KOTA BHARU – Seorang wanita ditahan selepas disyaki terlibat dengan empat kes samun barang kemas terhadap warga emas dengan membawa bersama anaknya di sekitar daerah ini dan Bachok baru-baru ini.
Wanita yang berusia 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Jenerak, Tawang dekat Bachok kira-kira pukul 3.15 pagi, Sabtu lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, wanita yang bekerja sebagai tukang masak itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bachok yang menjalankan Ops Cantas di kawasan berkenaan.
Katanya, siasatan awal mendapati, suspek menggunakan modus operandi yang sama dengan membawa anaknya yang berusia tiga tahun dan menunggang motosikal sebelum memasuki rumah mangsa.
“Sasaran suspek kebanyakannya warga emas yang berusia lingkungan antara 70 hingga 80-an.
“Sebelum bertindak meragut barang kemas mangsa, suspek merayu meminta wang daripada mangsa dengan alasan untuk membeli susu anaknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor kosmo online.
Menurut beliau, setelah mangsa memberikan wang, suspek dengan pantas bertindak menutup muka mangsa sebelum meragut rantai leher, gelang tangan dan cincin sebelum melarikan diri.
Katanya, dalam kes yang ketiga, suspek dipercayai bersama anaknya telah masuk dapur dan meminta wang untuk membeli susu anaknya itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki gelandangan membakar kereta milik seorang wanita di pangsapuri Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini, awal pagi kelmarin.
Kejadian diketahui wanita terbabit daripada seorang jiran kira-kira jam 5.20 pagi sebelum bergegas turun dan melihat sepasukan anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata hasil soal siasat dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian pihaknya dapat mengesan suspek kejadian.
“Suspek yang juga gelandangan berusia 29 tahun itu ditahan di Bandar Kinrara, Puchong pada hari sama.
“Semakan mendapati suspek yang berasal dari Seri Kembangan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing juga negatif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, polis turut merampas sebuah motosikal, pakaian dan pemetik api yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.
“Siasatan mendapati suspek tidak puas hati selepas wanita itu menolak cintanya sejak setahun lalu, lapor HM ONLINE
“Suspek direman lima hari sehingga 10 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA – Mahkamah rayuan di istana kehakiman, putrajaya pada rabu sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana 42 juta ringgit milik SRC international Sdn . Bhd . Selepas menolak rayuan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Panel tiga hakim yang diketuai datuk abdul karim abdul jalil, bersama-sama datuk has zanah mehat dan datuk vazeer alam mydin meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan ahli parlimen pekan itu tidak mempunyai merit.
Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta ringgit yang dikenakan terhadap najib sebelum ini atas alasan hukuman yang dikenakan adalah war dan bersesuaian.
Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah , tiga pertuduhan pengusaha wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.
Dalam penghakiman yang dibacakan , mahkamah antara lain menyatakan keputusan hakim mahkamah tinggi Nazlan Mohd Ghazali adalah selamat dan tidak perlu di ubah.
Sementara itu peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah sedang mengemukakan permohonan agar hukuman penjara dan denda tersebut ditangguhkan kerana mereka ingin mengemukakan rayuan. . Rayuan Najib di mahkamah persekutuan merupakan peluang terakhir Ahli Parlimen Pekan itu untuk membatalkan semua sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERHILITAN rampas spesies hidupan liar dalam pemeriksaan termasuk ‘trofi’ babi hutan
KUALA LUMPUR – Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah merampas beberapa spesies hidupan liar dalam satu pemeriksaan penguatkuasaan ke atas sebuah premis terletak di sekitar Kuala Lumpur pada 25 November lalu.
Hasil pemeriksaan tersebut PERHILITAN telah merampas beberapa spesies hidupan liar disyaki Alligator Snapping Turtle, Iguana, Red Footed Tortoise, Leopard Tortoise, Sulcata Tortoise dan Yellow Pond Turtle.
Antara yang dirampas oleh PERHILITAN.-Foto PERHILITAN
Dipercayai nilai penyu yang ditemui oleh pihak PERHILITAN boleh mencecah harga RM1,500 seekor di laman niaga dalam talian tempatan manakala kura-kura berkenaan pula mampu melepasi RM2,200 seekor, ini termasuk bahagian hidupan liar disyaki kulit, daging dan ‘trofi’ babi hutan.
Seorang warga emas turut ditahan dalam pemeriksaan itu bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan menyimpan hidupan liar dan bahagian hidupan liar tanpa sebarang kebenaran daripada Jabatan PERHILITAN.
Satu laporan polis telah dibuat berkaitan pemeriksaan ini dan kesemua barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis untuk tindakan selanjutnya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Van lawan arus di Jambatan Pulau Pinang sebabkan kemalangan
GEORGE TOWN – Sebuah kereta terbabit kemalangan selepas cuba mengelak sebuah van yang dipandu secara melawan arus di Jambatan Pulau Pinang dekat sini awal pagi tadi.
Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 pagi dan insiden tersebut turut dirakam menggunakan kamera papan pemuka sebuah kenderaan orang awam.
Berdasarkan rakaman video yang dibuat di lorong kiri itu, sebuah van dilihat dipandu di lorong tengah dalam keadaan melawan arus di laluan Seberang Perai menghala ke bahagian pulau.
Kemudiannya kereta dipercayai jenis Honda City yang dipandu di lorong kanan dilihat cuba mengelak van berkenaan sehingga menyebabkan kemalangan dan melanggar tembok pembahagi lebuh raya di sebelah kanan.
Keadaan trafik ketika kejadian dilihat dalam keadaan masih lengang, lapor kosmo online
Bagaimanapun setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung keadaan mangsa yang berada di dalam kereta tersebut.
Gambar Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lelaki tempatan dan isterinya ditahan lakukan kes jenayah pecah kedai dan kenderaan
BENTONG- Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah menahan seorang lelaki warganegara tempatan berusia 31 tahun di sebuah stesen minyak di Klang, Selangor, jam 12.35 pagi, pada 2 Disember lalu.
Kejayaan tangkapan itu berkaitan dengan kejadian pecah kenderaan dan kedai di Genting Highlands, setelah menerima maklumat daripada orang ramai.
Zaiham (dua dari kiri) bersama dua pegawainya mempamerkan hasil rampasan barang curi di premis dan kenderaan kawasan Genting Highlands di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Pahang hari ini. – Foto IPD Bentong.
Ketua Polis daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, berkata, setelah pemeriksaan ke atas lelaki tersebut dan kenderaan yang dipandunya menjumpai barang-barang yang dilaporkan dicuri bersangkut dengan beberapa laporan polis yang dibuat di Balai Polis Genting Highlands.
“Hasil soal siasat suspek membuat pengakuan terlibat dengan dua kejadian curi dalam bangunan dan tiga kejadian pecah kenderaan di kawasan peranginan Genting Highlands.
“Ujian air kencing ke atas suspek juga mendapati positif dadah jenis methapethamine dan ganja serta mempunyai lima rekod jenayah lampau,” katanya melalui kenyataan media.
Katanya, suspek mempunyai tiga kes ragut, satu kes imigresen dan satu kes dadah dan menjumpai barang rampasan, wang tunai not RM 1 berjumlah RM 400; perkakasan audio kenderaan seperti stereo bluetooth speaker dan android player , 5 buah telefon bimbit pelbagai jenama.
“Terdapat 3 buah beg rangkaian kunci, sebuah walkie talkie, sebuah beg kulit berwarna coklat dan beberapa peralatan seperti pemotong wayar, test-pen, pisau, pengerudi , lampu suluh yang dipercayai digunakan untuk pecah kedai dan kenderaan.
“Sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza berwarna silver yang digunakan oleh suspek turut disita, kenderaan itu dipercayai disewa oleh suspek mulai 29 November 2021 sehingga 27 Januari 2022, “ katanya.
Zaiham berkata, pihak polis turut menemui dadah pada tubuh saspek iaitu, tiga plastik lutsinar dan setiap satu plastik mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 1.88 gram, satu plastik lutsinar yang didalam terdapat ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja, anggaran berat 3.25 gram.
“Hasil siasatan pihak polis juga dapati suspek mengaku melakukan kegiatan jenayah itu bersama isterinya.
“Selain daripada itu, pihak polis turut memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan mendapati kejadian itu dilakukan bersama seorang wanita pada 4 Disember 2021 kira-kira jam 10.35 pagi,” katanya.
Katanya, seorang wanita warganegara tempatan berusia 33 tahun telah ditahan di perkarangan IPD Bentong untuk membantu siasatan.
“Suspek lelaki ditahan reman selama 7 hari bermula 2 Disember 2021 sehingga 8 Disember 2021, manakala isterinya ditahan reman selama 4 hari mulai 5 Disember 2021 sehingga 8 Disember 2021 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 kanun keseksaan.
“Sekiranya disabit kesalahan suspek akan dikenakan hukuman penjara selama 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,’ katanya.
Katanya, selain itu, suspek lelaki turut dikenakan tiga pertuduhan tambahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, sekiranya didapati bersalah denda dikenakan tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara tidak melebihi 4 tahun atau kedua-dua sekali, di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Sekiranya disabit kesalahan denda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952, sekiranya didapati bersalah denda tidak melebihi rm 5000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun dan boleh dikenakan pengawasan tidak kurang dari 2 tahun dan tidak lebih dari 3 tahun.
“Setakat ini, tertangkap suspek berkenaan, pihak IPD Bentong berjaya menyelesaikan 7 kes pecah kedai dan pecah kenderaan di kawasan pentadbiran IPD Bentong,” katanya.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat khususnya di bawah pentadbirannya menyalurkan maklumat dengan tepat kepada pihak polis. Orang ramai boleh menyalurkanmaklumat di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang lelaki yang mengamuk dan merosakan mesin ATM
Foto: Mesim ATM yang dirosakkan oleh lelaki berkenaan, di Genting Sempah, Bukit Tinggi
BENTONG- Seorang lelaki telah mengamuk dan merosakkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan sebilah parang di Hentian Rehat Genting Sempah, Bukit Tinggi, Bentong, pada jam 9.50 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar, berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang ramai dan bergegas ke lokasi kejadian.
“Seorang lelaki warganegara tempatan berusia 30 tahun, tidak mempunyai tetap telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan akan dirujuk ke hospital untuk rawatan psikiatrik.
“Suspek juga mempunyai satu rekod jenayah lampau iaitu penyalahgunaan dadah dan turut pernah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hosptial Kuala Lumpur,”katanya melalui kenyataan, semalam.
Katanya disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan Khianat, serkiranya didapati bersalah hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
“Terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat kejadian tersebut dengan pantas kepada pihak polis, hubungan polis dan masyarakat sewajarnya diteruskan untuk membenteras kejadian jenayah dan juga untuk memberi bantuan segera,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rumah kedai jadi mini makmal diserbu, dadah, aset RM10 juta dirampas
Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Razarudin Husain, menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di IPK Selangor. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM – Polis menumpaskan satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah jenis heroin dan pil ekstasi menerusi enam siri serbuan di sekitar Selangor, hasil penahanan 10 lelaki tempatan pada 22 Nov.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Razarudin Husain, berkata kegiatan sindiket yang aktif sejak enam bulan lalu itu berjaya dibongkar pihaknya, menerusi serbuan dijalankan serentak oleh JSJN Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, antara 12.10 tengah hari hingga 4.30 petang sekitar Gombak dan Puchong.
Menerusi serbuan itu pihaknya turut membongkar aktiviti pemprosesan dadah dipercayai jenis heroin, yang dijalankan di sebuah premis rumah kedai di sekitar kawasan Bukit Puchong, Puchong.
“Hasil serbuan di semua lokasi itu, pihak kami berjaya merampas sejumlah 19.7kg dadah heroin base, 43.1kg dadah heroin, 3.2kg pil ekstasi dan 110kg serbuk dadah MDMA dianggar bernilai RM8.09 juta,” katanya pada sidang media di IPK Selangor.
Hadir sama Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed.
Razarudin berkata, bekalan dadah itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran.
Selain itu, katanya polis turut merampas dan menyita aset sindiket berkenaan termasuk pelbagai jenis kenderaan mewah, barang kemas serta tindakan pembekuan akaun bank serta wang tunai, bernilai lebih RM2.039 juta.
“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta dianggarkan lebih RM10 juta,” katanya.
Razarudin berkata, saringan awal pihaknya terhadap 10 suspek tersebut mendapati salah seorang daripadanya positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan ketamin dan lapan daripadanya mempunyai rekod lampau dadah serta jenayah.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua suspek direman selama lima hingga 11 hari bermula 23 Nov.
SUMBER: Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SERI JAYA, MARAN: Remaja yang berusia 16 di tahan kerana dipercayai membawa sebuah motosikal curi dalam operasi Ops Bersepadu Motosikal dalam sekatan jalanraya di susur keluar Plaza Tol Sri Jaya ,Maran, dari pukul 7 malam hingga 2.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abd Rahman berkata remaja terbabit yang menetap di Batu 40 ,Kampung Rahmat ,Simpang Kampung New Zealand, itu telah menunggang motosikal jenis Ex5 warna hitam.
“Daripada pemeriksaan pada motosikal tersebut dan setelah dibuat buat semakan pada nombor chasis didapati chasis dan pemeriksaan pada no enjin didapati no enjin tidak dapat dibaca.
” Semakan pada nombor chasis motosikal tersebut dalam sistem SPRJ didapati masih dilaporkan hilang di Majidee,” katanya.
Beliau berkata, remaja terbabit ditahan dan merampas motosikal tersebut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan untuk tindakan dan siasatan selanjutnya .
Menurut, dalam operasi selama dua hari bermula 7 malam kemarin, sebanyak 92 saman dikeluarkan kerana melakukan pelbagai kesalahan.
“Antara kesalahan yang banyak dilakukan ialah membawa motosikal tanpa lesen sebanyak 21 kes, ekzos bising, tujuh kes, eksesori, 12 kes, tiada cermin sisi, 19 kes dan tiada no plate 17 kes,” katanya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Telupid: Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai mencuri mesin wang tunai di pasar raya mini di Kampung Wonod dekat Batu Empat, di sini semalam.
Dalam kejadian 1.40 tengah hari itu, suspek dikatakan mengambil masa 12 saat untuk melarikan mesin berkenaan berserta wang tunai di dalamnya dengan kerugian keseluruhan dianggar RM1,600.
Video mengenai kejadian itu turut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian terdapat dua pekerja di pasar raya mini itu.
Katanya, suspek hadir bersendirian dengan memandu Proton Saga berwarna kelabu dan meletakkan kereta itu di hadapan premis.
“Ketika ketiadaan penjaga di kaunter, suspek kemudiannya masuk ke dalam kedai dan terus mengangkat mesin serta melarikan diri.
“Kejadian berlaku dengan pantas dan suspek melarikan diri dengan kereta sama yang diletakkan di luar.
“Kita percaya suspek sudah membuat persediaan awal (memantau keadaan) sebelum melakukan jenayah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kasim berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, lapor HM ONLINE
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Gambar : Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!