BENTONG : Perkhemahan seramai 15 orang pelajar dari Pondok Bustanul Ashrafiah, Tanjung Malim bertukar tragedi apabila seorang daripada kumpulan pelajar tersebut dikhuatiri lemas di air terjun, Chamang, dekat sini pada jam 9.58 pagi, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria melaporkan mangsa yang dikhuatiri lemas, Muhamad Akmal Husni Mohamad Ridzuan, 19 tahun yang sedang mandi dipercayai dihanyutkan air deras
“Pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dan setiba di lokasi kejadian, anggiita bomba mula melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar tempat kejadian sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat di air (PPDA) dari BBP Bukit Angin.
“Operasi diketuai , pegawai operasi, Badrul Hisham Saari bersama 14 anggota bomba, 8 polis dan 12 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melakukan pencarian menggunakan kaedah pencarian di permukaan air, “ katanya.
Katanya, perkhemahan pelajar pondok dijadualkan selama 4 hari dan akan berakhir pada 17 Jun.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Seramai 40 pelajar Orang Asli di negeri Pahang berjaya mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan muncul pelajar Orang Asli terbaik keseluruhan di negara ini ketika keputusan itu diumumkan baru-baru ini.
Seorang pelajar menerima keputusan 10A, dua orang (9A), 3 orang (8A), 7 orang (7A), 11 orang (6A) dan 16 orang menerima keputusan 5A.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kerajaan negeri Pahang sentiasa mengambil berat soal pendidikan Orang Asli di negeri ini.
“Kerajaan negeri mengambil pendekatan melalui kerjasama dengan semua agensi yang berkaitan dengan Pendidikan.
“Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Yayasan Pahang yang berkerjasama dan digembelingkan oleh Ketua Unit Hal Ehwal Orang Asli, Datuk Muhammad Olian Abdullah,” katanya ketika meraikan kejayaan pelajar Orang Asli, hari ini.
Katanya, selain itu Pahang Orang Asli Corporation Sdn Bhd (ORACO) turut berkerjasama yang berfungsi untuk mengurus dan membangunkan ekonomi masyarakat Orang Asli.
“Seramai kira-kira 700 orang calon SPM pelajar Orang Asli telah diketengahkan daripada setiap daerah di Pahang dan diberi perhatian khusus.
“Seramai 729 pelajar Orang Asli telah menduduki peperiksaan itu dan 547 pelajar telah yang layak mendapat sijil dan 182 pelajar tidak layak menerima sijil SPM.
Katanya, kerajaan Pahang di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan Orang Asli.
Sementara itu, pelajar yang berjaya meraih keputusan 10A, 1B dan 1C, Nurul Atiqah Ithnani Idrus yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong, berhasrat untuk menjadi seorang doktor gigi.
Anak kepada seorang pembantu pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara, Idrus Idris dari suku kaum Semai sentiasa mendahulukan pelajaran untuk mengejar cita-citanya serta merubah pemikiran kaumnya agar sering mementingkan pendidikan.
“Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana sentiasa mengutamakan pendidikan kaum Orang Asli negeri ini dengan menyediakan pelbagai kemudahan.
“Saya berterima kasih kepada guru dan sekolah serta sokongan dan dorongan daripada ibubapa saya dalam pelajaran,” katanya.
Seorang pelajar yang mendapat keputusan 9A, Syaflin Kimieadley Rosli dari kaum Semoq Beri dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Afzan Chenor, Maran bercita-cita untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sains aktuari berkaitan dengan pengukuran dan pengurusan risiko.
Syaflin yang tinggal di Perkampungan Orang Asli Embus, Lubuk Paku, Maran mahu bakal calon SPM akan datang sentiasa belajar bersungguh-sungguh demi merubah kehidupan dan pemikiran kaum Orang Asli.
“Hanya pendidikan dapat membantu kita berubah cara fikir dan kehidupan serta dapat membantu keluarga di masa depan
“Semoga usaha kerajaan negeri dalam membantu masyarakat Orang Asli mampu memberi manfaat yang baik bukan sahaja kepada masyarakat saya bahkan kepada negeri Pahang,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan), Datuk Razihan Adzharuddin (kiri) dan Yang Dipertua MDJ, Datuk Khairun Nissa Aris menanam pokok di majlis tersebut.
PBT tetap hala tuju konsep bandar rendah karbon
JERANTUT – Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (Low Carbon Cities Framework – LCCF) merupakan inisiatif baharu untuk mempercepatkan transformasi bandar di negeri Pahang ke arah bandar karbon rendah menerusi pengukuran kadar pelepasan gas rumah hijau.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran menetapkan hala tuju dan pendekatan masing-masing yang bersesuaian dengan konsep bandar rendah karbon bagi menyumbang kepada pengurangan impak perubahan iklim di negara ini.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan), Datuk Razihan Adzharuddin berkata pelepasan gas rumah hijau melibatkan lima elemen, iaitu tenaga, air, sisa, pengangkutan dan kehijauan atau penyerapan karbon.
“Sebagai badan yang hampir dengan rakyat, Majlis Daerah Jerantut (MDJ) akan memainkan peranan penting supaya menimbulkan kesedaran dan pembudayaan lestari, mengambilkira pandangan rakyat setempat dan melibatkan komuniti secara aktif dalam pembangunan yang mampan dan inklusif.
“PBT Bandar Jerantut terlibat dalam rangka LCCF di negeri ini bagi mempercepatkan transformasi bandar ini ke arah bandar rendah karbon menjelang 2030,” katanya semasa program Hari Jerantut Rendah Karbon di bandar lama Jerantut di sini hari ini.
Katanya, oleh itu kerajaan negeri meletakkan sasaran pengurangan gas rumah kaca berdasarkan rangka kerja LCCF yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2021.
“Bandar rendah karbon merupakan asas bagi pembangunan bandar lestari apabila masyarakat menggunakan teknologi hijau dan mengeluarkan karbon yang rendah untuk mengurangkan kesan ke atas perubahan iklim.
“Dalam hal ini langkah mitigasi dan adaptasi perlu diberi perhatian yang sewajarnya bagi mengurangkan impak perubahan iklim dan pemanasan global,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Sebahagian rumah milik keluarga Norfini a/p Ajik rosak akibat dilanggar dan dilibas belalai gajah liar di Kampung Setig, Pos Betau, Lipis hari ini.
Keluarga Orang Asli cemas, nyaris terancam, gajah liar masuk kebun durian, musnahkan rumah adat
LIPIS – Nyawa sebuah keluarga Orang Asli etnik Semai nyaris terancam apabila kumpulan gajah itu menceroboh tanah adat yang ditanami durian, rambutan, pisang dan kelapa di Kampung Setig, Pos Betau kira-kira 12.30 pagi, hari ini.
Ketua keluarga berkenaan, Norfini Ajik, 49, berkata, dalam kejadian berlaku awal pagi itu , mereka yang terdiri tiga beradik menginap di rumah berkenaan kerana menjaga buah durian yang hampir luruh serta tanaman lain.
“Ketika kejadian, kami masih belum tidur tiba-tiba terdengar bunyi ranting yang patah dan atap zink yang terletak berdekatan rumah malah lama-kelamaan semakin semakin kuat bunyi benda yang dilanggar. Saya sudah mengesyaki gajah liar masuk kerana sebelum ini kampung dan tanaman di tempat lain sudah dicerobohi haiwan liar ini.
“Jangkaan saya betul apabila tiba-tiba seorang ahli keluarga yang berada di dapur menjerit gajah masuk dan meminta kami turun menyelamatkan diri,” katanya di Kampung Setig, Pos Betau dekat sini hari ini.
Menurut Norfini, mereka segera mengambil lampu suluh dan terus berlari menyelamatkan diri dan bersembunyi tidak jauh daripada rumah berkenaan dan terus mendengar bunyi papan dan kayu jatuh di rumah akibat dilibas dan dilanggar gajah liar itu.
Katanya, mereka kemudiannya bermalam di sebuah pondok berdekatan cuma dapat melihat kesan pencerobohan gajah liar itu pada hari siang apabila sebahagian rumah rosak serta banyak pokok baru ditanam seperti rambutan dan durian, manakala sebahagian pokok pisang yang berbuah dan pinang turut dipatahkan.
Seorang ahli keluarga Norfini, Salim a/l Ajik, 52, berkata, selalunya mereka sekeluarga bermalam di rumah tanah adat itu ketika musim durian meluruh selain mengambil buah pisang untuk dijual serta memantau tanaman lain dan juga kolam ternakan ikan.
“Sejak tanaman durian berbuah, kami sekeluarga memilih untuk tinggal di rumah adat ini dan pada hari biasa sebelum ini cuma datang pada sebelah pagi dan kembali bermalam di rumah terletak di Kampung Simoi Lama terletak berdekatan.
“Saya tidak menyangka kehadiran kawanan gajah liar yang terdiri kira-kira enam ekor yang sebelum ini telah masuk ke kebun durian dan tanaman pisang di kampung lain,” katanya.
Katanya, kejadian berlaku gajah liar masuk ke kawasan kebun dan penempatan berlaku sejak tahun lalu, manakala semakin agresif sejak awal tahun sehingga ini masuk ke kampung penduduk kawasan Ulu Jelai dan kawasan tanaman untuk mendapatkan makanan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sikap buruk merosakkan kemudahan awam terus dirosakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Tiada rasa sayang dengan kemudahan yang disediakan serta nilai sivik yang semakin kurang di kalangan masyarakat pada masa ini.
Sikap sebegini merupakan pembaziran dana yang sepatutnya dibelanja untuk kemudahan orang awam dan menyekat bilangan kemudahan yang sepatutnya bertambah dalam bandar ini .
Mari kita sama membenteras berbuatan vandalism ini dan tegur mereka ini. Jadilah warga berminda Kelas Pertama Dunia.
MBKuantan Pahang
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Kawasan kejadian di Sungai Putat, padang Piol, dekat sini yang meragut dua nyawa remaja berusia 13 tahun.
Dua remaja mati lemas akan dikebumikan dalam satu liang lahat
JERANTUT – Dua rakan karib yang ditemui mati lemas di Sungai Putat, Padang Piol dekat sini pada jam 5.40 petang semalam dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Putat sejurus keputusan bedahsiasat diperolehi di Unit Forensik, Hospital Jerantut, hari ini.
Dua remaja tersebut berusia 13 tahun itu, Mohamad Hanapi Romzi (kiri ) dan Muhamad Safwan Mohamad Zamri,(kanan) ditemui lemas selepas di Sungai Putat, semalam.
Dua remaja tersebut berusia 13 tahun itu, Mohamad Hanapi Romzi dan Muhamad Safwan Mohamad Zamri, masing-masing dari Kampung Sungai Putat dan Kampung Kelantan dekat sini ditemui lemas selepas mandi bersama 5 lagi rakannya.
Bapa Muhammad Safwan, Zamri Shamsuddin (47) berkata, anaknya tidak memaklumkan kepadanya rancangan untuk mandi bersama rakannya pada pagi semalam.
“Arwah Safwan tidak mengambil sarapan pagi semalam dan tidak memberi makluman perancangannya bersama rakannya yang lain untuk mandi dan kali terakhir saya menatap wajah anak saya ketika makan malam di rumah sebelum kejadian.
“Saya dimaklumkan kira-kira jam 11.00 pagi anak saya dan kawan-kawannya telah menghala ke kawasan kejadian dengan menaiki motosikal melalui jalan ladang sawit yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dari rumah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Jerantut, hari ini.
Katanya kira-kira jam 2.00 petang, salah seorang rakan anaknya datang ke rumah untuk mengetahui Mohd Safwan sudah balik atau belum dari mandi di sungai.
“Sejurus dimaklumkan oleh rakan anak saya, saya terus ke tepi sungai dan hanya menemui selipar dan baju anak saya dan kawannya masih berada di tepi sungai.
“Saya terus mencari di kawasan sekitar di tepi sungai tetapi tidak menemui sebarang tanda sambil memaklumkan kepada bapa Mohamad Hanapi serta beberapa kenalan di kampung,” katanya.
Manakala, bapa mangsa, Mohamad Hanapi Romzi , Romzi Mat Jusoh (45) berkata, anaknya Mohamad Hanapi telah membantunya sehari sebelum kejadian dengan melakukan kerja membaja pokok sawit yang sering dia lakukan untuk mendapatkan wang saku.
“Anak saya telah berkira-kira pendapatannya membantu saya pada malam sebelum kejadian dan menyatakan hasratnya wang itu akan digunakan untuk perbelanjaan persekolahan yang bakal dibuka Isnin depan.
“Saya juga terkilan kerana telah berjanji dan tidak sempat belanja makan malam bersama anak saya di sebuah kedai makan di Felda Padang Piol sambil untuk membayar ‘gajinya’ kerana membantu saya di ladang,” katanya.
Katanya, dia berterima kasih kepada penduduk kampung bersama anggota polis dan bomba telah melakukan operasi pencarian di kawasan kejadian. Mayat kedua-dua remaja ditemui pada jam 5.40 petang semalam.- – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Anggota melakukan operasi mencari mangsa di Sungai Leleh, Bukit Ibam, hari ini.
Anggota tentera ditemui lemas di Sungai Leleh, Bukit Ibam
MUADZAM SHAH : Seorang anggota tentera berusia 28 tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Leleh, Bukit Ibam ditemui pada jam 6.55 petang, hari ini.
Mangsa yang bertugas di cawangan Sumber Manusia Kementah, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur telah mandi manda di situ pada jam 3.17 petang.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pegawai operasi, Roduan Sudin melaporkan, mayat anggota tentera itu, Mohd Sabrie Mohd Shah yang dipercayai terjatuh ketika mandi di situ.
“Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah dan BBP Pekan telah bergegas ke kawasan kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuantan turut dipanggil untuk membantu dalam pencarian mangsa,” katanya.
Katanya, anggota bomba penyelamat di air Pekan dan Bomba telah membuat pencarian peringkat awal dengan teknik pencarian di permukaan air (surface searching}.
“Mangsa ditemui di dasar sungai oleh anggota bomba yang melakukan penyelaman pertama pada jam 6.38 petang dan mangsa ditemui pada jam 6.55 petang,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Kedua-dua lori terbabit bertembung dalam kemalangan di Jalan Kuantan – Segamat, Muadzam dekat sini pada jam 5.16 pagi hari ini. -Foto BBP Muadzam Shah.
Dua lori bertembung, pemandu lori papan maut
BANDAR MUADZAM SHAH: Dua buah lori dengan muatan papan dan sebuah lagi dengan muatan paip terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuantan – Segamat, Muadzam dekat sini pada jam 5.16 pagi hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pegawai operasi, Roduan Sudin melaporkan, pemandu lori papan maut manakala seorang lagi pemandu cedera dalam kemalangan itu.
“Anggota bomba seramai 9 orang dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah bergegas ke tempat kejadian dan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas penyelamatan.
Muatan kedua-dua lori terbabit berselerakkan dan menghalang lalu lintas di situ.
“Pegawai perubatan mengesahkan seorang lelaki yang memandu lori papan meninggal dunia di tempat kejadian dan mangsa tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Katanya, manakala lori dengan muatan paip cedera ringan dan laluan tersebut terhalang kerana muatan daripada kedua-dua lori terbabit bergelimpangan di atas jalan raya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KKR mohon LLM kerap selaras lebih cekap di lorong kutipan tol
LIPIS : Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memohon agar syarikat pengendali lebuh raya untuk membuat pelarasan lebih kerap di lorong-lorong RFID agar kecekapan di laluan dan lorong tol dapat dipertingkatkan.
KKR juga memerlukan kerjasama daripada semua pihak kerana mengikut rekod salah satu punca kesesakan di plaza tol adalah kerana ada pengguna yang tidak mempunyai baki mencukupi semasa melalui plaza tol.
Timbalan Menteri KKR, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pihak KKR sentiasa menambahbaik semua sistem kutipan tol dari masa ke semasa kerana sekarang peningkatan bilangan kenderaan yang banyak dan memerlukan sistem kutipan tol yang lebih efisyen.
“Selaras dengan hasrat Kerajaan bagi melaksanakan sistem kutipan tol secara Multi Lane Fast Flow (MLFF) pada tahun 2025, pihak Kerajaan sedang memperhalusi kaedah pelaksanaan sistem MLFF ini bagi memberikan keselesaan yang terbaik kepada pengguna lebuh raya.
“Penggunaan akan diperluas kepada debit kad dan kredit kad dan seterusnya melancarkan pergerakan pengguna lebuh raya,” katanya.
Katanya, mod pilihan pembayaran kepada pengguna akan dipelbagaikan dan tidak terhad kepada satu skim penyedia pembayaran yang dimonopoli oleh Touch N Go sahaja seperti sekarang.
“Ini secara tidak langsung akan membantu pengguna mengatasi isu kekurangan baki sewaktu melalui plaza tol kerana sekiranya berlaku kekurangan baki akan merencatkan kelancaran kutipan tol terutama di waktu puncak di musim cuti perayaan.
“Pengguna lebuh raya disarankan supaya pengguna lebuh raya lebih peka dan bersedia untuk menyemak baki e-Wallet sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan tiada gangguan semasa melakukan transaksi bayaran tol, ” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Anggota BBP Genting Highlands menaikkan mayat mangsa yang terjatuh ke dalam gaung, di sini, hari ini.
Seorang lelaki maut terjatuh ke dalam gaung di Jalan Genting
BENTONG : Seorang lelaki berusia 60an ditemui maut tergelincir jatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter di KM 1, Jalan ke Genting pada jam 2.53 petang, hari ini
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata pegawai operasi, Abdul Manas Abdul Wahab melaporkan lelaki tersebut dipercayai tergelincir ke dalam gaung ketika melakukan kerja di lereng bukit di situ.
Katanya, lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands dan 2 jentera telah bergegas ke kawasan kejadian untuk melakukan operasi penyelamatan.
“Pasukan bomba menjalankan kerja menyelamat mangsa dengan menggunakan tali dan pengusung untuk manaikkan mangsa.
“Operasi penyelamatan turut dibantu oleh unit kebakaran Genting Highlands,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!