BUBUR LAMBUK PERCUMA DI 4 LOKASI ESOK
BUBUR LAMBUK PERCUMA DI 4 LOKASI ESOK
JERANTUT: Sebanyak empat kawah bubur lambuk disediakan esok oleh UMNO Bahagian Jerantut untuk diagihkan kepada penduduk sekitar daerah ini.
Kerja menyediakan bahan dan memasak bubur lambuk itu diketuai Ketua UMNO Bahagian Jerantut sendiri, Datuk Nazri Ngah.
Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah
AJK UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud berkata, bubur lambuk yang siap dimasak dan dimasukkan dalam bekas khas akan mula diagihkan kira-kira jam 4 petang.
“Kita sudah memilih empat lokasi bagi tujuan pengagihan bubur lambuk itu.
“Petugas dari pejabat UMNO Bahagian akan berada di perkarangan pejabat ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pulau Tawar, Simpang Kampung Temin, Jerantut Feri dan Simpang Damak,” katanya.
AJK UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud
Katanya, acara memasak dan mengagihkan bubur lambuk adalah program tahunan UMNO Bahagian untuk memeriahkan lagi suasana bulan Ramadan di samping mengekalkan semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat setempat.- SAHIH