Menara Merdeka 118 paling diidamkan – Ivan Beerkus
PETALING JAYA- Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur merupakan bangunan idaman buat salah seorang daripada pasangan Russia, Ivan Beerkus, yang menceroboh dan memanjat puncak pencakar langit berkenaan.
Semalam, Ivan memuat naik video dirinya berada di puncak menara tersebut bersama wanita dikenali sebagai Angela Nikolau, yang telah mengundang pelbagai reaksi negatif khususnya daripada rakyat Malaysia.
“Puncak Merdeka 118 bersamaan 679 meter atau 2,227 kaki. Ia adalah bangunan kedua tertinggi di dunia!
“Saya tidak dapat menggambarkan emosi saya. Bangunan tercantik yang pernah saya kunjungi,” katanya dalam kapsyen.
Kelmarin, Ivan memuat naik gambar di hadapan menara tersebut sambil meluahkan rasa teruja melihat bangunan itu yang menjadi idamannya.
“Saya mendengar pelbagai cerita berkenaan cubaan memanjat menara ini tanpa kebenaran. Yang paling sedih sehingga dipenjara beberapa bulan.
“Ada banyak pintu tertutup dan CCTV di dalam menara berkenaan. Perkara itu membuatkan ia menara yang paling diidamkan di seluruh dunia,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan aksi pasangan warga Russia itu menceroboh Menara Merdeka 118 dengan memanjat ke puncak pencakar langit itu, menerima kecaman orang ramai.
Semalam, beberapa portal media turut melaporkan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pasangan tersebut.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman dipetik berkata, pihaknya akan memanggil pasangan berkenaan untuk dirakam keterangan.
video
Sumber : KOSMO! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penghuni rumah terkejut ular tedung sela depan pintu
LIPIS – Seorang penduduk, Mohamad Aiman Zaimi berdepan detik cemas apabila seekor ular tedung selar berada di hadapan pintu rumahnya di Kampung Mentara Baru, Merapoh dekat sini pada jam 9.00 malam tadi.
Mohamad Aiman berkata, dia terdengar bunyi sesuatu yang bergerak di luar rumah dan menjangkakan ada seekor kucing dan terus membuka pintu rumahnya, dia terkejut dan cemas melihat seekor ular tedung selar dianggarkan sepanjang 2.44 meter (8 kaki).
Anggota bomba dari Pusat Mencari dan Menyelamat Gunung Tahan (MOSAR), Merapoh berjaya menagkap haiwan itu. -Foto BBP Kuala Lipis.
“Saya terkejut serta berasa cemas apabila melihat seekor ular tedung selar yang agak besar melingkar tidak jauh dari pintu rumah.
“Melihat ular ini tidak mahu bergerak dari situ dan bimbang haiwan ini bertukar lebih agresif, saya pun segera menghubungi Balai Bomba Kuala Lipis untuk meminta bantuan menangkap ular ini,” katanya.
Mohamad Aiman bersyukur kerana dia dan ahli keluarganya di dalam rumah terselamat daripada gangguan ular tersebut selepas anggota bomba berjaya menangkapnya sejurus tiba di lokasi itu.
“Saya berterima kasih kepada anggota bomba yang cekap dan cepat bertindak menangkap ular tedung selar ini, manakala keluarga saya tidak lagi bimbang berikutan kemunculan haiwan ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Zon Tiga, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, ular tedung selar itu sepanjang 2.44 meter (8 kaki) berjaya ditangkap oleh anggota bomba dari Pusat Mencari dan Menyelamat Gunung Tahan (MOSAR), Merapoh.
“Seramai lima orang anggota dari pasukan Mosar, Balai Bomba Kuala Lipis bergegas ke tempat kejadian apabila menerima panggilan kecemasan.
“Setiba di lokasi, anggota bomba mengesahkan seekor ular tedung selar berlingkar di hadapan pintu rumah dan operasi menangkap terus dilakukan di lokasi berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Presiden Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin, 63 tahun, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, pada jam 11.40 malam semalam.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Salma Abdul Samad, 57 tahun dan empat anak serta enam cucu.
Ahad lalu, Allahyarham telah dimasukkan ke Coronary Care Unit (CCU), Jabatan Kardiologi HTAA, selepas mengalami sakit dada.
Bagaimanapun, Allahyarham terpaksa ditidurkan berikutan keadaannya yang semakin kritikal selepas dikatakan mengalami serangan jantung kali pertama pada 2 Disember lalu.
Allahyarham yang disolatkan di Masjid Makmur Indera Mahkota 2, Kuantan, kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Jalan Haji Ahmad, Kuantan pada jam 7.19 pagi tadi.
Allahyarham pernah berkhidmat sebagai wartawan dan jurugambar akhbar The Star pada 1 April 1982 dan telah bersara wajib pada September 2019.
Selepas itu, Allahyarham menyambung kontraknya di akhbar sama sehingga Mac 2020 dan kini berkhidmat sebagai wartawan di akhbar Fikrah Pahang. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dua kakitangan SUK ubahsuai sistem urusan pingat kebesaran
KUANTAN – Dua bekas kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang didakwa di Mahkamah Sekysen Kuantan dengan 29 pertuduhan ubahsuai kandungan laman web sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang tanpa kebenaran dua tahun lalu.
Mohd Isa Mohd Yusof, berdepan dengan 26 pertuduhan manakala Muhammad Amer Syafeeq Aziz pula dengan tiga pertuduhan bagaimana tidak mengaku bersalah di hadapan Hakim Maimoonah Aid.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Isa telah dengan tanpa kuasa menggunakan nombor pengenalan mereka untuk memasukkan nama 26 individu ke dalam laman sesawang sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sebagai penerima pingat Datuk dan Datuk Seri daripada Sultan Pahang sedangkan penerima tidak disenaraikan untuk menerima anugerah tersebut.
Mohd Isa didakwa melakukan perbuatan itu antara 19 Februari 2020 sehingga 12 Oktober 2021 di Pejabat SUK Pahang.
Muhammad Amer Syafeeq pula didakwa melakukan perbuatan sama pada18 Ogos 2021 sehingga 4 Oktober 2021 bertempat di Pejabat SUK Pahang.
Kedua mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 (1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda maksimum RM150,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan seperti yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Abdul Ghafar Ab Latif dan Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim.
Mahkamah membenarkan kedua tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan kes disebut semula pada 13 Februari tahun depan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kemajuan projek ECRL sudah hampir 40 peratus – Exco
PEKAN – Kemajuan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) peringkat Negeri Pahang kini memasuki hampir 40 peratus sehingga November ini.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Mohd Fakharuddin Arif berkata, perkara berkenaan dimaklumkan oleh syarikat Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd hari ini.
“Perkembangan projek itu termasuk status pemilikan tanah, serahan tapak, penjajaran semula, halangan, cabaran, masalah dihadapi dan peranan penting kerajaan negeri yang akan memudahkan lagi pelaksanaan projek ECRL ini.
“Saya dimaklumkan kemajuan sebenar projek ECRL ini ialah 37.09 peratus manakala infrastruktur pula 51.94 peratus sehingga November 2022.
“Ini melibatkan kerja-kerja bina terowong, bina jambatan, kerja-kerja tanah, at grade dan lain-lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Kerja-kerja pembinaan ECRL telah bermula sejak 2017 dan dijangka siap sepenuhnya di akhir 2026 melibatkan jajaran hingga ke Gombak manakala tahun 2027 pula jajaran ke Pelabuhan Klang.
Sebanyak tujuh stesen ECRL di Pahang dibina dan merupakan stesen paling banyak dibina serangkumi lokasi di Cherating, Kuantan Port City, KotaSAS, Paya Besar, Maran, Temerloh dan Bentong.
“Kerja-kerja kini sedang giat dilaksanakan. Apabila siap nanti, ECRL akan merapatkan jurang ekonomi antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung.
“Ia menghubungkan Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga ke Pelabuhan Klang, Selangor,” katanya.
Sumber : MalaysiaGazette
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi KENDALI, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kanan sekali)
LIPIS – Pemimpin koperasi perlu mempunyai wawasan untuk membawa koperasi menempuhi modernisasi dengan menceburkan diri dalam perniagaan berimpak tinggi serta memadankan perniagaan sesuai perubahan teknologi semasa.
“Dunia perniagaan secara am dan koperasi khususnya sentiasa berubah dan pemimpin mempunyai tanggungjawab untuk memacu organisasi atau koperasi mereka sentiasa konsisten dalam persaingan agar tidak ketinggalan.”
Demikian petikan ucapan Exco FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Ir. Razali Kassim yang mewakili Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-35 Koperasi Pekebun Kecil Daerah Lipis Berhad (KENDALI) di Kuala Lipis hari ini.
Tambahnya, pihak kerajaan Pahang sentiasa bersedia membantu gerakan koperasi di negeri ini demi mencapai sasaran RM 1 billion perolehan dalam masa tiga tahun mendatang berbanding RM 800 juta untuk tahun ini.
Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi KENDALI, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan aluannya menegaskan bahawa KENDALI dalam proses mengembangkan perniagaan dengan menubuhkan sebuah stesen minyak di Kuala Lanar yang merupakan jalan utama Jerantut – Lipis.
“Atas jasa Menteri Besar Pahang, kita telah dikurniakan sebidang tanah di situ oleh kerajaan negeri, namun memerlukan modal yang besar sehingga RM 1 juta untuk memulakan perniagaan.
“Kita mempunyai beberapa cadangan dan strategi bagi mendapatkan dana ini sama ada melalui tambahan saham oleh anggota, tabung pelaburan khas atau pinjaman daripada kerajaan dan bak swasta. Perkara ini akan dibincangkan bersama dan bergantung kepada persetujuan semua anggota,” katanya.
Tambahnya, visi tersebut sesuai dengan saranan kerajaan agar koperasi terlibat dengan bidang perniagaan berimpak tinggi.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah ADUN Padang Tengku, Dato’ Mustafa Long, wakil Pengarah RISDA Negeri Pahang, Encik Esa Rahimin, Penolong Pengarah SKM Wilayah Raub/ Lipis, Saffuan Fathi Md Shuhaimi dan Wakil Pengarah Kolej Komuniti Lipis, Sarah Ghazali.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Murid mengikuti kelas dengan kemudahan yang dilengkapi dengan penggunaan android TV.
PELABUHAN KLANG – Sekolah Kebangsaan Pulau Indah (SKPI), Sekolah Amanah Malaysia, Jalan Dato’ Haron, Pelabuhan Klang, menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menarik murid supaya lebih fokus.
Guru Besar SKPI, Hazi Kadir, berkata hasil perbincangan awal antara dia dan Mohd Haffiz, idea asal itu cuba dimurnikan dengan menggunakan dana PIBG terlebih dahulu bagi mendapatkan lima unit TV pintar android bersaiz 50 inci.
Hazi menunjukkan isyarat bagus selepas idea beliau bersama Mohd Haffiz membuahkan hasil yang cemerlang dalam pendidikan SKPI sehingga menjadi contoh.
Menurutnya, rentetan daripada itu selepas mendapatkan persetujuan Majlis Tertinggi PIBG SKPI, penggunaan TV berkenaan diutamakan kepada murid tahun tiga dan enam yang berkongsi kelas untuk mempraktikkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran bermula November 2020.
Jelas beliau, daripada jaringan kerjasama, PIBG berjaya menarik Westport Malaysia yang sama-sama ingin menyumbang kepada pembangunan pendidikan SKPI dan bersetuju menambahkan lima lagi TV berkenaan yang menjadikan jumlah pada masa itu kepada 10 unit.
Tambahnya, android TV dipilih bagi memudahkan guru dan murid mengakses terus sumber pengajaran dan pembelajaran kepada dunia maya apabila pelbagai sumber dan bahan pembelajaran boleh didapati dengan mudah.
“Murid yang sudah terdedah dengan pembelajaran maya pada waktu perintah kawalan pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19, manakala guru menyediakan diri dengan pengajaran menggunakan video secara langsung melalui platform Youtube dan Google Meet bersama murid membabitkan keseluruhan subjek pengajaran di SKPI.
“Hasil maklum balas daripada murid mendapati sangat teruja dengan kemudahan yang dilengkapi pihak sekolah ini dan mereka sendiri lebih arif serta kehadapan dengan penggunaan android TV dalam kehidupan khusus pembelajaran,” katanya.
Menurutnya, langkah itu dikongsi pula lagi oleh pihak Sekolah Amanah dalam Jaringan Sekolah Amanah Malaysia sehingga nama SKPI terkenal kerana berjaya merealisasikan idea pendidikan digital melalui penggunaan android TV di dalam kelas.
Jelas beliau, perkembangan itu menarik perhatian syarikat pembekal makanan kucing, Magna Nova yang beroperasi di Pulau Indah tampil memberi kerjasama untuk bersama memacu pembangunan pendidikan SKPI apabila menaja 10 unit lagi android TV.
Hazi berkata, menjelang penghujung tahun 2021, jumlah android Tv di SKPI telah mencecah 30 unit dengan semua kelas membabitkan murid dari Prasekolah sehingga Tahun Enam dapat menggunakan kemudahahan itu termasuk bilik khas seperti makmal sains, surau, bilik rehat guru dan terkini pejabat sekolah.
Menurutnya, guru SKPI menyifatkan kemudahan TV itu amat membantu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan serta membolehkan mereka membawa murid menyelami dunia pendidikan tanpa sempadan dan mengaplikasikan maklumat di hujung jari.
“Amat membanggakan apabila kemudahan internet dipertingkat kelajuannya oleh pihak Westport Malaysia dalam usaha membantu SKPI khusus murid mencari sumber pelajaran menerusi alam maya tanpa sebarang gangguan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak terkejut dan loya apabila ternampak cicak hidup dalam aiskrim yang sedang dinikmatinya.
Menerusi hantaran pengguna di media sosial, @AsyarafRosli_ memaparkan seorang kanak-kanak perempuan sedang menikmati aiskrimnya sebelum menyedari dia sedang mengigit seekor cicak hidup.
“Wey, trauma! aiskrim ada cicak,” kata Asy menerusi kapsyen hantaran tersebut.
Perkongsian video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya berasa kasihan dengan kanak-kanak tersebut.
“Saya pernah terkena suatu ketika dahulu sewaktu makan keropok dan ada cicak di dalamnya, ciap seorang pengguna, @oppelady.
“Aduhai, agaknya haiwan itu terjatuh daripada siling dan tepat masuk ke dalam kon aiskrim kerana tapak kaki cicak licin. Mungkin ia tersalah mendarat,” komen seorang lagi pengguna, @NurulMaziah18.
“Kasihan sungguh. Mesti dia fobia hendak makan aiskrim hingga dewasa,” tulis netizen @arfdy12 menerusi laman sosial yang sama. Seorang pengguna, @AsyrafRosli_ menyangka ia hanya sekadar cicak mainan rupa-rupanya ia bernyawa.
“Dulu, cicak masuk ke dalam botol air dan saya terus membuangnya kerana berasa geli. Baru hendak memakainya pada hari itu, hari itu juga cicak boleh masuk ke dalamnya,” katanya menerusi ruangan komen. – KOSMO! ONLINE
Video.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JAKOA Hantar Bakul Makanan Kepada Penduduk Orang Asli
GUA MUSANG – Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) telah melakukan Penghantaran Bakul Makanan kepada penduduk Orang Asli Pos Balar bermula pada 25 Disember sehingga 30 Disember ini.
Dalam kenyataan memaklumkan, antara lokasi penghantaran bakul makanan yang terlibat ialah Pos Gob (187 KIR). Pos Simpor (210 KIR), RPS Balar (223 KIR), Belatim (185 KIR) dan seterusnya Pos Bihai (304 KIR).
Bekalan makanan dihantar kepada penduduk Orang Asli di Pos Balar.-Foto JAKOA.
“JAKOA mengambil maklum akan isu yang dihadapi oleh penduduk Orang Asli Pos Balar.
“Urusan penghantaran bantuan Bakul Makanan menggunakan helikopter telah dibincang bersama Unit Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 13 Disember 2022.
“Bagaimanapun, kelancaran gerak kerja penghantaran ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan adalah tertakluk juga kepada keadaan cuaca kerana ianya menjadi faktor utama bagi penerbangan helikopter,” kata kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu lagi, keperluan penghantaran bakul makanan ini memang dalam perancangan pihak JAKOA, namun ianya tidak dapat dilaksanakan lebih awal disebabkan oleh penugasan helikopter pihak Bomba yang lebih memerlukan di kawasan yang terjejas dengan banjir di negeri Kelantan dan Terengganu yang berlaku pada beberapa hari yang lepas.
Manakala penghantaran melalui kenderaan darat pula tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh keadaan jalan yang teruk dan terdapat runtuhan tanah yang berlaku di antara Pos Balar dan Pos Belatim iaitu berhampiran Kg Dakoh.
“Bagi urusan itu, pihak JAKOA telah berbincang dan bekerjasama dengan pihak JKR KESEDAR untuk kerja-kerja pembersihan runtuhan serta pembaikan cerun.
“Namun kerja-kerja di lapangan mungkin tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan keadaan jalan yang teruk serta cuaca yang masih buruk yang menyukarkan jentera berat untuk masuk dan sampai ke lokasi kejadian,” kata kenyataan itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kejadian tanah runtuh sebagai ujian beri kesan mendalam
LIPIS – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad kejadian tanah runtuh di Batang Kali dianggap sebagai satu ujian, namun telah memberi kesan yang sangat mendalam dalam aspek menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Katanya, memang kita mahu tragedi begini berlaku, namun, ujian yang menimpa merupakan satu detik mengukuhkan penyatuan kaum dalam negara.
“Saya sendiri telah melawat ke lokasi insiden di hari pertama tragedi berlaku dan sangat mengikuti rapat setiap perkembangan kejadian.
“Jelas tergambar semangat yang ditunjukkan oleh semua, bermula daripada pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR), petugas media, pasukan kesihatan, termasuklah seluruh rakyat Malaysia yang tak putus-putus mendoakan kesemua mangsa supaya dapat ditemui dengan segera,” katanya
Rahman berkata, dapat dilihat betapa pasukan SAR yang berkerja sepenuh jiwa dan raga membantu sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan bangsa.
“Buat semua yang terlibat, ini bukanlah satu tugas yang mudah, namun keazaman yang tinggi inilah mengatasi segalanya, tahniah sekali lagi buat semua pasukan yang terlibat dalam misi pencarian.
“Semoga Malaysia terus dalam perlindunganNya, diberkati, aman dan harmoni serta dilimpahkan kasih sayang yang berkekalan oleh Allah jua,” katanya.
Tambahnya, sebagai tambahan, beliau turut mengambil maklum aduan daripada semua pengguna jalan raya di laluan Batang Kali-Genting Highlands ditutup ketika ini.
“Laluan ditutup sehingga tamat operasi bagi tujuan kerja pembersihan jalan dan sebagainya. Selepas itu jalan akan dibuka kepada motosikal dan kenderaan ringan sahaja. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!