EMPAT ORANG DITAHAN TERMASUK 3 KERETA DI TEMPAT KEJADIAN
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat suspek disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di hadapan Speedmart 99 di Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki pada 6.37 petang.
“Terdapat tiga kereta dengan kesan darah ditinggalkan di tempat kejadian. Dua orang mangsa kini sedang dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil.
Kejadian gaduh di Cheras, petang semalam
“Punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis, kesemua suspek akan direman hari ini di Mahkamah Kajang bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kejadian pergaduhan itu turut tular menerusi sebuah video yang memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang telah mencederakan sekumpulan lelaki yang lain.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes, boleh berhubung mana-mana balai berdekatan atau Pegawai Penyiasat ASP Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811,” katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata serta Seksyen 148 kanun sama kerana memiliki senjata dan merusuh.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Talian telefon digunakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail digodam sejak awal pagi tadi.
Beliau memaklumkan perkara itu melalui satu kenyataan dikeluarkan pejabat Menteri Besar Pahang, pagi ini.
KENYATAAN MEDIA PEJABAT MENTERI BESAR PAHANG
“Saya ingin memaklumkan bahawa talian telefon bimbit saya dipercayai telah digodam sejak awal pagi ini.
“Sehubungan itu, satu laporan polis akan segera dibuat bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku,” katanya melalui kenyataan media berkenaan.
Wan Rosdy turut memohon maaf kepada semua pihak yang mungkin cuba menghubungi beliau melalui talian telefon bimbit yang digunakannya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SIBU: Seorang remaja ditahan selepas disyaki menetak jirannya yang juga seorang wanita warga emas hari ini.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata suspek ditahan di rumahnya, yang terletak kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa di Sungai Naman, Durin di sini.
Menurutnya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8.30 pagi, ketika mangsa yang berusia 74 tahun sedang mencabut rumput berhampiran longkang di rumahnya sebelum tiba-tiba didatangi suspek lalu menetaknya, lapor BH Online.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
“Suspek datang dari arah kebun di tepi rumah mangsa dan terus menetaknya dan menikam leher mangsa menggunakan parang.
“Suspek tidak mengeluarkan apa-apa perkataan dan mangsa yang ketakutan menjerit serta terus melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menjelas lanjut, Stanley berkata kejadian disedari suami mangsa dan terus menghubungi polis.
“Suami mangsa melihat isterinya berlumuran darah dan mengatakan telah ditikam oleh budak lelaki yang dikenali. Suspek tinggal tidak jauh dari rumah mangsa,” katanya.
Katanya mangsa luka di leher, lengan kanan, jari tangan, dada dan lutut.
Polis merampas sebilah parang sepanjang 66 sentimeter yang digunakan suspek.
Katanya remaja berusia 15 tahun itu masih bersekolah dan adalah anak bongsu daripada lima beradik, dan ibu bapanya sudah bercerai.
Siasatan awal mendapati suspek marah kerana mangsa ada bertanya “kamu ada siapa?” ketika remaja itu melalui belakang rumahnya pada 29 Januari lalu.
Stanley berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TERDAPAT KESAN LEBAM DAN KECEDERAAN BAHARU PADA MANGSA
MELAKA: Terdapat banyak kesan lebam dan beberapa kecederaan lama serta baharu pada badan serta kepala kanak-kanak yang meninggal dunia dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya, di sini.
Selain itu, ada kesan luka kecil sepanjang tiga sentimeter di belakang kepala, dipercayai baru berlaku ke atas mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, bagaimanapun berkata, pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca kematian mangsa sama ada disebabkan didera atau akibat lemas seperti didakwa sebelum ini.
Katanya, laporan hasil bedah siasat ke atas mangsa juga belum dapat memastikan punca kematian kerana terdapat beberapa spesimen perlu dihantar ke makmal untuk ujian lanjut.
RUMAH yang didiami Kanak-kanak yang ditemui mati dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya, Melaka. Foto Ihsan Polis.
“Masih terlalu awal untuk mengesahkan punca kematian, cuma kita boleh sahkan memang terdapat kecederaan terutama sekali pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan terutama di bahagian belakang mangsa.
“Kami percaya kecederaan itu akibat dipukul dengan objek tumpul, namun kita masih melakukan siasatan rapi berkaitan perkara itu sama ada kecederaan itu disebabkan mangsa terjatuh atau dipukul oleh mana-mana individu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, malam ini.
Beliau berkata, beberapa spesimen seperti paru-paru, jantung dan hati sudah dihantar ke makmal untuk ujian, tetapi tidak dipastikan bila keputusan mengenainya akan diperoleh.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika polis tiba di rumah mangsa Jumaat lalu, mayat sudah dikeluarkan daripada tong berisi air yang terletak dalam bilik air di tingkat bawah kediaman berkenaan, lapor BH ONLINE.
“Ketika polis tiba, mangsa baru saja meninggal dunia kira-kira tiga jam, sekali gus menepis dakwaan segelintir netizen yang mendakwa mangsa sudah meninggal dunia tiga hari sebelum itu,” katanya.
Mohd Sukri juga yakin jenazah mangsa akan diserahkan kepada waris yang sah selewat-lewatnya pagi esok untuk urusan pengebumian.
“Tiga adik-beradik mangsa juga akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ZUBAIDI AMIR MENINGGAL DIPERCAYAI DIDERA DI MELAKA
KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, turut bersedih dengan kejadian Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7 tahun, meninggal dunia dipercayai akibat didera yang mengemparkan orang ramai.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, turut bersedih dengan kejadian Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7 tahun
Beliau berkata, kanak-kanak adalah permata yang tidak ternilai, yang perlu dijaga bukan sahaja oleh ibu bapa mereka, tetapi juga oleh seluruh masyarakat di negara ini.
“Mereka berhak untuk mendapat kehidupan yang sihat dan selamat serta diberikan ruang untuk berkembang bagi mencapai potensi mereka.
“ Kita perlu bertegas dan bertindak untuk menolak sebarang bentuk keganasan dan penderaan terhadap kanak-kanak,” katanya.
Katanya, beliau menyeru agar masyarakat setempat mengambil tindakan segera apabila mengesyaki terdapat unsur – unsur kes penderaan terhadap kanak-kanak di kejiranan masing-masing dan terus laporkan kepada pihak berkuasa.
Katanya, beliau mendoakan agar Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Ibu angkat kepada kanak-kanak malang itu, Norlida Abu Hassan, 48 yang menetap di Rawang meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan kematian anak angkatnya yang dipelihara sejak berusia dua bulan dan telah menyerahkan semula kepada ibu kandungnya pada Oktober lalu.
“Saya jaga dia daripada kecil seperti anak sendiri, tak pernah rasa beban malah bersyukur ada anak angkat sepertinya, bukan tak boleh terima (kematian) tetapi sedih seandainya kematiannya disebabkan kekejaman manusia,” katanya.
Antara detik sedih ketika diambil oleh ibu kandungnya Oktober lalu
Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya di rumah di Taman Krubong Jaya.
Berikutan itu sepasang suami isteri, masing-masing berusia 32 dan 38 tahun direman tujuh hari bermula hari semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7 tahun, meninggal dunia dipercayai akibat didera yang mengemparkan orang ramai.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang itu, mangsa ditemukan lemas dalam tong air di rumah berkenaan dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian di badan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA: Polis mengesahkan ibu kanak-kanak berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai didera kelmarin, pernah mendapatkan rawatan psikiatri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata suspek berusia 32 tahun itu bagaimanapun hanya mendapatkan rawatan biasa dan bukan sebagai pesakit mental.
“Ya, suspek pernah mendapatkan rawatan, tetapi sudah lama iaitu pada 2019 dan rawatan itu diterima di Hospital Melaka, namun hanya rawatan biasa yang mana wanita itu tidaklah (mental) seperti didakwa,” katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman
Semalam pasangan suami isteri yang disyaki mendera dan membunuh kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, di Taman Krubong Jaya direman tujuh hari sehingga 5 Februari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, mangsa ditemukan lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah berkenaan dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.
Sementara itu, Mohd Sukri menggesa masyarakat khususnya pengguna media sosial untuk menghentikan segala bentuk spekulasi yang boleh mengelirukan masyarakat, sekali gus mengganggu siasatan pihak berkuasa.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Katanya, masyarakat sepatutnya menilai sesuatu kes jenayah menurut kaca mata keadilan dan bukannya membuat andaian serta spekulasi yang mencacatkan sistem keadilan jenayah, seterusnya menimbulkan fitnah kepada sistem pentadbiran keadilan jenayah, lapor BH Online.
“Serah sahaja kepada polis untuk menjalankan siasatan dan polis akan memastikan siasatan dijalankan mengikut undang-undang serta kuasa yang diberikan dengan telus, adil dan amanah,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : “Kami sekeluarga reda dengan ketentuan ini kerana tahu satu hari nanti pasti akan berpisah dengan adik.
“Cuma, emak saya yang paling sedih kerana terlalu sayangkan adik memandangkan sudah menjaganya sejak kecil lagi,” kata Tuhfah Nazihah Md Tarmidi.
Tuhfah Nazihah, 25, meluahkan kesedihannya itu apabila adik angkatnya, Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 6, atau lebih mesra dipanggil Amir diserahkan semula kepada keluarga kandungnya.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL TUHFAH NAZIHAH
Dalam satu video dimuat naik Tuhfah Nazihah di Facebook, ibunya, Norlida Hassan, 47, dan adik-beradiknya yang lain menangis sambil memeluk Amir ketika perpisahan itu.
Mereka dilihat menyampaikan pesanan terakhir kepada Amir sambil mencium pipinya.
Berkongsi kisah sebenar, Tuhfah Nazihah berkata, video itu dirakam Selasa lalu oleh adiknya, Tuhfah Nazira, 22.
“Pada malam itu, ibu kandung adik (Amir) datang ke rumah emak saya di Rawang ditemani suaminya untuk mengambil semula Amir.
“Mereka datang dengan mengejut dan itu yang membuatkan kami sekeluarga tidak bersedia kerana mengikut persetujuan sebelum ini, ibu kandung adik mahu mengambil adik apabila usianya 10 tahun.
“Namun, kami tidak dapat berbuat-apa kerana menghormati permintaan ibu kandung adik dan melepaskannya pergi walaupun dengan berat hati.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL TUHFAH NAZIHAH
“Lagipun, niat asal kami hanya membantu menjaganya dan tidak pernah terlintas memisahkannya dengan keluarga kandung,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Tuhfah Nazihah, sehingga kini, ibunya masih bersedih kerana sudah lama menjaga Amir malah menyayanginya seperti anak kandung sendiri.
“Adik seorang yang ceria, petah berkata-kata dan cukup rapat dengan emak selain adik ketiga saya (Tuhfah Nazira).
“Jadi, pemergian adik memang memberi kesan terutama buat emak kerana kehadirannya selama ini menjadi penyeri serta penyejuk hati kami sekeluarga,” katanya
Berkongsi perihal adik angkatnya itu, Tuhfah Nazihah berkata, Amir dijaga ibunya sejak berusia dua bulan.
“Tidak lama selepas tamat berpantang, ibu kandung adik yang juga rakan saya meminta bantuan untuk menjaga adik.
“Kebetulan, emak memang sukakan budak jadi dia tidak keberatan untuk menjaga adik.
“Emak sudah terangkan pada adik mengenai statusnya dan dia faham malah ia sedikitpun tidak membuatkannya berasa tersisih.
“Cuma, kami sangka dapat menjaganya lebih lama, sekurang-kurangnya sehingga dapat mengajarnya mengaji dan solat dengan betul tetapi hasrat itu tidak kesampaian,” katanya.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Di sebalik perpisahan itu , Tuhfah Nazihah yakin Amir akan dijaga dengan baik oleh keluarga kandungnya.
“Adik kenal ibunya kerana kami sekeluarga pernah mempertemukan mereka beberapa kali sebelum ini terutama ketika Aidilfitri.
“Cuma, mungkin adik perlu membiasakan diri tinggal di rumah baharu ,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG: Tindakan empat individu duduk semeja di kedai makan dekat sini, tanpa pelitup muka, mengundang padah apabila dikenakan kompaun petang semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, tindakan empat individu terbabit yang jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) dikesan hasil maklumat orang awam.
GAMBAR IHSAN IPD BENTONG
“Bertindak atas maklumat disalurkan orang awam, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melakukan pemeriksaan di kedai berkenaan jam 4.45 petang semalam dan mendapati terdapat empat lelaki berusia antara 38 hingga 59 tahun dalam premis itu.
“Semua lelaki berkenaan didapati mengelilingi satu meja, tidak memakai pelitup muka serta mengabaikan penjarakan fizikal dan perbuatan ini adalah melanggar SOP ditetapkan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula kira-kira dua minggu lalu,” katanya melalui satu kenyataan media di sini, hari ini.
GAMBAR IHSAN IPD BENTONG
Zaiham berkata, individu itu dikompaun mengikut Perkara 16(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Zaiham berkata pihak IPD Bentong sudah mengeluarkan 22 kompaun kepada individu ingkar SOP sejak PKP 2.0 dilaksanakan pada 22 Januari lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA: Seorang kanak-kanak ditemui mati dalam sebuah tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, di sini, dengan kesan cedera dan lebam di beberapa anggota badan, petang tadi.
Mangsa berusia tujuh tahun itu dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kanak-kanak terbabit didakwa lemas di dalam tong air dirumahnya sebelum siasatan mendapati ada kecederaan pada fizikal badannya.
GAMBAR HIASAN
Beliau berkata, susulan itu pihak polis menahan ibu dan bapa tirinya masing-masing berusia 32 dan 38 tahun.
“Bilik Gerakan (DCC) Melaka Tengah terima panggilan kira-kira jam 4 petang tadi daripada seorang lelaki yang memaklumkan bahawa anaknya mati lemas di dalam tong air di rumahnya.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dan pemeriksaan fizikal terhadapnya terdapat kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut terhadap kanak-kanak yang tinggal bersama pasangan itu juga mendapati mangsa dicederakan dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh,” katanya.
Katanya, pihak polis akan membuat permohonan reman ke atas suspek di Mahkamah Ayer Keroh, esok (hari ini),” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya menekan pautan pada status Whatsapp akan menyebabkan data peribadi serta maklumat akaun bank dipindahkan kepada sindiket penipuan adalah tidak benar.
Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos berkata, pautan berkenaan adalah ciri aplikasi berkenaan.
“Orang ramai tidak perlu gusar dan panik kerana pautan pada status Whatsapp adalah ciri pada aplikasi terbabit dan ia bukanlah helah sindiket penipuan.
“Apa yang perlu orang ramai tahu adalah jangan sesekali berkongsi kod pengesahan enam digit yang diterima daripada pihak WhatsApp, ” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Terdahulu, satu hantaran mendakwa tindakan menekan pautan pada status Whatsapp akan menyebabkan data peribadi serta maklumat akaun bank dipindahkan kepada sindiket penipuan tular di media sosial.
Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan kewujudan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna
GAMBAR HIASAN
SKMM dalam kenyataan memaklumkan taktik berkenaan menggunakan pelbagai helah memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan enam digit diterima daripada pihak WhatsApp.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!