KUANTAN : Dua lelaki nyaris lemas di pantai Teluk Cempedak dekat sini pada jam 2.35 petang, semalam.
Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuantan, Kapt (PA) Shaifu Nizam Ab Rahman berkata, pasukan penyelamat pantai Teluk Cempedak berjaya menyelamat mangsa jam 2.40 petang, hari ini.
“Anggota penyelamat pantai menerima panggilan daripada orang awam yang melibatkan 2 lelaki berkaitan kejadian tersebut pada jam 2.40 petang.
“Berdasar saksi yang terlibat, Aziz Sulaiman beralamat di Kampung Raya, Temerloh, kejadian berlaku pada jam 2.35 petang,” katanya.
Katanya, penyelamat pantai berjaya membawa naik manga ke darat dalam keadaan baik. Seramai 2 anggota penyelamat dan sebuah rescue surf digunakan. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Anggota BBP Jerantut melakukan operasi memotong batang pokok tumbang. Foto BBP Jerantut
Pokok tumbang hempap sebuah rumah, penghuni terselamat
JERANTUT – Penghuni sebuah rumah terselamat apabila sebatang pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Kampung Perias, Jerantut Feri, dekat sini, pada 10.00 malam, hari ini.
Pegawai Operasi, Shuaimi Muhammad melaporkan, seramai 6 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut telah bergegas ke tempat kejadian.
“Ketika pasukan kami tiba di tempat kejadian, didapati sepohon pokok telah tumbang dan menghempap sebuah rumah yang tidak melibatkan mangsa.
“Anggota bomba membuat operasi pemotongan dahan pokok dengan menggunakan 1 unit gergaji berantai dan dikumpulkan di tempat selamat,” katanya.
Katanya, setelah membuat pemeriksaan didapati kejadian itu tidak melibatkan mangsa, operasi tamat, jentera dan anggota bertolak balik ke balai.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Masjid Lama Pulau Tawar, Bukit Rang terbakar, hari ini. – Foto Media Sosial.
Masjid Lama Pulau Tawar terbakar
JERANTUT : Masjid Lama Pulau Tawar, Bukit Rang terbakar , kira-kira 80 peratus bangunan tersebut terbakar pada jam 6.57 petang, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, komandan operasi melaporkan, masjid separuh kekal berukuran 24 meter x 30 meter (80 kaki x 100 kaki) terbakar.
Katanya, seramai 6 anggota Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Jerantut dan 5 anggota BBP Jengka turut membantu dalam operasi pemadaman tersebut.
“Pasukan bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan 2 aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba.
“Namun, tiada ini kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : kemalangan yang berlaku di Bukit Tinggi, Bentong pada jam 3.31 pagi hari ini.-Foto JBPM Pahang.
Kelindan maut, pemandu cedera parah dalam kemalangan di Bukit Tinggi, Bentong
BENTONG: Seorang kelindan lori maut di tempat kejadian kerana lorinya terbabas dalam nahas jalan raya yang berlaku di Lebuhraya – Kuala Lumpur berdekatan Bukit Tinggi di sini pada jam 3.31 pagi, hari ini.
Kelindan tersebut, R. Sugunaran berusia 45 tahun dari Kelang yang tersepit di tempat duduk di bahagian kepala lori disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata pemandu lori tersebut, N. Gopalla Rajoo, 45, beralamat di Kulai, Johor yang cedera dikejarkan ke Hospital Bentong sejurus dikeluarkan kerana cedera parah akibat tersepit dalam kemalangan itu.
“Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang maut berada di ruang tempat duduk dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya.
“N. Gopalla Rajoo yang juga pemandu lori itu berjaya dikeluarkan dan mendapati mengalami kecederaan parah. Mangsa diserahkan kepada petugas KKM untuk menerima rawatan di Hospital Bentong,’ katanya.
Katanya, seramai lapan orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bergegas terlibat dalam operasi tersebut. Operasi tersebut dan turut dibantu oleh seramai lima orang anggota Pasukan Bomba Sekarelawan (PBS) Janda Baik, “ katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dua orang nyaris maut dalam nahas di Jalan Kuantan-Segamat
KUANTAN : Dua buah kereta Proton Wira dan Proton Persona terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuantan-Segamat pada jam 4.31 petang, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, komanden operasi melaporkan seorang wanita dewasa yang berada di dalam kereta Proton Wira berjaya diselamatkan dengan menggunakan alatan khas.
Katanya, seramai 8 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Seorang lagi mangsa, seorang lelaki dewasa yang berada di dalam kereta Proton Persona telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.
“Kedua-dua mangsa mengalami cedera parah diserahkan kepada pihak Kemneterian Kesiahatan untuk tindakan lanjut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
5 sekeluarga nyaris maut kereta terbabas sebelum terbakar
SEBUAH kereta jenis Perodua Alza terbabas sebelum terbakar di Kilometer 146, Lebuh raya Pantai Timur, dekat Chenor, pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 6.59 pagi.
“Berdasarkan maklumat awal diterima, terdapat lima penumpang dalam kenderaan yang terbabas itu.
“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran dihantar ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan.
“Ketika tiba di lokasi, kenderaan itu sedang terbakar dan kereta itu musnah 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.
Zulfadli berkata, semua mangsa berjaya diselamatkan dan diberi rawatan awal oleh unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) bomba.
Katanya, kereta itu dipercayai dari Kemaman, Terengganu dan dalam perjalanan ke ibu negara.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbakar,” katanya.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Dua kemalangan meragut tiga nyawa dilaporkan berlaku dalam masa kurang 24 jam di Kuantan dan Pekan, pagi tadi.
Dalam kemalangan pertama, seorang pemandu lori disahkan meninggal dunia selepas lori dipandunya terbabas sebelum terbalik ke dalam kolam takungan di Jalan Pintasan Sungai Ular, dekat Gebeng.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku sekitar jam 9 malam semalam dan mayat mangsa hanya berjaya dibawa keluar dari lori itu dengan bantuan bomba kira-kira jam 1 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa dipercayai gagal mengawal lori itu berikutan keadaan jalan yang licin.
“Tempat kejadian adalah dalam kawasan kilang memproses bahan mineral dan mangsa dikenali sebagai Mohd Azrifazrin Abdul Razak, berusia 35 tahun.
“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman dan bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan.
Sementara itu, dalam kemalangan berasingan di Jalan Rompin Lama, dekat Pekan, dua wanita maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan lori treler.
Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu jam 8.46 pagi tadi.
“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.
“Operasi menyelamat mangsa dilakukan sembilan pegawai dan anggota dari balai bomba berkenaan.
“Mereka menggunakan peralatan menyelamat khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan dinaiki itu.
“Berdasarkan maklumat awal, kedua mangsa yang maut adalah kakitangan sebuah jabatan kerajaan dan mereka dikatakan sedang dalam perjalanan ke Rompin untuk tugasan rasmi,” katanya.
Zulfadli memaklumkan, identiti kedua mangsa yang maut belum diperoleh dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
tamat-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Sebuah kilang perabot yang terletak bersebelahan Masjid Pandan 2, Jalan Kuantan Bypass terbakar pada jam 6.23 petang, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, komander operasi, Mohd Khairul Tajumi Abdul Hamid melaporkan 100 peratus kilang itu kebakaran.
Anggota baomba dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan berdekatan. -Foto BBP Taman Tas.
“Turut terbakar tempat simpanan kayu untuk membuat perabot berkeluasan 24 meter x 30 meter (80 kaki x 100 kaki)., namun, dalam kebakaran itu tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa.
“Seramai 12 anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, Kuantan bergegas ke tempat kejadian dengan bantuan 2 jentera, operasi itu turut dibantu oleh 11 anggota BBP Indera Mahkota serta bantuan sebuah jentera tangki air,” katanya. Katanya, pasukan bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan 4 aliran hos salur bantu mula dari air tangki dengan pam jentera bomba.
“Jentera tangki air tidak dapat memasuki kawasan kebakaran disebabkan jalan sempit, namun kebakaran dapat dikawal sebelum merebak ke bangunan lain berdekatan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lori jatuh gaung 15 meter, seorang lelaki terselamat
BENTONG : Sebuah lori jenis Nissan jatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter (50 kaki) di KM 42.3, Lebuhraya Pantai Timur menghala ke timur, pada jam 8.43 pagi, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang berkata, Zulfadli Zakaria berkata, seorang mangsa di dalam lori tersebut berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam.
“Seramai 9 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kejadian berlaku di situ.
“Mangsa daripada lori itu mengalami kecederaan dan diberi bantuan awal oleh Unit EMRS dan kemudian diserahkan kepada pihak KKM,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang maut dalam kemalangan di Kampung Kedaik, Rompin
ROMPIN : Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Muadzam, berdekatan Kampung Kedaik, Muadzam Shah, Rompin, pada jam 1.41 tengah hari, semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, seramai tujuh orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
Anggota BBP Muadzam Shah dalam operasi penyelamat.-Foto BBP Muadzam Shah.
“Seorang lelaki dewasa disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia, manakala seorang perempuan dewasa mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan telah dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans KKM.
“Pegawai Operasi mengesahkan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux telah terbabas dan melanggar tiang elektrik,” melalui satu kenyataan.
Katanya, dua orang mangsa lagi, masing-masing lelaki dan perempuan dewasa terselamat dan tidak mengalami kecederaan.
“Mayat mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan oleh anggota bomba dan penyelamat kepada Polis di Raja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!