Seramai 20 orang penduduk asnaf Kuala Tahan terima zakat AGRO Bank
Foto atas: Samion Awang (2 dari kiri) menyampaikan replika cek zakat daripada AGRO Bank Pahang kepada Abdul Jalil Abdul Rahman (2 dari kanan) di Kuala Tahan, Jerantut, baru-baru ini.
Golongan asnaf bukan sahaja menjadi tanggungjawab murni individu yang berkemampuan malahan institusi kewangan, iaitu AGRO Bank yang telah menyumbangkan bantuan zakat untuk seramai 20 orang asnaf di Kampung Kuala Tahan, Jerantut baru-baru ini.
Majlis serah zakat dalam bentuk replika cek bernilai RM2,000 untuk 20 orang asnaf kampung Kuala Tahan telah disempurnakan oleh Ketua Perkhidmatan dan Jualan AGRO Bank cawangan Pahang, Samion Awang kepada Ketua Kampung Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd. Rahman.
Menurut Abdul Jalil, penduduk berkenaan dipilih yang benar layak untuk menerima sumbangan daripada AGRO Bank Pahang apabila masing-masing diberi bantuan zakat RM100 untuk pembukaan akaun sempena majlis berkenaan.
“Kita bersyukur dan amat berterima kasih kepada pihak pengurusan AGRO Bank Pahang kerana bantuan ini dapat meringankan perbelanjaan keluarga asnaf di sini dan usaha murni institusi ini diharap memperoleh ganjaran yang besar Allah SWT,” katanya di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang baru-baru ini.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Alumni IPGIK, Cheras bertemu setelah 40 tahun berpisah
Foto atas: Sebahagian alumni yang dapat hadir di program itu
KLUANG – Seramai 21 orang Alumni Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Cheras, ambilan 1980 -1981 berkumpul setelah hampir 40 tahun ‘berpisah’ daripada kampus itu sejak membawa haluan masing-masing berkhidmat di serata pelusuk tanah air , pertemuan diadakan hari ini.
Penyelaras program itu, Sariat Mokmin, berkata, program ini sebagai pertemuan antara rakan IPG yang telah berpisah di serata tempat dan dapat dikumpulkan semula melalui media sosial.
Penyelaras program, Sariat Mokmin
“Medium ‘whatsapp’ menjadi penghubung utama dengan bermula dengan bilangan yang kecil dan mula menjadi ramai dengan pelbagai kenangan dicoretkan di laman ini.
“Oleh itu, kami di Johor merancang mengadakan pertemuan ini dengan menjemput rakan lama kami di serata tempat di tanah air, tetapi oleh kerana kekangan masa dan jarak, hanya 21 orang yang sempat hadir, “ katanya hari ini.
Katanya, kumpulan alumni 1980-1981 tidak terhenti di sini dan bakal diadakan di tempat lain dan diharapkan lebih ramai rakan-rakan lain dapat menyertainya.
Seorang alumni dari Shah Alam, Selangor yang turut hadir, Rozita Kamarul Ariffin berkata, dalam laman sosial itu pelbagai kenangan ‘keluar’ mengimbau kembali zaman tersebut yang menyebabkan mereka rasa ‘muda’ mengingatkan kisah lampau di kampus.
Rozita Kamarul Ariffin berkata, laman sosial dapat mengimbau kembali semasa di kampus.
“Apa tidaknya, kenangan paling menyeronokan ketika kami menjadi ‘ freshies’ semasa minggu orientasi, minggu itu kami mengenali pelajar antara program melalui pelbagai aktiviti,selain mengenali pelajar senior.
“Sebenarnya minggu orientasi ini ada bagusnya kerana merapatkan siratulrahim antara penuntut dan juga membentuk sahsiah yang mantap dan tidak bersikap individualistik,” katanya.
Program pertemuan itu turut mengadakan aktiviti beriadah di Hutan Lipur Gunung Lambak
Seorang alumni dari Kuala Kangsar Perak, Mohd Jaffar Abu Samah berkata, bagus juga berkumpul mengenangkan zaman di IPG, seronok selain terkenang rakan yang telah tiada.
“Oleh itu, selain berkumpul kami sempat mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil mengenangkan rakan yang telah meninggalkan kita, malah, hampir semua daripada kami telah bersara, ini adalah peluang kami berkumpul semula.
“Semua semakin menginjak usia, sementara masih sihat, kadang kala terkenang rakan-rakan, kesempatan begini dapat bertemu dan menziarah rakan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ibu bernafas menggunakan bantuan peralatan oksigen
JERANTUT : Seorang anak, Khatijah Che Wain, 55, berasa sebak melihat ibunya, Salmah Husin, 83, mengalami gangguan pernafasan dan hanya bergantung kepada tabung oksigen untuk menyambung hayat di Felda Sungai Tekam dekat sini hari ini.
Ibunya mengalami penyakit paru-paru yang kronik mula dikesan pada 2015 dan lama-kelamaan menyebabkan tidak boleh menghembus dan menghela nafas serta mula menggunakan bantuan peralatan tabung oksigen elektrik sejak dua minggu ini.
Khatijah menjelaskan ibunya mula bergantung kepada tabung oksigen elekrtik yang disambung melalui tiub getah menerusi hidung untuk bernafas sejak paru-parunya rosak dan tidak berfungsi dikesan oleh doktor Hospital Bandar Pusat Jengka.
“Saya sebak melihat ibu sukar bernafas dan lebih lagi berasa cemas apabila kadang kala berlaku bekalan elektrik terputus menyebabkan aliran oksigen terhenti.
“Ketika bekalan elekrtik terputus ibu mengalami gangguan untuk bernafas dan terpaksalah kami menyewa tabung oksigen yang boleh diganti (disambung) bagi memulihkan dia bernafas,” katanya di Felda Sungai Tekam dekat sini hari ini.
Katanya, sehingga ini mereka hanya menyewa peralatan pernafasan kuasa elekrik dan tabung oksigen daripada sebuah farmasi di Bandar Pusat Jengka dengan perbelanajaan RM400 sebulan.
Bercakap selanjutnya, Khatijah yang tidak bekerja semata-mata menjaga ibunya berkata, tekanan yang dihadapi keluarga lagi apabila ibunya turut mengalami komplikasi jantung bengkak dan darah tinggi dihidapinya sejak tujuh tahun lalu.
Katanya, sebulan sekali akan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) dan Bandar Pusat Jengka sebulan sekali untuk merawat ketiga penyakit tersebut termasuk mengambil darah.
“Sebelum ini, dia kerap kali ditempatkan di wad selama beberapa hari untuk rawatan kali terakhir pada bulan lalu apabila doktor mengesahkan paru-parunya kronik dan terpaksa menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas.
“Selain tabung oksigen , ibu saya hanya bergantung kepada ubat yang dibekalkan oleh hospital dan Klinik Kesihatan Tekam Utara malah hanya berbaring di tempat tidur sejak ditimpa penyakit kronik ini,” katanya.
Khatijah Che Wain (duduk) menjaga ibunya, Salmah Husin (berbaring) yang cuma bernafas menerusi peralatan oksigen elektrik (bawah, kanan) di Felda Sungai Tekam, Jerantut, Pahang hari ini.
Khatijah berkata, ibunya yang mempunyai sembilan orang anak berusia antara 51 hingga 64 tahun hanya makan nasi kanji dan bercadang untuk membeli susu tepung yang mengandungi campuran bahan kesihatan.
“Saya dan keluarga terpaksa mengeluarkan belanja rawatan sebanyak RM60, manakala menyewa ambulans mencecah RM600 ketika berulang alik bagi keselamatan dirinya semasa ke hospital.
“Ini ditambah pula dengan belanja menyewa peralatan elektrik membantu pernafasan, tabung oksigen , lampin pakai buang dan kebajikan lain mencecah sebanyak RM1,600 sebulan,” katanya.
Khatijah berharap kerajaan dan dermawan dapat membantu katil untuk orang sakit (seperti katil hospital) dan kerusi roda bagi memudahkan dibawa ke bilik air.
Orang ramai dan dermawan yang ingin beramal jariah boleh menghubungi Khatijah Che Wain menerusi talian 017 9302296 atau sumbangan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0600441000066493 (Salmah Husin) atau akaun Maybank bernombor 156020517507 (Khatijah).-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Qudwah Technology, UstazaUstazah.com agih bahan keperluan kepada Orang Asli
Foto atas: Penasihat Syariah Qudwah Technology Sdn Bhd, Hafiz Zainal Abidin (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan Kempen Jejak Prihatin kepada Penceramah Bebas, Alias Ahmad (tiga dari kanan) mewakili Pusat Jagaan Nur Hasanah, Beranang, Selangor, baru-baru ini.
TAMPIN – Qudwah Technology Sdn Bhd bersama pasukan UstazUstazah.com mengagihkan barangan keperluan asas menerusi Kempen Jejak Prihatin sejak di lapan kampung Orang Asli di Johol dan Tampin, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Kerja amal itu turut mendapat kerjasama dari Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang turut membabitkan agihan barangan khusus seperti pampers dan susu.
Pengurus Projeknya, Nur Alifah Ilyana Arifin berkata, terdapat kira-kira 30 keluarga yang menjalani kuarantin COVID -19 di Jempol dan memerlukan bantuan terutama pampers dan susu turut mendapat bantuan melalui kempen berkenaan.
Katanya, barangan yang diagihkan berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada pelbagai pihak bagi memastikan bantuan yang diagihkan itu dimanfaatkan oleh golongan sasar selain mengelakkan pembaziran.
“Seperti dua kampung Orang Asli di Tampin, kami menerima maklumat daripada ketua kampung di kawasan terbabit dan barangan yang perlu diagihkan untuk mereka di situ.
“Walaupun menghadapi kesulitan untuk sampai ke kampung Orang Asli itu menjadikan kami terus bersemangat dan tabah bagi memastikan barangan hasil dari dana sumbangan orang ramai dan pelbagai pihak ini selamat diterima mereka terbabit,” katanya.
Turut hadir di majlis itu, Ketua Operasi Qudwah Technology Sdn Bhd, Aziz Ramli; Penasihat Syariah Qudwah Technology Sdn Bhd, Hafiz Zainal Abidin; Pengerusi PJNH, Mohiadin Bahado; Pengerusi Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia, Azman Rasman dan Penceramah Bebas, Alias Ahmad.
Manakala Hafiz yang juga ikon UstazUstazah,com, ketika berucap pada majlis berkenaan, berkata menerusi kempen itu memikul tanggungjawab yang besar untuk mengagihkan atau menyalurkan pelbagai bantuan barangan supaya selamat diterima mereka yang menjadi sasaran.
Menurutnya, pasukan UstazUstazah.com memikul amanah pelbagai pihak termasuk individu yang menyumbang dana sebagai kerja amal kebajikan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan terutama dalam pandemik COVID-19 sekarang.
“Bagaimanapun mereka yang melakukan tugas sukarela mengurus warga emas tersisih di pusat jagaan adalah suatu pengorbanan amat besar kerana tidak semua orang sanggup melakukan tugas sedemikian,” katanya.
Sementara itu Mohiadin berkata, PJNH sentiasa memerlukan bantuan serta sumbangan dana daripada pelbagai pihak bagi menampung kos operasi pusat jagaan itu yang kini mencecah RM25,000 setiap bulan.
“Dalam keadaan pandemik COVID-19, PJNH turut menerima tempias bagi mengumpul dana manakala sebelum ini banyak pihak tidak dapat hadir untuk menghulurkan sumbangan khusus berupa barangan keperluan asas seperti beras, susu, gula, tepung gandum dan sebagainya,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Hidapi penyakit kronik, hilang daya penglihatan, suri rumahtangga mohon bantuan
JERANTUT – Seorang suri rumahtangga, Rahimah A. Razak, 48, memerlukan bantuan untuk menampung kos rawatannya kerana tidak mempunyai pendapatan.
Rahimah yang tinggal di Felda Kota Gelanggi Dua dekat sini berharap orang ramai dan dermawan membantu kewangan untuk berbelanja keperluan peralatan diri, makanan dan urusan berulang alik untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital.
Rahimah A. Razak, susulan penyakit kencing manis yang semakin kronik menyebabkan dia kehilangan daya penglihatan di kedua belah mata sejak tiga bulan lalu
Katanya, dia yang tinggal menumpang ibu bapanya di Felda tersebut berkata, penyakit yang pertama dihidapinya, iaitu kencing manis sejak 10 tahun lalu sehinggalah menyebabkan berlaku kerosakan buah pinggangnya.
“Doktor memberitahu kerosakan buah pinggang yang saya alami sudah di peringkat tahap lima dan akan menjalani dialisis dalam masa terdekat apabila pemeriksaan terakhir pada minggu ini di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh.
“Susulan itu penyakit kencing manis yang semakin kronik menyebabkan saya kehilangan penglihatan di kedua belah mata sejak tiga bulan lalu,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua dekat sini hari ini.
Fatimah yang tidak mempunyai zuriat berkata, semasa rawatan buah pinggang bulan lalu, doktor di HOSHAS sudah memberitahu dia perlu menyediakan kos rawatan yang agak banyak untuk menyediakan kemudahan dialisis dalam masa terdekat.
“Ekoran daripada penyakit kencing manis dan buah pinggang, saya juga disahkan oleh doktor mengalami penyakit jantung dan juga memerlukan pemantauan dan rawatan susulan,” katanya.
Katanya, kini dirinya turut mengalami komplikasi penyakit paru-paru berair sejak awal tahun ini dan sudah pun menjalani tiga kali rawatan di Hospital Bandar Pusat Jengka dan tinggal di wad selama beberapa hari.
“Penyakit ini juga menyebabkan saya kurang berselera makan dan tanpa tenaga sehingga pergerakan ke tandas dan mandi dibantu oleh suami, Mohd. Amin Yahya dan adik beradik yang tinggal serumah.
“Keadaan penyakit kronik yang dihadapi menyebabkan dia memerlukan ihsan orang ramai untuk membantu menyediakan keperluan belanja lampin pakai buang, susu, pengangkutan berulang alik ke hospital serta kebajikan tertentu,” katanya.
Katanya, suaminya berusia 63 tahun cuma menangkap ikan sungai dan menjulanya dan hanya memperoleh pendapatan antara RM20 hingga RM30 sehari, manakan mampu berbelanja bulanan menyediakan peralatan berkenaan dan makanan berjumlah kira-kira RM1,500 termasuk pengangkutan ke hospital.
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menghubungi Zawiyah A. Razak (adik Fatimah) menerusi talian 011-70705935 atau terus akaun Bank Islam bernombor 06055020337470 (Fatimah).-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Khalizan hidup pindah randah, Ahli Parlimen Lipis sumbang rumah PPRT
LIPIS: Ahmad Khalizan Mohamed, 62 tahun yang sering berlegar-legar di sekitar bandar Lipis bersama sebuah motosikal berwarna biru bersama isterinya, Syarifah dan kadang-kala membunyikan hon yang menarik daripada motosikalnya memang dikenali oleh penduduk bandar Lipis.
Hari ini, dia amat bertuah menerima sebuah rumah Program Rumah Rakyat Termiskin (PPRT) yang disumbangkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Lipis yang menyerahkan sebuah rumah kepada dia dan keluarganya yang sebelum ini tidak memiliki rumah.
Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri KPLB, Mohd Zakwan Abdullah (kiri) bersama Khalizan (kanan) di hadapan rumah baharunya
Dia yang hanya mengambil upah dengan memberi khidmat bantu memindahkan barang-barang rumah kepada yang berpindah rumah serta melakukan pelbagai kerja buruh untuk menyara keluarganya.
Ahmad yang mempunyai dua orang cucu lelaki, seorang kurang upaya (OKU) berusia 16 tahun dan 8 tahun turut tinggal bersamanya.
Sebelum ini, dia hidup menyewa dan berpindah randah sekitar bandar Lipis sebelum menerima rumah daripada pejabat Ahli Parlimen Lipis.
Timbalan Menteri I, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad terpanggil untuk menyediakan sebuah rumah untuk Khalizan di Kampung Ulu Teris, dekat sini.
Wakil Ahli Parlimen Lipis itu, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri KPLB, Mohd Zakwan Abdullah menyampaikan kunci rumah tersebut dan turut disertai Pegawai Giat Mara Daerah Lipis, Yusmadie Yusof.
Mohd Zakwan berkata, Ahli Parlimen Lipis amat prihatin dengan masalah rakyat di dalam kawasan parlimennya, oleh itu rumah PPRT disediakan kepada yang memerlukan termasuk Khalizan.
“Hari ini saya mewakili Datuk Seri yang berada di ibukota menghadiri persidangan parlimen, utnuk menyampaikan kunci rumah ini.
“Oleh kerana Khalizan tidak sabar untuk menduduki rumah yang sudah siap itu, Datuk Seri mengarahkan saya untuk menyerahkan kunci rumah ini,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, Datuk Seri Abdul Rahman akan ke rumah itu ketika berada di daerah ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pernah berkelana ke Australia, rezeki di Pulau Cenang sebagai pemuzik jalanan.
LANGKAWI- Sham Faris Mohd Yusak (45) pernah bermain muzik secara solo di Gold Coast, Australia kira-kira 3 bulan untuk mencari pengalaman dan menguji nasib dan kemudian kembali ke tanah air dan bermain muzik jalanan di sekitar Kuala Lumpur.
Sham Faris Mohd Yusak, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kumpulan ini turut tidak dapat mengadakan persembahan yang menjejaskan punca pendapatan mereka.
Oleh kerana pesaingan yang kuat di ibukota, Sham terus berkelana ke Langkawi 4 tahun lalu untuk bertarung nasib bermain muzik jalanan secara solo.
“Setelah berada seketika di pulau perangin ini, saya bertemu dengan Conves dan Farok Ahmad dan membentuk kumpulan muzik jalanan di sini.
“Mungkin keserasian yang ada di kalangan kami, selain itu saya bersyukur diberi peluang oleh restoran yang beroperasi di sini untuk membuat persembahan untuk menghiburkan pengunjung sambil menjamu selera, “katanya.
Katanya, selepas tamat sekolah menengah, dia mengikut kawan-kawan di kampungnya bermain muzik di bawah khemah kenduri kawin.
“Sebenarnya saya bermula sebagai penyanyi, tetapi oleh kerana keinginan untuk bermain muzik saya belajar bermain gitar dan kini saya bernyanyi dan bermain gitar,” katanya.
Katanya, kumpulan ini mendendangkan pelbagai genre muzik, oleh itu mereka perlu sentiasa bersedia dan mendengar lagu-lagu lama dan terkini kerana ada pengunjung memohon kami mendendangkan lagu-lagu yang dikehendaki.
“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan, kumpulan kami tidak dapat mengadakan persembahan yang menjejaskan punca pendapatan kami.
“Saya hampir putus asa namun tetap mencuba alternatif lain antaranya membuat persembahan menerusi siaran langsung di laman sosial dan aplikasi Clubhouse,” katanya.
Pemain basist kumpulan ini, Conves yang berasal dari Kuching, Sarawak bertemu dengan Sham dan membentuk kumpulan muzik jalanan ini.
Conves yang berasal dari Kuching, Sarawak bertemu dengan Sham dan membentuk kumpulan muzik jalanan ini.
“Saya bertemu dengan Sham secara tidak sengaja di tempat Sham membuat persembahan secara solo dan kami bergabung untuk membentuk kumpulan ini.
“Sudah hampir kira-kira 4 tahun, kami bermain muzik di Pantai Cenang di sini yang memberi pendapatan yang agak baik, tetapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami juga turut terkesan,” katanya.
Katanya, kumpulan mereka kembali bernyawa sejak kerajaan laksanakan program perintis gelembung pelancongan ke Pulau Langkawi dan mereka dapat meraih RM800 pada satu malam.
Seorang ahli kumpulan ini, Farouk Ahmad (47) berasal dari Kuala Lumpur, mula bermain muzik sejak tahun 1990an turut menyertai kumpulan ini sejak 4 tahun lalu.
Farouk Ahmad, kumpulan ini dianggap kerja bermain muzik sepenuh masa di pantai ini yang ramai pengunjung khususnya hujung minggu, cuti persekolahan dan cuti perayaan.
“Hendak katakan tidak sengaja, entahlah, tapi mungkin rezeki kami untuk bergabung mendatangkan hasil yang berbaloi.
“Kumpulan ini dianggap kerja bermain muzik sepenuh masa di pantai ini yang ramai pengunjung khususnya hujung minggu, cuti persekolahan dan cuti perayaan, tapi pantai ini sunyi sejak PKP dan kami turut terkesan kerana tiada pendapatan,” katanya.
Katanya, kos sara hidup tinggi menyebabkannya berhijrah ke Kedah dan kini mencari rezeki bersama kumpulan itu di sebuah kafe dekat Pantai Cenang di sini.
“Syukur, saya anggap ini perkembangan positif untuk komuniti pemuzik jalanan seluruh negara supaya dapat kembali mencari rezeki walaupun dalam situasi norma baharu serta pandemik yang belum reda, diharap semua berhati-hati,” katanya.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS : Kepetahan berceloteh dengan gaya tersendiri, diselit pula dengan pantun dan bahasa gurauan memuji pasangan ‘raja sehari’ bersemayam di pelamin indah menyebabkan tetamu yang menikmati sajian turut terhibur dengan lagu ‘evergreen’ dan baharu berkumandang di majlis berkenaan.
Sejak pandemik Covid-19 serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, hampir keseluruhan deejay amatur khususnya di kawasan kampung dan Felda tidak boleh lagi mendapat rezeki kerana majlis kenduri kahwin turut tidak boleh diadakan mengikut peraturan prosedur operasi standard (SOP), penjarakan fizikal serta amalan norma baharu yang membatas kemeriahan majlis tersebut.
Majlis hanya diadakan di pejabat agama daerah dengan pasangan pengantin, wali serta saksi sahaja yang dibolehkan, tanpa sebarang majlis kenduri.
Mela, Mohd Safri Salleh, 41, berkata, segala kemeriahan berubah apabila serangan pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan PKP pada awal tahun lalu.
Seorang deejay atau pengacara amatur Kampung Mela, Mohd Safri Salleh, 41, berkata, segala kemeriahan berubah apabila serangan pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan PKP pada awal tahun lalu.
“Sebelum PKP, saya menerima banyak tempahan untuk mengendalikan majlis perkahwinan dan hari jadi, tetapi setelah penguatkuasaan PKP mulai 18 Mac 2020, semua ruang dan peluang mencari makan sebagai deejay dibatalkan ekoran daripada pengumuman kerajaan
“Sebelum ini, setiap bulan saya menerima tempahan sebagai deejay antara empat hingga enam kali dengan upah yang diberi oleh tuan rumah atau pengantin sebanyak RM500 setiap kali bertugas mulai pukul 10 pagi hingga 3 petang,” katanya di Kampung Mela dekat sini hari ini.
Mohd. Safri yang mula mengasah bakat sebagai deejay sejak di bangku sekolah menengah lagi berkata, walaupun kerajaan mengumumkan negeri ini dan tempat lain di bawah fasa empat Pelan Pemulihan Negara bagi membolehkan sesuatu majlis dilakukan menerusi SOP yang ketat, kerjaya amatur masih suram.
“Sehingga ini, saya masih tidak menerima apa-apa tempahan pun untuk mengendalikan majlis perkahwinan yang diadakan secara kecil-kecilan di kampung kemungkinan tuan rumah atau pasangan pengantin tidak mahu mengambil risiko keselamatan memandangkan pandemik Covid-19 belum berpenghujung.
“Apapun saya dan rakan deejay di tempat lain reda dengan ujian Allah dan menyokong usaha kerajaan menguatkuasakan peraturan SOP sekali gus kesedaran serta mendidik masyarakat mengenai bahayanya kuman Covid-19,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bekas homeguard tertua negara berusia 110 tahun terima kerusi roda
Foto: Azli (3 dari kiri berdiri) serta Amir (kanan sekali) bersama at Ariffin (berkerusi roda) di rumah anaknya di Tanjung Buluh, hari ini.
LIPIS – Bekas homeguard (pengawal kampung), Mat Ariffin yang menjadi ‘keluarga angkat’ kepada Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis yang baharu sahaja keluar daripada hospital setelah menerima menerima rawatan selama dua hari berikutan mengalami muntah darah dan uzur.
Homeguard itu dipercayai tertua di negara ini, berusia 110, yang uzur itu disantuni oleh Ketua Polis Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor dan wakil Ahli Parlimen Lipis, Amir Marwan Abu Kasim dengan pemberian bantuan di Kampung Tanjung Buloh, Kerambit dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Azli Mohd Noor berkata, Mat Ariffin yang pernah bertugas sebagai homeguard antara 1948 hingga 1959 di Kampung Banggul Cik Wan, Pasir Mas (Kelantan) mengalami keuzuran, tidak mampu berjalan dan penglihatan semakin kabur sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Azli Mohd Noor
“Ahli Parlimen Lipis yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Satu, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad meminta saya dan wakil Pejabat Perkidmatan Parlimen menziarahi Mat Ariifin serta menyampaikan bantuan berkenaan.
“Dia (Mat Ariffin) antara seorang homeguard yang paling tua di negara ini di samping empat orang rakannya lagi berusia antara 80 hingga 90 tahun yang masih hidup dan tinggal di Kampung Tanjong Buluh, Lipis dan bekas pejuang keselamatan ini era Komunis ini telah dijadikan keluarga angkat IPD Lipis,” katanya di Tanjong Buloh dekat sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Lipis, Deputi Suprintenden Idros Ismail, Pegawai Khas Pejabat Parlimen Lipis, Amir Marwan Abu Kasim dan Ketua Kampung Tanjung Buloh, Najid Abu.
Azli selanjutnya berkata, Pejabat Parlimen Lipis dan IPD di sini amat menghargai dan menyanjung tinggi perkhidmatan Mat Ariffin antara pejuang sanggup berkorban menjaga keselamatan kampung serta mempertahankan negara daripada ancaman Komunis sebelum dan pasca merdeka.
Sementara Amir Marwan berkata, Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad telah mengetahui keadaan kesihatan Mat Ariffin yang sudah uzur dan tidak mampu berjalan di samping mengalami dan mengalami gangguan pengelihatan sejak awal tahun ini kini dijaga oleh salah seorang anaknya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Keladi Guine 916 Gold RM100,000 bukan untuk dijual
PETALING JAYA – Orang nak RM100,000 kita tak jual, jual tak ada untung simpan tak ada rugi.
Itu antara kata-kata seorang penjual pokok hiasan jenis keladi menerusi satu klip video di laman aplikasi TikTok milik @pemburujanda8339.
Menurut penjual tersebut, dia ditawarkan oleh seorang pembeli yang ingin membeli pokok keladi miliknya jenis Guine 916 Gold dengan harga kira-kira RM100,000.
Bagaimanapun kata penjual tersebut, dia tidak akan menjual keladi kesayangannya itu kerana ingin membiakkan bakanya.
“Kita simpan untuk jual anak (benih), benih ini sahaja pun RM3,000 hingga RM4,000,” jelas penjual itu.
Menerusi klip video berdurasi 32 saat itu, kelihatan pokok keladi tersebut turut dirantai oleh pemiliknya, mungkin bagi mengelakkan ia di curi.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikah sebenar klip video itu dirakam, namun berdasarkan dialek lelaki itu dia dipercayai dari sebuah negeri di Pantai Timur.
Susulan perkongsian lekaki itu, rata-rata netizen terkejut dengan harga keladi terbabit yang hampir menyamai harga sebuah Proton X70.
“Harga dia (keladi) dah boleh beli Proton X70 baharu dengan spesifikasi tinggi. Tetapi hobi orang berlainan, ada yang sanggup beli demi hobi,” kata Hajar Abdullah, lapor kosmo online
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Anis Putri.
“Dulu pokok keladi orang kampung biar di belakang rumah dan kawasan semak sahaja kerana tiada harga. Tetapi sekarang jual keladi boleh ‘buat’ duit,” ujarnya.
Gambar : Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!