Ahli Parlimen bantu kenderaan tersekat di kawasan banjir
JERANTUT – Ahli Parlimen Jerantut bertindak sebagai ‘anggota penyelamat’ dengan menolak sebuah kenderaan ke tempat selamat yang tersekat dalam air di kawasan banjir.
Datuk Ahmad Nazlan Idris, membantu di kawasan kejadian banjir di Jalan Jerantut-Felda Padang Piol, hari ini
Ahli Parlimen itu, Datuk Ahmad Nazlan Idris bersama orang ramai yang berada di situ turut membantu pemilik kenderaan itu menolak kenderaan itu yang enjinnya mati.
Beliau yang baru pulang menghadiri Majlis Taklimat dan Dialog Bersama Usahawan Jerantut anjuran Perbadan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), hari ini yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Tahan.
Kejadian berlaku di Jalan Jerantut-Felda Padang Piol berdekatan jalan masuk ke Kampung Paya Garok, pagi ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ahli UMNO jangan ambil mudah, detik hitam 22 bulan sudah termaktub
LIPIS – Ahli UMNO diingatkan senario politik hari ini sudah jauh berbeza jika dibandingkan dengan politik era terdahulu kerana landskap politik negara masa ini sudah berubah dengan faktor rakyat semakin matang dan bijak serta boleh menilai dan menimbang sesuatu isu itu.
Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, UMNO tidak lagi boleh dilihat sebagai sebuah parti eksklusif dan parti itu seharusnya bergerak seiring mengikut arus politik semasa.
Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Katanya, UMNO pernah melalui 64 tahun zaman kegemilangan, bermulanya dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi Datuk Seri Najib Abd Razak, tetapi, langit tidak selalu cerah dan jangan disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
“Kita pernah melalui detik hitam selama 22 bulan kita jatuh, tragedi kekalahan PRU-14 cukup memberi kesan kepada kita semua, hampir 6 bulan saya termenung tanpa arah tuju, duduk di pejabat tanpa seorang pun datang.
“Parti keramat ini dikejutkan dengan tragedi yang amat dasyat, kekalahan yang amat teruk cukup memberi kesan yang sangat mendalam kepada kita semua,” katanya di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis, hari ini.
Rahman berkata, berkat kesabaran, kesetiaan, muafakat dan keikhlasan dalam perjuangan tiada siapa menyangka takdir Allah menentukan bahawa UMNO dapat kembali memegang tampok pemerintahan negara.
“Sejak UMNO berada semula di dalam kerajaan, hampir puluhan juta limpahan pembangunan telah disalurkan ke Parlimen Lipis, antara yang boleh disebutkan ialah Pembinaan Loji Air Mela bernilai puluhan juta, Projek Bekalan Air Luar Bandar Chegar Perah yang bernilai RM20 juta.
“Ini tidak termasuk peruntukan untuk pendidikan dan keusahawanan dan bantuan persediaan kemasukan (Bantuan 10 Bakti Desa) yang bernilai RM1,000 setiap seorang,” katanya.
Katanya, Kementerian Komunikasi MultiMedia Malaysia (KKMM), telah mengumumkan pembinaan Menara Telekomunikasi yang berharga RM75 juta serta membina selain merancang membina Bandar Pertahanan dan membina sebuah Kompleks Rakan Muda yang bernilai RM10 juta.
“Selaku Ketua Bahagian, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penaziran di setiap cawangan baru-baru ini yang membuktikan kita sentiasa cakna dan tidak mudak berada di zon selesa.
“Kemenangan di Melaka membuktikan bahawa rakyat sudah mula menyambut baik Barisan Nasional, kemenangan tersebut sebagai pengukur penerimaan rakyat dan perlu berusaha lebih kuat menghadapi PRU akan datang.
“Dengan itu kita perlu menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri sehingga selesai penggal atau sehingga PRU-15, malahan bersetuju jika dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri selepas itu nanti,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUNB beri pinjaman RM3.49 bilion dalam tempoh 30 tahun kepada usahawan
Foto atas – Datuk Ahamd Nazlan Idris (tengah) semasa di Majlis Dialog Bersama Pengerusi PUNB Bersama Rakan Usahawan PUNB Pahang di Hotel Darulmakmur Jerantut, semalam.
JERANTUT : Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah memberikan bantuan pinjaman bernilai RM3.49 bilion kepada seramai 11,526 orang usahawan dan 8,926 buah syarikat sejak ditubuhkan 30 tahun lalu.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, sejak PUNB ditubuhkan banyak kejayaan dicapai oleh usahawan dan syarikat hasil menerima bantuan pinjaman PUNB telah menaikkan taraf serta kemampuan Bumiputera di negara mampu bersaing dalam bidang perniagaan sekali gus memenuhi matlamat pencapaian sektor ekonomi menerusi rancangan pembangunan lima tahun.
” PUNB sudah memberikan pinjaman sebanyak RM140.4 juta kepada 384 orang usahawan dan syarikat di Pahang, manakala untuk tahun ini PUNB telah meluluskan kira-kira RM20 juta bagi 13 usahawan dan syarikat.
“Lima sektor utama perniagaan di Pahang telah berkembang maju menerusi pembabitan usahawan atau syarikat, iaitu makanan dan minuman, kenderaan motor, petroleum, pakaian dan tekstil termasuk aksesori dan peruncitan,” katanya di Jerantut hari ini.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Dialog Pengerusi PUNB Bersama Rakan Usahawan PUNB Pahang di Hotel Darulmakmur Jerantut.
Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah seta seramai 46 orang usahawan seluruh Pahang yang menyertai dialog tersebut.
Katanya, program dialog itu sebagai matlamat PUNB untuk mengembangkan lebih ramai usahawan di seluruh negara yang mampu berdaya saing bukan berfokus kepada usahawan di Lembah Kelang dan Selangor sahaja seperti sebelum ini.
“Program dialog ini antara strategi PUNB menerusi perjumpaan dengan usahawan Bumiputera untuk menjelaskan urusan dan cara pinjaman termasuk mendekati masalah dan cabaran mereka serta bertukar pandangan berhubung perancangan perniagaan masing-masing.
“PUNB juga bersedia menerima input daripada usahawan berkaitan di setiap negeri mengenai kelemahan pengurusan PUNB dari segi pemberian pinjaman dan sebagainya berkaitan perniagaan supaya dapat mempertingkatkan perkhidmatan badan ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
3 PPS dibuka dan beberapa laluan utama di Jerantut mula ditutup
Foto atas: Jambatan Sungai Kerak tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan, pagi ini
JERANTUT – Seramai 128 orang daripada 22 keluarga telah ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di Jerantut dan beberapa laluan utama di daerah ini mula ditenggelami air, hari ini.
Mengikut sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jerantut, tiga pusat PPS itu, di Dewan Semai Bakti Felda Kota Gelanggi Satu seramai 103 orang daripada 18 keluarga, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Teh, 11 orang (2 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Damak seramai 14 orang daripada 2 keluarga.
Tiga orang warga emas turut dipindahkan di PPS SK Teh, manakala 35 orang kanak-kanak dan 83 dewasa berada di ketiga-tiga PPS itu.
Sementara itu, laluan ke Kuala Tembeling telah ditutup kerana air mula melimpah di atas Jambatan Sungai Kerak, sedalam 0.6 meter pagi ini.
Selekoh berdekatan Kilang Papan jalan masuk Ke Felda Padang Piol mula dinaiki air, pagi ini
Laluan ke Felda Padang Piol mula dilimpahi air di selekoh Kilang Papan dan juga jalan masuk ke Kampung Paya Garok.
Seorang pemandu kenderaan van dari arah Temerloh ke Kuala Lipis telah terkandas di tengah jambatan Sungai Kerak kira-kira jam 4.00 pagi ini, hari ini.
Muhammad Faqihin Shaharuddin tidak sedar jambatan Sungai Kerak telah ditenggelami air, awal pagi ini
Pemandu itu, Muhammad Faqihin Shaharuddin, 27 tahun, berkata, ketika dia tiba di jambatan tersebut dia terkandas di tengah jambatan.
“Pada ketika itu, hujan lebat dan mengakibatkan saya tidak sedar air mula melimpah di atas jambatan ini, mujur ada sebuah lori kebetulan berada di situ membantu menarik keluar van saya ke tempat selamat.
“Saya sempat melihat paras air pada ketika itu sedalam 0.6 meter, saya dimaklumkan daripada anggota bomba yang memantau laluan tersebut untuk ke arah Kuala Tembeling kira-kira jam 3.00 pagi, jambatan itu belum ditenggelami air,”katanya ketika ditemui di kawasan kejadian.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Penduduk di kawasan Felda Jengka 24 diminta bersiap sedia dengan keadaan hujan berterusan yang berlaku sekarang yang menyebabkan berlaku banjir terutama di kawasan rendah di situ.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, sebuah rumah di Blok 11 mula dinaiki air dan pasukan rondaan akan digerakan mulai malam ini bagi memantau keadaan semasa untuk memberi amaran kepada penduduk di kawasan yang terkesan.
“Diminta semua penduduk di kawasan yang kerap dilanda banjir sentiasa bersiap sedia dengan mengumpul semua dokumen penting dan barangan berharga untuk diselamatkan sekiranya berlaku kejadian ini.
Kawasan rendah di Felda Jengka 24 mula dinaiki air, hari ini.
“Musim tengkujuh sudah mula melanda, minta semua siap siaga, nasihat dan pantau anak masing-masing dan jauhi kawasan banjir, longkang besar, tempat yang ada arus elektrik dan kawasan berisiko berlaku tanah runtuh,”katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah berkata, penduduk di kawasan rendah segera berpindah dan sering mengikut arahan pihak berkuasa.
“Penduduk di kawasan rendah sentiasa peka dengan situasi semasa dan jangan berlengah untuk berpindah ke kawasan selamat dan pantau keselamatan anak masing-masing,” katanya ketika meninjau kawasan terbabit.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penunggang mati lemas dihanyutkan air deras banjir
KUANTAN – Seorang lelaki ditemui lemas selepas motosikal yang ditunggangnya dihanyutkan arus deras di Jalan Pulau Manis, Gambang,Kuantan,Pahang, hari ini.
Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, penungang motosikal terbabit dikenali sebagai M. Gunalan, 38.
Katanya, pihaknya BBP Taman Tas menerima panggilan mengenai mangsa yang dihanyutkan berhampiran dengan jirat Cina, Gambang, pada jam 12.40 tengah hari,tadi.
“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang menaiki motosikal jenis EX5 menghala ke Kuantan-Segamat cuba menyeberangi arus air di atas jalan.
“Disebabkan arus terlalu deras, mangsa tidak dapat mengawal keadaan, motosikalnya turut dihanyutkan sehingga ke dalam kebun kelapa sawit yang berhampiran,” katanya.
Anggota bomba menemui mayat mangsa yang dihanyutkan air deras sejauh kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.-Foto JBPM
Kata Mohd Hilmi, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 2.20 petang pada jarak 200 meter daripada lokasi mangsa dipercayai dihanyutkan arus air.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dengan menggunakan teknik Water Serface Rescue dengan melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuantan dan Pasukan Bomba Sukarela Gambang seramai 24 anggota dan tiga jentera.
Mangsa telah diserahkan kepasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk di bawa ke Unit Forensik, Hospital Tengki Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan bagi bedah siasat. Kejadian itu merupakan kes kematian pertama akibat banjir setakat ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dua beradik maut dalam kemalangan di KM 44.1 Lebuhraya Karak-KL
BENTONG – Dua beradik daripada sebuah keluarga maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 44.1, Lebuhraya Karak – Kuala Lumpur, pada jam 3.20 pagi, hari ini.
Dua beradik yang yang maut dalam kejadian itu, Wafa Safia Mohd Hairy (17 Tahun) dan adiknya Adam Haiqal Mohd Hairy (12) meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak ketiga dalam keluarga itu, Fahmi Eyman Mohd Hairy, 10 tahun, parah di bahagian kepala.
Keadaan kenderaan MPV yang remuk dalam kejadian kemalangan di KM44.1-Lebuhraya Karak-KL, pagi tadi
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kenderaan itu dalam perjalanan dari Shah Alam untuk menghadiri majlis pertunangan di Kelantan.
“Apabila sampai di tempat kejadian, MPV itu yang dipandu oleh bapa mangsa dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapan dan gagal mengawalnya ketika tiba di selekoh dan keadaan jalan basah terus terbabas dan terbalik.
“Akibat dari kemalangan tersebut, kedua mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian dan kenderaan itu remuk di bahagian hadapan , cermin depan pecah dan bumbung kemek,”katanya.
Katanya, pemandu kenderaan itu, Mohd Hairy Ahmad (44) yang bertugas sebagai Pegawai Majlis Perbandaran Petaling Jaya mengalami kecederaan retak tulang belakang.
“Dalam kemalangan itu, isteri pemandu, Zuraini Zolkifli (44), seorang guru di Sekolah Kebangsaan Sri Muda, Shah Alam, retak tulang tangan kanan,” katanya.
Zaiham berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan itu berpunca tayar bahagian hadapan MPV itu termasuk ke dalam parit jalan di laluan kanan menghala ke Bentong, menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan sehingga berpusing dari kanan ke kiri jalan dan terbalik.
Katanya, kes disiasat di Seksyen 41 Akta Pengankutan Jalan ( APJ) 1987 dan post-mortem akan dijalankan selepas keputusan ujian swab Covid-19 diperolehi. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN –Sungai Lembing terus meningkat di paras 36.55 meter dan dalam keadaan bahaya.
Walaupun keadaan paras air sungai normal di beberapa sungai di Kuantan tetapi keadaan menunjukkan corak paras air terus meningkat.
Di Sungai Lepar paras air pada 27.37 meter; Sg Kenau (19.19m); Sungai Kuantan (3.67m); Kuantan By Pass (1.18m); Sungai Belat (1.78m) dan Sungai Cherating (1.75m).
SUMBER: Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Kuantan
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Berwaspada, paras sungai di daerah Jerantut semakin meningkat
Foto hiasan: Pemandangan di restoran rakit, Kuala Tahan
JERANTUT – Penduduk yang tinggal berdekatan dengan pesisiran Sungai Tembeling dan Sungai Pahang serta kawasan rendah dikehendaki berwaspada ekoran hujan turun berterusan terutama di kawasan pedalaman dan corak semasa paras air sungai terus meningkat.
Bacaan paras Sungai Tembeling di Stesen Kuala Tahan menunjukkan bacaan 64.06 meter di paras waspada dan dalam keadaan terus menaik. Manakala bacaan di Stesen Sungai Yap pada paras 44.25 meter dalam keadaan normal dan masih menaik, bacaan Sungai Jelai di Stesen Jeram Bungor pula pada 55.53 meter dan terus menaik
Bacaan hujan pada 17 Disember pada jam 12.00 tengah malam menunjukkan di Stesen Kg Pasir Raja – 83 milimeter (mm); Stesen Kuala Tahan – 48.5 mm; Stesen Sg Yap – 35.5 mm dan Stesen Bukit Betong – 5.0 mm.
Data dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Jerantut-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Kenakalan seekor kucing jantan yang tersangkut pada bahagian batu di sebuah longkang mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Kejadian tersebut telah berjaya dirakam @syedhairul769 menerusi dua buah video sebelum di muat naik di media sosial baru-baru ini.
Menerusi video pertama berdurasi satu minit 20 saat itu, orang ramai tertanya-tanya bagaimana kucing tersebut boleh tersangkut sedangkan banyak lagi ruang yang boleh di laluinya, lapor kosmo online
Kucing tersebut bagaimanapun berjaya diselamatkan sekumpulan anggota bomba dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Video tersebut telah mendapat lebih 500 komen dan 2,000 reaksi orang ramai.
“Kenapalah nakal betul si manja ni, banyak jalan yang luas, yang sempit juga dia nak lalu. Nasib baik abang bomba datang tolong,” kata @RosRahmat.
“Ingatkan budak-budak sahaja yang boleh terlekat benda-benda macam ini, sekali ‘oyen’ pun sama naik,” seloroh @AlWardah.
“Dia yang tersangkut, dia yang marah abang bomba, tak nak tolong nanti baru tahu,” ujar @FaizGaming.
Gambar Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!