Seorang maut dan seorang cedera parah dalam kemalangan di Jengka
BANDAR JENGKA : Seorang wanita maut dan seorang lelaki dewasa cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Jalan Bakti Taman Rantau Perintis, Bandar Pusat Jengka, dekat sini pada jam 9.00 malam tadi.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata pegawai operasi, Mohd ROsli melaporkan kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan Toyota Vios telah terbabas dan melanggar pokok.
“Dua orang mangsa terdiri seorang lelaki dewasa cedera parah dan seorang wanita dewasa meninggal dunia yang disahkan oleh pihak petugas perubatan.
“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka tiba,” katanya.
Katanya anggota bomba seramai 6 orang dan sebuah jentera membuat pemeriksaan dan pemantauan di tempat kejadian.
“Mangsa yang cedera diserahkan ke pihak petugas perubatan, manakala, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk lanjut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di D’Kasai Riverside (Monkey Rock), Penempatan Orang Asli, Kampung Gabong, dekat sini ditemui pada jam 9.35 malam tadi. -Foto BBP Bentong.
Remaja 17 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus deras ditemui.
BENTONG : Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di D’Kasai Riverside (Monkey Rock), Penempatan Orang Asli, Kampung Gabong, dekat sini ditemui pada jam 9.35 malam tadi.
Mayat, Muhammad Syafiq Akmal Zaidi, berusia 17 tahun yang tinggal di Felda Lakum, Lanchang, dekat sini telah pergi kawasan itu bersama tiga rakannya pada jam 5.10 petang hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa ditemui oleh skuad Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada kedalaman 3 meter (8 kaki) di sekitar mangsa dipercayai terjatuh.
Katanya, pegawai operasi, Badrul Hisham Saari melaporkan sebelum kejadian, mangsa bersama 3 rakannya telah pergi ke kawasan kejadian untuk mandi manda bersama 3 orang rakan.
“Tidak semena-mena mangsa dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam sungai tersebut dan dibawa arus deras.
“Pasukan PPDA turut membantu dalam operasi tersebut untuk membantu menaikkan mangsa kerana air terlalu deras,” katanya kepada media.
Katanya, seramai 10 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama 2 jentera telah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat kejadian pada petang tadi.
“Mangsa dipercayai terjatuh itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, “ katanya.-SAHIH.
Sumber : Berita Harian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di D’Kasai Riverside (Monkey Rock), Penempatan Orang Asli, Kampung Gabong, dekat sini pada jam 5.10 petang, hari ini.-Foto BBP Bentong
Remaja 17 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus deras
BENTONG – Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di D’Kasai Riverside (Monkey Rock), Penempatan Orang Asli, Kampung Gabong, dekat sini pada jam 5.10 petang, hari ini.
Mangsa yang dikhuatiri lemas, Muhammad Syafiq Akmal Zaidi, berusia 17 tahun yang tinggal di Felda Lakum, Lanchang, dekat sini telah pergi kawasan itu bersama rakannya.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pegawai operasi, Badrul Hisham Saari melaporkan seorang remaja lelaki disyaki lemas ketika mandi bersama 3 orang rakan.
‘Seramai 10 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama 2 jentera telah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat kejadian.
“Mangsa dipercayai terjatuh dan telah dibawa arus, anggota bomba telah bertindak melakukan pencarian dengan teknik pencarian di permukaan air serta menggunakan ‘grappling iron,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Katanya, 3 rakan yang bersama mangsa selamat, pencarian mangsa diteruskan.-SAHIH.
Sumber : Berita Harian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Warga emas (berbaju kuning) ditemui selepas sejam dilaporkan hilang, hari ini
Warga emas Alzheimer hilang belakang rumah ditemui sejam kemudian
TEMERLOH : Seorang warga emas telah hilang dipercayai tersesat di belakang rumahnya di Jalan Kenalan, Kampung Bangau, dekat sini pada jam 9.45 malam, semalam.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata pegawai operasi, Mohd Saad Amis melaporkan, warga emas itu dipercayai mengalami penyakit Alzheimer.
Katanya sejurus menerima panggilan, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh dengan kekuatan seramai 10 orang anggota bergegas ke tempat kejadian dilaporkan berlaku.
“Pihak bomba menerima maklumat daripada anaknya menyatakan ayahnya telah nyanyuk dan tidak dapat mengenal pasti tempat mangsa berada dan mangsa boleh dihubungi melalui talian telefon.
“Pasukan BBP Temerloh turut dibantu oleh 15 orang awam bersama-sama mencari di sekitar kawasan tersebut,” katanya.
Katanya, pegawai operasi melaporan mangsa telah dijumpai kira-kira jam 11. 00 malam dan diserahkan kepada pihak keluarganya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Sebuah bot nelayan tempatan Kelas A ditahan pada jarak kira-kira 7 batu nautika dari Kuala Endau, Rompin, pada jam 3.40 petang, hari ini.
Bot itu ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang kerana mendapati sedang bersauh dalam keadaan mencurigakan.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim, Kamal Ariffin Jusoh berkata, semasa rondaan Op Makmur, Maritim Malaysia sedang menjalankan rutin pemeriksaan di setiap bot nelayan di perairan Pahang.
Seorang tekong warga Laos ditahan
“Seterusnya bot tersebut diperiksa dan hasil pemeriksaan awal mendapati, bot itu dikendalikan seorang tekong warga Laos berusia 37 tahun dan tiada awak-awak di atas bot serta tidak mempunyai sebarang permit kerja yang sah.
“Selain itu, bot tersebut turut diubahsuai tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia kerana jenama enjin yang dgunakan tidak seperti yang didaftarkan di dalam buku lesen,” katanya kepada media, hari ini.
Katanya, pemilik bot juga didapati melanggar syarat sah lesen kerana bot nelayan kelas A perlu diusahakan sendiri dan tidak dibenarkan menggajikan warga asing dan ketika pemeriksaan bot tiada hasil laut dan peralatan menangkap ikan dijumpai di atas bot itu.
“Tekong dan bot terbabit dibawa ke jeti Pos Maritim Teluk Gading sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa permit yang sah,” katanya.
Katanya, diingatkan komuniti maritim di perairan Pahang khasnya supaya menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan tidak akan berkompromi terhadap perlanggaran yang menyalahi undang-undang serta akan terus membuat rondaan dan pemantauan bagi memastikan perairan negeri Pahang aman dan sejahtera.
“Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999,” katanya.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Lereng bukit yang runtuh setinggi kira-kira 10 meter perlu dibaiki segera.
Penduduk dua taman perumahan mohon segera pulih tebing runtuh
JERANTUT : Penduduk dua taman perumahan, Taman Saujana Putra dan Taman Saujana Utama memohon pihak berwajib membaikpulih runtuhan tebing dan berlaku laluan mendap ke jalan masuk kawasan penempatan berdekatan Jalan Temin – Temerloh di sini.
Penduduk 2 taman tersebut seramai kira-kira 1,000 orang penduduk serta beberapa premis perniagaan bimbang akan berlaku runtuhan lebih serius sekiranya tidak dilakukan dengan segera langkah membenteng dengan tembok konkrit.
Laluan masuk ke dua taman perumahan menjadi sempit.
Seorang penduduk Taman Saujana Putra, Rosmadi Sulaiman berkata, diharapkan usaha membaikpulih laluan itu perlu dilakukan dengan segera kerana ia merupakan laluan utama penduduk keluar masuk dan juga termasuk kenderaan berat yang mengisi minyak di sebuah stesen minyak berdekatan.
“Melihat keadaan masa ini, kejadian runtuhan tebing itu akan berlaku, penduduk akan berdepan bahaya setiap kali melalui jalan itu kerana keadaan cuaca tidak menentu dan kerap berlaku hujan lebat di sini.
“Keadaan ini menimbulkan penduduk di situ tidak selesa, malahan boleh mengundang perkara yang tidak diingini berlaku kerana bimbang tepi laluan itu kelihatan tidak stabil, ” katanya.
Katanya, kejadian ini telah berlaku sejak tahun lalu, kemungkinan boleh diancam bahaya sekiranya berlaku runtuhan atau mendapan tanah di situ menjadi lebih serius.
Pengerusi Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Penduduk Taman Saujana Putra, Ahmad Fahmi Daud berkata, runtuhan tebing dan mendapan tanah berlaku sejak musim hujan tahun lalu dan musim hujan yang berlaku hampir setiap petang sekarang.
“Hujan lebat tersebut turut menghakis tanah di lereng jalan tersebut , sebelum ini pihak terbabit menutup sebagai langkah jangka pendek dengan kanvas supaya tanah di situ tidak dihanyutkan air hujan.
“Laluan yang runtuh itu menyempitkan laluan masuk ke taman ini dan saya tidak tahu status sebenarnya bila kerja membaikpulih hendak dilakukan oleh pihak berkenaan,” katanya.
Katanya, pihak berwajib perlu memberikan keutamaan usaha baik pulih dan jangan menanti ada kemalangan yang meragut nyawa dan kecederaan teruk berlaku.
“Usaha membaikpulih laluan tersebut amat penting demi keselamatan orang ramai yang setiap hari keluar masuk ke taman perumahan dan premis berdekatan situ,” katanya.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pegawai RTM antara 2 maut dalam kemalangan libat 3 kenderaan
LIPIS – Pegawai Radio dan Televisyen (RTM) di Angkasapuri antara dua maut dalam kemalangan yang turut melibatkan 3 kenderaan yang berlaku di KM 18, Jalan Benta-Lipis, dekat sini, pada jam 1.40 tengah hari, hari ini.
Dua yang maut itu, pegawai RTM, Mohd Zubairi Abdullah (47) beralamat di Tumpat, Kelantan yang memandu MPV dan pemandu lori, Chang Kai Meng (58) dari Bentong meninggal dunia di tempat kejadian.
Sebuah lagi kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 26 tahun dari Raub yang memandu pacuan mepat roda turut terlibat dalam kemalangan itu terselamat.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati pemandu MPV bersama anaknya dan seorang anak saudaranya yang datang dari arah Lipis menghala ke pekan Benta dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.
“Tiba di tempat kejadian, MPV tersebut merempuh sebuah lori secara berhadapan, kemudian tiba kenderaan pacuan empat roda dari arah pekan Benta ke Lipis turut merempuh belakang lori dari arah belakang.
“Akibat kemalangan tersebut, pemandu MPV dan lori telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kementerian kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, 5 penumpang MPV dan seorang kelindan lori cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Lipis.
“Post Mortem akan dijalankan ke atas pemandu MPV dan lori selepas keputusan ujian swab Covid-19 diperolehi.
“Tempat kejadian adalah jalan lurus. sistem jalan satu lorong dua haladan garisan berkembar sebagai pembahagi jalan serta berturap tar, bahu jalan berturap dan permukaan jalan rata dan keringns erta cuaca baik semasa sampai di tempat kejadian.
Katanya, kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. Pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa berhati-hati ketika memandu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Suspek dibawa oleh anggota polis untuk menjalani tuduhan dua kes rogol dan cabul di Mahkamah Sesyen Raub, Raub hari ini. – Foto IPD Lipis.
Ayah 54 tahun rogol anak bawah umur
LIPIS – Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis menahan seorang ayah berusia 54 tahun kerana melakukan jenayah cabul dan rogol ke atas anak perempuannya berusia 16 tahun 6 bulan di Kampung Peruang, Benta dekat sini.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd Noor
Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, seorang wanita Melayu berusia 28 tahun yang juga kakak tiri mangsa berkenaan telah membuat aduan dan anggota BSJ telah melakuan tangkapan ke atas suspek pada 20 April lalu, pada jam 12.30 pagi.
“Hasil siasatan polis, suspek telah merogol anak kandungnya pada 17 Mac hingga 18 Mac lalu antara jam 10.30 malam hingga 12.30 pagi di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Peruang.
“Suspek turut melakukan seks amang ke atas mangsa yang juga remaja di bawah umur 18 tahun dengan mencabulnya pada 17 Mac lalu, kira-kira jam 7 pagi di tempat yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, menerusi siasatan, remaja tersebut mengaku dia telah menjadi mangsa perbuatan gangguan seksual oleh suspek yang juga bapanya sejak berusia 10 tahun lagi serta mula dirogol sejak berusia 15 tahun.
“Ketika serbuan dan menahan suspek yang bekerja sebagai penoreh getah itu, pihak polis turut merampas sehelai kain cadar tilam, kain selimut dan sarung bantal.
“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Akta Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol anak kandung.
Katanya, sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dalam tempoh tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, juga tidak kurang 10 kali sebatan,” katanya.
Katanya, suspek juga akan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 kerana melakukan seks amang ke atas kanak-kanak yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebatan.
“Kini, suspek ditahan reman selama 10 hari sejak dia ditahan sehingga 29 April 2023 dan menjalani tuduhan berasaskan kedua-dua kes tersebut di Mahkamah Sesyen Raub pada 28 April 2023.
“Suspek tidak mengaku salah dan ditawarkan jaminan mahkamah sebanyak RM20,000 bagi kedua pertuduhan tersebut dan tarikh sebutan kes seterusnya pada 29 Mei ini,” katanya.
Katanya, orang awam diminta tampil melaporkan sebarang kejadian jenayah di tempat masing-masing atau dalam kalangan ahli keluarga sendiri untuk membantu polis mengambil tindakan tegas berasaskan undang-undang tertentu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Jalan Jerantut- Kuala Tembeling yang sering berlaku kemalangan di Bukit Atap, dekat sini. (Foto hiasan)
IPD Jerantut lancar Ops Selamat mulai 20 April
JERANTUT : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut melaksana Program OP Selamat ke-20 bermula pada 20 April sehingga 27 April 2023 demi keselesaan dan kesejahteraan orang ramai
yang pulang bercuti berhari raya ke kampung halaman masing-masing.
Program ini bagi memastikan aliran trafik lancar, mengurangkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman di samping menurunkan kadar jenayah pecah rumah khusus di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan berkata, Op Selamat dilaksanakan berikutan cuti perayaan Aidilfitri yang panjang iaitu bermula 19 April hingga 24 April.
“IPD Jerantut bertekad dalam memastikan keselamatan orang ramai yang akan pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing yang meninggalkan rumah tanpa penghuni yang agak lama selain perjalanan ke destinasi masing-masing dengan selamat.
“Usaha ini selari dengan tema Op Selamat ke-20 iaitu “Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi,” katanya.
Katanya, pihak IPD Jerantut telah merangka pelbagai strategi melalui rondaan berkala dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan rumah dan pengguna jalan raya terjamin.
Mazlan berkata, bagi memastikan kelestarian pengguna jalanraya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Jerantut akan menggiatkan operasi enam kesalahan utama yang menjadi punca kemalangan jalanraya selain operasi-operasi membanteras pemandu-pemandu mabuk dan samseng jalanan.
“Pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) turut mengeluarkan jadual larangan pemanduan kenderaan berat barangan pada 20 hingga 21 april 2023 dan 24 hingga 25 April 2023 mengikut kategori yang perlu dipatuhi.
“Pihak kami menasihati kenderaan berat yang menggunakan laluan jalan Jerantut – Kuala Tembeling supaya berhati-hati ketika melalui laluan berbukit iaitu di lokasi Bukit Atap dan Bukit Mentimun kerana sering berlaku kemalangan melibatkan kenderaan berat akibat daripada kehilangan kuasa enjin ketika mendaki bukit tersebut,” katanya.
Katanya, anggota trafik akan ditempatkan secara berkala di simpang keluar dan masuk ke Felda Padang Piol kerana kerap berlaku kesukaran kepada pengguna jalan raya untuk keluar daripada simpang tersebut akibat pertambahan kenderaan di laluan utama Jalan Jerantut – Maran.
“Keadaan ini mengakibatkan kesesakan atau barisan yang panjang di laluan keluar daripada simpang Padang Piol, mohon pengguna jalaraya sentiasa peka dengan arahan lalulintas yang dikeluarkan oleh pihak trafik, rancang perjalanan dan sentiasa bersabar dalam menghadapi situasi bermusim ini.
“Pada Januari lalu, Jalan Jerantut – Benta dekat Kampung Jayapetra yang menghubungkan daerah Jerantut dan Lipis telah mengalami kejadian runtuh akibat bencana banjir menyebabkan telah ditutup sehingga sekarang,” katanya.
Katanya, jalan alternatif sementara yang diwujudkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Jerantut yang melalui jalan ladang sawit, laluan itu hanya dibuka untuk kenderaan ringan untuk kemudahan penduduk setempat.
“Mohon kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan apa jua maklumat kepada pihak polis jika terkesan aktiviti yang mencurigakan di kawasan kejiranan masing-masing dengan menghubungi balai polis yang berhampiran.
“Sila hubungi, di talian berikut : Bilik Gerakan IPD Jerantut ( 09-2661999), Balai Polis Jerantut ( 09-2662222); Balai Polis Kuala Tembeling (09-3086282) dan Balai Polis Batu Balai ( 09-2663222),” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Tangkap layar sebuah video yang dimuatnaik oleh Facebook ‘Joekim Mako” berkautan kejadian tersebut.
Polis Bentong cari pemandu berlumba terlibat kemalangan di Jalan Genting Highlands
BENTONG – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah (BSPTD) Bentong sedang mengesan dan memanggil seorang pemandu yang terlibat dalam kemalangan di KM 15.6 Jalan Genting Highlands, dekat sini, pada Ahad.
Kejadian itu ditularkan oleh seorang pemilik media sosial Facebook ‘Joekim Mako’ yang dimuat naik melalui JB Tracer : Johor Bahru Traffic, Crime and Community’ yang melibatkan sebuah kereta dipandu oleh seorang lelaki warganegara tempatan berusia 27 tahun.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kemalangan itu berlaku apabila pemandu kereta tersebut dalam perjalanan dari Serdang, Selangor menuju ke Genting Highlands pada jam 7.25 pagi, hari Ahad.
“Video yang tular berdurasi 30 saat yang dirakamkan melalui kamera papan pemuka (dashcam) itu memaparkan apabila tiba di selekoh kawasan kemalangan itu, pemandu tersebut telah memotong sebuah kenderaan lain lalu hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan.
“Pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Zaiham berkata, semakan ke atas kenderaan terbabit juga mendapati ia mempunyai sebelas rekod saman.
“Pihak polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat kerana prihatin serta sentiasa membantu pihak berkuasa untuk memaklumkan insiden yang berlaku di sekeliling.
“Pihak kami berharap semua pengguna jalan raya sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan tidak memandu atau menunggang secara melulu dan merbahaya serta mendidik diri lebih mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya,” katanya.-SAHIH.
Video yang dirakam yang dimuatnaik oleh Facebook ‘Joekim Moko”.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!