Perodua Tawar Perkhidmatan Percuma, Rebat Dan Diskaun Untuk Ringankan Beban Kepada Pelanggan Akibat Banjir

Perodua, syarikat utomobil tempatan menawarkan rebat perkidmatan tunda, diskaun alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma kepada pemilik kenderaan jenama tersebut yang mengalami kerosakan akibat banjir yang sedang berlaku.

Pengguna kereta berjenama tempatan ini boleh menuntut perkhidmatan menunda maksimum RM100 di kedai servis Perodua bergantung pada syarat yang ditetapkan.

Selain itu, Perodua juga menawarkan potongan hingga 20 peratus untuk alat gantian kenderaan jenama itu yang rosak akibat banjir.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, tawaran perkhidmatan nilai tambah disediakan untuk meringankan beban yang perlu ditanggung oleh pelanggan Perodua.

‘Terdapat beberapa pusat perkhidmatan Perodua juga terjejas akibat banjir, pelanggan perlu mendapatkan perkhidmatan cawangan Perodua yang ada di seluruh Malaysia untuk mendapatkan bantuan ini.

‘Alat ganti tulen dilengkapi dengan jaminan pengeluaran dan kami minta pelanggan untuk tidak menggunakan sebarang alat ganti tiruan kerana ia akan menjejaskan kondisi kenderaan,’ katanya.

Pelanggan Perodua yang mengalami kerosakkan kenderaan akibat bencana alam ini boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan bebas tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan tunda dengan terman dan syarat yang ditetapkan.

SUMBER: HMETRO