BUAH PERAH
BUAH PERAH
Buah perah atau nama sainstifiknya Elateriospermum tapos, merupakan sejenis buah yang berasal dari pokok perah yang tumbuh di hutan hujan khatulistiwa di Malaysia, buah ini akan gugur sendiri ke bumi apabila ianya sudah cukup tua atau matang.
Ia berbentuk lonjong dan berwarna hitam. Saiz buahnya agak kecil kira-kira 30 milimeter (mm) hingga 40 mm. Kulitnya keras, nipis dan licin manakala isinya pejal dan keras berwarna putih. Buah ini pada asalnya di dalam satu kepompong dan mengandungi 3 biji.

Buah ini boleh juga di buat asam rong makanan tradisional masyarakat di negeri Pahang. Bagi sesetengah penduduk mereka membuat jeruk dengan menggunakan buah perah ini. Selain itu buah ini boleh juga dimasak atau digoreng untuk hidangan sebelah petang.
Bagi masyarakat dahulu mereka suka menjerukkan buah ini dan disimpan hingga berbulan-bulan lamanya tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk.

Penyimpanan di dalam tempayan atau balang besar yang diisi dengan air dan sukatan garam yang betul boleh membuatkan buah ini tahan lebih lama. Buah perah juga boleh di jeruk dengan mencampurnya dengan isi petai yang membuatkan aromanya lebih sedap.-SAHIH.