Jepun memang terkenal dengan teknologi yang canggih. Macam-macam peralatan telah mereka cipta.
Teknologi semakin maju, kehidupan semkain pantas dan urusan kerja perlu diselesaikan dengan segera.
Laporan daripada Reuters, seorang professor di Jepun berjaya mencipta sebuah alat prototaip kepada skrin televisyen yang boleh menghasilkan rasa makanan sebenar apabila dijilat.
Nama prototaip tersebut adalah Taste The TV (TTTV) adalah sebuah inovasi baru apabila penonton dapat merasa makanan yang dipaparkan pada skrin dengan rasa yang sebenar.
TTTV dibekalkan dengan 10 tin perasa yang berbeza di bahagian atas skrin akan dicampurkan untuk menghasilkan rasa makanan yang dipilih oleh pengguna.
Campuran perisa tersebut akan disembur pada filem yang bersih di atas skrin TTTV untuk dijilat oleh penonton.
Lapisan filem boleh diganti untuk memastikan kebersihan terjaga.
Pencipta TTTV dari Universiti Meiji, Homei Miyashita TV luar biasa ini diperlukan untuk menggalakkan orang ramai dapat berhubung dengan dunia luar walaupun pelbagai krisis tiba seperti virus COVID-19.
Beliau bersama 30 orang pelajar lain mencipta TTTV dan juga beberapa inovasi lain yang melibat deria rasa.
Miyashita memberitahu TTTV tersebut telah dicipta sejak tahun lepas dan anggaran kos prototaip bagi versi komersial sekurang-kurangnya 100,000 Yen (RM3,675) untuk setiap unit.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sekarang jarang sangat orang guna kereta gear manual, walaupun ada tapi mungkin jumlah pengguna sedikit berbanding gear automatik.
Ada yang mahir ‘bermain’ dengan gear rendah automatik, ada juga yang hanya menggunakan gear D untuk sepanjang perjalanan.
Perkara asas yang anda perlu tahu mengenai gear automatik adalah menggunakan gear rendah membantu prestasi kereta lebih tahan lama dengan memaksimumkan kecekapan pengunaan minyak dan tingkatkan kuasa enjin.
Gear rendah adalah gear pertama dalam sistem transmisi automatik. Fungsi gear tersebut untuk perlahankan enjin dengan menghasilkan tork lebih tinggi.
Apabila pemandu menggunakan gear rendah, bermakna transmisi akan beralih dan menghasilkan had laju lebih rendah, lebih tork dan lebih kuasa kepada enjin.
Gear L pada kereta automatik adalah singkatan bagi ‘Low‘ atau ‘rendah’. Apabila pengguna menggunakan gear L, kereta akan berapa pada tahap paling rendah transmisi.
Jom tengok beberapa situasi yang pengguna boleh menggunakan gear rendah.
Semasa ‘Towing‘ Atau Kereta Tunda
Semasa kereta ditunda, letakkan gear pada gear rendah untuk menghasilkan lebih banyak kuasa enjin dan memudahkan kereta tunda untuk menarik kereta.
Semasa Turun Bukit Curam
Elak gunakan brek untuk perlahankan kenderaan anda semasa turun bukit kerana akan menyebabkan brek menjadi panas dan berisiko berlaku brek gagal berfungsi.
Gunakan gear rendah untuk mengalihkan tekanan tinggi daripada brek. Walaupun masih perlu menekan brek tetapi sistem brek tidak mudah rosak dan akan melakukan proses perlahankan kereta.
Semasa Menaiki Bukit Curam
Sering rasa kereta ‘berat’ ketika menaiki bukit. Gunakan gear rendah untuk mengangkut beban.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perodua, syarikat utomobil tempatan menawarkan rebat perkidmatan tunda, diskaun alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma kepada pemilik kenderaan jenama tersebut yang mengalami kerosakan akibat banjir yang sedang berlaku.
Pengguna kereta berjenama tempatan ini boleh menuntut perkhidmatan menunda maksimum RM100 di kedai servis Perodua bergantung pada syarat yang ditetapkan.
Selain itu, Perodua juga menawarkan potongan hingga 20 peratus untuk alat gantian kenderaan jenama itu yang rosak akibat banjir.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, tawaran perkhidmatan nilai tambah disediakan untuk meringankan beban yang perlu ditanggung oleh pelanggan Perodua.
‘Terdapat beberapa pusat perkhidmatan Perodua juga terjejas akibat banjir, pelanggan perlu mendapatkan perkhidmatan cawangan Perodua yang ada di seluruh Malaysia untuk mendapatkan bantuan ini.
‘Alat ganti tulen dilengkapi dengan jaminan pengeluaran dan kami minta pelanggan untuk tidak menggunakan sebarang alat ganti tiruan kerana ia akan menjejaskan kondisi kenderaan,’ katanya.
Pelanggan Perodua yang mengalami kerosakkan kenderaan akibat bencana alam ini boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan bebas tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan tunda dengan terman dan syarat yang ditetapkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
57 orang daripada 17 keluarga ditempatkan di PPS Kampung Gajah mati
Foto atas: Antara laluan ke Felda padang Poil dan Kampung Gajah mati ditenggelami air
JERANTUT – Seramai 57 orang daripada 17 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Gajah Mati dekat Felda Padang Piol, di sini, hari ini
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, semua mangsa dipindahkan kerana keadaan air yang semakin meningkat di kampung itu.
“Mangsa pemindahan itu melibatkan 16 lelaki dewasa dan 18 wanita dewasa, 16 kanak-kanak lelaki dan 7 kanak-kanak perempuan termasuk bayi seramai 3 orang.
“Terdapat 3 warga emas dan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) turut dipindahkan ke pusat itu, tindakan awal ialah memindahkan semua mangsa ke PPS,”katanya.
Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyalurkan kit perpindahan dan semua agensi telah digerakkan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
4 sekeluarga nyaris maut apabila rumah dihempap pokok
CAMERON HIGHLANDS – Sebuah keluarga nyaris maut dalam kejadian pokok tumbang yang menghempap rumah yang dihuni keluarga tersebut di sini, pada jam 9.50 pagi, hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Cameron Highlands, Lt.(PA) Md Hazli Hanifah Mohd Hanafi, berkata penghuni rumah di Jalan Pecah Batu, Brinchang itu ialah 2 dewasa dan 2 kanak-kanak yang berada di dalam rumah itu.
Anggota APM memotong pokok tumbang untuk mengeluarkan mangsa.-Foto APM Cameron Highlands
“Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands sedang melakukan kerja- kerja memotong pokok tumbang untuk membuka laluan dan mengeluarkan mangsa.
“Menurut saksi orang awam yang melihat kejadian itu, rumah itu dihempap pokok pada jam 9.40 pagi,” katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ikut logik, pertama lelaki akan pandang pada seorang perempuan adalah rupa paras. Selain daripada muka yang cantik, bentuk badan, warna kulit dan cara pemakaian, lelaki sebenarnya suka sesuatu yang agak ‘rare‘ apabila memandang perempuan.
Bukan perkara yang tidak baik tapi ada faktor lain yang membuatkan lelaki tertarik pada seseorang perempuan. Ia juga bergantung pada ‘taste‘ individu tersebut. Mungkin ada pendapat yang berlainan tetapi tak mengapa! Jom tengok apa faktor pertama yang lelaki akan tengok pada seorang perempuan.
Bercermin Mata
Amboi, bukan main susah kalau pakai cermin mata, sampai ramai perempuan bertukar kepada kanta pelekap mata atau contact lens. Tapi sebenarnya kebanyakan lelaki suka perempuan yang pakai cermin mata! Lelaki suka perempuan pakai cermin mata kerana nampak bijak, seksi dan hot. Apa yang hot pakai cermin mata? Tak tahulah kan, ini semua pandangan daripada kaum lelaki. So, dah boleh simpan contact lens lepas ni.
Rambut Tak Sikat
Bad hair day boleh bertukar jadi sexy day, mungkin? Perempuan kalau rambut tak beri ‘kerjasama’ lagi-lagi kalau nak keluar, memang boleh jadi badmood! Rupanya lelaki suka tengok perempuan rambut tak sikat dan berserabut. Barulah nampak kecantikan semula jadi dan ‘sempoi’. Tapi sebagai perempuan, wajiblah nampak cantik dan kemas setiap kali keluar rumah, kan?
Tidak Makeup
Ramai perempuan cakap, mereka bersolek bukan untuk lelaki tapi untuk meningkatkan keyakinan diri dan sentiasa nampak cantik untuk diri sendiri. Banyak dah duit habis untuk beli makeup. Lelaki sebenarnya suka perempuan yang tak makeup atau mungkin makeup yang tidak tebal. Makeup berlebihan dan tebal sangat pun boleh buat lelaki turn off!
Tengok Kaki
Oh, kaki yang nampak tak penting pun lelaki suka tengok? Sebab apa ya? Kaki yang bersih membuatkan lelaki nampak seorang perempuan itu seksi dan cantik. Lepas ni, hari-hari kena sapu losyen dan hilangkan segala parut pada kaki ya.
Makan
Lelaki tak suka tengok perempuan terlalu control ayu ketika makan. Mungkin penat tengok sentiasa nak cantik je, kan? Tapi jangan pla yang perempuan makan macam tak ingat dunia. Masih kena sopan ye. Perempuan yang kuat makan dan suka makan nampak seperti berani. Haa, apa lagi boleh cri kafe menarik di kawasan korang tinggal!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Masalah rambut bukanlah hanya gugur setiap hari, tapi rambut berbau juga menjadi lebih teruk kalau orang sebelah pun terpaksa ‘menikmati’ bau rambut hapak.
Jangan pandang ringan masalah ini. Masalah rambut berbau, hapak, kepam, masam, busuk atau senang cerita bau yang tidak menyenangkan sangatlah memalukan, terutama jika anda ke tempat yang ramai orang.
Tidak kira wanita atau lelaki, mesti ada yang hadapi masalah seperti ini.
Hari ini, kita kongsi tips macam mana nak hilangkan masalah rambut berbau.
1) Cuci rambut anda sebaiknya selang sehari. Lagi-lagi kepada wanita yang pakai tudung. Jangan lupa basuh anak tudung dan tudung anda selepas digunakan.
2) Apabila kulit kepala terasa berminyak dan gatal, cuci rambut anda menggunakan syampu yang sesuai. Sambil cuci rambut, urut kulit kepala anda dengan perlahan.
3) Elak cuci rambut menggunakan air suam kerana ia menyebabkan rambut jadi kasar dan kering. Bersihkan rambut menggunakan air sejuk untuk melembutkan kutikel rambut.
4) Gunakan syampu yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala. Jangan guna syampu yang mempunyai bahan kimia yang tinggi, ia akan menjejaskan kesihatan kulit kepala dan pertumbuhan rambut anda.
5) Gunakan perapi rambut tetapi jangan sesekali terkena kulit kepala. Perapi rambut digunakan untuk melembutkan rambut, jadi ratakan perapi rambut hanya pada rambut dan hujung rambut sahaja. Kalau perapi rambut terkena pada kulit kepala, minyak pada kulit kepala akan menjadi lebih banyak dan mendatangkan masalah bau rambut.
6) Keringkan rambut anda dengan sepenuhnya sebelum memakai tudung atau topi. Elakkan guna pengering rambut kerana akan merosakkan rambut. Seeloknya, biarkan ia kering secara semula jadi. Jangan gosok rambut anda dengan tuala secara kasar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Menangis bukanlah satu perkara yang aneh atau lemah. Ia sebenarnya adalah ‘ubat’ yang berguna pada tubuh badan dan fikiran.
Siapa yang tak pernah menangis? Kuat manakah anda untuk bertahan tidak mengeluarkan airmata saat sedih, tertekan, kecelaruan dengan hadapi pelbagai masalah.
Ada juga yang menangis kerana gembira, terharu dan melihat sesuatu yang membuatkan hati ‘berbunga-bunga’.
Jom tengok fakta airmata dan menangis yang mungkin ramai masih tak tahu.
Kurangkan Tekanan
Mengeluarkan airmata adalah sama dengan mengeluarkan hormon stress yang ada dalam badan yang dipanggil endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Hormon ini membantu mengurangkan tahap tekanan dalam minda anda dan membantu melawan penyakit yang disebabkan tekanan seperti darah tinggi. Jadi, siapa yang menghidapi penyakit darah tinggi, mungkin salah satu ubatnya adalah menangis!
Melegakan Perasaan
Semua orang tahu menangis mampu meredakan segala perasaan yang terbuku di hati. Tidak kiralah perasaan marah, sakit hati, gembira atau sedih, menangis adalah satu-satunya jalan untuk mengurangkan emosi kita.
Tak salah pun menangis, lagi-lagi untuk kaum lelaki. Lelaki pun ada perasaan, so boleh je menangis. Kalau tak menangis mungkin anda akan boleh dapat sakit mental atau tekanan jiwa.
Terasa Dekat Dengan Orang Lain
Bila menangis anda tidak perlu bercakap atau meluahkan perasaan dekat orang lain. Cukup untuk mereka nampak kesedihan anda. Terutama mereka yang memang sangat dekat atau mereka yang memahami perasaan anda.
Disebabkan itu, anda perlukan seseorang atau teman rapat yang sentiasa ada untuk menyokong dan memberi semangat untuk anda.
Membantu Penglihatan
Airmata yang keluar dapat mencegah kekeringan atau dehidrasi mambran mata yang boleh membuatkan penglihatan semakin kabur.
Tahu tak, sebenarnya airmata adalah anti-bakteria kerana mengandungi cecair lisozom yang mampu membunuh kira-kira 90 hingga 95 peratus bakteria dan kuman yang datangnya daripada skrin komputer, habuk di tangga, orang yang bersin dan persekitaran yang kotor. Kuman ini mampu hinggap di mata kita dalam masa lima minit sahaja!
Keluarkan Racun
Oh, airmata mampu mengeluarkan racun?! Seorang ahli biokimia, William Frey menjalankan kajian mengenai airmata dan mendapati airmata yang menitis disebabkan emosi mengandungi racun.
Secara automatik, racun atau bahan yang tidak diperlukan dalam badan boleh keluar menerusi air mata.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Setiap hari sapu lantai sebab banyak sangat rambut gugur. Kadang-kadang sampai penat dah!
Masalah rambut gugur bukan dikalangan wanita sahaja, lelaki pun ada masalah rambut gugur mungkin faktor usia, pemakanan, penjagaan rambut, tekanan kehidupan dan sebagainya.
Macam-macam jenis produk sudah digunakan, macam-macam cara juga untuk kurangkan rambut gugur tapi masalah tetap tidak selesai.
Tanpa membuang duit untuk buat rawatan ke salon, anda boleh cuba dengan cara tradisional atau menggunakan bahan semula jadi. Kadang-kadang cara ini lebih sesuai dengan kulit kepala.
Nak tahu caranya, anda perlu ikut langkah ini.
Daun Inai
1) Kisar atau tumbuk hingga lumat duan inai dengan sedikit air supaya jadi pekat seperti pes.
2) Ratakan pada seluruh kulit kepala dan balut dengan kain atau penutup rambut selama tiga jam.
3) Selepas itu, bilas rambut anda dengan air bersih dan pakai perapi rambut pada hujung rambut. Jangan sampai terkena kulit kepala ya!
4) Cuba cara ini dua kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dengan cepat.
Gel Pokok Lidah Buaya
1) Gunakan pokok lidah buaya. Ambil isi lidah buaya atau gel pokok lidah buaya, lumur pada seluruh kepala anda.
2) Urut bahagian kulit kepala dengan lembut dan biarkan sekurang-kurangnya lima minit kemudian cuci rambut seperti biasa.
Minyak Kelapa
1) Minyak kelapa memang terkenal dengan khasiat pertumbuhan rambut dan menghitamkan rambut dengan cantik.
2) Gunakan minyak kelapa pada seluruh kepala anda untuk melebatkan rambut. Jangan lupa urut beberapa minit supaya peredaran darah pada kepala lebih aktif.
Minyak Zaitun
1) Campurkan dua sudu minyak zaitun bersama minyak kelapa dan ratakan pada bahagian kulit kepala sebelum tidur.
2) Urut kepala anda selama 10 minit dan balut semua rambut.
3) Biarkan hingga esok pagi dan bilas seperti biasa.
Isi Buah Avokado
1) Isi buah avokado dan pisang. Lumatkan isi buah ini dan ratakan pada kulit kepala.
2) Biarkan kering selama 30 minit.
3) Bilas dengan syampu dan biarkan kering secara semula jadi.
Kacang Hijau
1) Rendam kacang hijau semalaman. Kuantiti kacang hijau mengikut kepala dan panjang rambut anda.
2) Tapis air kacang hijau. Gunakan air kacang hijau untuk sapu di kulit kepala sambil urut dengan lembut.
Daun Pandan
1) Tumbuk daun pandan dengan sedikit air kemudian perah.
2) Air pandan dicampurkan dengan santan segar, kacau hingga sebati. Biarkan setengah hari.
3) Selepas itu, sapukan pada rambut dan biarkan sekurang-kurangnya 45 minit atau lebih. Selepas kering, bilas rambut dengan air bersih.
4) Gunakan cara ini sekerap mungkin hingga akar rambut anda kuat dan tiada masalah rambut gugur.
Kuning Telur
1) Ambil kuning telur dan sapukan pada kulit kepala sambil urut selama 10 hingga 15 minit.
2) Buang bau hanyir telur dengan basuh rambut anda menggunakan syampu. Lakukan proses ini tiga ke empat kali seminggu.
Santan
1) Gunakan santan untuk lumur pada kepala anda. Jumlah santan mengikut saiz kepala dan rambut anda.
2) Biarkan kering selama 15 hingga 20 minit dan tutup kepala.
3) Bilas menggunakan air sejuk.
Daun Bunga Raya
1) Randam daun bunga raya dan ramas hingga air bertukar menjadi kehijau-hijauan.
2) Basuh rambut dan kepala anda menggunakan air daun bunga raya.
3) Biarkan seketika dan bersihkan dengan air. Tidak kira bunga raya warna apa pun, tapi pastikan daun digunakan adalah daun bunga raya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS), seorang doktor menemui cara atasi masalah kegemukan.
Masalah berat badan berlebihan, gemuk atau obesiti adalah salah satu penyakit yang boleh dikatakan melanda seluruh dunia.
Selain daripada menjaga pemakanan, membuat aktiviti riadah dan mengurangkan makan makanan ringan, doktor tersebut menemui cara untuk melemahkan hormon ghrelin iaitu hormon lapar dalam sistem badan manusia.
Hormon tersebut boleh dilemahkan dengan meghentikan bekalan darah ke bahagian perut.
Kajian yang sedang dilakukan di Hospital St. Mary, Paddington tengah London, yang diketuai oleh Dr. Ahmed R. Ahmed iaitu seorang doktor pakar memberitahu kos bagi tujuan itu menggunakan sebanyak £1,500 (RM8,407), jauh lebih murah berbanding pembedahan untuk membuang lemak pada badan.
Individu yang mempunyai masalag berat badan melampau perlu menjalani pembedahan kecil pada pergelangan tangan dan masukkan wayar berongga ke dalam sallur darah yang akan membantu menghentikan keinginan makan secara berlebihan.
Dr. Ahmed mengatakan, selepas indivudu selesai, pesakit boleh keluar dari hospital dalam tempoh masa dua jam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!