggesa dan menggalakkan semua pihak berbuat demikian dem i kebaikan bersama.
Setakat ini, katanya, jumlah yang enggan mengambil vaksin covid-19 bukan atas sebab kesihatan hanya lah kira-kira satu peratus.
datuk seri ismail sabri yaakob /perdana menteri
Ramai yang marah kenapa kita nak memaksa dan menghukum (yang tidak mahu vaksin). Saya nak beritahu setakat semalam sudah 92 peratus (rakyat dewasa) mendapat vaksin, yang mendapat satu dos sudah 95 peratus.
Yang tak nak vaksin hanya lebih kurang satu peratus sahaja. Dari segi prinsip kerajaan, kita menjaga kepentingan ramai berbanding melindungi kepentingan (kelompok) yang sangat sedikit.
Perdana menteri berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau penyelenggaraan lif di perumahan awam seri perak , bandar baru sentul, pada sabtu.
Tegas perdana menteri jangan hanya che gu satu orang masuk ke sekolah tak ade vaksin yang lain sudah mendapat vaksin dia membahayakan yang lain termasuk pelajar.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR- Golongan antivaksin tidak akan terlepas daripada tindakan pihak berkuasa kerana terdapat pelbagai peruntukan undang-undang yang boleh digunakan terhadap mereka.
Perdana menteri , datuk seri ismail sabri yaakob, berkata bagaimanaun tindakan itu bukan lah disebabkan mereka antivaksin, sebaliknya kerana perbuatan menyebabkan fitnah dan berita palsu .
datuk seri ismail sabri yaakob /perdana menteri
Memang dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan untuk ambil tindakan kepada pihak yang menyebarkan berita palsu. Jadi bukan kerana antivaksin, tetapi kerana berita (palsu) yang mereka sebar kita boleh ambil tindakan. Khairy jamaluddin sudah cakap semalam dan kita bersetuju dengan apa yang disebutkan beliau,”
Katanya dalam sidang media selepas meninjau penyelenggaraan lif di perumahan awam seri perak, bandar baru sentul, pada sabtu.
Semalam , khairy jamaluddin , dilaporkan memohon pihak berkuasa menyegerakan siasatan dan pendakwa an terhadap kumpulan antivaksin.
Tegasnya , kementerian kesihatan (kkm) sudah bertindak dengan membuat beberapa laporan polis terhadap beberapa kumpulan antivaksin.
Bagaimanapun , katanya , beberapa kumpulan antivaksin dilihat masih berdegil dan berterusan menyebabkan berita palsu berkaitan vaksin covid-19 hingga mengancam kesihatan awam.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR -Majlis pemulihan negara (mpn) menubuhkan pasukan petugas khas bagi memperhalusi isu pembiayaan, tenaga kerja serta keperluan perusahaan kecil dan seder hana (pks) yang terjejas akibat pandemik covid-19.
Pengerusi mpn, tan sri muhyiddin yassin , berkata pasukan itu akan menjalankan kajian terperinci mengenai langkah penyelesaian jangka pendek dan panjang yang boleh diambil bagi membantu pks terbabit.
Ini kerana pks yang memerlukan bantuan itu membabitkan pelbagai sektor dan industri.
tan sri muhyiddin yassin / pengerusi Mpn
Pasukan petugas khas ini diberi masa sebulan untuk membentangkan kajian terperinci dan syor kepada mpn dalam tempoh sebulan
Katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mpn, pada jumaat.
Mengulas s lanjut, muhyiddin berkata, pasukan itu membabitkan kementerian kewangan , bank negara , kementerian perdagangan antarabangsa dan industri, kementerian sumber manusia serta beberapa lagi kementerian berkaitan .
Pasukan itu juga mengambil kira pelbagai bantuan dan inisiatif sedia ada berkaitan kewangan serta penyediaan tenaga kerja pks.
Mpn berpandangan bahawa satu analisis lebih terperinci perlu dibuat untuk memastikan penyelesaian jangka pendek dan panjang yang lebih berfokus dapat dilaksanakan segera- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang terhenti beroperasi hampir setengah tahun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri sebelum ini , kini beroperasi semula.
Zul Ktmc Zakaria dalam hantarannya di Facebooknya, menyatakan perjalanan sulung dari kedua-dua arah Ekspres Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat dan sebaliknya mula menjalankan perkhidmatannya pada 14 Oktober baru-baru ini.
Hampir keseluruhan warganet melalui Facebook telah memberi reaksi yang positif melahirkan perasaan gembira kerana perkhidmatan tren KTM beroperasi seperti biasa.
Syarifah Azura Iman Firdaus dalam hantarannya, Alhamdulillah..dah boleh balik JB dengan kereta api lagi, Gua Musang ke Kempas.
Seorang lagi dalam respon tersebut, Zawahir Jaja pula menulis, balik Johor yukkk.
Sara Dotter memberi reaksi, maknanya Wakaf Bharu – Jerantut boleh la ye..-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!