“Mahu idaknya…” Lelaki pengsan selepas terkejut temui mayat dalam lori kontena
BUTTERWORTH – “Mahu idaknya…” Lelaki pengsan selepas terkejut temui mayat dalam lori kontena. Seorang lelaki dilaporkan pengsan selepas terkejut apabila menemui mayat dalam lori kontena yang dipandunya di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), semalam.
Mayat lelaki yang dijumpai tersebut dipercayai sudah lebih seminggu memandangkan keadaan mayat yang sudah kembung dan berair.
Menurut laporan MalaysiaGazette, kejadian dikatakan berlaku pada jam 4.15 petang dan pemandu terbabit hanya menyedari kewujudan mayat itu ketika dia melalui pos pemeriksaan kastam untuk keluar dari NBCT.
Pemandu walau bagaimanapun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan awal oleh pihak ambulan NBCT. Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette mendapati polis masih menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat dalam kontena ketika ini.
Sumber : Sengat Daily
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Persiapan UMNO dan Barisan Nasional berada di tahap tertinggi hadapi PRU-15
LIPIS – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Lipis kini berada pada tahap persiapan yang tinggi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU-15) yang dijangka diadakan pada bulan November ini
Keyakinan tersebut disuarakan oleh Ketua Umno bahagian, Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Sebahagian daripada 500 perwakilan yang hadir di mesyuarat tersebut.
Katanya, persediaan dan simulasi yang telah diadakan sebelum ini menunjukkan kecenderungan pengundi memilih Barisan Nasional bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Lipis.
“Kecenderungan ini berasaskan maklum balas yang diberikan terhadap perkhidmatan serta kebajikan yang dihulurkan oleh kepimpinan BN di Lipis selain kerap turun padang bertemu masyarakat di sini.
“Saya melihat gerak kerja yang ditunjukkan oleh semua lapisan kepimpinan sama ada peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pada tahap yang tinggi. Ini sekaligus menunjukkan kita bersedia mempertahankan parlimen dan DUN di bawah Lipis,” katanya.
Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, berkata demikian menerusi ucapan ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis yang turut dihadiri seramai 500 orang perwakilan..
Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lipis, Dato’ Sri Ir Mohd Soffi, Naib Ketua UMNO Bahagian Lipis, Dato’ Mustapa Long, Ketua Pemuda Bahagian, Saudara Farid Mohd Nor serta barisan kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Lipis.
“Tahniah saya ucapkan kepada semua perwakilan kerana catatkan 100 peratus kehadiran dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian hari ini.
“Tiada yang lebih menggembirakan daripada menyaksikan sendiri pejuang-pejuang bangsa ini hadir penuh ikhlas menjalankan amanah, memenuhi syarat dalam perlembagaan parti,” katanya.
Katanya, tidak ada masa yang banyak namun, beliau yakin persiapan UMNO dan BN berada di tahap tertinggi dalam menghadapi PRU-15.
Mengulas mengenai kerjasama dengan PAS, beliau berkata BN sudah bersedia untuk bergerak bersendirian tanpa bergabung dengan mana-mana parti.
Abdul Rahman turut menyatakan tekad untuk menyumbangkan 1 kerusi Parlimen BN dan 3 kerusi Dun dalam PRU-15 dengan majoriti yang lebih besar.
Sebagai rekod, Barisan Nasional Parlimen Lipis telah memenangi semua kerusi Dun dan Parlimen dalam PRU-14 yang lalu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Muslimah Masjid Batu 3 Semenyih santuni warga emas
Foto atas : Ustaz Alias (kiri) dan Ustaz Shafie memberi penerangan ringkas sebelum memulakan perarakan Sambutan Maulidur Rasul.
SEMENYIH – Mengambil ikhtibar keperibadian mulia Rasulullah S.A.W itu, Kumpulan Muslimah Masjid Batu 3, Semenyih, bersama-sama 10 ahli mengadakan Program Kunjungan Mesra ke Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM) di Semenyih, Selangor sempena Sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M, baru-baru ini.
Pengerusinya, Nur Asyikin Jantan, berkata program kunjungan itu bagi menjalin hubungan ukhuwah antara masjid dengan pusat berkenaan di samping menyampaikan dana serta sumbangan makanan kering dan barangan kegunaan harian kepada PJMM yang selama ini bergantung kepada infak daripada orang ramai serta pelbagai pihak untuk terus operasi.
Menurutnya, sebagai jiran yang paling dekat, sebagai sedekah kumpulan itu akan terus membantu PJMM termasuk menguar-uarkan kepada masyarakat mengenai bantuan diperlukan mereka.
Nur Asyikin Jantan (kiri) bersama ahli kumpulan Muslimah menunjukkan barangan makanan dan keperluan harian yang disumbangkan kepada PJMM.
Katanya, Walaupun kecil sumbangan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan PJMM dalam mengurus selia warga emas di pusat tersebut.
Jelasnya, dalam taklimat ringkas yang disampaikan Pengerusi PJMM, Azman Rasman, memberi kefahaman kepada ahli kumpulan itu mengenai tujuan kewujudan pusat jagaan berkenaan dan bukan satu perkara yang mudah untuk menjaga warga emas yang menghidap pelbagai penyakit serta uzur kerana sentiasa memerlukan perhatian rapi.
“Kami juga kagum dengan mereka yang terbabit dalam pengurusan PJMM kerana sentiasa gigih berusaha mencari dana atau sumbangan pelbagai barangan untuk kegunaan harian, kesihatan serta sumber makanan untuk menyantuni warga emas setiap hari supaya mereka sihat sejahtera bagi menjalani rutin kehidupan di pusat ini,” katanya.
Sementara itu, pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat pusat jagaan berkenaan, kira-kira 100 peserta termasuk sukarelawan dan warga emas yang menghuni Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang, Selangor turut mengambil bahagian dengan berarak sejauh 100 meter dari jalan utama Kampung Sungai Purun, Semenyih menuju ke PJMM, baru-baru ini.
Jelas Azman, walaupun tidak sejauh mana berarak tetapi bagi memenuhi hasrat warga emas pusat itu dan PJNH yang mahukan satu perarakan dibuat sambil berselawat dilakukan kerana mereka sudah lama merindui kemeriahan menyambut Maulidur Rasul dengan cara itu sebelum menghuni pusat jagaan berkenaan.
“Dengan dibantu sukarelawan, warga emas yang berkerusi akan disorong manakala yang bertongkat disantuni dengan baik supaya tidak terjatuh dan sebagainya yang melahirkan suasana gembira dalam kalangan mereka apabila dapat menyelesaikan perarakan dengan selamat.
“Selepas perarakan yang diketuai Ustaz Alias dan Ustaz Shafie, warga emas ini kemudahannya mendengar ceramah bertajuk Kasih Rasulullah yang disampaikan oleh penceramah bebas Ustaz Mohammad Shyazreel Adry Mohd Roni dan diikuti jamuan nasi minyak yang ditaja sukarelawan suami isteri, Nasir dan Norizan,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Seorang pemandu lori treler terselamat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 15, Jalan Lipis ke Merapoh dekat sini pada jam 3.30 petang, hari ini.
Pemandu trailer jenis Volvo bernombor pendaftaran SMC 3977 selamat di bahagian pemandu dan bahagian belakang kenderaan muatan kelapa sawit itu terbalik ketika menggelak sebuah kereta yang keluar dari sebuah simpang.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal polis mendapati lori treler muatan sawit dari arah Lipis menghala ke Merapoh terbabas apabila cuba mengelak sebuah kereta dan hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.
“Ketika mengelak, lori treler yang hilang kawalan melanggar dua batang tiang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga patah.
Lori treler yang terbabit dalam kejadian itu, hari ini.
“Pemandu treler berkenaan selamat dalam kejadian tersebut, kejadian ini berlaku di laluan selekoh, jalan selorong dan sahala serta garisan garisan berkembar di tengah sebagai pembahagi jalan,” katanya katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, pemandu yang keluar dari sesebuah simpang untuk masuk ke jalan utama dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati serta perlu memberhentikan kenderaan terlebih dahulu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Katanya, pembubaran dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pengumuman itu dibuat pada 10 pagi ini di Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Katanya, pemilihan tarikh hari ini ialah bagi membolehkan pembentangan dan perbahasan mengenai Bajet Pahang 2023 disempurnakan terlebih dahulu, sekali gus diluluskan untuk dilaksanakan tahun depan, demi kepentingan rakyat.
Jelas beliau, meskipun penggal ini berbaki beberapa bulan lagi, ketetapan pembubaran DUN dan menyertai PRU15 bersama kerajaan persekutuan dibuat berdasarkan beberapa keperluan.
“Pertama, untuk mengelakkan proses dan musim PRU berulang dalam tempoh singkat. Ini kerana, kurang setahun dari sekarang, penggal akan berakhir dan pilihan raya akan dilakukan,” katanya.
Kedua, Pahang memilih untuk membuat pilihan raya serentak bersama peringkat persekutuan bagi tujuan penjimatan kos pengurusan dan pengendalian pilihan raya.
Tambahnya, ia bagi memastikan permulaan dan pengakhiran penggal di peringkat negeri dan persekutuan dapat diselarikan, juga membolehkan kerajaan negeri memberi fokus kepada pengurusan dan pentadbiran.
Pada PRU14 lalu, UMNO dan Barisan Nasional memenangi 25 daripada 42 kerusi DUN di Pahang.
Sembilan lagi kerusi DUN adalah di bawah Pakatan Harapan (PH) sementara lapan lagi di bawah Pas.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Automatik boleh kaya jika anda masih simpan RM1 kertas lama
Automatik boleh kaya jika anda masih simpan RM1 kertas lama. Duit lama boleh dijual dengan harga yang lumayan kerana ada ramai broker yang sanggup membeli dengan harga yang tinggi.
“Siapa ada duit kertas RM1 lama jualkan kepada kami, kami disini berbesar hati untuk membeli wang ringgit lama tersebut dengan harga sekeping RM12,000 mengikut keadaan wang tersebut tanpa koyak.
Duit lama boleh dijual dengan harga yang lumayan kerana ada ramai broker yang sanggup membeli dengan harga yang tinggi.
Ramai yang pastinya sudah tertarik apabila membaca deskripsi seperti diatas, ditambah lagi dengan gambar yang digunakan untuk menarik perhatian anda.
Wang kertas seringgit di atas sudah pastinya dimiliki oleh hampir kebanyakkan orang di Malaysia. Jadi secara tidak langsung, anda mesti nak tahu betulkah wang kertas 1 Ringgit ni boleh dijual pada harga RM12,000?
Gambar yang digunakan di atas adalah milik akhbar online Mstar, disiarkan pada 29 Ogos 2014. Orang di dalam gambar tersebut adalah Encik Syed Alwi Syed Omar yang menunjukkan wang kertas RM1 yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Cerita mengenai gambar tersebut diubah banyak kali oleh admin-admin blog dan pages Facebook yang tidak beretika ini semata-mata untuk mengejar pembaca blog atau pages Facebook. Tidak ada pun disebut harga wang kertas seperti di atas boleh dijual pada harga RM12,000 didalam artikel asalnya.
Wang kertas RM1 seperti di dalam gambar tersebut tidak mempunyai nilai yang tinggi sehingga mencecah RM12,000 kecuali atas sebab-sebab numismatik (contohnya: solid numbers, wang gantian pertama dll). Walau bagaimanapun, jika wang kertas anda itu buruk, kotor dan berlipat jangan haraplah nak dapat harga RM12,000.
Wang kertas 1 Ringgit yang bernilai tinggi yang dimaksudkan oleh warga numismatik adalah wang 1 Ringgit Aishah atau wang kertas yang ditandatangani oleh Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang ke-6, pemilik sebenar tandatangan yang dikatakan sebagai tandatangan Aishah.
Kalau betul harga wang kertas 1 Ringgit ini mencecah RM12,000 sekeping, ada sesiapa yang nak beli? Kami jual murah-murah seribu Ringgit sekeping, dah kira rezeki kalau ada yang nak beli.
Sumber : Oh! Viral News
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MCA berpeluang ambil balik kerusi DUN Damak pada PRU-15
JERANTUT – Komponen Barisan Nasional (BN), Parti MCA Jerantut berpeluang untuk mengambil balik kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) Damak (N09) dengan meletakkan calon baharu bakal berdepan calon PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
PRU ke-14 DUN Damak dimenangi oleh Zuridan Mohd Daud (PAS) dengan mendapat undi 8,444 dengan menewaskan Wong Chun Yuan – 6,988 (PKR) dan Lim Chong Ly – 4,395 (BN).
MCA Jerantut berharap BN Pahang tidak mengubah pendirian iaitu tetap meletakkan calon MCA bertanding di Damak serta yakin strategi bersama UMNO Jerantut mampu memenangi semula pada PRU-15.
Timbalan Pengerusi MCA Jerantut, Sam Cho Wah, 59, memaklumkan perkara berkenaan sudah dibincangkan oleh MCA Pahang dengan Barisan Nasional (BN) negeri dan pada dasarnya bersetuju untuk meletakkan calon parti tersebut bertanding dalam PRU-15 ini.
“Kita (MCA) Jerantut sudah dimaklumkan perkara ini oleh pihak berkenaan dan semua ahli cawangan MCA sudah bersiapsiaga untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
“Apapun sebarang perubahan yang ditetapkan oleh BN Pahang, kita tetap menagih supaya diberi peluang untuk meletakkan calon baharu bertanding di DUN Damak,” katanya di sini hari ini.
Beliau lebih mesra dipanggil Sam yakin pengundi daripada kalangan ahli MCA Damak seramai kira-kira 6,000 orang tetap berada di belakang parti itu, manakala selebihnya pengundi dalam kalangan orang Melayu, iaitu ahli UMNO dan MIC turut menyokong bagi kemenangan nanti.
“MCA yang telah mendominasi kemenangan pada PRU sejak lima penggal lalu yang diwakili oleh Datuk Lau Lee yang juga Pengerusi MCA Jerantut telah meletakkan status parti itu disenangi oleh pengundi berbilang kaum di DUN Damak.
“MCA yakin sejumlah 25,164 pengundi berdaftar pada 2018 dan bertambah dalam kalangan mereka yang berusia 21 tahun layak mengundi pada PRU-15 ini mampu menyebelahi calon MCA nanti,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Seluruh Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Seri Wan Rosdy Wan Ismail wajar diberi pujian di atas prestasi yang cemerlang apabila pendapatan Negeri Pahang telah mencecah RM1 billion.
Datuk Seri Wan Rosdy (kiri) dan Datuk Seri Abdul Rahman (kanan) di majlis Jamuan Santunan Budi, malam tadi.
Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad ketika ditemui dalam satu Majlis Jamuan Santunan Budi 2022 di Kuantan malam tadi.
Majlis turut dihadiri oleh Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Ismail Muttalib dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Shahar Abdullah.
“Tahniah buat YAB MB kerana telah berjaya mentadbir Negeri Pahang dengan begitu cemerlang sekali. Jika kita imbas kembali apa yang Lim Guan Eng pernah membuat mengeluar kenyataan bahawa Negeri Pahang akan bankrap dalam masa 3 bulan di zaman pemerintahan PH dahulu”.
“Namun hari ini di bawah kerajaan YAB MB dan EXCO Kerajaan Negeri yang mana berkemungkinan dalam sikit masa lagi akan dibubarkan (setelah mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang) telah berjaya membuktikan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh PH itu tak betul sama sekali.”
“Malah YAB Menteri Besar, bersama EXCO, dan seluruh kerajaan negeri Pahang berjaya tingkatkan pendapatan mencapai RM1 billion.”katanya.
Dalam majlis tersebut juga Menteri Besar Pahang telah memberi tanda awal bahawa kerajaan Negeri akan dibubarkan dalam masa terdekat setelah mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Seorang penunggang motosikal lelaki tempatan berusia 54 tahun maut kerana melanggar belakang lori rosak di tepi jalan di KM 15, Jalan Bentong-Raub, kira-kira jam 12.45 tengah hari, semalam.
Mangsa, Shamsuddin Zulkefli telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Motorsikal yang ditunggangi Shamsuddin Zulkefli terperesok di belakang lori dalam kejadian itu.-Foto IPD Bentong.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, sebuah lori dari arah Raub menghala ke Kuala Lumpur mengalami kerosakan enjin dan memberhentikan kenderaan tersebut di tepi jalan laluan kecemasan untuk diperiksa dan membaikki kerosakan.
“Kira-kira 30 minit kemudian, ketika lori tersebut sedang dibaiki, terdengar dentuman dan mendapati sebuah motorsikal dari arah Raub telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori tersebut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Zaiham menasihatkan semua pengguna jalanraya agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Razak Daud (3 dari kiri) menerima sijil keahlian Waqaf Felda daripada Tan Sir Idris Jusoh.
Peneroka Wilayah Jengka puji Waqaf Felda kutip sumbangan RM25.63 juta
JERANTUT – Peneroka Wilayah Jengka memuji Langkah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM25.63 juta hasil sumbangan peneroka, ahli-ahlinya dan beberapa agensi di bawahnya menerusi Waqaf Felda.
Pengerusi Biro Sosial Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, Waqaf Felda telah ditubuhkan tahun lalu bertujuan untuk mencetuskan anjakan minda bagi membudayakan wakaf dalam kalangan warga Felda khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
“Melalui waqaf ini diwujudkan, ianya dapat mewujudkan satu gelombang ekonomi Islam yang baharu dan dapat dimanfaatkan oleh orang awam dan dilestarikan untuk jangka masa panjang.
“Selain itu, prinsip dan budaya Wakaf Korporat yang dilaksanakan,bakal menjadi salah satu institusi wakaf yang berjaya dan menjadi contoh bukan sahaja dalam negara malah kepada masyarakat Islam luar negara,’ katanya.
Seorang peneroka Felda Jengka 12, Zulmi Abd Rahman berkata, cetusan idea daripada Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusof sebagai satu pandangan yang memberi manfaat jangka panjang untuk peneroka Felda selain dapat beramal berjariah.
“Cetusan idea ini akan dimanfaatkan untuk beberapa aspek seperti kebajikan komuniti Felda, merangsangkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya mendapat keberkatan di dunia dan akhirat,” katanya.
Sebelum itu, Pengerusi Waqaf Felda, Tan Sri Idris Jusoh mengumumkan kutipan sumbangan sebanyak RM25.63 juta pada Mesyuarat Agung kali pertama institusi itu selepas ia ditubuhkan sejak 12 November tahun lepas.
Idris berkata, kutipan sebanyak RM7.03 juta telah diperoleh daripada sumbangan peneroka dan petugas selain daripada beberapa agensi lain.
“Waqaf Felda sebelum ini menyasarkan kutipan dana sebanyak RM100 juta, tapi hari ini kita telah menerima sehingga RM25.63 juta.
“Sumbangan daripada agensi antaranya Felda sebanyak RM10 juta, FGV Holdings Bhd (FGV) RM5 juta dan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) sebanyak RM1 juta, “katanya pada ucaptama Mesyuarat Agung Waqaf Felda hari ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!