INDIA – Seorang pelajar jurusan kejururawatan ditahan oleh pihak berkuasa selepas disyaki menggunakan picagari yang sama menyuntik vaksin COVID-19 kepada lebih 30 pelajar sekolah menengah di India.
Menurut sumber, Jitendra Ahirwar yang dilatih untuk menjalankan program vaksinasi oleh jabatan kesihatan tempatan, ditahan awal minggu ini setelah didapati melakukan kesalahan tersebut di daerah Sagar, Madhya Pradesh.
Pegawai Polis Daerah, Tarun Nayak berkata pihak polis telah menahan lelaki itu selepas didapati menyuntik vaksin menggunakan picagari yang sama kepada lebih 30 pelajar. Namun, semua pelajar yang menerima vaksin tersebut selamat.
‘Kejadian ini berlaku ketika program vaksinasi mega sedang dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah tersebut pada hari Rabu yang lalu’, katanya.
Ketua Pegawai Perubatan dan Kesihatan daerah Sagar, Dr. Devendra Goswami berkata pegawai vaksinasi daerah itu digantung tugas dan akan menjalani siasatan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHANGHAI – Kampung Baimu, Danling terltak di wilayah Sinchuan mempunyai 2,119 penduduk daripada 631 buah keluarga.
Menarik di kampung ini, terdapat bilangan kelahiran kembar yang banyak.
Dalam tempoh masa 12 tahun lalu, sekurang-kurangnya 33 pasangan kembar dilahirkan.
Setiausaha Parti kampung tersebut, Li Yuxia berkata, kampung ini boleh dipanggil ‘Kampung Kembar’.
Li juga memiliki anak kembar perempuan.
Bagaimanapun, daripada 33 kembar, sekurang-kurangnya lima pasangan kembar sudah meninggal dunia.
Tujuh pasangan kembar tinggal seorang daripada mereka, manakala 21 pasangan kembar masih hidup.
Menurut Red Star New, tujuh pasangan tinggal berseorangan, 21 pasang kembar masih hidup.
Daripada 28 pasang kembar, sama ada salah seorang daripada mereka yang hidup.
10 pasang kembar lelaki dan 11 pasang kembar perempuan.
Tujuh pasang yang lain adalah kembar lelaki dan perempuan.
Umur pasangan kembar di kampung itu adalah dari setahun hingga 70 tahun.
‘Bukan orang luar sahaja yang keliru dengan rupa paras pasangan kembar, malah penduduk kampung ini pun sering tertukar kerana penampilan kembar juga hampir serupa’, kata Li.
Salah seorang penduduk kampung berkata semasa sekolah rendah, anak kembarnya berada di kelas yang sama tetapi gugu asingkan kelas kerana elak kekeliruan dan lebih mudah dibezakan.
Menurut cerita penduduk kampung, seorang penduduk kampung bernama Huang Wenjuan pernah menyangka seorang lagi penduduk di kampung yang sama bernama Huang Wen sebagai saudara kembarnya yang bernama Huang Hui.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Banyak ruang perniagaan boleh diterokai di Paksitan – PUNB
SIALKOT, Pakistan – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mendapati masih banyak ruang terbuka yang boleh diterokai dalam usahasama perniagaan antara Malaysia dan Pakistan.
Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, lawatan ke negara itu membawa banyak makna untuk mencari peluang perniagaan yang boleh diketengahkan.
“Delegasi Malaysia terdiri daripada wakil sektor makanan, tekstil dan perindustrian, namun kami berhasrat membeli makanan segar dan sayur-sayuran termasuk kentang, bawang dan daging beku.
“Kita juga cuba membeli bahan mentah untuk produk tekstil yang digunakan di rumah, hotel dan hospital sebagai tambahan kepada pakaian, selain itu cuba meneroka peluang pelaburan baharu,” katanya.
Beliau berkata, delegasi Malaysia sebelum ini melawat Pakistan Agri Expo 2022 di Lahore dan kini turut melawat Faisalabad untuk mengenal pasti pembekal baharu untuk pasaran di Malaysia.
Delegasi ahli perniagaan dari Malaysia melawat Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sialkot (SCCI) untuk sesi pertemuan dan perbincangan bersama ahli jawatankuasa eksekutif dewan itu.
Naib Presiden Kanan SCCI Sheikh Zohaib Rafique Sethi berkata, terdapat banyak ruang yang sangat luas untuk mewujudkan usahasama dan kerjasama perniagaan antara komuniti perniagaan Malaysia dan Pakistan.
Manakala, Naib Presiden SCCI, Qasim Malik berkata lawatan delegasi perdagangan Malaysia amat bermakna serta membuka peluang perniagaan, pameran perdagangan yang diadakan turut membantu dalam mempromosikan perdagangan dua hala.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Delegasi Malaysia diketuai Datuk Ahmad Nazlan di sebuah kilang tekstil di Faisalabad, Pakistan
Malaysia-Pakistan usaha tingkat bekalan komuniti
FAISALABAD, Pakistan - Malaysia sedang berusaha untuk mengurangkan masalah rantaian bekalan komuniti susulan pandemik Covid-19 dengan memberi keutamaan membeli komoditi itu terus dari Pakistan dan Faisalabad, kata Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk Ahmad Nazlan Idris.
Beliau mengetuai delegasi usahawan Malaysia berkata, kepada komuniti perniagaan Faisalabad di Dewan Perniagaan & Perindustrian Faisalabad (FCCI) di sini hari ini.
Beliau berkata delegasi Malaysia sebelum ini melawat Pakistan Agri Expo 2022 di Lahore dan kini kami melawat Faisalabad untuk mengenal pasti pembekal baharu untuk pasaran di Malaysia.
“Delegasi Malaysia terdiri daripada wakil sektor makanan, tekstil dan perindustrian, namun kami berhasrat membeli makanan segar dan sayur-sayuran termasuk kentang, bawang dan daging beku.
"Kita juga cuba membeli bahan mentah untuk produk tekstil yang digunakan di rumah, hotel dan hospital sebagai tambahan kepada pakaian, selain itu cuba meneroka peluang pelaburan baharu,” katanya.
Katanya, ekonomi global terganggu akibat gangguan rantaian bekalan, keadaan kini kembali normal dan pihaknya sedang meneroka destinasi baharu untuk membuat pembelian dengan caj pengangkutan minimum.
Presiden FCCI, Atif Munir Sheikh berkata, Faisalabad yang terletak di tengah-tengah negara dan dihubungkan melalui hubungan udara, rel dan jalan raya yang sangat strategik.
“Faisalabad mempunyai estet perindustrian yang canggih, Kawasan Perindustrian Allama Iqbal telah diberi status Zon Ekonomi Khas untuk menawarkan cuti cukai selama sepuluh tahun kepada pelabur baharu.
“Sebanyak 65 unit perindustrian dengan FDI beroperasi dan menyumbang peranan utama dalam meningkatkan eksport negara,” katanya.
Katanya, sektor tekstil yang dibangunkan sepenuhnya, menyumbang 45 peratus bahagian dalam jumlah eksport tekstil Pakistan.
"Begitu juga, bahagiannya dalam eksport keseluruhan ialah 22 peratus manakala ia juga memenuhi 80 peratus keperluan pakaian domestik negara," katanya.
Beliau berkata bahawa FCCI mempunyai 8,000 ahli yang berasal dari 72 sektor dan perdagangan berbeza dan 28 ahli FCCI sudah menjalankan perniagaan dengan Malaysia tetapi bilangan mereka mesti dipertingkatkan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dakwaan Dr M berhubung Kepulauan Riau tiada asas undang-undang, kata Indonesia
PETALING JAYA – Kementerian Luar Indonesia berkata, dakwaan Dr Mahathir Mohamad berhubung Kepulauan Riau patut menjadi sebahagian daripada Malaysia tidak mempunyai asas undang-undang.
Jurucakap kementerian itu, Teuku Faizasyah berkata, Kepulauan Riau diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai wilayah Indonesia.
“Ketika dunia sedang menghadapi banyak cabaran, seorang ahli politik kanan tidak sepatutnya membuat kenyataan tidak berasas yang boleh menjejaskan persahabatan,” katanya dipetik portal berita Indonesia, Tempo semalam.
Wilayah itu terdiri daripada hampir 1,800 pulau dan terletak di antara Sumatera, Semenanjung Malaysia dan Borneo. Antara pulau utamanya ialah Batam dan Bintan.
Bercakap dalam sebuah kongres Ahad lalu, Mahathir yang berusia 96 tahun mencadangkan supaya Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura kerana berdasarkan sejarah, ia adalah “Tanah Melayu”.
“Seharusnya kita tidak hanya menuntut agar Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh dikembalikan kepada kita, tetapi kita juga harus menuntut kembalinya Singapura dan Kepulauan Riau kepada Malaysia sebagai Tanah Melayu,” kata bekas perdana menteri itu.
Pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Mahathir menarik balik permohonan semakan penghakiman di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, yang turut dikenali sebagai Pedra Branca.
Putrajaya berkata, ia tidak meneruskan idea untuk mengkaji semula kedaulatan Pulau Batu Puteh selepas mempertimbangkan pandangan perunding undang-undang asing.
Sumber: FMT
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Satelit Measat-3D dilancarkan pada 5.50 pagi waktu Malaysia di Pusat Angkasa Lepas Eropah Kourou, French Guiana, Amerika Selatan. (Gambar Measat)
Isyarat pertama Measat-3D diterima, tanda pelancaran berjaya
KUALA LUMPUR: Tepat 6.41 pagi waktu Malaysia, isyarat telemetri pertama daripada Measat-3D diterima, sekali gus menandakan pelancaran satelit itu berjaya sepenuhnya.
Detik bersejarah itu diumumkan di Dewan Merdeka, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di mana pelancaran satelit itu disiarkan secara langsung dari Pusat Angkasa Lepas Eropah Kourou, French Guiana, Amerika Selatan pada 5.50 pagi waktu Malaysia (6.50 petang waktu tempatan 22 Jun).
Proses pemisahan pertama daripada roket pelancar Ariane-5 berlaku pada 6.19 pagi waktu Malaysia dan pemisahan kedua pada 6.34 pagi sebelum isyarat pertama diterima oleh Bumi tujuh minit kemudian.
Pelancaran satelit Measat-3D mengalami kelewatan 47 minit daripada jadual asal pada 5.03 pagi waktu Malaysia.
–
Satelit kelapan yang dianggar melibatkan kos RM1.2 bilion dengan jangka hayat 18 tahun itu dijangka mampu merapatkan jurang ketersambungan digital dan membentuk masa depan ketersambungan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).
Sumber: BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perdagangan dua hala Malaysia-Pakistan perlu dipertingkatkan
FAISALABAD, Pakistan – Perdagangan dua hala antara Pakistan dan Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar, kata Pengerusi Persatuan Pengilang dan Pengeksport Hosiery Pakistan (PHMA), Zon Utara, Mian Kashif Zia semasa menyampaikan ucapan pada delegasi perdagangan Malaysia di pejabat PHMA di sini hari ini.
Beliau berkata usahasama dan mesyuarat perniagaan antara ahli perniagaan kedua-dua negara amat menggalakkan bagi meningkatkan perdagangan antara dua negara ini.
Mian Kashif Zia berkata, negaranya banyak mengeksport produk pakaian rajut (knitwear) dengan jenama terkenal dunia, tetapi eksport pakaian ini ke Malaysia hanya AS$6.60 juta pada 2021, manakala Malaysia mengimport AS$759 juta dari negara lain.
“Ahli perniagaan juga perlu memanfaatkan sepenuhnya melalui pelaburan dan perdagangan di Pakistan kerana negara ini mempunyai potensi besar yang semakin meningkat terutama dalam pasaran tempatan,” katanya.
Ketua delegasi Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, bahawa eksport utama Pakistan ke Malaysia adalah bijirin, tekstil, beras, sayur-sayuran, bahan kimia dan produk kimia.
Manakala Pakistan mengimport minyak sawit, produk kimia, produk elektrik dan elektronik daripada Malaysia.
“Eksport lain ke Malaysia termasuk ikan, kentang, bawang, jagung, benang kapas, gentian sintetik dan peralatan elektrik untuk talian telefon.
“Selain itu import lain dari Malaysia ke Pakistan termasuk getah, kayu, benang filamen sintetik, racun perosak, mesin pemprosesan data automatik dan alat ganti.
Namun, katanya, agak mengecewakan Pakistan dan Malaysia tidak termasuk dalam senarai rakan dagangan terbaik walaupun mereka mempunyai hubungan baik dan produk cemerlang di dunia.
Sementara itu, Ketua Eksekutif PUNB, Muhammad Izwan Zainuddin berkata bahawa imbangan perdagangan sentiasa memihak kepada Malaysia dan kami mahu mendapatkan bahagian yang sah dalam perdagangan dengan Malaysia kerana terdapat potensi besar untuk mengeksport buah-buahan segar seperti beras Pakistan, limau serta mangga.
Beliau berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan penyelarasan yang baik dengan misi kami di Malaysia, supaya semua cabaran yang dihadapi dalam meningkatkan eksport dapat diatasi.
Mesyuarat itu turut dihadiri bekas Naib Pengerusi PHMA Shaheen Tabassum, Muhammad Zubair, Mian Imran Latif, Mian Umar dan Timbalan Pengarah TDAP Fazlur Rehman Rao serta ahli lain.
Mian Kashif Zia turut menyampaikan perisai kehormat PHMA kepada kepada Datuk Ahmad Nazlan Idris.-SAHIH.
Dipetik dari Business Recorder, 2022
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (kiri) dan Datuk Seri Saiffudin Abdullah (tengah).
Malaysia pertingkat hubungan strategi dengan Jepun
TOKYO – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida di Tokyo, memberi kesan positif dalam meningkatkan hubungan Malaysia- Jepun dinaiktaraf daripada “Strategic Partnership” kepada “Comprehensive Strategic Partnership”.
Kesediaan Perdana Menteri Jepun untuk menaiktaraf hubungan ini adalah satu indikasi bahawa mereka meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Timbalan Menteri 1 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kesediaan pelabur-pelabur asing yang bersetuju untuk memulakan pelaburan di Malaysia dengan segera sekali gus turut membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
“Sudah tentu limpahan kemasukan pelabur asing ini mampu menyumbang kepada pewujudan peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi yang akan memberi manfaat kepada negara.
“Oleh itu, bagi memastikan keseimbangan ekonomi bandar dan luar bandar, satu pelan strategi terbaik akan dirangka bagi memastikan masyarakat luar bandar juga mendapat manfaat daripada pelaburan ini,” katanya.
Katanya, faktor pendidikan, kemahiran, kesamaan ruang serta peluang perlu dititikberatkan dalam usaha menangani cabaran ekonomi di kawasan luar bandar.
“Saya bersama KPLB yang menyertai lawatan ini akan melihat dengan lebih terperinci strategi yang boleh dirangka supaya Keluarga Malaysia secara keseluruhannya turut merasai pertumbuhan ekonomi yang semakin berkembang di negara kita.
Katanya, Perdana Menteri dalam Persidangan NIKKEI, bernada tegas menyuarakan pendirian mengenai peperangan Rusia- Ukraine yang akan memberi kesan kepada negara-negara miskin.
“Impak rantaian turut dirasai oleh Malaysia kerana ia akan menjejaskan bekalan makanan, pendirian Kerajaan Malaysia jelas bahawa peperangan bukanlah satu jalan penyelesaian tetapi perlu diselesaikan secara damai melalui meja rundingan.
“Perdana Menteri juga turut menyentuh pendirian mengenai Laut China Selatan kekal sebagai Zon Dagangan Bebas namun sebarang pencerobohan tidak dibenarkan, tiada kompromi dalam isu Kedaulatan Negara, “ katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Lebih 3,000 orang yang menyertai rombongan pengantin lelaki ke majlis pernikahannya di Majalengka, Jawa Barat pada 9 Mei 2022. – kredit foto : TikTok @sundanesa.guy
Rombongan pengantin lelaki bawa 3,000 orang tetamu
DESA CIRANCA, Kecamatan Malausma Kabupaten Majalengka, Jawa Barat – Seorang jurugambar terkejut apabila melihat pengantin lelaki membawa lebih 3,000 orang rombongan ke majlis perkahwinannya pada 9 Mei lalu.
Viral video rombongan tersebut yang dimuat naik dalam akaun TikTok @sundanesa.guy yang dimiliki oleh Ivan Affandy, 29, seorang jurugambar atau fotografer yang sering terbabit merakam gambar pada majlis pernikahan, akad nikah dan pertunangan di sekitar wilayah itu.
Rombongan yang terdiri wanita dan lelaki itu berjalan kaki beramai-ramai di belakang pengantin lelaki sehingga ke hujung jalan.
Ivan berkata, video yang dimuat naiknya dalam akaun TikTok @sundanesa guy pada hari tersebut adalah rombongan pengantin lelaki yang membawa lebih 3,000 tetamu untuk menghantar barangan pengantin lelaki kepada pengantin wanita.
Menurutnya, video rombongan pengantin lelaki itu menuju ke lokasi pernikahan di rumah pengantin wanita dan semua rombongan termasuk pengantin lelaki hanya berjalan kaki ke rumah pengantin wanita.
“Pengantin lelaki tinggal satu kampung dengan calon isterinya cuma bezanya dusun berlainan dan ia tidak menjadi masalah jika rombongan pengantin lelaki itu berjalan kaki beramai-ramai ke rumah pengantin wanita,’’ katanya.
Ivan memberitahu, itulah kali pertama dia melihat rombongan tetamu yang paling ramai melebihi 3,000 orang yang tidak pernah diketemukan sepanjang kerjayanya sebagai jurugambar.
Jurugambar itu berkata, sebelum itu, dia pernah mendengar khabar yang mengatakan pengantin lelaki itu akan membawa rombongannya lebih 3,000 orang pada majlis pernikahannya tetapi dia tidak percaya kerana menganggap perkara itu hanya guruan sahaja.
“Namun, apabila tiba masanya, saya amat terkejut setelah melihat dari jauh berduyun-duyun rombongan pengantin itu berjalan kaki menuju ke rumah pengantin wanita.
“Seumur hidup saya tidak pernah bertemu lagi tetamu dari pengantin lelaki yang begitu ramai seperti di majlis pernikahan hari itu,’’ katanya lagi.
Dalam pada itu, pelbagai komentar dari netizen selepas video berkenaan viral dalam media sosial dan ada yang memberi komen akan menjadi kepenatan kepada petugas tukang masak dengan kehadiran tetamu seramai itu.
“Pasti orang tua pengantin lelaki itu adalah orang yang terkenal. Kalau tidak pun orang tuanya sangat baik atau disegani masyarakat setempat menyebabkan ramai yang hadir pada acara pengantin lelaki,’’ kata pemilik akaun TikTok @BerUsaha.
“Pasti kepenatan bahagian cuci pinggang mangkok,’’ ucap pemilik akaun@ngemill ahh.
“Selamat berjuang tim dapur,’’ kata pemunya akaun @vharida.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pakar bedah rancang pindah rahim kepada lelaki transgender untuk hamil
NEW DELHI – Seorang pakar bedah cuba membuktikan kebolehannya dengan merancang untuk memindahkan rahim kepada seorang lelaki yang menjalani pembedahan wanita transgender supaya dapat merasai nikmat kehamilan.
Memetik Daily Mail, Pakar bedah itu, Dr. Narendra Kaushik berkata, pembedahan yang berisiko itu akan melibatkan pengambilan organ pembiakan daripada penderma yang meninggal dunia.
Bagaimanapun cubaan menjadikan wanita transgender yang hamil bakal menjadi kejayaan besar dan memerlukan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) dan pembedahan caesarean (C-section) kerana mereka tidak mempunyai faraj yang berfungsi sepenuhnya.
Dr. Kaushik berkata, pemindahan itu sebagai memahami naluri wanita transgender yang mahu menjadi wanita termasuk menjadi seorang ibu.
“Cara untuk menuju ke arah itu adalah dengan menjalani pemindahan rahim sama seperti buah pinggang atau mana-mana organ lain.
“Inilah masa depan, kita tidak boleh meramalkan dengan tepat bila perkara ini akan berlaku tetapi ia akan cuba supaya dapat direalisasikan tidak lama lagi,” katanya.
Dr. Kaushik bagaimanapun tidak mendedahkan penerima atau memperincikan butiran lanjut mengenai pembedahan yang akan dijalankan.
Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya sudah mempunyai rancangan dan sangat optimis mengenai pembedahan berkenaan.
Katanya lagi pembedahan sukar tersebut melibatkan pemindahan rahim yang menelan kos perbelanjaan besar sekitar 50,000 pound (RM270,200), manakala satu kitaran rawatan IVF boleh mencecah lebih 5,000 pound (RM27,020).
“Memang benar, tetapi belum tentu pembedahan berkenaan tersebut berjaya.
“Bagaimanapun sebelum ini, terdapat satu kes dilaporkan mengenai rahim dimasukkan ke dalam wanita transgender,namun, wanita transgender itu meninggal dunia akibat komplikasi beberapa bulan kemudian,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!