APAKAH KESIHATAN MENTAL DAN CARA PENJAGAAN MENTAL YANG BAIK
Apa Itu Kesihatan Mental?
Kesihatan mental dipengaruhi oleh banyak faktor. Walaupun mengidap penyakit ini, pesakit tahu keupayaan diri, mampu mengawal diri dengan baik, boleh bekerja dan mampu menyumbang kepada masyarakat.
Kesihatan mental adalah emosi dan keupayaan individu untuk mengendalikan diri dalam pelbagai tekanan dan keperluan hidup.
Pesakit mental tidak dapat dijelaskan secara am kerana terdapat garis penentu yang berbeza antara pesakit dengan pesakit lain.
Terdapat banyak tahap dalam masalah kesihatan mental dan tiada satu kriteria umum yang boleh digunakan untuk membuktikan individu mempunyai masalah kesihatan mental.
Setiap tahap masalah pesakit mental bergantung kepada individu itu sendiri. Tidak ada seorang pun mempunyai semua kriteria kesihatan mental pada setiap masa yang sama.
Kesihatan mental bergantung pada banyak faktor seperti sosial, psikologikal dan biologikal yang menentukan tahap kesihatan mental seseorang.
Kajian mengatakan penyakit kesihatan mental ini merujuk kepada cara individu berfikir dan bertindak. Tahap kesihatan mental seseorang boleh terjejas dengan masalah sosio-ekonomi, pertukaran persekitaran, cara sosial yang drastik, tekanan kehidupan dan penyakit fizikal yang menjejaskan individu.
Antara Masalah Kesihatan Mental:
a) Panik.
b) Gangguan tidur.
c) Tekanan dan trauma.
d) Individu menjadi murung.
e)Kecelaruan obsesif kompulsif.
f) Kecelaruan dan kebimbingan yang teruk.
5 Langkah Mempunyai Kesihatan Mental Yang Baik
Berinteraksi
Bermula dengan berinteraksi atau berkomunikasi sesama manusia. Elakkan duduk bersendirian, mengurungkan diri dalam bilik dan menghabiskan masa berseorangan.
Pastikan bercakap dengan manusia setiap hari untuk mengekalkan kesihatan mental kerana:
a) Berkongsi pengalaman tidak kira manis atau sebaliknya.
b) Berkongsi emosi dan mendapatkan sokongan daripada orang lain.
b) Bantu meningkatkan harga diri dan keyakinan.
Aktiviti yang mampu mewujudkan hubungan positif dengan manusia:
a) Berkongsi hobi bersama keluarga dan komuniti.
b) Menyertai aktiviti luar yang boleh menambah rakan dan kenalan baru.
Melakukan Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal juga penting bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan tetapi ia juga memberi kesan baik terhadap mental individu. Antaranya:
a) Mempunyai keyakinan diri bila berada dalam kumpulan.
b) Membantu individu untuk memilih tujuan dan cita-cita dalam kehidupan.
c) Merangsang seseorang untuk berusaha secara sihat dan mengejar cita-cita.
d) Mempengaruhi perubahan kimia dalam otak individu untuk menghasilkan mood positif dan baik.
Jika terdapat halangan untuk melakukan aktiviti di luar rumah, lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh secara ringkas seperti turun naik tangga, aktiviti senaman ringan di rumah atau melakukan hobi kegemaran setiap hari yang mampu mengeluarkan peluh.
Belajar Sesuatu Yang Baru
Beranikan diri untuk mencuba perkara baru dan belajar untuk meningkatkan kemahiran atau kemampuan diri. Keluar dari zon selesa dan cuba mencabar diri sendiri untuk merasai pengalaman baru dalam hidup.
Kajian mengatakan mempelajari perkara baru boleh membantu membaiki kesihatan mental seseorang kerana merangsang otak untuk berfikir dan kecekapan. Aktiviti baru yang boleh dilakukan di rumah seperti belajar menjahit, cuba resepi baru, belajar main alat muzik dan sebagainya.
Apabila individu sering melakukan aktiviti baru, kehidupan tidak lagi bosan dan tidak berada dalam tekanan yang sama. Faedah belajar kemahiran baru adalah:
a) Tingkatkan keyakinan diri dan menghargai kemampuan diri sendiri.
b) Bantu melahirkan perasaan tujuan hidup dan mengejar keinginan.
c) Cara paling mudah untuk berinteraksi dengan manusia.
Cara yang boleh dicuba untuk melakukan aktiviti baru:
a) Belajar menu masakan yang tidak pernah cuba atau menggunakan resepi yang berbeza.
b) Memegang tanggungjawab atau tugasan yang berbeza untuk mendapatkan pengalaman yang maksimum.
c) Lakukan aktiviti do-it-yourself (DIY) seperti basuh kereta, baiki paip di rumah, cat pagar, buat kuih dan sebagainya.
d) Belajar secara atas talian (online learning) menagmbil kursus bahasa atau perkara yang disukai. Tetapi harus diingatkan, jangan mengambil kursus atau belajar perkara yang boleh membebankan diri dan memberi tekanan.
e) Cuba hobi baru seperti berbasikal, melancong, mendaki gunung dan menyertai aktiviti komuniti untuk memberi bantuan.
Menderma atau Hulurkan Bantuan
Amalan memberi bantuan atau sumbangan juga mampu membaiki kesihatan mental individu kerana:
a) Mewujudkan perasaan positif dalam diri.
b) Memberi kepuasan kerana membantu orang ramai.
c) Mengajar diri sendiri tiada yang senang dalam kehidupan.
d) Memberi rasa diri sendiri tujuan hidup dan sentiasa positif.
e) Dapat berinteraksi dengan orang baru.
Dengan mambantu orang ramai, sifat positif akan ada dalam diri dan belajar menghargai kehidupan:
a) Sentiasa berterima kasih atas pemberian atau menerima pemberian orang lain.
b) Bertanya khabar keluarga, rakan dan orang sekeliling. Dengar dan sedia membantu jika ada masalah.
c) Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan yang perlukan bantuan. Bukan sahaja dari segi kewangan malah, berikan pendapat dan tunjukkan sifat prihatin.
d) Banyakkan kerja sukarela dan menolong masyarakat.
Mengambil Tahu Keadaan Sekeliling
Apa yang berlaku disekeliling seperti perubahan cuaca, isu terkini dan bertanya khabar berita orang lain. Latih diri untuk mengambil tahu isu atau keadaan orang lain supaya di antara mereka tiada masalah yang ditanggung sendirian. Pastikan orang terdekat dalam keadaan baik.
Peka dengan keadaan sekeliling akan merangsang otak ke arah yang baik dan mewujudkan sifat positif. Selain itu, elakkan diri dengan perkara negatif seperti marah, maki hamun, menggunakan perkataan kesat, panas baran dan bergaduh. Tidak kira secara bersemuka atau dalam media sosial. Tinggalkan perkara yang membuatkan diri sendiri dalam tekanan dan situasi yang tidak menyenangkan otak.
SUMBER: https://www.nhs.uk