MAJLIS HARI JADI CETUS KLUSTER KIMOLOHING DI RANAU
KOTA KINABALU: Majlis hari jadi dipercayai menjadi pencetus Kluster Kimolohing di Ranau yang melibatkan 49 kes positif Covid-19 yang melibatkan seorang lelaki tempatan setakat hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata kes indeks bagi kluster jenis komuniti tersebut dikesan positif pada 18 Oktober lepas.
“Siasatan awal, kes indeks mengadakan majlis sambutan hari jadi pada 12 hingga 14 Oktober lepas di rumahnya. Pada 16 Okt pula, kes indeks menghadiri majlis hari jadi di rumah saudaranya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Masidi berkata kes indeks mula bergejala sejak 17 Oktober dan menjalani saringan pada hari berikutnya serta didapati positif.
Beliau berkata saringan kontak rapat telah dilakukan dengan 48 orang daripada lokaliti sama didapati positif menjadikan kumulatif sebanyak 49 kes.
-Dipetik daripada BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Sebanyak rm1 bilion pendapatan mampu dicapai kerajaan membabitkan sektor kebudayaan menjelang tahun 2025.
Perdana menteri datuk seri ismail sabri yaakob yang menyatakan keyakinan tersebut berkata , sasaran dapat dicapai menerusi pelbagai i strategi pembangunan dan program yang telah di susun rapi.
Katanya , bagi memastikan hasrat tersebut direalisasikan, kerajaan telah merangkap strategi merangkumi pendidikan di peringkat prasekolah, rendah dan menengah.
datuk seri ismail sabri yaakob / perdana menteri
Antaranya permata genius dan tunas budaya yang cekal dalam mengakrabkan anak-anak keluarga malaysia kepada seni, budaya dan warisan. Strategi ini merangkumi pendidikan seperti di peringkat pra sekolah rendah dan menengah seperti pepatah, jika hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Kini, semua institusi pengajian tinggi telah pun meletakkan aktiviti kokurikulum sebagai pra-syarat bagi melengkapkan pengukuran tahap kecemerlangan mahasiswa
Katanya menerusi ucapan pelancaran dasar kebudayaan negara 2021 (daken 2021) pada selasa.
Dalam pada itu , ismail sabri berkata , daken 2021 digubal berlandaskan lima prinsip yang terdapat dalam keluarga malaysia dengan menggariskan hala tuju malaysia untuk menjadi ‘negara maju rakyat berbudaya
Lima prinsip tersebut adalah keterangkuman , ke bersamaan , semangat kebangsaan, keterbukaan dan menyeluruh.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MEMBIMBANGKAN – KES BAHARU 6,148 DAN R-NAUGHT MENINGKAT
Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,148 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,448,372.
Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 21.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.
Sehingga semalam, R-naught untuk negara – formula untuk mengukur tahap penularan Covid-19 – telah mencapai 0.91, meningkat daripada 0.86 pada 21 Okt.
Walau bagaimanapun, selagi R-naught kekal kurang daripada 1.00, angka itu menunjukkan bahawa penyebaran Covid-19 semakin berkurangan.
Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan telah merekodkan R-naught di atas 1.00.
Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Terengganu (+55.2 peratus).
Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Okt 26) di mana 5,726 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
Selangor (929) Sarawak (713) Kelantan (685) Sabah (565) Johor (488) Pulau Pinang (378) Kedah (346) Kuala Lumpur (339) Terengganu (292) Perak (257) Melaka (253) Pahang (219) Negeri Sembilan (199) Putrajaya (37) Perlis (23) Labuan (3)
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA – Kerajaan menetapkan semua kos bagi membawa masuk pekerja asing ke negara ini akan di tanggung sepenuhnya oleh pihak majikan.
Perkara itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa bersama antara menteri dalam negeri dan menteri sumber manusia mengenai pengurusan pekerja asing pada selasa.
Menteri dalam negeri, datuk seri hamzah zainuddin berkata , kos berkenaan termasuk lah kos kuarantin dan ujian saringan covid-19.
Ketibaan semua pekerja asing hanya melalui pintu masuk lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur (klia) dan klia2 manakala, bagi pintu masuk ke sabah dn sarawak akan diumumkan kemudian. Tempoh kuarantin pula akan diselaraskan oleh kementerian kesihatan (kkm) dengan tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari di pusat kuarantin yang telah diperakui oleh kerajaan
Hamzah berkata sektor perladangan menjadi sektor pertama yang dibenarkan untuk menerima kemasukan pekerja asing baharu.
Sehingga kini seramai 147,705 orang pendatang tanpa izin (pati) telah berdaftar menerusi pelan rekalibrasi pati.
Menurutnya , daripada jumlah tersebut, seramai 124,423 orang pati telah pulang ke negara asal yang mana kerajaan telah menjana rm71.3 juta daripada pelaksanaan program rekalibrasi pulang ini melalui bayaran kompaun yang di kutip .
datuk seri hamzah zainudin / menteri dalam negeri
Kejayaan pelaksanaan program rekalibrasi pulang ini didorong oleh pembukaan kaunter khas untuk memudah cara kepulangan pati di beberapa pintu keluar negara seperti klia, klia2, stulang laut dan pasir gudang.
Dalam pada itu hamzah mengingatkan kesemua peserta yang gagal dalam proses regularisasi program rekalibrasi tenaga kerja akan secara automatic dihantar pulang melalui program rekalibrasi pulang .
Tegasnya kepada majikan yang masih menggajikan pati untuk tampil dan berdaftar dengan pelan rekalibrasi pati supaya semua individu yang berada di malaysia adalah berdokumen dan sah.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Jangan pinggirkan peranan media baharu dalam penyampaian maklumat yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat kerana media sosial itu cepat dan mudah diakses.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dalam waktu yang sama jangan lupa akhbar konvensional yang sudah lama bertapak di negara ini untuk penyebaran maklumat kepada rakyat.
“Sebab itu saya turut mewujudkan aplikasi Tiktok untuk menyampaikan maklumat kerajaan negeri secara santai dan bersahaja.
“Saya dimaklumkan aplikasi Tiktok saya mendapat respon baik daripada orang ramai yang menyukainya dan diikuti golongan muda,” katanya bertemu pengamal media Pahang, semalam.
Katanya, sama ada kita suka atau tidak peranan media sosial perlu diberi perhatian dalam perkongsian maklumat dalam perkembangan teknologi masa kini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang,Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.
Beliau juga berterima kasih kepada pengamal media yang turut berperanan dalam membantu kerajaan negeri.
“Terima kasih kepada rakan media, anda juga sebahagian daripada penyampai maklumat kepada rakyat dan juga memberi input terbaik kepada kerajaan.
“Mohon semua pengamal media menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa menjalankan tugas bagi membenteras penularan pandemik Covid-19, ”katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Bagi membantu rakyat yang terkesan, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara one-off bermula esok (26 Oktober 2021).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.
“Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
“BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO dalam tahun 2021,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Tambahnya,Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my. Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan,lapor kosmo online
“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini,” jelasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Langkawi jadi rintis gelembung Pelancongan antarabangsa
KUALA LUMPUR – Langkawi sekali lagi akan menjadi gelembung pelancongan.
Apabila keputusan kerajaan membenarkan gelembung pelancongan antarabangsa bagi projek rintis pulau itu bermula 15 november ini.
Kata menteri pelancongan, seni dan budaya, datuk seri nancy shukri
datuk seri nancy shukri / menteri pelancongan, seni dan budaya
Baru saja diumumkan oleh yb yg kita akan buka langkawi sekali lagi sebagai projek prints untuk pelancong antarabangsa dan kita akan ikut prouder sop yg telah disediakan namun tidak perlu kaurintin sebab langkawi sudah jadi pulau kaurintin, kita nak lihat prestasi kali ini lps ni baru nak buka untuk negara lain.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bantuan kewangan kepada badan bukan kerajaan (bbk) dan sumbangan kepada pebgiat seni motac pada isnin.
Nancy berkata pelancong antarabangsa yang sudah lengkap dengan dua dos hanya di benar masuk ke negara ini.
Menurutnya ,sebelum dia orang masuk ke a skrin oleh negara dia sendiri juga sebelum dia keluar lps dtg ke adi kena swap test sebelum 72 jam dia kena buat pcr.
Dengan membuka sektor pelancongan antra angsa ini ia akan menjadi pemangkin kepada usaha mempercepat pemulihan semula ekonomi negara.
Pada masa sama, langkah itu memberikan kelegaan kepada penggiat industri yang berjuang dengan penuh kesabaran susulan penutupan pintu sempadan negara sejak tercetusnya pandemik covid-19 hampir dua tahun lalu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Satu klip video berdurasi 27 saat tular di media sosial memaparkan sebuah kereta lama atau ‘legend’ meredah arus banjir dengan selamat begitu sahaja.
Klip video itu dikongsi di laman Facebook menunjukkan keadaan sebuah kereta jenis Proton Saga edisi pertama mengharungi air banjir sejauh kira-kira 20 meter dengan air setinggi bonet kereta tersebut.
Walaubagaimanapun masa dan lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.
Rata-rata orang ramai kagum melihat kehebatan kereta itu yang mampu melakukan aksi sedemikian.
“Itulah kereta ‘legend’ payah nak dapat kereta macam itu sekarang ini, kereta sekarang ini banyak yang manja sangat, kena lubang sikit dah meragam.
“Kereta-kereta lama masuk dalam banjir paras tingkap pun selamber je,” kata Nazri Hashim
“Terbaik kereta Malaysia, boleh transform (bertukar) jadi bot,” jelas Nizami Sousuke
Namun menurut, Tee Jay, kerosakan mungkin akan berlaku selang beberapa minggu selepas kejadian tersebut,lapor kosmo online
“Ye, tidak perlu risau kereta tidak lepas redah banjir, confirm (pasti) lepas.
“Cuma dalam seminggu dua nanti garu kepala la bila akibatnya muncul,”
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ISKANDAR PUTERI – Polis memberkas empat lelaki kerana menyamun seorang guru wanita di Jalan Pulai 2, Kangkar Pulai pada 9 Oktober lalu.
Semua suspek yang berusia 23 hingga 36 tahun itu memecah masuk rumah keluarga guru sekolah rendah itu pada jam 2.45 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, tangkapan itu dilakukan susulan laporan polis diterima menerusi panggilan MERS daripada mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an.
“Semasa kejadian mangsa yang masih bujang seorang diri di rumah sebelum didatangi lima lelaki berkulit gelap bersenjatakan parang lalu mengikat kaki dan tangannya menggunakan sarung bantal.
“Kumpulan lelaki itu didakwa melarikan pelbagai barangan termasuk beberapa kamera, lensa dan pelbagai aksesori kamera dipercayai milik kakak ipar mangsa yang bekerja di Singapura. Mangsa mendakwa kerugian RM70,000 akibat kejadian itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini hari ini.
Bertindak atas maklumat, pada jam 3.30 petang hingga 10 malam sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri melakukan serbuan dan tangkapan di dua lokasi berbeza.
Serbuan pertama di hadapan restoran Jalan Mutiara Mas 1/2, Taman Mutiara Mas, Skudai dan pihaknya berjaya menahan dua lelaki serta merampas kereta Honda Accord bernombor pendaftaran JTQ1263 serta anak kunci dan alat kawalan jauh.
Menurutnya, serbuan kedua di sekitar Taman Universiti, Skudai, pihaknya menahan dua lelaki serta merampas pelbagai barangan dipercayai hasil jenayah samun.
Antaranya, tiga beg jenama Nsmo, empat lensa kamera Canon, tiga unit kamera Canon, dua unit lampu flash tanpa wayar, dua unit bateri, dua unit adapter, sebuah speedlite transmitter camera jenis Canon, satu unit lampu flash Witstro jenama Nsmo, satu unit flash point dan satu unit bulb flash jenama Nsmo.
“Polis turut merampas satu unit pemutar skru, satu unit pemotong besi, dua bilah parang panjang dan empat pasang sarung tangan kain. Tiga daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau.
“Seorang daripadanya mempunyai 24 rekod melibatkan kes jenayah dan penyalahgunaan dadah, manakala dua lagi mempunyai rekod lampau, iaitu masing-masing lapan dan satu.
Selain itu, dua daripada mereka turut positif dadah jenis methamphetamine.
Dzulkhairi berkata, siasatan awal mendapati kumpulan berkenaan baru diwujudkan dan tangkapan itu dipercayai dapat menyelesaikan beberapa kes samun di sekitar kawasan berkenaan kebelakangan ini,lapor HM online
Beliau berkata, kumpulan berkenaan dipercayai memilih kediaman mangsa secara rawak dengan beranggapan rumah berkenaan tidak berpenghuni.
Menurutnya, mangsa tidak dicederakan dalam kejadian itu dan dalam keadaan selamat.
Katanya, polis berjaya mengesan kumpulan itu menerusi siasatan dan intipan termasuk berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah plaza tol di Gelang Patah di sini.
“Keempat-empat suspek ditahan reman sehingga bermula semalam hingga 26 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Polis masih memburu seorang lelaki dipercayai ahli Kumpulan berkenaan yang masih bebas,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Keluarga mohon jangan muat naik gambar jenazah Mamat Khalid
PETALING JAYA – Ahli keluarga Allahyarham Mamat Khalid memohon jasa baik orang ramai supaya tidak memuat naik gambar jenazah pengarah dan penerbit terkenal tersebut di mana-mana media sosial bagi menjaga sensitiviti mereka.
Peringatan itu dimuatnaik di akaun Instagram Allahyarham.
“Assalamualaikum semua, pihak keluarga abang Mamat Khalid mohon jasa baik anda supaya tidak memuat naik gambar jenazah arwah. Terima kasih,” kata peringatan itu,lapor kosmo online
Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River pada pukul 12.30 tengah malam tadi.
Allahyarham sebelum itu pengsan di restorannya, Sarang Art Hub di Tanjung Malim dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Jenazah Allahyarham yang juga adik kepada kartunis terkenal negara, Datuk Lat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!