MERLIMAU: Ibu kepada dua orang anak berusia 3 dan 4 tahun memohon bantuan orang ramai mengesan anaknya yang telah hilang lebih daripada 48 jam.
Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Merlimau, Melaka pada 20 Disember 2020.
Ariana Sofea, 3 tahun
Muhammad Zayyan Ziqry, 4 tahun
Anaknya, Ariana Sofea, 3 tahun, berat badan antara 8 hingga 9 kilogram (kg) dan berambut pendek, manakala abangnya, Muhammad Zayyan Ziqry, 4 tahun, berat badan antara 12 hingga 13 kg dan berlesung pipit.
Ibunya, Nurul Asykin Nor Ishak berkata, kali terakhir anaknya dilihat menaiki motokar jenis Honda City, nombor pendaftaran WTW9883.
Lokasi terakhir anaknya berada di Jalan Merlimau Permai 14, Taman Merlimau Permai, Merlimau, Melaka.
Sesiapa terjumpa dengan anaknya sila hubungi Asyikin, 018-7801379, Linda, 012-7590169 atau Haslina, 011-17517639 atau di balai polis berdekatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Cubaan 83 pendatang asing tanpa izin (PATI) membolosi sempadan negara, semalam dipatahkan pihak berkuasa melalui Op Benteng.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata 83 PATI itu ditahan bersama-sama seorang tekong dan pihak berkuasa merampas tiga kenderaan darat.
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama di lorong tikus.
“Semalam juga sebanyak 118 sekatan jalan raya (SJR) membabitkan 47 melalui Op Penawar oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Sukarelawan Rakyat; selain 62 SJR Op Benteng dan sembilan Op Benteng oleh Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Memetik laporan dari BH Online ,Ismail Sabri berkata, Op Benteng bertujuan mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan, selain menyekat penularan wabak COVID-19.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA MARUDU: Episod putus tunang seorang wanita berakhir tragedi apabila ibunya mati ditetak tunangnya sendiri dalam kejadian di Kampung Kuyuh, Pitas, malam tadi.
Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa dikenali sebagai Habibah Abungon, 68, mati akibat kecederaan parah selepas diserang suspek bersenjatakan parang.
Difahamkan, selain ibunya yang maut, mangsa, adik dan bapanya yang berada di rumah itu turut mengalami kecederaan selepas diserang suspek berusia 29 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, suspek datang ke rumah tunangnya untuk mengajaknya balik ke kampung di Paitan.
Bagaimanapun katanya, wanita terbabit tidak menurut permintaannya dan memaklumkan mahu memutuskan pertunangan.
“Akibat itu, suspek bertindak agresif dan mengamuk dengan menggunakan parang.
“Antara yang cedera adalah tunang suspek sendiri bersama adik dan bapanya. Semua mangsa yang cedera berusia 24 hingga 65 tahun,” katanya ketika dihubungi, seperti dilaporkan BHOnline hari ini.
Mohd Izaan berkata, hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati, mayat mangsa yang maut terlentang di bahagian dapur dengan kesan darah di atas lantai.
Katanya, semua mangsa yang cedera pula sudah dihantar ke Hospital Pitas untuk rawatan lanjut.
“Siasatan masih diteruskan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan reman tiga hari kerana mengeluarkan kata kesat terhadap anggota polis selepas disaman kerana melakukan kesalahan jalan raya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan Jumaat lalu selepas hadir ke Balai Polis Setia Indah bagi membuat laporan polis kejadian berkenaan.
ASISTEN KOMISIONER MOHD PADZLI MOHD ZAIN
Insiden memaki polis berlaku ketika operasi Operasi Lampu Merah dan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi di Jalan Mutiara Emas Putih, di sini, jam 11 malam, Khamis lalu.
“Ketika operasi dijalankan, anggota polis trafik menahan kereta Proton Wira kerana mendapati nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi selain melakukan ubahsuai pada ekzos. Polis trafik kemudian mengeluarkan dua saman atas kesalahan berkenaan.
“Pemilik kereta itu tidak berpuas hati kerana disaman lalu merakam video anggota polis trafik terbabit yang sedang menjalankan tugas.
“Ketika hendak beredar, pemilik kereta itu sempat mengeluarkan kata-kata kesat dengan nada yang kuat,” katanya dalam kenyataan seperti yang dilapor BHOnline hari ini.
Mohd Padzli berkata, anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) kemudiannya membuat laporan polis.
Katanya, kelmarin pemilik kenderaan itu hadir ke Balai Polis Setia Indah untuk membuat laporan polis sebelum dia ditahan untuk siasatan.
“Semakan rekod jenayah lampau mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan kes dadah. Saringan air kencing dilakukan terhadap suspek dan keputusannya adalah negatif.
“Suspek ditahan reman selama tiga hari mulai semalam hingga esok dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SERDANG: Sorok bungkusan dadah di dalam pakaian terpakai. Itu taktik dua lelaki warga tempatan yang juga peniaga pakaian terpakai bagi mengaburi mata pihak berkuasa dengan menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak sebulan lalu di sekitar Lembah Klang.
Taktik itu terbongkar selepas polis menahan dua suspek berusia 21 dan 26 tahun ketika intipan dijalankan di sekitar kawasan perumahan Putera Permai, Seri Kembangan, di sini, 14 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri.
ASISTEN KOMISIONER RAZALI ABU SAMAH
“Pemeriksaan di dalam kereta Volkswagen Touran suspek menemui di bahagian bonet belakang balutan plastik lutsinar mengandungi baju berjenama vintage yang berlipat.
“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap baju berkenaan terdapat tiga helai kemeja-T berwarna hitam dan di dalamnya tersorok tiga bungkusan daun kering disyaki dadah berbahaya jenis ganja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, hari ini.
Menurut laporan HarianMetro , kedua-dua suspek ditahan ketika berurusan bersama pembeli dan siasatan lanjut ke atas individu berkenaan sedang dijalankan.
“Dadah jenis ganja dirampas seberat 2.96 kilogram dianggarkan bernilai RM20,000 mengikut harga pasaran semasa.
“Sumber bekalan dadah jenis ganja itu dipercayai diperoleh dari sempadan Thailand dan dianggarkan untuk digunakan oleh 400 hingga 500 penagih dadah,” katanya.
ANTARA BARANG RAMPASAN DALAM SERBUAN DIJALANKAN PIHAK POLIS
Katanya, polis turut merampas tiga telefon bimbit, satu botol plastik diubah suai untuk tujuan menghisap ganja, kereta dipandu suspek, wang ringgit dan puluhan pakaian baju berjenama vintage.
“Kes disiasat di bawah seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 21 Disember dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan minimum 15 kali,” katanya.
Razali berkata, kejayaan tangkapan itu juga atas kerjasama masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan berharap kerjasama dua hala itu sentiasa diteruskan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUCHING: Penjual mi ditangkap kerana didakwa mencederakan seorang penghantar makanan selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Desa Wira, Batu Kawa, hari ini.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata tangkapan dibuat susulan laporan polis dibuat mangsa iaitu seorang lelaki berusia 21 tahun.
Menurutnya, suspek yang berumur 34 tahun ditangkap di pekarangan Balai Polis Kota Sentosa selepas dipanggil untuk menyerah diri sekitar jam 2.45 petang.
“Semasa disoal siasat, suspek mengaku ada menumbuk mangsa kerana telah melanggar keretanya,” kata Aidil dalam satu kenyataan.
UtusanBorneo melaporkan, Aidil memberitahu kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menghantar makanan dan berlanggar dengan kereta suspek iaitu sekitar jam 12.21 tengah hari.
Dalam kejadian itu, suspek yang tidak berpuas hati kerana mangsa melanggar keretanya juga dikatakan cuba memukul mangsa menggunakan pemotong besi namun berjaya dihalang oleh orang awam.
“Bagaimanapun, mangsa ditumbuk menggunakan tangan sehingga menyebabkan kecederaan di bibir dan giginya,” katanya.
Mangsa kemudian menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.
Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.
Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Manakala saringan awal air kencing suspek pada jam 5 petang ini juga didapati positif dadah jenis methamphetamine, katanya.
Suspek akan dipohon reman di Mahkamah Majistret Kuching esok pada jam 9 pagi.
video/gambar: Polis/Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Belum reda dengan isu ketuk pintu yang menjadi-jadi, muncul pula dua warga Arab yang dipercayai mahu melakukan cubaan rompakan secara pukau di sebuah kedai serbaneka di Taman Temerloh Jaya, kira-kira 4.30 petang semalam.
Petugas wanita nyaris dipukau oleh suspek
Pemilik kedai itu, mendakwa seorang pekerjanya nyaris dipukau oleh seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai warga Arab dengan berpura-pura mahu membeli barang di kedai tersebut.
Kata pemilik kedai serbaneka itu, ketika dua pekerjanya sedang bertugas di kaunter bayaran, pekerjanya didatangi dua individu yang masuk ke dalam kedai untuk membeli dan bertanya barangan yang dikehendaki.
Pekedai menunjukkan cara suspek cuba bertanya kononnya untuk membeli barangan
“Suspek lelaki pergi ke bahagian belakang rak barang dan bertanyakan tentang barang yang terdapat di situ dipercayai sebagai helah mungkin mahu melekakan petugas saya di bahagian hadapan yang agak terhadang daripada dilihat oleh petugas di belakang.
“Sementara itu, suspek perempuan pula bertanya barangan di bahagian hadapan, ketika hendak membuat pembayaran, suspek lelaki mengeluarkan sejumlah wang dan mengatakan ingin membuat pertukaran wang namun pekerja saya tidak membenarkannya,” ketika dihubungi SAHIH.
Katanya, selepas itu, suspek lelaki melakukan cubaan mengusik bahu pekerjanya dan mujur pekerja itu segera mengelak daripada disentuh, suspek lelaki itu turut mahu mengambil wang daripada laci wang tetapi gagal. kedua suspek terus bergegas keluar.
Tambahnya, pasangan Arab berkenaan difahamkan menggunakan taktik mengusik serta bercakap sesuatu kepada pekerja sebelum memukau. Orang ramai dikehendaki berwaspada jika terserempak dengan dua individu berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki warga Myanmar dan merampas dadah jenis syabu dan heroin dianggarkan bernilai RM145,000 dalam serbuan di hadapan sebuah pasar mini di Taman Prima Selayang, Batu Caves dekat sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata tangkapan dan rampasan dadah itu adalah hasil risikan dan maklumat aktiviti pengedaran dadah diperolehi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
“Dalam serbuan kira-kira jam 10.05 pagi itu, kita menemui tiga paket plastik berisi bahan kristal disyaki syabu seberat tiga kilogram dianggarkan bernilai RM135,000 dalam kenderaan jenis Honda City yang digunakan suspek.
“Selain itu, dua paket plastik berisi bahan berwarna merah jambu disyaki heroin seberat 900 gram dianggarkan bernilai RM10,000 turut ditemui dalam sebuah lagi kenderaan digunakan suspek jenis PERODUA Kembara,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan BHOline hari ini.
Katanya, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan semakan mendapati mereka tiada rekod jenayah lampau.
“Kesemua suspek berusia antara 29 hingga 46 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 24 Disember ini untuk siasatan lanjut.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Dalam kes berasingan, polis berjaya menahan dua lelaki yang melarikan diri sebaik anggota Cawangan Kereta Peronda Polis (MPV) IPD Gombak mengarahkan kereta dinaiki mereka berhenti untuk pemeriksaan di jalan besar Selayang ke Templer, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9.05 malam itu, anggota MPV terlihat sebuah kenderaan dinaiki dua suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan ia berhenti.
Bagaimanapun, pemandu memecut laju kenderaannya ke arah pekan Rawang, memaksa anggota MPV mengejar kenderaan itu sehingga ke Jalan Subang – Kota Damansara.
Menurut Arifai, ketika di persimpangan lampu isyarat Seksyen 11, Kota Damansara, kenderaan itu melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC.
“Anggota MPV dengan bantuan pasukan trafik IPD Gonbak dan MPV IPD Petaling Jaya akhirnya berjaya memintas kereta suspek sebelum berjaya memberkas kedua-dua suspek.
“Pemeriksaan lanjut pada kenderaan itu menemui 95 bungkusan rokok dalam but kenderaan jenis PROTON Persona itu serta satu paket plastik dipercayai berisi syabu,” katanya.
Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas suspek menemui satu paket plastik berisi lima butir pil disyaki Erimin 5 dalam poket salah seorang suspek.
“Kedua-dua suspek kini direman 10 hari sehingga 28 Disember ini untuk siasatan lanjut dan anggaran nilai keseluruhan rokok yang dirampas masih dalam siasatan.
“Siasatan dijalankan mengikut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata beliau.
Beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kemungkinan kedua-dua suspek terbabit dalam kegiatan penyeludupan rokok haram.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ALOR SETAR: Tiga lelaki termasuk dua beranak ditahan polis bersama 572 kilogram daun ketum dianggarkan bernilai kira-kira RM5,000 dalam sebuah bas ekspres di Shahab Perdana di Alor Setar malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, bapa serta anaknya masing-masing berusia 51 dan 26 tahun bersama kenalan mereka berumur 33 tahun itu, ditahan sepasukan polis selepas membuat pemeriksaan dalam bas itu pada jam 8.40 malam.
GAMBAR HIASAN
“Hasil pemeriksaan polis di ruang tempat letak barang bahagian bawah bas, menjumpai tujuh beg kanvas warna coklat, dua beg kanvas warna merah, satu beg kanvas warna hitam, satu beg kanvas warna hijau dan lapan beg plastik sampah warna hitam.
“Pemeriksaan lanjut mendapati setiap beg mengandungi daun ketum yang telah diikat berjumlah keseluruhan 2,149 ikatan dengan anggaran berat 572 kilogram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, hari ini.
Ahmad Shukri berkata, lelaki berumur 51 tahun itu merupakan pemandu bas berkenaan dan dia bersama anak lelakinya itu dipercayai terlibat dengan kegiatan penjualan daun ketum tersebut sejak Mac lalu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Soal siasat awal polis mendapati daun ketum yang dirampas itu dipercayai diperoleh dari Kuala Nerang untuk pasaran di negeri sebelah selatan. Sekiranya diproses, boleh membekalkan air ketum kepada hampir 10,000 orang,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
Beliau berkata, taktik menggunakan bas ekspres itu untuk membawa bekalan daun ketum berkenaan dipercayai modus operandi terbaharu mereka bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Katanya, ketiga-tiga mereka ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU: Misteri bau busuk membawa kepada penemuan mayat sepasang suami isteri yang dipercayai membunuh diri sejak tiga hari lalu di rumah mereka di Taman BPL, Luyang, di sini, malam tadi.
Mayat pasangan berusia 46 dan 37 tahun itu ditemui jam 9.10 malam selepas jiran mangsa membuat laporan polis berikutan bau busuk dari dalam rumah berkenaan.
ASISTEN KOMISIONER HABIBI MAJINJI
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata berdasarkan laporan yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota polis dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.
Katanya, sebaik tiba, rumah mangsa didapati berkunci sehingga memaksa polis menggunakan tangga untuk melihat persekitaran dalam rumah menerusi tingkap.
“Hasil pemeriksaan, mendapati terdapat dua orang terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai sudah meninggal dunia.
“Pegawai penyiasat kemudiannya terpaksa mendapatkan bantuan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk memecahkan pintu rumah mangsa,” katanya ketika dihubungi BHOnline hari ini.
Habibi berkata, pasukan paramedik jabatan kesihatan yang turut tiba di lokasi kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dipercayai membunuh diri.
Siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah boleh dikaitkan sebagai punca kematian kedua-dua mangsa.
“Pemeriksaan lanjut kemudiannya menemui sejenis cecair racun berhampiran pasangan terbabit yang dipercayai diminum oleh kedua-dua mangsa.
“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) namun siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.
Difahamkan, pasangan terbabit mempunyai seorang anak lelaki berusia 16 tahun dan sebelum kejadian anak mangsa dibawa ke rumah nenek mereka di Luyang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!